15
Afini menyentuh cincin belah rotan yang
sederhana besar saiznya jika dipadankan dengan jari manis miliknya itu.
Tangannya beralih pula menyentuh cincin batu permata yang juga tersarung di
jari yang sama. Walaupun dia tidak tahu menilai kualiti batu permata, tetapi
dia yakin cincin dijarinya pasti mahal harganya. Kilauannya menjadi bukti.
Dua bentuk cincin
dijari manisnya menandakan yang dia sudah pun dirisik dan menjadi tunangan
orang. Masuk hari ini sudah hampir tiga bulan Afini menjadi tunangan Yus. Tanpa
sedar, dia menghelakan nafas yang berat. Sebagaimana beratnya nafas yang
dihelakan begitu berat jualah bebanan perasaan yang ditanggungnya kini.
Andai orang lain berasa
gembira setelah bertunang dan bakal melangkah ke alam bahagia, lain pula
ceritanya dengan Afini. Hari demi hari yang dilalui penuh dengan rasa terseksa.
Apatah lagi hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi dia bakal
diijabkabulkan dengan lelaki yang berstatus gay.
Ketukan di muka pintu
menyedarkan Afini dari lamunan. Dia bangkit mengatur langkah dan membuka
pintu.
“Afini, Yus datang tu.
Dia kata nak ajak kamu keluar,” kata Imah.
“Nak ajak Afini
keluar?” soal Afini untuk kepastian.
“Yalah. Dah, apa
tercegat lagi tu. Cepat siap. Kesian Yus tunggu kamu.”
Afini hanya mengangguk.
Afini bersiap ala
kadar. Dia hanya mengenakan t-shirt berlengan panjang berwarna coklat dan
dipadankan dengan jeans biru gelap. Rambutnya pula dibiarkan lepas. Setelah
bersalam dengan emaknya, Afini dan Yus berlalu keluar.
“Kenapa tak beritahu
yang you nak datang?” soal Afini ketika kereta Yus sudah bergerak dari
rumahnya.
“Kenapa? Tak boleh?”
“Bukan tak boleh. Tapi
sekurang-kurangnya beritahu dulu!” geram Afini dengan sikap lelaki di sebelahnya
ini.
“Suka hati I lah nak
datang bila pun jumpa you!” Suara Yus sedikit tinggi
Malas hendak bergaduh,
Afini hanya membisu sepanjang perjalanan. Hala tuju nak ke mana jua tidak
dipeduli. Lantaklah!
Sesampainya di hadapan
Butik D&E, Yus memberhentikan keretanya. Yus pantas turun, namun Afini
masih berada di dalam kereta. Malas rasanya Afini hendak turut serta. Dia tahu
apa tujuan Yus ke situ. Tetapi hatinya tidak merelakan matanya melihat
kecantikan busana pengantin yang pastinya mahu disarungkan ke tubuhnya.
“Turun sekarang!” Yus
sudah membuka pintu Afini. Suaranya sudah
tinggi.
Afini buat endah tak
endah.
“Boleh tak, jangan nak
degil sangat!” bentak Yus setelah melihat Afini masih membisu dan tidak
berganjak.
“Malaslah… you pergilah
tengok sendiri!” Afini turut meninggikan suaranya.
“Masalahnya badan I ni
bukannya satu saiz dengan badan you tu! I nak you turun sekarang! Keras kepala
betullah you ni!” bentak Yus.
Afini mengalah akhirnya
setelah beberapa pasang mata melihat adegan mereka.
Melangkah sahaja ke
dalam butik, Yus terutamanya disambut mesra oleh Dick dan Erick, pemilik butik
D&E. Mereka sudah mengetahui tujuan Yus dan Afini ke butik mereka.
Afini leka memerhatikan
dekorasi butik pengantin yang cantik itu. Tiba-tiba Erick menupuk bahi Afini
lembut.
“Afini, you cubalah
baju ni,” arah Erick sambil menyua sepasang baju kebaya berwarna silver yang
sangat cantik.
Kecantikan busana itu
bukan sahaja kerana potongannya begitu padan dengan tubuh kecil milik Afini
tetapi juga disulami batu permata. Selepas mengenakan baju kebaya berwarna
silver itu, Afini diminta pula oleh Erick untuk mengenakan busana yang sama
cantiknya. Cuma kali ini kebaya berpotongan agak labuh itu berwarna ungu. Warna
tema bagi pihak Afini.
Andai di saat Afini
mengenakan dua pasang busana sebelumnya, Yus buat endah tak endah sahaja.
Tetapi di saat Afini mengenakan gaun pengantin berwarna putih yang diperbuat
daripada serat sutera ini, Yus bagai terpaku melihat wanita di hadapannya.
Bukan setakat Yus, Dick dan Erick juga turut memberikan reaksi yang sama.
Afini yang menjadi
perhatian tiga pasang mata di saat ini berasa kekok dan tidak tahu untuk
berbuat apa.
“Oh!My God! Afini… cantiknya you pakai baju ni,” sambil
menuturkan kata-kata itu, Erick sudah pun mendekati diri Afini dan tanpa disangka
tangan lelaki itu cepat sahaja meraba pinggang Afini.
Sungguh! Afini tidak selesa untuk diperlakukan
seperti itu! Walaupun dia tahu Erick tidak berniat apa, namun perasaan tidak
senang itu kian kuat menguasai dirinya. Dapat dia lihat riak ketidaksenangan
jelas terpamer di wajah Yus. Lantas…
“Cantik sayang pakai
baju ni,” kata Yus berpura-pura mesra dan merangkul pinggang Afini sehingga
memaksa Erick menghentikan rabaannya.
Serta merta terasa haba
panas di wajah Afini tatkala Yus berkelakuan seperti itu. Ingin sahaja rasanya
dia mengusir kasar tangan Yus. Namun kudratnya tiada, apatah lagi rangkulan Yus
di pinggangnya kian erat!
Di dalam kereta,
Afini masih membisu. Tidak tahu untuk berkata apa-apa.
“Lepas ni kita pergi
rumah papa. Tapi sebelum tu kita singgah satu tempat dulu.” Yus memecahkan
suasana bisu antara mereka.
“Pergi mana?” soal
Afini ringkas.
“Viva Home.”
“Nak buat apa pergi
sana?” Rasa ingin tahu menyebabkan Afini mengutarakan soalan itu.
“Nak cari baranglah!
Takkan nak cari orang kot!” kata Yus, sinis.
“Manalah tahu, you ada
temu janji dengan kekasih you dekat situ ke.” Tanpa sedar Afini menuturkan ayat
itu. Apabila menyedari keceloparan mulutnya, Afini pantas menutup mulutnya.
‘Mampus! Mesti aku kena maki ni!’ Resah hati Afini.
“You ni kan, kalau tak
menyakitkan hati I tak boleh ke? Ada ajekan ayat you nak menjawab!”
Afini hanya mendiamkan
diri. Dia dalam hati, dia memaki hamun Yus.
Melangkah ke
bangunan yang mempunyai keluasan 660,000square feet
dan mempunyai empat tingkat ini, menjadikan Afini berasa penat untuk melangkah walaupun langkah
sulung belum atur. Tidakkah lelaki yang mendahului langkahnya ini terasa penat?
“Cepatlah sikit jalan
tu,” arah Yus, persis seorang ayah mengarahkan anak kecilnya melangkah dengan
lebih laju lagi.
Dari satushowroom ke satushowroom,
Afini mengikuti langkah Yus. Kebanyakanshowroom
yang dilawati berkaitan dengan penjualan barang kelengkapanhouse renovation.
Sewaktu mereka tiba di
sebuahshowroom yang menjual kelengkapan katil dan set
bilik tidur, Afini mengambil kesempatan melihat keadaan sekeliling sementara
Yus pula sibuk dengan urusannya bersama salah seorang pekerja yang bekerja di
sini. Matanya terpaku melihat angka di hadapannya.
‘Mahalnya tilam ni!
Dekat 20 ribu satu unit,’ omel hati Afini sambil melihat tilam bersaiz king
itu.
“Afini, you tengok apa
tu?”
Terperanjat Afini
dengan sapaan Yus. Dia pantas menoleh dan menggeleng. Dia terpaksa mengikuti
langkah Yus yang masih laju langkahnya.
“Yus… tunggulah
sekejap. I dah penat ni.” Afini cuba meraih simpati. Namun, bukan simpati
yang diterima…
“Tulah kalau dah pendek
tu, pendek jugak! Jalanlah laju sikit.”
Afini menghentakkan
kakinya tanda protes.
Suka-suka hati sahaja lelaki itu mengutuknya. Sesampai sahaja mereka di hadapan
showroom yang terletak di sudut serta mempunyai
keluasan yang agak besar, Yus melangkah masuk dan Afini membuntutinya. Yus
mengarahkan Afini duduk di sofa yang disediakan.
“Hai, Encik Yus. Sudah
lama tak da mari,” sapa seorang lelaki Cina sambil menghulurkan tangan.
Yus tersenyum. “Sibuk
sikitlah, Teoh.So, macam manalist
yang I fakskan tu. You dah dapat?”
“Sudah. Okeylah, kalau
you mahu semua barang dengan itu harga, I boleh kasi. Tak ada hal. Tapiinstallation, I tak dapat kasilah.Delivery bolehfree.”
“Takkan tak boleh kasifree installation. You dengan I jangan nak berkira sangat.
Setiap kali ada projek pun I ambil barang sama you,” pujuk Yus.
Lelaki Cina itu
mengambil kalkulator dan mengira sesuatu. Hampir lima minit barulah dia
bersuara semula. “Bos, I bukan tak boleh kasi. Tapi barang yang you minta semua
kualiti punya barang. You minta barang STUDIOLINE. Ini barangunder TEKA. You sendiri pun taukan TEKA punya barang
Germany punya, bukan China. TEKA punya barang kualiti semua orang tahu bukan
‘cikai’ punya barang. Ini jenama TEKA dari tahun 1924 sudah ada.”
“Alah... you dengan I
pun nak berkira ke?” Yus masih cuba memujuk.
“Okeylah bos, kalau you
nak boleh. Tapi itu model you nak, mesti tukar. Macam itu you mintaVitroceramic Hob (TT 90 HZ), you tukar denganInduction Hoblah.” Lelaki Cina itu memberi cadangan.
“Ish… tak naklah I,
kalauInduction Hob. I tak boleh nak pakaiglass, ceramic atau apa-apapot.
Kena pakaistainlees steel
pot aje. Tak naklah I. You
adjust tengok, boleh kasifree installation tak. Janganlah berkira sangat tauke. Kita
sudah lama kenal.” Yus menepuk lembut bahu Mr. Teoh.
“Atau you tukarlah itu
sink. You minta jenama FRANKE, you tukar yang China punya produklah. Sebab
FRANKE kualiti sangat baik. Lagi ini produk dari SWISS, lagi ini jenama sudah raikan
100 tahun penubuhan syarikat. Sudah banyak lama ini jenama atau cara terakhir
you tukar itugranite sink. You minta jenama AUSCO dari Australia.
Ini jenama sangat bagus punya. Ada 25 tahun warranti. You tukar jenama lainlah.
Boleh, bos?” Mr. Teoh masih cuba berunding.
Afini melihat Yus sudah
pun memicit-micit perlahan lehernya, sebagai tanda lelaki itu mulai kurang
sabar dalam urus niaga ini.
“Tauke, I minta semua
jenama tu sebab berkualiti. Kalau tak berkualiti, I takkan minta punya. Tak
apalah kalau you tak boleh kasi. I cari lain tempatlah.”
Yus meraih tangan Afini
menyuruh wanita itu bangun. Namun, belum sempat mereka beredar…
“Okey... okeylah, Encik
Yusuf. You punya pasal, I bagilah. Kita pun sudah lama kenal. Bolehlah itu
harga yang you minta I kasi campur sekali dengandelivery
daninstallation. Okey?”
Yus pantas mengukirkan
senyuman kemenangan.
Sewaktu Yus
menyelesaikan urus niaganya dengan Mr. Teoh, Afini melilau ke segenap ruangshowroom itu. Dapat dilihatnya susun atur yang begitu kemas
untuk barangan kelengkapan dapur dan bilik tidur. Setiap barangan ini disusun
mengikut jenama pengeluarnya.
Hampir setengah jam,
urusan Yus selesai. Mereka pantas melangkah keluar.
Telefon bimbit Yus
berbunyi dan cepat sahaja dia menjawab sambil kakinya melangkah menjauhi Afini.
"Assalamualaikum,
papa." Yus menghulurkan salam terlebih dahulu.
"Waalaikumussalam.
Yus dekat mana ni?" terdengar lembut suara di hujung talian.
"Dekat Viva Home
lagi. Kejap lagi baru Yus gerak pergi rumah papa. Afini pun ada sekali."
Yus memaklumkan kepada papanya akan kehadiran Afini.
"Lah… kenapa tak
cakap yang Yus nak datang rumah papa. Siap bawak Afini lagi," sayu suara
Dato Haalim akibat kesal dengan sikap anak tunggalnya itu.
"Kenapa papa? Papa
tak ada dekat rumah ke?" Yus meneka.
"Papa baru keluar
ni. Ada urusan dengan uncle Azlil," kesayuan masih menguasai intonasi
suara Dato Haalim.
"Emm… kalau macam
tu lain kalilah Yus bawak Afini jumpa papa."
"Yelah. Tapi
ingat, lain kali beritahu papa dulu. Kalau Yus beritahu papa yang hari ni Yus
nak bawak Afini, papa mesti takkan ke mana-mana." Sempat lagi Dato Haalim
membebeli anaknya itu.
"Maaf papa."
Yus tahu tuturan maaf harus diucapkan untuk memujuk hati papanya itu.
"Yelah. Nak buat
macam mana dah tak ada rezeki papa nak jumpa bakal menantu papa tukan. Nanti
jangan lupa kirim salam dengan Afini."
"Baiklah. Nanti
Yus sampaikan salam tu. Assalamualaikum papa."
"Waalaikumussalam,"
lembut Dato Haalim membalas sebelum talian diputuskan.
Yus menghampiri Afini
semula.
"Papa kirim salam.
Papa tak ada dekat rumah." Yus menyampaikan salam papanya sebelum
memaklumkan ketiadaan papanya di rumah.
"Waalaikumussalam.
Emm… kiranya kita boleh terus baliklah kan?" Afini inginkan kepastian.
Sejujurnya dia memang berasa malas hendak berjalan kemana-mana lagi dengan
bakal suaminya itu.
Yus tidak menjawab.
Hanya kakinya sahaja yang mengaturkan langkah.
"You dengar
tak?!" sedikit geram Afini menuturkan persoalan kali ini.
“I lapar,” jawab Yus sepatah.
Mendengarkan jawapan
itu, Afini tahu apa mahunya.
“Lepas makan kita
balik!”
Andai Yus sudah
memutuskan sesuatu siapa berani membantah!
Langkah diteruskan
mencari tempat untuk mengisi perut Yus yang sudah bergendang berirama. Setelah
hampir satu bangunan mereka jelajahi, akhirnya Yus melangkah masuk ke Kenny
Rogers.
Cepat sahaja menu
dibawa oleh seorangwaiter. Tanpa bertanya pendapat Afini, Yus terus
memesan dua set Kenny’s Chicken & Garden Meal berserta coke.
Yus mengeluh. Dia
bangun untuk beredar.
“You nak pergi mana?”
soal Afini pelik dengan tingkah Yus.
“Nak pergitoilet!” jawab Yus kasar.
‘Tanya sikit pun nak
marah!’ gerutu hati Afini.
Sementara menunggu Yus
dan hidangan yang tak kunjung tiba, Afini melihat satu katalog yang bertanahkan
warna hitam. Seperti pernah dilihat katalog itu dan mindanya cepat sahaja
berfikir. Siti! Ya, Afini pernah melihat beberapa katalog tersusun di atas meja
Siti dan salah satunya katalog yang sudah pun berada di tangannya kini. Tertera
perkataan STUDIOLINE di mukanya. Jari jemarinya menyelak sehelai demi sehelai
isinya untuk mengetahui mengapakah jenama ini menjadi pilihan ramaidesigner di syarikatnya. Tanpa diduga, terdapat sehelai bil
bersaiz A4 terselit di dalamnya. Afini lantas membaca isi kandungannya.
Mata Afini beralih ke
kolum jumlah. Serta merta matanya membulat bagaikan tidak percaya! ‘RM 75 200!
Biar betul, mahalnya! Orang kaya ni memang suka membazir!’ bebel Afini
sendirian.
‘RM 75 200 selepasless. Kalau belumless,
berapalah harga sebenarnya?’ soal hati Afini. Dia masih memandang bil di
tangannya itu.
Afini pasti, kesemua barang yang dibeli ini
akan digunakan dalam proses pengubahsuaian rumah klien. Tetapi tatkala matanya
terpandangkan nama Mohd. Yusuf bin Dato Haji Mohd. Haalim yang tertera di atas
ruangan nama dan bukannya Syarikat D’Astana Living Sdn. Bhd, keyakinannya mulai
goyah.
Otak Afini mula
memikirkan pelbagai kemungkinan. Namun, tatkala terlihat Yus kian laju
menghampirinya, otaknya terus berhenti berfikir dan cepat sahaja tangannya
menyelitkan kembali bil dan meletakkan semula katalog di kedudukan asalnya.
“Air aje? Makanan belum
sampai?!” marah Yus setelah mengambil tempat di hadapan Afini.
“Kan orang ramai.
Sabarlah,” pujuk Afini.
Yus mengeluh. Mukanya
masam mencuka. Kelakar pun ada tatkala melihat wajah kebulur Yus. Setelah
hampir lima minit menunggu, seorangwaiter
membawa hidangan yang dipesan. Berselera sungguh Yus menjamah makanan yang
terhidang di hadapannya. Lagaknya seperti orang kebuluran. Sekali pandang macam
orang yang baru balik dari perang pun ada. Terukir senyuman di bibir Afini
melihat gelagat Yus.
“Yang you senyum-senyum
ni kenapa? Gila ke apa?” marah Yus.
“Mana ada senyum,”
jawab Afini seraya menyuap makanan ke mulut. Hampir 20 minit suasana bisu
menyelubungi mereka.
“Baju nikah dah siap?”
“Hmm… mak kata dah nak
siap,” jawab Afini, malas. Kenapalah
persoalan ini yang diajukan? Tidakkah lelaki ini tahu yang dia tidak pernah
berasa gembira andai perkara yang berkaitan dengan perkahwinan diutarakan?
“Kan I dah suruh you
tempah aje?” Suara Yus sedikit tinggi.
“Mak yang nak
jahitkan,” jawab Afini.
Yus terdiam. Dia
terlebih dahulu menghabiskan makanannya. Dia merenung Afini hingga gadis itu
tidak keruan.
“Tak payahlah pandang
macam tu!” kata Afini.
Yus pantas mengalihkan
pandangannya.
Setelah membayar
bil, mereka melangkah keluar. Tiba-tiba terdengar suara memanggil nama Yus.
Bagai pernah Afini dengari suara itu.
Pantas sahaja Yus
melihat ke arah suara yang memanggil namanya itu. Dapat dilihat dengan jelas
perubahan yang terpamer. Wajah Yus bertukar bengis tatkala bertentang mata
dengan wanita yang masih jelita walau usia sudah merangkak senja. Datin Nur
Kamiilah!
Ya! Wanita itulah yang
sedang memerhatikan Yus dengan wajah gembira, namun lain pula riak yang
terpamer di wajah lelaki yang menjadi penggandingnya tika itu. Lelaki yang
usianya kelihatan sebaya dengan Yus itu kelihatan kurang senang melihatkan
kegembiraan yang terpamer di wajah Datin Nur Kamiilah.
Pantas sahaja Yus
meraih tangan Afini dan melangkah laju meninggalkan mereka berdua.
Di dalam kereta, Yus
meluahkan kemarahannya dan kata cacian sentiasa mengiringi perjalanan ke rumah
Afini. Tidak tahan mendengar kata cacian itu, Afini pantas menyampuk.
“Tak baik you maki mama
you macam tu. Walau apa pun terjadi, dia tetap mama you,” kata Afini lembut.
“Kau diam! Kau pun sama
macam perempuan tak guna tu!” jerkah Yus.
“Sama? Hei! You cakap
baik-baik sikit! You ingat I ni apa?!” Suara Afini turut tinggi. Kesabaran di
hati telah hilang.
“Salah ke apa yang I
cakap? Kalau you tak sama dengan perempuan jahanam tu, you takkan sanggup jual
maruah you untuk dapatkan duit RM 20 000 tu! You dengan perempuan sial tu
dua-dua jalang!”
Hampir menitis air mata
Afini tatkala mendengar kata-kata lelaki yang masih meluahkan kata-kata
caciannya. Selama ini, sangkaannya memang tepat! Yus menganggap dirinya tidak
ubah seperti perempuan murahan yang sanggup menjual maruah hanya kerana wang
yang digunakan untuk menyelamatkan tanah pusaka emaknya! ‘Ya Allah, mampukah aku melangkah ke alam
perkahwinan dengan lelaki yang tidak pernah memuliakan diriku ini?’