Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 26

"So..Dania Aulia, pemilik Danilia Couture.."

Asyik sekali Asyraaf membelek akaun media sosial milik Dania sewaktu duduk berehat di gazebo berhadapan kolam renang.Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum.


"Ehem!"


Kerana begitu terkejut, hampir terlepas telefon bimbit dari cengkaman Asyraaf.


"Mama!"

Asyraaf pegang dada yang terasa ngilu.


"Raaf sorry, sayang.Mama tak ada niat pun nak buat Raaf terkejut."

Panik Puan Melinda melihat anaknya yang sedang menahan sakit.


"Mama ni.."

Asyraaf menjeling Puan Melinda yang duduk di sebelah dengan segelas jus oren di tangan.


"Raaf okey tak ni?Kalau tak okey mama bawak Raaf masuk."

Kata Puan Melinda dengan rasa bersalah.


"Takpe, ma.Raaf okey."

Asyraaf menepuk tangan Puan Melinda yang memegang bahunya.


"Raaf tengok apa sampai senyum-senyum macamtu?Lain macam je mama tengok."

Usik Puan Melinda.


"Tak adalah.Bila masa Raaf senyum?"

Asyraaf cuba menutup rasa malunya.


"Anak mama ni dah pandai berahsia ya sekarang?Hmm?"

Puan Melinda angkat kening.


"Betul ma..Tak ada apa.Baca Whatsapp dari kawan je."

Bohong Asyraaf.Mana mungkin dia memberitahu mamanya yang dia lagi sedang memikirkan tentang seorang gadis.


"Yelah, mama percaya..So, dah ready  nak ke sekolah esok?"

Puan Melinda mengalih topik perbualan.


"Yup.Can't wait!"

Jawab Asyraaf dengan wajah ceria.


Tidak sabar rasanya mahu kembali ke sekolah.Lebih-lebih lagi dia kini berada di tahun akhir.Sayang sekali rasanya terlepas begitu banyak waktu belajar bersama teman-teman di sekolah.


"Raaf yakin ke nak masuk kelas jugak?Raaf kan boleh belajar dekat rumah je sampai tarikh SPM."

Tanya Puan Saida.Direnungnya wajah Asyraaf penuh kasih."


"Ma, belajar dekat rumah tak sama dengan belajar dekat sekolah.Lagipun Raaf dah rindu sangat nak belajar dengan kawan-kawan dalam kelas.Tinggal lagi beberapa bulan je sebelum SPM.Lepas tu Raaf boleh berehat puas-puas dekat rumah.Mama janganla risau."

Jawab Asyraaf dengan panjang lebar.


Lega Puan Melinda mendengarkan kata-kata Asyraaf namun dia tetap bimbangkan kesihatan anaknya itu.


"Okey.Tapi ingat.Kalau Raaf sakit lagi, mama tak bagi Raaf pergi sekolah lagi faham?"

Puan Melinda memberi amaran.


"Mama..can you stop treat me like a baby?"

Asyraaf mendengus.Rimas dengan mamanya yang terlalu mengawal hidupnya.


"Raaf, forever and ever you always be my baby.Remember that."

Kata Puan Melinda dengan tegas lalu bangun meninggalkan Asyraaf.


Asyraaf melepaskan keluhan berat.Rambut yang menutupi dahi disebak ke belakang.Telefon bimbit yang tergenggam di tangan ditenung bagai hendak tembus.


"Bila aku dapat jumpa kau lagi, Dania Aulia?"


Asyraaf menyandarkan tubuhnya ke dinding gazebo dengan kedua-dua lutut dibengkokkan.Matanya dipejam.Cuba membayangkan setiap inci wajah gadis manis itu.Lantas bibirnya mengukir senyum entah untuk yang ke berapa kalinya.



                        **************



Lama Dania merenung gaun pengantin yang masih tergantung di dalam almari pakaian.Hatinya jadi sayu mengenangkan semua yang telah terjadi dalam hidupnya.


'Kenapa aku tak boleh nak rasakan bahagia macam orang lain?'

Rintih Dania dalam hati.


"Sayang.."

Suara Puan Saida menghentikan Dania dari terus mengelamun.Pantas tangannya menutup alamari pakaian lalu dipalingkan tubuhnya membelakangi Puan Saida bagi mengesat air mata yang hampir menitis.


"Ya, bu?"

Dania menoleh ke arah Puan Saida yang berjalan menghampirinya.


"Anak ibu buat apa?Senyap je duduk dalam bilik."

Tanya Puan Saida lalu duduk di bucu katil.


"Tak ada buat apa.Kemas-kemas bilik sikit."

Jawab Dania dengan senyuman.


"Tak keluar dengan Alvin ke?"

Pertanyaan Puan Saida membuatkan Dania tersentak.


"Kenapa nak keluar dengan dia pulak?"

Dania mengembalikan semula pertanyaan kepada Puan Saida.Hatinya jadi sakit mendengarkan nama itu.


"Tak adalah..ibu tengok Nia macam rapat je dengan Alvin.Ada apa-apa ke yang ibu tak tau?"

Puan Saida jungkit kening.


"Ibu salah tengok kot.Mana ada Nia rapat dengan dia.Kitorang kawan biasa-biasa je.Dia tu kawan baik Rizki.Bukan kawan Nia."

Dania cuba menerangkan hal yang sebenarnya kepada Puan Saida.


"Kalau Nia rapat dengan dia pun apa salahnya?Ibu pun suka dengan Alvin tu.Baik sangat orangnya.Lemah lembut..ambil berat, suka menolong, hormat orang tua.."

Bergunung pujian diberikan oleh Puan Saida.


"Lagi?Habis dah?"

Dania anak kening memandang ibunya yang tersengih kerang.


"Ibu selalu macamtu, kan?Cepat sangat buat penilaian.Baru jumpa orang tu beberapa kali dah puji itu puji ini."

Dania mendengus.Bertambah rasa sakit hatinya mendengarkan pujian melambung ibunya kepada Alvin.


"Nia, penilaian ibu tak pernah salah tau.Dulu masa mula-mula Nia bawak Rizki jumpa ibu pun, ibu dah boleh tau dia orang yang macamana."

Puan Saida membela diri.


"Ibu, boleh tak ibu jangan samakan Rizki dengan orang lain?Takkan ada lelaki dalam dunia ni yang boleh gantikan tempat Rizki!"

Dania memalingkan wajahnya dari Puan Saida.Sayu sekali rasanya mengenangkan Rizki yang telah pun pergi meninggalkannya.


"Nia, ibu mintak maaf kalau ibu buat Nia sedih.Ibu tak bermaksud pun nak bandingkan Rizki dengan sesiapa.Ibu cuma nak tengok anak ibu ni bahagia dan tersenyum macam dulu lagi."

Puan Saida menyentuh bahu Dania perlahan.


"Ibu, bukan mudah Nia nak bukak pintu hati Nia untuk orang lain.Sebab dalam hati Nia ni dah terisi dengan satu nama.Nia pun tak tau bila hati Nia ni akan kosong kembali.Atau mungkin takkan kosong sampai bila-bila."

Dania merintih sayu.Air mata yang ditahan jatuh juga.Seketika kemudian, dia sudah pun berada dalam dakapan ibunya sambil teresak-esak.


 

                   ***************



Ayumi mundar mandir di depan rumah sambil menggengam kemas telefon bimbit.Hatinya meronta-ronta untuk mendengar penjelasan Dania tentang hal yang terjadi di antara dia dan Alvin di cafe semalam.


Tidak mungkin rasanya untuk dia menanyakan hal itu kepada Dania langsung kerana dia pasti Dania tidak akan mahu membuka cerita.Akhirnya Ayumi tekad untuk menanyakannya kepada Alvin lantas nombor telefon jejaka itu didail.


"Hello, assalamualaikum Alvin.Maaf kalau saya ganggu."

Ayumi bersuara setelah panggilannya bersambut.


"Waalaikumussalam, Ayumi.Ada apa ya?"

Kedengaran suara Alvin menjawab di hujung talian.


"Saya nak tanya pasal Dania semalam.Saya tau dia nak balik bukan sebab dia sakit, tapi ada sebab lain kan?Alvin, tolonglah bagitau saya apa sebenarnya yang terjadi antara korang berdua.Ada kena mengena dengan saya ke?"

Ayumi bertanya seakan mendesak.Tidak sabar rasanya mahu mendengar penjelasan dari mulut Alvin.


"Dania tak ada cakap apa-apa pada awak ke?"

Alvin menayakan soalan bodoh.Dia sebenarnya teragak-agak untuk menjawab soalan Ayumi itu.


"Kalau dia cakap, tak adalah pulak saya nak tanya awak Alvin."

Ayumi memutarkan biji matanya ke atas.Tangannya diletakkan ke pinggang.


'Doktor, tapi bengap.'

Ayumi menyumpah dalam hati.


"Hmm, saya pun tak tau nak cerita macamana dekat awak.Apa kata kalau kita jumpa?"

Alvin memberikan cadangan.Dan seperti yang diduga, cadangan itu disambut baik oleh Ayumi.


"Okey, boleh!Nak jumpa dekat mana?Sekarang ke?"

Ayumi teruja.


"Kita jumpa dekat cafe semalam?"

Balas Alvin.


"Okey, saya siap-siap dulu.Nanti jumpa dekat sana.Bye!"

Ayumi mematikan telefon lalu tersenyum lebar membayangkan yang dia bakal berduaan dengan Alvin, tanpa Dania.


Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi