33
Inilah kali pertama kali Afini menjejakkan kaki ke PWTC. Dia
ke sini untuk menyertai rakan sekerja yang lain mempromosikan perkhidmatan yang
disediakan oleh Syarikat D’Astana Living.
“Pelbagai ragam manusia yang dapat
ditonton sepanjang setengah hari dia berada di sini. Ada yang ramah dan
bersopan bertanya itu dan ini serta ada jugacustomer yang
begitu sombong dan bongkak. Mungkin kerana status kemewahan yang melingkari
diri mereka menjadikan mereka alpa untuk saling menghormati dan bersopan
sewaktu berbicara.
“Eleh... ingat kau tu Dato, aku
hairan! Kalau tak nak gunakan perkhidmatan ni, tak payahlah nakcondemn. Menyampah
aku!” Brosur di tangan Siti campakkan ke atas meja.
“Sabarlah, Siti. Aku faham apa
yang kau rasa. Tapi, nak buat macam mana. Diakancustomer,” pujuk
Afini.
“Kau tahu tak, sepanjang aku
terlibat dengan industri ni, inilah kali pertama aku berjumpa dengan orang tua
yang tak sedar diri! Ingat dia tu kaya, sesuka hati aje nak cakap macam tu
dekat aku! Nasib baiklah dia tu orang tua. Kubur dah kata mari, dunia dah kata
pergi. Kalau tak, mahu aje aku tumbuk muka dia! Biar dia tu sedar diri sikit!”
marah Siti lagi.
Omar yang pada mulanya hanya
menjadi pemerhati, kini sudah menghampiri. “Alah. Rilekslah, Siti. Manusia,
biasalah. Sering kali lupa diri. Kau anggap aelah orang tua tu tak sedar yang
kata-kata dan kelakuan dia pada kau tadi telah mengguris perasaan kau. Buat apa
kau nak marah-marah lagi. Tak ada gunanya. Lebih baik kau fokus pada kerja.
Bukan apa, kalau kau maki-maki macam ni, maknanya tingkat diri kau pun sama
ajelah dengan orang tua tu,” nasihatnya.
Afini berasa kagum dengan lelaki
hitam manis dan mempunyai ketinggian sederhana di hadapannya ini. Bicaranya
sering kali dijaga. Amanah yang diberikan padanya juga sentiasa dipelihara.
Walaupun rupanya sederhana tetapi ‘nur’ yang terpancar di wajah lelaki itu
sentiasa menjadikan hati Afini tenang sewaktu bertemu muka dengannya.
Mungkin kerana sikap dan sifat
itulah yang telah membuka pintu hati May untuk menyintai lelaki itu. Dia yakin,
andai benar jodoh pembantunya itu dengan lelaki yang masih cuba memadamkan api
kamarahan Siti, pasti wanita itu bahagia. Apatah lagi ilmu agamanya turut boleh
dibangga.
“Kau cakap senanglah! Bukan kau
yang kena! Cuba kalau kau berada di tempat aku? Kau boleh sabar?” tempelak
Siti.
“Boleh. Sabar itu bukan hanya
berada di dalam bicara sahaja, tapi harus dimulakan di sini.” Omar meletakkan
jari jemarinya di dada.
“Dahlah, Siti. Apa kata kita pergi
makan tengah hari dulu. Nanti lepas makan, sejuk sikit hati kau tu,” pujuk
Afini.
Tiada reaksi daripada Siti.
“Woi! Apa lepak-lepak dekat sini.
Tak buat kerja ke?” sergah Ainal.
“Kau apa hal! Nak cari gaduh
dengan aku ke?!” marah Siti.
“Rilekslah, Siti. Aku main-main
aje. Takkan nak marah kot.”
“Main-main kepala otak kau! Lagi
sekali kau sergah aku macam tu, aku pijak-pijak kau!!!” kian meninggi suara
Siti.
Terlihat riak ketakutan di wajah
Ainal. Siapa tak kenal Siti! Panas barannya setanding Yus! Sering kali Yus
bertegang urat dengan pekerjanya ini. Masing-masing tidak mahu menyerah kalah.
Akhirnya kedua mereka bermasam muka.
“Okey, aku minta maaf. Aku datang
sini sebab Encik Yus suruh kau dengan Omar pergi makan dulu. Biar aku jagabooth ni,” perlahan
Ainal bersuara.
“Tak apalah, Ainal. Biar Afini
dengan Siti pergilunch dulu. Lepas tu giliran aku pulak.” Omar memberi kata
putus.
Ainal hanya mengangguk.
“Apa lagi kau tunggu. Pergilah
berambus dari sini!” halau Siti.
Untukexhibition kali ini
Yus menyewa empatbooth bagi mewakili Syarikat D’Astana Living. Dua
daripadanya di bawah pengendalian Siti, Omar dan beberapa orang lagi rakan
sekerja yang lain. Selebihnya di bawah penguasaan Yus, Zakaria, Ainal dan
beberapa orang pekerjapart time.
Ainal segera meninggalkan mereka.
“Afini, kau tunggu sekejap. Aku
nak pergi tandas dulu,” kata Siti.
Afini hanya mengangguk. Siti
melangkah pergi. Omar pula menghampiri seorangcustomer yang
mengunjungibooth mereka.
Hampir 15 minit menunggu, tetapi
kelibat Siti masih belum kelihatan. Perut Afini pula sudah menjerit minta
diisi. “Lamanya minah ni pergi toilet.”
“Kenapa tak beritahu nak datang sini?”
Afini mengurut dada. Terkejut
dengan sapaan itu.
“I tanya, kenapa tak beritahu nak
datang sini?” Yus sudah pun berhadapan dengan Afini saat ini. Wajahnya yang
tampan dihalakan kepada isterinya itu. Memandang wanita yang amat dicintainya
itu dengan pandangan lembut. Selembut tuturannya sebentar tadi. “Afini…”
Afini masih tidak mengendahkan
panggilan itu. Hatinya masih berdarah dengan peristiwa yang sudah hampir
seminggu berlalu itu.
“Afini…” Yus menggenggam jari
jemari isterinya itu.
Terkejut Afini dengan tingkah Yus
saat ini. Membulat matanya menentang pandangan sayu suaminya itu.
“Afini... Kau kata nak pergi
makan. Jomlah,” kata Siti yang masih tidak menyedari kelibat Yus.
“You nak pergi makan? I nak ikut
sama boleh?”
“Encik Yus!” Siti terjerit kecil
kerana terkejut dengan kehadiran Yus.
“Hmm… kalau Encik Yus nak makan,
pergilah makan dengan Afini dulu. I boleh pergilunch dengan Omar
nanti.”
Terkejut Afini dengan cadangan
Siti. Bukankah Siti sudah sedia maklum yang perang dingin masih meletus di
antaranya dan Yus?
yus tersenyum. “Baiklah. Kalau
macam tu, I pergilunch dengan Afini dulu.”
Yus mengambilhandbag Afini dan
dibimbitnya. Dia menarik tangan Afini lembut agar mengikut langkahnya.
Afini terpaksa mengatur langkah
seirama dengan langkah lelaki itu.
“Kita nak pergi makan dekat mana?”
lembut, Yus bertanya.
“Suka hati youlah,” jawab Afini,
malas.
“Hmm… kalau macam tu, kita cari
restoran yang okey sikit.”
‘Okey sikit?’ Minda Afini
terfikirkan sesuatu. Sesuatu yang diperkatakan oleh Siti tentang makan tengah
hari yang mereka rancang bersama sebentar tadi. Sesuatu yang tidak digemari
oleh Yus. Lantas, dia tersenyum. Senyuman penuh makna.
“You tunggu sini. I pergi ambil
kereta.”
Sebelum sempat Yus melangkah,
Afini cepat mencapai semula jari jemari suaminya itu. Yus terkaku dengan
perlakuan isterinya itu.
Andai diikutkan hati, memang tak
ingin Afini melakukan ini semua. Tetapi demi rancangannya, dia sanggup
melakukan apa sahaja. Dia tersenyum. “Tak payahlah pergi makan jauh-juah. Kita
makan dekat situ aje.” Jari telunjuk, Afini halakan ke arah deretan kedai makan
yang berada di seberang jalan.
Wajah Yus yang tadinya kelihatan
senang, kini bertukar. Ternyata yang lelaki itu tidak dapat menerima cadangan
isterinya itu. Memang itu yang Afini mahukan! Afini mahu Yus membatalkan niat
untuk menikmati makan tengah hari bersamanya.
“Tak apalah. Kalau you tak nak, I
boleh pergilunch sendiri,” putus Afini. Cepat sahaja dia melangkah.
Dia yakin yang Yus tidak mungkin menyertainya. Lelaki itu amat cerewet dalam
bab memilih tempat untuk santapan perutnya.
Yus masih berdiri diam di belakang
Afini. Afini pula kian rancak mengatur langkah. Terasa dirinya telah berjaya
dalam misi yang direncanakan oleh mindanya. Senyuman kemenangan sudah terukir
senang di bibir. Namun, tidak lama. Saat dia mahu melintas jalan, Yus segera
berlari ke arah isterinya itu dan dicapainya jari jemari Afini. Terkejut Afini
menerima kehadiran suaminya itu.
“Kita makan sama-sama!”
Benci, Afini mendengar ayat itu!
Sengaja Afini memilih kedai makan yang kelihatan paling uzur di antara deretan
kedai makan di sekelilingnya.
Afini mahu Yus termati seleranya.
Biar perut lelaki itu bergendang-gendang sepanjang hari. Baru puas hatinya!
“Makanlah. Tunggu apa lagi?”
Yus masih merenung makanan di
hadapannya. Apa yang ada di dalam pinggannya sama dengan apa yang sedang
dijamahi Afini kini. Ikan keli goreng, ulam dan sedikit tempoyak membangkitkan
selera Afini. Tetapi tidak bagi Yus.
“Makanlah. Kenapa? Tak berselera?”
tanya Afini.
“Hmm… I dah makan pagi tadi.
Kenyang lagi.” Yus memberi alasan bagi menutupi ketidaksenangannya dengan
persekitaran.
“Kalau dah kenyang, kenapa ajak Ilunch?” tanya
Afini. Dia terus mengunyah makanan di dalam mulut.
“Sebab dah lama kita tak duduk sama-sama
macam ni. Dekat rumah,you dah tak nak temankan I makan. Dekat ofis lagilah.”
Tidak Afini nafikan apa yang
diluahkan Yus itu benar belaka. Seboleh-bolehnya dia memang mahu menjauhkan
diri daripada Yus. Dia tidak mahu bertentang mata, apatah lagi duduk semeja
dengan lelaki di hadapannya ini. Hatinya masih terasa pedih dengan apa yang
diucapkan oleh Yus.
Yus merenung Afini. “Afini… I
tahu. I banyak buat salah pada you.”
Afini masih membisu.
“Afini. Kalau boleh... I nak
minta… nak minta…”
“Nak minta apa? Nak minta maaf?!”
Tidak sedar, Afini menggunakan nada keras sewaktu membalas bicara Yus yang
tiada penghabisan sebelumnya.
“Dahlah, Yus. I dah tak larat
dengan semua ni. Bila you buat salah, senang aje you minta maaf. Lepas tu you
buat balik. You ingat I apa? Patung?” Afini masih tidak membalas pandangan Yus
yang kian sayu. Dia takut andai dia membalas pandang itu, pasti hatinya menjadi
cair dan mudah sahaja saat itu lidahnya memberikan kemaafan kepada lelaki itu.
“I tahu, memang I tak layak untuk
dimaafkan. Tapi, sekurang-kurangnya jangan layan I macam ni.”
“Layan you macam ni? Macam mana?”
“You dingin dengan I. Nak tengok
muka I pun you tak nak. Bercakap apatah lagi. Kalau boleh… I nak kita jadi
macam dulu.”
“Ooo... Hati you sakit! Tahu pun
hati you sakit bila I bersikap dingin dengan you. Bila I tak pandang muka you, pandai pulak you rasa
sedih. Habis you ingat I tak rasa semua tu bila you layan I macam sampah
sewaktu Jeff ada depan mata you!”
Yus terdiam.
“Kenapa diam?” soal Afini.
Suaranya masih lagi kasar.
“I… I dah tak tahu nak cakap macam
mana lagi. Kalau you masih tak sudi nak maafkan I, I tak boleh paksa. Cuma,
satu benda aje you perlu tahu. I betul-betul menyesal dengan apa yang I dah
buat pada you. I harap, kalau pun you benci sangat dengan I, tapi
sekurang-kurangnya sudikanlah hati you untuk melihat wajah I. I tak sanggup
setiap hari berhadapan dengan situasi sekarang.” Suara Yus sayu.
Kata-kata Yus yang sayu mencairkan
hati Afini yang keras.
“Afini…”
Afini masih lagi diam.
“Kalau you bencikan I sekali pun…
tolong jangan buang I terus daripada hidup you.”
Hampir gugur air mata Afini
mendengar rayuan lelaki yang masih berusaha untuk mendapatkan kemaafan
daripadanya. Tetapi mengapa mesti Yus berbicara seperti itu sedangkan dia tiada di hati lelaki itu? Tidakkah Yus tahu
ungkapan seperti itu hanya akan menambahkan kesedihan di jiwanya? Tidakkah Yus
tahu dengan mengungkapkan kata-kata itu akan menambahkan lagi rasa cintanya
terhadap lelaki itu?
Selepas makan, Afini terus mendapatkan Siti dibooth mereka.
“Afini, Yus ada cakap apa-apa tak
dekat kau pasal aku?” tanya Siti sebaik sahaja Afini duduk di sebelahnya.
“Tanya apa?”
“Maksud aku. Ada tak suami kau tu
cakap pasal aku marah-marah Ainal ke? Pasal akubad mood dengancustomer tua tadi
tu ke? Ada tak Afini?” Risau benar Siti.
Afini diam. Pandangannya dihalakan tepat ke
arah Siti. “Ooo... sebab tulah kau tak nak ikut akulunch tadi.”
“Kau janganlah marah. Aku bukan
apa… kau tahu ajelah mulut Ainal tu. Mengalahkan longkang. Aku takut dia pergi
mengadu dekat Yus pasal aku marah-marah tadi. Tu yang aku tak berani nak ikut
sekali. Lagipun apa salahnya kau berdua-duaan dengan Yus. Tak salahkan?” Siti
tersenyum..
Afini menjeling.
Siti berasa serba salah. “Afini,
kau marah aku ke?”
“Kau rasa?” Afini berteka-teki.
“Mesti kau marahkan? Aku minta
maaf.”
“Aku tak marahkan kau. Tapi aku
marahkan sikap kau tu. Kau sendiri tahukan situasi antara aku dan Yus
sekarang.”
Siti menundukkan wajahnya. “Aku…
aku tahu kau dengan Yus ada masalah. Aku minta maaf.” Sekali lagi dia memohon
maaf. Perasaan simpati segera melingkari tangkai hati Afini.
“Dahlah. Sebenarnya, kau tak ada
salah apa-apa pun. Aku yang tak tahu nak selesaikan masalah aku dengan Yus
sampai terpaksa melibatkan kau,” kata Affini.
“Terima kasih, Afini. Hmm… kau
dengan Yus macam mana?”
Afini mengerutkan kening.
“Yalah. Tadikan kau berdua-duaan
dengan dia. Dia tak ada kata apa-apa ke tentang perubahan sikap kau pada dia?”
Kali ini lantai yang Afini pijak
menjadi santapan matanya. Terlalu banyak yang diluahkan oleh Yus. Tetapi, kali
ini mulut Afini begitu berat untuk menerima kemaafan lelaki itu. Tidak seperti
hatinya yang sudah cair memaafi segala apa yang dilakukan oleh Yus. Sebagaimana
beratnya mulutnya untuk memaafkan Yus, begitu jualah beratnya mulutnya saat ini
untuk menjawab persoalan Siti. Biarlah kali ini, Afini menyimpan sedikit
memorinya bersama Yus. Tidak perlu dia ceritakan kepada Siti apa yang telah
berlaku.