Home Novel Cinta Anehnya Cinta
PROLOG

  PROLOG

Juraian air mata cuba diseka. Sedu yang terdengar cuba dibisukan. Tangan yang sedang menjirus tanah masih diteruskan. Terasa baru semalam dia mengenali lelaki ini dan hari ini dia sudah pergi meninggalkan dirinya. Perginya tidak akan kembali.

“Mak… sudahlah. Kita balik ya.”

Ditoleh wanita di sebelahnya. Anaknya itu tetap juga menabahkan dirinya sedangkan jelas kesedihan turut dirasainya.

“Mak… tak baik menangis macam ni. Terseksa arwah ayah.”

“Kenapa ayah tinggalkan mak? Kenapa dia sanggup tinggalkan kita?”

Tangisan wanita itu kian menjadi-jadi. Bertambah hiba hati si anak melihatkan tingkah si emak.

"Afini… kenapa mesti ayah tinggalkan kita di saat kita masih memerlukannya? Kenapa Afini? Kenapa?" terenjut-enjut bahu wanita itu saat soalan yang serupa ditanyai semula.

Afini memeluk emaknya. Harapannya, biarlah pelukan itu mampu menenangkan kesedihan yang sedang mengikat kuat tali hati emaknya itu. Kian kuat pelukan Afini sebelum dituturkannya sebuah kenyataan yang tidak mampu untuk disangkal oleh emaknya. Harapannya biarlah emaknya itu tersedar dan mampu meredhai segala apa yang berlaku.

“Sebab… janji Allah itu benar. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati

Previous: SINOPSIS
Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.