6
Afini masih memegang lembut tangan Mak Embun yang sudah berbalut lukanya
akibat dihiris pisau tatkala menenangkan emaknya yang naik angin siang tadi.
Menurut Mak Embun, emaknya itu tiba-tiba sahaja menjerit bagaikan orang gila
sambil berlari ke dapur mangambil pisau. Habis diharuknya satu rumah.
Mak Embun yang risau andai ada apa-apa terjadi
kepada emaknya, pantas berlari meminta pertolongan suaminya dan orang kampung.
Orang kampung akhirnya berjaya menenangkan emaknya dan alhamdulillah tiada
perkara buruk yang berlaku. Cuma luka di tangan Mak Embun menimbulkan rasa
bersalah di dalam diri Afini.
“Mak Embun, Afini minta maaf,” mengalir air mata
Afini.
“Tak apalah Afini. Sikit aje ni. Nanti dua tiga
hari baiklah luka ni.” Mak Embun merenung Afini.
“Afini… Mak Embun nak cakap sikit, tapi Afini
jangan terasa ya.”
“Cakaplah, Mak Embun. Afini tahu apa pun yang
Mak Embun nak cakapkan, mesti untuk kebaikan Afini, kan?” Di saat Afini
menuturkan kata-kata itu terlihat lelehan air mata di pipi tua milik wanita
yang baik hatinya ini.
“Mak Embun bukan apa… kadang-kadang Mak Embun
kesian tengok Afini macam ni. Siang cari rezeki, malam jaga mak. Pagi-pagi sebelum pergi kerja, Afini dah uruskan
makan pakai mak Afini tu. Apa kata… Afini cuba bawa mak Afini pergi berubat
cara kampung. Mana tahu serasi,” pujuk Mak Embun, lembut.
“Mak Embun… Afini
redha. Ini semua ujian untuk Afini dari ALLAH SWT. Pasal mak tu, nantilah Afini
fikirkan tentang cadangan Mak Embun tu,” balas Afini bersama linangan air mata
yang masih laju.
Langkah Afini kian laju
saat mendaki anak tangga. Dikerlingnya jam di pergelangan tangannya.
'3.50!!! Mampus aku!'
teriakan kerisauan bergema di hati Afini.
Dada yang terasa mengah
akibat larian kecil tidak diendahkan. Cepat sahaja Afini memulas tombol pintu
saat diriannya betul-betul di hadapan bilik pejabatnya.
"Cik Afini… saya
ingat Cik Afini kerja half dayhari
ni."
Terkejut Afini mendengar
bicara pembantunya itu. Sudahlah mengah di dada masih belum reda, kini ditambah
pula dengan kenyataan daripada May yang masih memandang wajahnya.
"Ada orang cari I
ke?" malas Afini hendak menerangkan kepada May tentang kelewatannya masuk
ke pejabat kali ini, lantas persoalan yang penting diutarakan.
"Ada."
Sepatah, May menjawab.
"Siapa?" soal
Afini. Mulai risau.
"Encik Yus,”
beritahu May.
“Pukul berapa?”
“Dari pukul 2.00 petang
tadi. Banyak kali jugak diacall cari Cik Afini.”
“Mood dia okey tak?”
“Dia marah-marah. Dia
suruh saya hubungi Cik Afini. Tapihandphone
Cik Afini tak aktif. Habis diamuknya satu ofis.”
Peluh dingin Afini
memercik tatkala mengetahui situasi yang bakal dihadapinya sebentar nanti dan
tiba-tiba…
Dum!!!
Bunyi hempasan daun pintu
bilik mengejutkan Afini dan May.
“May, tolong tinggalkan
I dengan Cik Afini sekarang!” Suara Yus sedikit tinggi.
Kecut perut Afini
mendengar jeritan Yus.
May menutup rapat daun
pintu untuk mengelakkan sesiapa sahaja daripada mendengar perbincangan kedua-dua
orang atasannya.
“Mana you pergi?! Pukul
4.00 petang baru you masuk ofis!” jerkah Yus berserta sebuah tumbukan
dihadiahkan ke atas meja di hadapannya.
“Jawab! Mana you pergi?
You ingatcompany ni bapak you yang punya! Suka hati you aje
nak masuk pukul berapa?!”
Air mata Afini terasa
mahu mengalir dimarahi sebegitu rupa. Namun, dia tidak mahu kelihatan lemah di
hadapan lelaki yang kian menggila amarahnya.
“You ni pekak ke bisu?”
Semakin berapi Yus apabila Afini masih mendiamkan diri.
“I… I ada hal kecemasan…
maaf.” Hanya itu yang mampu Afini tuturkan saat itu.
Yus merenung muka
Afini. Air mata gadis itu bergenang. Hatinya mrnjadi sejuk sebaik sahaja
mendengar kata maaf dari gadis itu dan melihat genangan air mata itu. “Afini,next time kalau you buat macam ni lagi, I takkan teragak-agak
nak buang you! Faham!”
Afini hanya mengagguk.
“Baiklah… Sebenarnyacompany ada masalah dengan Pejabat Buruh. You tahukan dua
minggu lepas I ada pecat seorang pekerja 24 jam tanpa notis?”
Afini masih tidak
bersuara untuk memberi laluan kepada bosnya itu meneruskan bicaranya.
“Dia buat aduan pada
Pejabat Buruh dan kita diminta untuk membayar ganti rugi pada pekerja tu.”
“So? Kalau itu yang Pejabat Buruh nak, kita ikut ajelah,”
Afini memberikan pendapat.
“You ni bodoh ke apa?”
marah Yus.
“Excuse me? You cakap I bodoh?!” soal Afini geram.
“Dah mulalah tu nak
melawan!” Yus sudah memandang tepat ke arah Afini.
“Okey, baiklah. Kalau
you bijak sangat, apachoice yang kita ada?” tanya Afini dengan rasa
geram.
“Kalau I pandai dalam hal
macam ni, tak payahlah I bayar gaji you mahal-mahal. You yang sepatutnya
uruskan masalah ni! Bukannya I!” Suara Yus masih lagi tinggi.
“Bagus! Kalau macam
tu… ikutlaw
memang kita kena bayar ganti rugi pada budak tu. Kita buang dia 24 jam tanpa
notis. Sedangkan ikut perjanjian, kita tak boleh buat macam tu. Apatah lagi dia
dah hampir tiga tahun bekerja di syarikat ni. Rekod kerja dia pun baik,” ulas
Afini panjang lebar.
“Ada… cara lain?” soal
Yus. Suaranya tidak tinggi seperti tadi.
“Ada! Tapi inilah satu-satunya
cara yang paling selamat dan terbaik untuk menjaga nama baik syarikat kita.”
“Hmm… kalau macam tu.
You uruskan perkara ni secepat mungkin. Kalau boleh jangan sampai Dato tahu.”
Afini hanya mengangguk.
Afini masih di
pejabat walaupun hari sudah jauh malam. Fikirannya begitu sesak memikirkan
perihal perjumpaannya dengan Encik Hashim petang tadi. Kerana perjumpaan itu
jugalah dia terlewat untuk kembali ke pejabat. Encik Hashim merupakan pegawai
bank yang bertanggungjawab mengendalikan kes tunggakan pembayaran pinjaman
hasil pajakan tanah pusaka milik emaknya.
Surat amaran untuk
menjelaskan tunggakan pinjaman kerap kali dihantar ke alamat rumah emaknya,
tetapi yang peliknya sebelum kematian arwah ayahnya tidak pernah pula Afini
mengetahui akan kewujudan pelbagai surat amaran daripada pihak bank. Atau
mungkin arwah menyorokkannya bagi mengelakkan emaknya daripada mengetahui
perihal sebenar. Entahlah… Afini sendiri tidak tahu dan kalau boleh dia tidak
mahu bersangka buruk terhadap arwah ayahnya.
Baik atau buruk lelaki itu tetap ayah kandungnya.
“Apa aku nak buat ni?”
soal Afini sendirian.
Nasib baik pihak bank
sudi memanjangkan tempoh pembayaran balik. Kalau nak diikutkan tempoh 14 hari
yang diberikan oleh pihak bank sudah tamat hari ini. Dia diberi tempoh lima
hari lagi untuk menjelaskan tunggakan itu.
Tatkala diri berasa
begitu tertekan, Afini tewas… Tewas menahan air matanya daripada terus
terhambur keluar. Semakin ditahan semakin kuat tangisannya kedengaran. Tanpa
sedar ada sepasang mata yang menyaksikan kesengsaraannya tika ini dari celahan
daun pintu yang tidak ditutup rapat.