Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 37

"Asyraaf!Maafkan saya!Saya tak patut tinggalkan awak sorang-sorang!"


Dania duduk di hadapan Asyraaf sambil sebelah tangannya diletakkan di bahu remaja itu.Panik sekali dia melihat keadaan Asyraaf yang berpeluh-peluh menahan kesakitan.


"Aulia.."

Asyraaf mengangkat muka memandang Dania.Masih saja dia mampu tersenyum saat itu.


Ketika itu juga, orang ramai sudah mula mengerumuni mereka.Ada yang ingin membantu, ada juga yang hanya diam menyaksikan drama itu.


"Ya Allah, Asyraaf!"

Terkesima Dania apabila tubuh Asyraaf jatuh ke dalam pelukannya.




"Apalah akak ni, orang pergi jogging pagi-pagi.Ini dah tengahari buta.Panaslah, kak.."

Keluh Shafika kepada kakaknya, Shazana.


"Nak buat macamana, dah akak terlajak tidur.Kau la tak kejutkan akak."

Kata Shazana pula.


Kemudian, mereka berhenti seketika untuk melepaskan lelah.


"Salahkan kita pulak.Dia yang tidur mati."


Shazana cebik bibir mendengarkan kata-kata Shafika kemudian meneguk air mineral yang dibawanya.


"Akak, tu apa yang ramai-ramai kat sana tu?"

Tanya Shafika sambil jarinya menuding ke arah orang ramai berkumpul.


"Mana?Mana?"

Ligat kepala Shazana berpusing ke arah yang dimaksudkan Shafika.


"Tu..jom pergi tengok."

Lantas Shafika mendahului Shazana ke tempat tersebut.


"Macam kenal..oh my god!"


Terlopong mulut Shazana apabila melihat seorang gadis yang sangat dikenalinya sedang berpelukan dengan seorang lelaki.

Pantas telefon bimbit di dalam kocek seluar dikeluarkan lalu dihalakan ke arah pasangan itu.


"Akak buat apa ni?"

Tegur Shafika.


"Syhhh..bukti ni!"

Bisik Shazana sambil tangannya masih sibuk mengambil gambar pasangan itu.Kemudian bibirnya mengukir senyum senget.




"Tolong, tolong saya bawak dia ke kereta!"

Rayu Dania kepada beberapa orang pengunjung yang mengerumuni mereka.Tubuh Asyraaf yang tidak berkutik masih lagi berada dalam dakapannya.


Kemudian, dua orang lelaki membantu mengangkat Asyraaf lalu mengekori langkah Dania menuju ke kereta.Sesampainya di kereta, Fikri yang sedang menunggu terkejut besar melihat keadaan Asyraaf yang tidak bermaya.


"Ya Allah, Raaf.Apa dah jadi ni?"

Tanya Fikri panik.


"Cepat bawak dia ke hospital!"

Kata Dania kepada Fikri kemudian membuka pintu kereta di tempat duduk belakang.


"Macamana Asyraaf boleh pengsan?!"

Tanya Fikri cemas sewaktu kereta sudah pun menyusuri jalan raya.Dijelingnya Dania yang sedang memangku Asyraaf di tempat duduk belakang.


"Saya mintak maaf.Semua ni salah saya."

Jawab Dania sambil tunduk memandang Asyraaf yang berada di ribaannya.Wajah remaja itu pucat seakan tiada darah.


"Maksud awak?"

Fikri bertanya kehairanan.


"Boleh tak bawak cepat sikit?Saya risaukan Asyraaf!"

Dania sudah tidak mempedulikan pertanyaan Fikri.Yang dia tahu dia mahu segera sampai ke hospital.


"Fik, Raaf macamana?Kenapa sampai masuk ICU?Apa kau dah buat ni, Fik?!"

Puan Melinda yang baru tiba ke hospital segera mendapatkan Fikri yang sedang menunggu di ruang ICU.


"Puan, maafkan saya.Semua ni salah saya, puan.Maafkan saya."

Dania merapati Puan Melinda yang pada mulanya tidak menyedari kehadirannya di situ.


"Kau lagi?Apa sebenarnya hubungan kau dengan anak aku, hah?!"

Kasar sekali Puan Melinda menegur Dania.


"Puan, saya tak ada niat pun nak buat anak puan sakit.Saya betul-betul mintak maaf."

Kata Dania lagi dengan wajah yang ditundukkan.Tidak berani untuk mengangkat muka memandang wajah bengis Puan Melinda.


"Apa kau cakap?Jadi anak aku sakit sampai macamni gara-gara kau?!"

Puan Melinda melangkah setapak lagi ke arah Dania.Tajam sekali pandangannya menikam wajah Dania.


"Puan, bukan salah Dania Raaf sakit.Saya yang salah puan.Dania, berhenti salahkan diri awak."

Fikri cuba membela Dania dari menjadi mangsa amarah Puan Melinda.


"Yang kau sibuk sangat nak bela perempuan ni kenapa?Korang memang merancang untuk bunuh anak aku kan?!"

Puan Melinda sudah naik angin.


"Ya Allah, apa puan cakap ni?Saya sayangkan Asyraaf, puan.Saya tau memang salah saya sebab tak jaga Raaf.Saya bersedia terima apa saja hukuman.Tapi tolong puan, jangan cakap macam tu."

Terkejut Fikri dengan andaian Puan Melinda yang langsung tidak masuk akal.


"Ahh!Tak payah nak berlakon baik lagi depan aku.Aku dah pernah bagi kau warning kan sebelum ni?Bila laki aku balik dari oversea nanti, siap sedialah untuk terima nasib kau!"

Hampir terjojol biji mata Puan Melinda memandang Fikri.


"Puan, tolong jangan marah Fikri.Dia tak salah apa-apa.Kalau puan nak hukum, hukumlah saya!"

Kata Dania pula sambil duduk memegang kaki Puan Melinda.


Puan Melinda menjeling tajam Dania yang tunduk memegang kakinya.Kemudian dia memegang bahu Dania dan perlahan-lahan membangunkan Dania semula.


Pangg!!


Satu tamparan kuat melekat di pipi Dania sebaik gadis itu mengangkatkan wajahnya.Sudahnya Dania terjelepuk ke lantai kerana gagal mengimbangi tubuh dek kuatnya tamparan Puan Melinda.


"Dania!"

Fikri yang terkejut dengan situasi itu bingkas mendapatkan Dania.


"Ya Allah, Dania.Mulut awak.."

Fikri cemas melihat darah yang mengalir di hujung bibir gadis itu.Dania hanya tunduk memandang lantai dengan wajah berkerut sambil tangannya memegang pipi yang terasa pijar.


"Puan, apa puan dah buat ni?"

Fikri mendongak memandang Puan Melinda dengan riak wajah yang masih terkejut.


"Bukan ke dia sendiri yang merayu supaya dihukum?Dan kau Fikri, jangan ingat yang kau akan terlepas dari hukuman."

Kata Puan Melinda sambil memeluk tubuh lalu bibirnya mengukir senyum mengejek.


Pada masa yang sama, pintu ruangan ICU ditolak dari dalam.Pantas Puan Melinda mendapatkan Doktor Hazran yang sudah menanti dengan riak wajah yang sukar digambarkan.


"Doktor, anak saya macamana, doktor?"

Tanya Puan Melinda dengan wajah panik.


"Puan, sebaiknya kita berbual di bilik saya.Silakan."

Kata Doktor Hazran lalu melangkah mendahului Puan Melinda.


Dania yang sudah duduk di kerusi bersama Fikri bingkas bangun untuk mendapatkan Doktor Hazran tetapi tiba-tiba lengannya dipegang oleh Fikri.Fikri menggeleng-gelengkan kepalanya kepada Dania sebagai isyarat supaya gadis itu tidak bertindak dengan gopoh-gapah.Dia tidak mahu situasi tegang itu menjadi semakin kacau.Akhirnya Dania mengalah lalu kembali duduk di kerusi.


Setelah kelibat Puan Melinda dan Doktor Hazran hilang dari pandangan, Dania bangun memandang ke arah pintu ruangan ICU.


"Asyraaf macamana?Saya nak tengok keadaan Asyraaf."

Kata Dania sayu.Pipinya yang memerah kesan dari tamparan kuat tadi kini basah dengan air mata.


"Dania, saya rasa kita tak boleh tengok Asyraaf sekarang."

Fikri turut bangun dan berdiri di sebelah Dania.Rasa simpatinya semakin menebal setiap kali melihat darah di bibir gadis itu.


"Tapi saya nak tau keadaan dia.Saya dah buat salah dengan dia."

Kata Dania lagi tanpa menghiraukan kesakitan yang dirasainya.


"Dania, saya rasa lebih baik awak balik dulu.Awak balik, berehat.Sapu ubat pada pipi dan bibir awak.Tentang Asyraaf nanti saya akan update kan dekat awak, okey?"

Cadang Fikri yang tidak sampai hati melihat keadaan Dania.


"Tapi.."


"Bagi handphone awak."

Laju Fikri memotong Dania dari membantah.Dan Dania terpaksa akur menyerahkan telefon bimbitnya kepada Fikri.


"Okey, nanti apa-apa saya hubungi awak.Awak janganlah risau sangat ya."

Fikri menyerahkan kembali telefon bimbit kepada Dania.


"Saya mintak maaf sebab tak dapat hantarkan awak balik.Saya kena tunggu Asyraaf dekat sini.Tapi saya dah tempahkan Grab untuk awak.Kita tunggu dekat luar ya?"

Kata Fikri lagi lalu tersenyum.


"Its okay, saya boleh pergi sendiri.Tapi tolong update pada saya secepatnya."

Pinta Dania.Lalu dengan langkah longlai, Dania pergi meninggalkan Fikri.




"Puan, saya harap puan bersabar.Keadaan anak puan sekarang ni agak lemah.Buat masa ni,kami terpaksa tahan Asyraaf di ICU sehinggalah keadaan dia kembali stabil."

Terang Doktor Hazran sebaik duduk di hadapan Puan Melinda di dalam biliknya.


"Doktor, sampai bila anak saya terpaksa tanggung semua ni?Kenapa dia tak boleh sembuh macam orang lain yang terima jantung baru?"

Puan Melinda tidak dapat menahan emosinya lalu menangis di hadapan Doktor Hazran.


"Puan, pihak kami dapat memastikan bahawa jantung anak puan sekarang lebih normal berbanding orang yang sihat.Untuk pengetahuan puan, tekanan juga boleh membebankan jantung Asyraaf.Saya nasihatkan supaya jangan sesekali meletakkan Asyraaf dalam keadaan tertekan atau sedih.Saya bimbang jika situasi ini berterusan, anak puan mungkin tidak akan dapat bertahan lagi."

Jelas Doktor Hazran lagi dengan tenang.


Semakin sakan Puan Melinda menagis mendengarkan kata-kata Doktor Hazran itu.Rasa bersalah mencengkam dada mengenangkan sikapnya terhadap Asyraaf selama ini.


"Doktor, saya nak tengok Asyraaf."

Kata Puan Melinda perlahan lalu mengesat hingus yang mengalir dengan tisu.



                        ***********



Dania membelek wajahnya di cermin.Dipegangnya pipi yang mula membengkak.Kesan merah masih jelas kelihatan dan rasa sakit juga masih belum beransur hilang.


Diperiksanya pula bibir yang pecah sedikit dengan sisa darah yang sudah kering.Mujur saja dia berjaya menyembunyikan wajahnya dari dilihat Puan Saida dan Encik Iskandar sewaktu tiba di rumah tadi.


Setelah puas menelek wajah di cermin, Dania duduk di atas katil sambil mengingat kembali peristiwa di hospital tadi.Seriau rasanya tatkala membayangkan wajah bengis Puan Melinda.


Ini merupakan kali kedua dia ditampar.Kali pertama dia ditampar oleh Nabila, adik Rizki yang turut berlaku di hospital.Tetapi rasa sakit itu tidaklah sebanding dengan rasa sakit penangan tamparan Puan Melinda.


Walaupun kejadian yang berlaku di hadapan kedua orang tuanya itu sudah berbulan-bulan berlalu, namun tetap saja segar di ingatan.Sesegar ingatannya terhadap Rizki.


Dania bangun menuju ke almari pakaian.Gaun pengantin yang tergantung dikeluarkan lalu dibawa semula ke katil.Diletaknya gaun itu di ribaan lalu diciumnya berkali-kali.


'Rizki, kenapa rasanya seolah-olah awak berada begitu dekat dengan saya?Saya rindukan awak.'


Dania merebahkan dirinya.Seketika dia lupa akan Asyraaf yang berada di hospital.Dan entah bila, dia terlelap bersama gaun pengantin yang berada dalam dakapan.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi