Home Novel Cinta Anehnya Cinta
BAB 6


6

 

Afini masih memegang lembut tangan Mak Embun yang sudah berbalut lukanya akibat dihiris pisau tatkala menenangkan emaknya yang naik angin siang tadi. Menurut Mak Embun, emaknya itu tiba-tiba sahaja menjerit bagaikan orang gila sambil berlari ke dapur mangambil pisau. Habis diharuknya satu rumah.

Mak Embun yang risau andai ada apa-apa terjadi kepada emaknya, pantas berlari meminta pertolongan suaminya dan orang kampung. Orang kampung akhirnya berjaya menenangkan emaknya dan alhamdulillah tiada perkara buruk yang berlaku. Cuma luka di tangan Mak Embun menimbulkan rasa bersalah di dalam diri Afini.

“Mak Embun, Afini minta maaf,” mengalir air mata Afini.

“Tak apalah Afini. Sikit aje ni. Nanti dua tiga hari baiklah luka ni.” Mak Embun merenung Afini.

“Afini… Mak Embun nak cakap sikit, tapi Afini jangan terasa ya.”

“Cakaplah, Mak Embun. Afini tahu apa pun yang Mak Embun nak cakapkan, mesti untuk kebaikan Afini, kan?” Di saat Afini menuturkan kata-kata itu terlihat lelehan air mata di pipi tua milik wanita yang baik hatinya ini.

“Mak Embun bukan apa… kadang-kadang Mak Embun kesian tengok Afini macam ni. Siang cari rezeki, malam jaga mak. Pagi-pagi sebelum pergi kerja, Afini dah uruskan makan pakai mak Afini tu. Apa kata… Afini cuba bawa mak Afini pergi berubat cara kampung. Mana tahu serasi,” pujuk Mak Embun, lembut.

“Mak Embun… Afini redha. Ini semua ujian untuk Afini dari ALLAH SWT. Pasal mak tu, nantilah Afini fikirkan tentang cadangan Mak Embun tu,” balas Afini bersama linangan air mata yang masih laju.

Langkah Afini kian laju saat mendaki anak tangga. Dikerlingnya jam di pergelangan tangannya.

'3.50!!! Mampus aku!' teriakan kerisauan bergema di hati Afini.

Dada yang terasa mengah akibat larian kecil tidak diendahkan. Cepat sahaja Afini memulas tombol pintu saat diriannya betul-betul di hadapan bilik pejabatnya.

"Cik Afini… saya ingat Cik Afini kerja half dayhari ni."

Terkejut Afini mendengar bicara pembantunya itu. Sudahlah mengah di dada masih belum reda, kini ditambah pula dengan kenyataan daripada May yang masih memandang wajahnya.

"Ada orang cari I ke?" malas Afini hendak menerangkan kepada May tentang kelewatannya masuk ke pejabat kali ini, lantas persoalan yang penting diutarakan.

"Ada." Sepatah, May menjawab.

"Siapa?" soal Afini. Mulai risau.

"Encik Yus,” beritahu May.

“Pukul berapa?”

“Dari pukul 2.00 petang tadi. Banyak kali jugak diacall cari Cik Afini.”

Mood dia okey tak?”

“Dia marah-marah. Dia suruh saya hubungi Cik Afini. Tapihandphone Cik Afini tak aktif. Habis diamuknya satu ofis.”

Peluh dingin Afini memercik tatkala mengetahui situasi yang bakal dihadapinya sebentar nanti dan tiba-tiba…

Dum!!!

Bunyi hempasan daun pintu bilik mengejutkan Afini dan May.

“May, tolong tinggalkan I dengan Cik Afini sekarang!” Suara Yus sedikit tinggi.

Kecut perut Afini mendengar jeritan Yus.

May menutup rapat daun pintu untuk mengelakkan sesiapa sahaja daripada mendengar perbincangan kedua-dua orang atasannya.

“Mana you pergi?! Pukul 4.00 petang baru you masuk ofis!” jerkah Yus berserta sebuah tumbukan dihadiahkan ke atas meja di hadapannya.

“Jawab! Mana you pergi? You ingatcompany ni bapak you yang punya! Suka hati you aje nak masuk pukul berapa?!”

Air mata Afini terasa mahu mengalir dimarahi sebegitu rupa. Namun, dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki yang kian menggila amarahnya.

“You ni pekak ke bisu?” Semakin berapi Yus apabila Afini masih mendiamkan diri.

“I… I ada hal kecemasan… maaf.” Hanya itu yang mampu Afini tuturkan saat itu.

Yus merenung muka Afini. Air mata gadis itu bergenang. Hatinya mrnjadi sejuk sebaik sahaja mendengar kata maaf dari gadis itu dan melihat genangan air mata itu. “Afini,next time kalau you buat macam ni lagi, I takkan teragak-agak nak buang you! Faham!”

Afini hanya mengagguk.

“Baiklah… Sebenarnyacompany ada masalah dengan Pejabat Buruh. You tahukan dua minggu lepas I ada pecat seorang pekerja 24 jam tanpa notis?”

Afini masih tidak bersuara untuk memberi laluan kepada bosnya itu meneruskan bicaranya.

“Dia buat aduan pada Pejabat Buruh dan kita diminta untuk membayar ganti rugi pada pekerja tu.”

So? Kalau itu yang Pejabat Buruh nak, kita ikut ajelah,” Afini memberikan pendapat.

“You ni bodoh ke apa?” marah Yus.

Excuse me? You cakap I bodoh?!” soal Afini geram.

“Dah mulalah tu nak melawan!” Yus sudah memandang tepat ke arah Afini.

“Okey, baiklah. Kalau you bijak sangat, apachoice yang kita ada?” tanya Afini dengan rasa geram.

“Kalau I pandai dalam hal macam ni, tak payahlah I bayar gaji you mahal-mahal. You yang sepatutnya uruskan masalah ni! Bukannya I!” Suara Yus masih lagi tinggi.

“Bagus! Kalau macam tu… ikutlaw memang kita kena bayar ganti rugi pada budak tu. Kita buang dia 24 jam tanpa notis. Sedangkan ikut perjanjian, kita tak boleh buat macam tu. Apatah lagi dia dah hampir tiga tahun bekerja di syarikat ni. Rekod kerja dia pun baik,” ulas Afini panjang lebar.

“Ada… cara lain?” soal Yus. Suaranya tidak tinggi seperti tadi.

“Ada! Tapi inilah satu-satunya cara yang paling selamat dan terbaik untuk menjaga nama baik syarikat kita.”

“Hmm… kalau macam tu. You uruskan perkara ni secepat mungkin. Kalau boleh jangan sampai Dato tahu.”

Afini hanya mengangguk.

Afini masih di pejabat walaupun hari sudah jauh malam. Fikirannya begitu sesak memikirkan perihal perjumpaannya dengan Encik Hashim petang tadi. Kerana perjumpaan itu jugalah dia terlewat untuk kembali ke pejabat. Encik Hashim merupakan pegawai bank yang bertanggungjawab mengendalikan kes tunggakan pembayaran pinjaman hasil pajakan tanah pusaka milik emaknya.

Surat amaran untuk menjelaskan tunggakan pinjaman kerap kali dihantar ke alamat rumah emaknya, tetapi yang peliknya sebelum kematian arwah ayahnya tidak pernah pula Afini mengetahui akan kewujudan pelbagai surat amaran daripada pihak bank. Atau mungkin arwah menyorokkannya bagi mengelakkan emaknya daripada mengetahui perihal sebenar. Entahlah… Afini sendiri tidak tahu dan kalau boleh dia tidak mahu bersangka buruk terhadap arwah ayahnya. Baik atau buruk lelaki itu tetap ayah kandungnya.

“Apa aku nak buat ni?” soal Afini sendirian.

Nasib baik pihak bank sudi memanjangkan tempoh pembayaran balik. Kalau nak diikutkan tempoh 14 hari yang diberikan oleh pihak bank sudah tamat hari ini. Dia diberi tempoh lima hari lagi untuk menjelaskan tunggakan itu.

Tatkala diri berasa begitu tertekan, Afini tewas… Tewas menahan air matanya daripada terus terhambur keluar. Semakin ditahan semakin kuat tangisannya kedengaran. Tanpa sedar ada sepasang mata yang menyaksikan kesengsaraannya tika ini dari celahan daun pintu yang tidak ditutup rapat.

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.