7
Waiter
itu menghadiahkan senyuman setelah hidangan yang dipesan oleh dua lelaki di
hadapannya ini diletakkan elok di atas meja. Jeff membalas senyuman lelaki muda
itu sebelum mengalihkan semula pandangan matanya ke arah sahabatnya.
“Malam ni tak ada program ke?” soal Jeff
tatkala melihat Yus hanya mendiamkan diri semenjak mengambil tempat di
hadapannya.
“Kau ni apa hal? Senyap
aje dari tadi.”
Yus mengeluh.
“Eh! Yus, kau ni
kenapa? Adaproblem ke? Tadi kau yang beria-ia nak ajak aku
minum dekat sini. Lepas tu, kau jadi patung cendana pulak,” bebel Jeff tatkala
melihat Yus masih mendiamkan diri.
“Aku pening kepalalah.”
Akhirnya Yus berterus terang.
“Kau pening pasal papa
kau ke?”
“Itu salah satunya…”
“Salah satunya? Okey,
kalauproblem tu bukan datangnya daripada papa kau,
daripada siapa pulak?”
Yus memandang ke arah
Jeff. Lantas…
“Afini!”
“Afini? Kenapa dengan
dia?” soal Jeff ingin tahu.
“Semalam aku balik
lambat. Aku lalu depan bilik dia. Aku nampak dia menangis. Maksud aku… aku
hairanlah.”
“Hairan?” Jeff pantas
bertanya.
“Yalah... setahu aku
dia tu bukan jenis perempuan yang lembik. Sikit-sikit nak menangis. Tapi malam
semalam aku tengok dia menangis macam orang yang betul-betul tengah sedih.
Macam dia ada masalah yang terlalu besar.”
“Hmm… dia ada masalah
dengan pakwe dia tak?” teka Jeff.
Yus tidak menjawab
soalan itu kerana memberi laluan kepadawaiter
untuk menghidangkan minuman.
“Tak, aku tak rasa pasal
pakwe. Sebab kalau betullah pasal pakwe, kenapa semalam dia tak nak ambilhalf day aje. Padahal tengah hari tu dia dah lambat masuk ofis
lepaslunch? Lagi satu, Afini yang aku kenal takkan
menangis pasal benda remeh macam tu.”
“Benda remeh kau kata? Kau
tau tak cinta ni boleh buat orang merana. Orang boleh jadi gila dan lebih teruk
lagi ada yang sanggup bunuh diri sebab cinta! Itu yang kau kata benda remeh.”
“Aku tak kisahlah…
pasal pakwe ke? Apa ke! Tapi yang aku bengang sekarang, hari ni boleh pulak dia
ambil cuti. Padahal kerja dia berlambak dekat ofis tu!” marah Yus.
“Kau ni kenapa Yus?
Tadi aku nampak bukan main lagi kau risaukan Afini. Sekarang ni, aku baru aje
cakap yang dia mungkin ada masalah dengan pakwe dia, kau dah naik angin pulak.
Ke kau ada hati dekat dia?” perli Jeff berserta senyuman mengusik.
“Aku suka dekat
perempuan pendek tu?! Tolong sikit. Dahlah mulut dia tu kalau melawan
mengalahkan bertih jagung. Tak ada maknanya aku nak suka dekat perempuan yang
macam tu!” balas Yus dengan penuh yakin.
“Okey... Kalau susah
sangat, kau berhentikan dia aje. Maksud aku… kalau dia dah ambil cuti sesuka
hati,lunch dua-tiga jam mengalahkan bos… apa lagi
yang kau boleh harapkan daripada pekerja macam dia tu?”
Entah mengapa cadangan
daripada Jeff mengundang debaran di hati Yus. Memecat Afini? Memang benar
mulutnya banyak kali memberi amaran kepada Afini untuk memecatnya andai wanita
itu masih tidak mampu memperbaiki kualiti kerja. Tetapi entah mengapa, hatinya
begitu berat sekali untuk menendang gadis itu keluar dari syarikatnya.
Afini berlari anak
ke arah pintu tatkala mendengar ada orang memberi salam dari arah luar.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam...”
balas Afini seraya membuka pintu.
“Eh, Siti! Lah...
kenapa tak beritahu yang kau nak datang.”
“Saja nak buatsurprise untuk kau.”
“Banyaklah kau punyasurprise,” kata Affini.
Siti melangkah masuk ke
dalam rumah Afini. “Sorrylah Afini, malam-malam aku datang sini. Mak
kau mana?”
“Ada dalam bilik dia,
dah tidur,” jawab Afini.
“Malam ni aku nak tidur
rumah kau boleh?”
“Mestilah boleh. Kau ni
macam tak biasa aje tidur rumah aku. Bukan ke dulu rumah aku ni jadi rumah
kedua kau. Dah lupa ke?” soal Afini berserta rasa gembira kerana sahabatnya itu
akan menemani lenanya malam ini.
Afini pantas membawa Siti ke bilik. Setelah
Siti membersihkan badan, Affini menemani sahabatnya itu menikmati makan malam.
“Kenapa kau tak datang
kerja tadi?” soal Siti setelah mengambil tempat di katil.
Afini yang pada mulanya
sudah merebahkan tubuh, kini bangkit duduk dan Siti mengambil tempat di
sebelahannya. “Kenapa? Ada orang mengamuk ke aku tak datang tadi?”
“Tak adalah mengamuk.
Tapi Encik Yus sibuk tanya aku kenapa kau tak datang. Lepas tu kau tahulahkan
mulut dia tu…” Siti tidak menyudahkan ayatnya.
“Hmm… aku tahu. Kalau
aku jadi Encik Yus pun, aku akan bengang kalau dapat pekerja yang bermasalah
macam aku.” Suara Affini, lemah.
“Kau tak jawab lagi
soalan aku. Kenapa kau tak datang kerja hari ni?”
“Aku… aku cuba dapatkan
pinjaman dari bank.”
“Untuk apa?” soal Siti
masih kurang jelas.
“Untuk bayar tunggakan
ansuran pinjaman yang arwah ayah aku tak bayar tu.”
Siti mengangguk. Dia
mengusap-usap belakang Afini bagi menenangkan hati kawannya itu.
“Aku tak tahu nak buat
apa dah. Semua bank aku pergi, tapi satu pun tak menjanjikan apa-apa. Alasan
mereka sebab aku barustart kerja tempat baru, tak sampai sebulan pun
aku kerja… Gaji pertama pun aku belum sempat rasa lagi. Aku tahu kenapa dia
orang tolak permohonan pinjaman aku, sebab dia orang tak yakin.”
Kini Afini sudah tidak
mampu untuk menahan tangisannya lagi. Biarlah Siti tahu betapa tertekannya dia
saat ini.
“Sabar ya, Afini. Boleh
aku tahu berapa jumlah yang kau perlukan?”
“Hampir RM 20 ribu.”
“What?” Terkejut Siti mendengar jumlah itu.
“Banyakkan. Mulanya aku
ingat tujuh bulan aje tunggakan yang arwah ayah aku tak bayar. Tapi
rupa-rupanya sebelum ni pun arwah pernah sangkut-sangkut bayar. Jadi jumlah
tunggakan tu sembilan bulan. Sebelum hari Jumaat ni aku perlu sediakan RM20
ribu. Jumlah tu dah termasuk dengan kadar bunga dan caj lain-lain yang
dikenakan oleh pihak bank. Bukan sikit ansuran bulanan yang perlu aku bayar
lepas aku dapatsettlekan tunggakan ni. Aku sendiri tak faham.
Kenapalah mak aku boleh termakan dengan pujuk rayu arwah ayah aku tu! Habis
tanah pusaka mak aku yang luas ni,”
kata Afini bersama tangisan.
“Sabar Afini… aku tak
sangka seteruk ni masalah kau,” tutur Siti bersama linangan air mata juga. Dia
pantas memeluk erat tubuh Afini untuk menyuntik sedikit kekuatan ke dalam diri
sahabatnya itu.
“Aku boleh sabar, tapi
mak aku… dia baru aje makin pulih lepas aku berulang-alik bawak dia berubat
dengan Ustaz Daud. Kalau mak aku tahu masalah ni… Aku takut mak aku akan jadi
macam dulu.”
Suasana menjadi sepi
seketika.
“Kau ada tiga hari
sahaja lagi. Apa rancangan kau sekarang?”
Hanya gelengan yang
mampu Afini berikan. Biarlah Allah SWT yang menentukan takdir dirinya. Hanya
doa dan harapan kepada Yang Maha Esa dan Yang Maha Berkuasa Allah yang menjadi
kekuatan Afini saat ini.