Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 23

Sewaktu menuruni anak tangga, telinga Dania menangkap suara ibunya sedang berbual dengan seorang lelaki di ruang tamu.


'Hish, apa pulak mamat ni buat dekat sini pagi-pagi ni?'

Langkah Dania terhenti di tangga tatkala terpandangkan sesusuk tubuh yang jelas dikenalinya walaupun dari belakang.


"Nia, siap-siap ni nak ke mana?"

Puan Saida menegur Dania yang berjalan menghampirinya.

Alvin lantas menoleh ke belakang lalu tersenyum kepada Dania.Gadis itu tampak bergaya walaupun hanya mengenakan kemeja potongan labuh dan berseluar jeans.


"Pergi butiklah, bu."

Jawab Dania bersahaja.Dia berpura-pura tidak melihat Alvin di situ.


"Laa, Nia kan tak sihat betul lagi..Tak payah kerjalah.Esok lusa baru pergi butik, ya?"

Kata Puan Saida lagi.


"Takpe, bu.Nia dah sihat.Lagipun kesian dekat Ayumi buat kerja sorang-sorang dekat butik."

Dania duduk di sebelah ibunya.


"Nia, Alvin ni datang nak tengok Nia.Risau katanya pasal semalam.Baik betul lah Alvin ni, kan?Selalu ada bila Nia perlukan dia."

Puji Puan Saida dengan senyum lebar.


'Baiklah sangat.Baik ada makna, kan?'

Dania senyum sinis.

Jejaka itu tersengih seperti kerang busuk mendengarkan pujian Puan Saida.


"Tak adalah, auntie.Dah kebetulan saya ada semasa Dania perlukan bantuan."

Celah Alvin yang sedari tadi hanya berdiam.


"Oklah, bu.Nia pergi dulu."

Kata Dania lalu menyalami Puan Saida.


"Eh, nanti dulu.Kalau Nia nak pergi jugak, biar Alvin yang hantarkan.Boleh kan, Alvin?"

Dania tidak jadi berdiri mendengarkan kata-kata Puan Saida.


"Ibu..Nia boleh drive lah.Buat apa nak susahkan orang?"


"No, its okay.Kalau auntie nak saya temankan Dania satu hari pun boleh.Kebetulan hari ni saya cuti."

Celah Alvin sambil melemparkan senyuman manis kepada Dania.


'Eh eh, banyak pulak dia punya kebetulan hari ni ek.'

Dania memandang Alvin dengan pandangan meluat.


"Bagus sangatlah kalau macamtu.Hari ni auntie serahkan Nia pada Alvin, ya?"

Puan Saida tersengih.


"Ibu, apa ni bu cakap macamtu?"

Bulat mata Dania memandang Puan Saida.


"Awak nak pergi sekarang ke?"

Tanya Alvin kepada Dania.


"Taklah.Tahun depan!"

Balas Dania lalu bingkas berdiri.


Tanpa menoleh lagi, Dania melangkah laju menuju ke arah pintu.Sakit hatinya dengan sikap Puan Saida yang seperti sengaja memberi peluang kepada Alvin untuk mendekati dirinya.


"Nia!Tak sarapan dulu ke?"

Laung Puan Saida.Geleng kepala dia melihat sikap anaknya itu.


Alvin segera meminta diri lalu mendapatkan Dania yang sudah tercegat di luar rumah.


"Silakan."

Tergesa-gesa Alvin membukakan pintu kereta untuk Dania yang sedang berpeluk tubuh.


"Kita pergi breakfast dulu, okey?"

Alvin bersuara setelah masuk ke dalam kereta.


Dania berpura-pura tidak mendengar.Pandangannya dilemparkan ke luar cermin tingkap.


"Awak marahkan saya ke?"

Alvin berkata lagi apabila gadis itu hanya membisu.


"Apa sebenarnya niat awak datang rumah saya?"

Dania memusingkan sedikit tubuhnya ke arah Alvin yang sedang memandu.


"Saya cuma nak tengok keadaan awak je.Betul Dania, saya memang risaukan awak."

Jawab Alvin yang agak terkejut dengan pertanyaan Dania itu.


Dania tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi Alvin.Ditenungnya lagi wajah jejaka itu yang mula berubah.


"Fine.Lepas ni saya mintak awak jangan datang rumah saya lagi kalau tak ada hal mustahak."

Dania kembali memalingkan wajahnya.


"Okey.Tapi kalau saya datang butik boleh kan?"

Alvin menyengetkan kepala ke arah Dania.Matanya tetap fokus pada jalan raya di hadapan.


"Awak ni, kan?Dahlah bawak jelah kereta tu.Tak payah cakap dengan saya!"

Dania mendengus.Geram rasanya apabila jejaka itu berpura-pura tidak mengerti.


Alvin ketawa.Lucu dia melihat sikap Dania yang kebudak-budakkan.Dijelingnya gadis itu yang sudah masam mencuka.


"Comel."

Kata Alvin antara dengar dan tidak.


"So, nak breakfast dekat mana?"

Alvin bersuara lagi.


"Saya tak lapar.Hantar saya terus ke butik."

Dania semakin hilang sabar dengan sikap Alvin yang langsung tidak sensitif.


Beberapa minit kemudian, Alvin menghentikan kereta di hadapan sebuah cafe.


"Tunggu sekejap, ya."

Kata Alvin lalu keluar dari kereta.


Terkebil-kebil Dania melihat Alvin yang masuk ke dalam cafe.Selang beberapa minit, Alvin keluar semula bersama beg kertas berwarna coklat cair.


"Nah, makan dekat butik.Jangan pernah skip breakfast, okey?"

Alvin menyerahkan beg kertas tersebut kepada Dania dan dengan teragak-agak Dania menyambut huluran itu.


"Thanks."

Ucap Dania perlahan.


"Most welcome."

Balas Alvin dengan senyum manis.



                        ************



Dania melangkah lesu ke dalam butik.Ayumi tidak jadi menegur apabila melihat Dania menuju langsung ke pejabat tanpa menoleh ke arahnya.


Dania meletakkan beg tangan dan beg kertas serentak ke atas meja.Kemudian dia duduk menyandar di sofa dengan kaki diregangkan.Dipegangnya perut yang mula memainkan irama keroncong lalu satu keluhan dilepaskan.


Beg kertas di atas meja dijeling dengan ekor mata.Dia bingkas bangun menuju ke meja lalu secawan kopi yang masih hangat dan sebekas sandwich dikeluarkan dari beg kertas.Bibirnya menguntum senyum.Aroma kopi kegemaran yang menusuk ke rongga hidung menambahkan lagi seleranya.


"Sejak bila bawak bekal?"

Suara Ayumi yang bergema tiba-tiba mengejutkan Dania.


"Err..aku singgah cafe tadi sebab tak breakfast dekat rumah.Kau dah breakfast belum?"

Dania menggelabah.


"Biasalah, dah breakfast dekat rumah.Kau tu sejak bila pulak tak breakfast dekat rumah?Kejar apa?"

Tanya Ayumi kehairanan.


"Tak adalah.Sekali sekala.."

Jawab Dania sambil menghirup kopi.Dia berpura-pura tidak menghiraukan kehadiran Ayumi di situ.Tidak mahu temannya itu terus bertanya itu dan ini.


"Yelah tu.Eh, tadi kau datang dengan apa?Kau drive ke?"

Terbatuk Dania mendengar soalan Ayumi.


"Err..aku..aku tumpang ayah aku!"

Tergagap-gagap Dania menjawab.


"Oh..okey."

Kata Ayumi lalu beredar dari situ.


"Huih, nasib baik tak kantoi.Tak pasal-pasal kecoh kalau dia tau Alvin yang hantar aku."

Dania urut dada.

Sandwich yang belum berusik di atas meja ditenung.Seleranya mati tiba-tiba mengenangkan jejaka itu.


"Aku dah marah-marah dia siap tak bagi datang rumah lagi, tapi dia masih ambil berat pasal aku."

Rasa bersalah dengan sikapnya terhadap Alvin mula bersarang di hati.


"Alah kau ni Dania.Mudah sangatlah lembut hati.Orang baik sikit dengan kau mulalah kau nak cair.Bukannya kau tak tau Alvin tu dah lama suka kat kau.Apa je dia tak boleh buat?"

Dania mengomel sendiri.


"Tak, takkan semudah tu aku akan biarkan  dia mendekati aku.Lepas ni aku kena lebih berhati-hati lagi."

Dania berkata lagi.


Saat itu juga dia teringatkan Ayumi.Kalaulah gadis itu tahu yang sesungguhnya, pasti dia akan kecewa.Dan Dania tidak akan membiarkan apa-apa terjadi kepada persahabatan mereka gara-gara Alvin.



Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi