PROLOG
Juraian air mata cuba diseka. Sedu yang terdengar
cuba dibisukan. Tangan yang sedang menjirus tanah masih diteruskan. Terasa baru
semalam dia mengenali lelaki ini dan hari ini dia sudah pergi meninggalkan
dirinya. Perginya tidak akan kembali.
“Mak… sudahlah. Kita
balik ya.”
Ditoleh wanita di
sebelahnya. Anaknya itu tetap juga menabahkan dirinya sedangkan jelas kesedihan
turut dirasainya.
“Mak… tak baik menangis
macam ni. Terseksa arwah ayah.”
“Kenapa ayah tinggalkan
mak? Kenapa dia sanggup tinggalkan kita?”
Tangisan wanita itu
kian menjadi-jadi. Bertambah hiba hati si anak melihatkan tingkah si emak.
"Afini… kenapa
mesti ayah tinggalkan kita di saat kita masih memerlukannya? Kenapa Afini?
Kenapa?" terenjut-enjut bahu wanita itu saat soalan yang serupa ditanyai
semula.
Afini memeluk emaknya.
Harapannya, biarlah pelukan itu mampu menenangkan kesedihan yang sedang
mengikat kuat tali hati emaknya itu. Kian kuat pelukan Afini sebelum
dituturkannya sebuah kenyataan yang tidak mampu untuk disangkal oleh emaknya.
Harapannya biarlah emaknya itu tersedar dan mampu meredhai segala apa yang
berlaku.
“Sebab…
janji Allah itu benar. Setiap
yang hidup pasti akan merasai mati