Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 8

Pagi itu, Rizki datang menjemput Dania seperti yang dijanjikan.Sepanjang perjalanan, masing-masing hanya diam melayani perasaan.


"Aulia, petang ni awak balik dengan Yumi takpe kan?Saya takut tak sempat ambil awak sebab lepas office hour, saya ada meeting dengan client dekat luar..Tapi malam ni kita pergi makan, ok?"

Rizki bersuara setelah tiba di butik.


"Ok."

Dania hanya menjawab sepatah lalu memasuki butik.


Rizki melepaskan keluhan.Dia sangat berharap hubungannya dengan Dania akan kembali pulih seperti sedia kala.Dia yang memulakan, dia jugalah yang harus menyelesaikannya.Namun takdir untuk hidup bersama Dania, terasa semakin hari semakin samar di pandangannya.


"Mana Yumi ni tak datang lagi?"

Dania memandang jam di dinding.


"Ke aku yang sampai awal sangat?"

Dania meletakkan beg tangan di dalam bilik pejabat.Kemudian dia keluar semula untuk memulakan tugas harian.


Dania membuka penghawa dingin.Langkahnya diatur ke belakang.Dia kini berdiri di hadapan patung model yang dipasangkan dengan gaun pengantinnya.


Tangannya menyentuh lembut gaun putih itu.Dania pejam mata.Dia tersenyum lebar membayangkan kecantikkannya saat mengenakan busana indah itu.


"Assalamualaikum, bos!"

Ayumi menyergah Dania membuatkan gadis itu terkejut beruk.


"Yumi!"

Hampir sahaja Dania jatuh terduduk dek kerana terlalu terkejut.Mujur dia sempat menahan badannya ke dinding.


"Kau memang nak aku sakit jantung ke, Yumi!"

Marah betul Dania apabila disakat begitu oleh Ayumi.


Ketawa besar Ayumi melihat tingkah Dania.Dia menghampiri Dania yang sudah pun duduk di sofa sambil mengurut-ngurut dada.


"Sorry lah weh..Aku tak tau pulak kau boleh terkejut sampai camtu."

Kata Ayumi dengan ketawanya yang masih bersisa.


"Nah, bos..Minum dulu ya."

Ayumi menghulurkan kopi latte kepada Dania sambil tersengih.Geli hatinya melihat wajah Dania yang memerah kerana marah.


"Nasib baik ada latte ni.Kalau tak memang mengamuk aku hari ni!"

Gertak Dania.Sakit hatinya melihat Ayumi yang masih tersengih-sengih macam kerang busuk.


"Lain kali kalau tak nak terkejut..janganlah datang awal sangat.Ni aku rasa macam aku pulak bos."

Kata Ayumi sambil menjeling ke arah Dania yang sedang menikmati kopinya.


"Cakap apa pulak kali ni dengan patung tu?Bahagia semacam je aku tengok."

Ayumi kembali mengusik apabila kata-katanya tidak disambut.


"Kenapa nak tau?Rahsialah."

Giliran Dania pula mengusik.


"Gitu ke..?Baiklah.."

Balas Ayumi pula lalu ketawa bersama Dania.


"Yumi, tempahan yang nak ambil minggu ni dah settle semua ke?"

Dania bertanya serius.


"Settle..Kau jangan risaulah, ok?"

Jawab Ayumi.


Dania mengangguk lega.Setelah meletakkan kopi di atas meja, dia kembali kepada gaun pengantinnya.


"Yumi, tolong ambilkan beg baju.Aku nak simpan baju aku ni."

Dania berkata sambil tangannya sibuk menanggalkan baju pada patung.

Tidak lama kemudian, Ayumi datang membawa beg yang diminta.


"Nia, kau tak nak cuba dulu ke?"

Tanya Ayumi sambil membantu Dania menyarungkan plastik ke gaun pengantin.


"Nanti-nantilah."

Jawab Dania pendek.Laju tangannya menutup zip beg baju yang telah terisi dengan gaun itu.


"Tak sabar aku nak tengok kau pakai baju ni.Mesti lawa gila."

Ayumi senyum lebar.


"Aku pun."

Kata Dania perlahan.


***************************************


Alvin merenung telefon bimbit di tangan.Sekejap dia bangun lalu duduk semula.


"Dah dua hari Rizki tak contact aku.Jangan-jangan dia marah dekat aku tak pasal aku terbagitau Dania hari tu?"

Alvin cemas memikirkan seandainya dia jadi punca pergaduhan antara Rizki dan Dania.


"Ahh, call jelah!Lantaklah kalau dia marah pun."

Alvin pantas mendail nombor Rizki.

Beberapa saat kemudian, panggilan disambut.


"Yes, Alvin.How are you?"

Suara Rizki kedengaran tenang di hujung talian.

Alvin menarik nafas lega.Ternyata Rizki tidak marah padanya sama sekali.Atau mungkin Dania belum mengatakannya pada Rizki.


"Fine!Riz, kau ada masa tak?Keluar malam ni, jom.Dah lama kot tak lepak kat cafe."

Alvin teruja mahu bertemu dengan sahabatnya itu.


"Sorry, Vin.Malam ni aku dah janji dengan Dania.Tapi kalau kau nak join pun, tak ada masalah.Aku rasa Dania tak kisah kot."

Rizki mempelawa Alvin.


"Oh, yeke?Takpelah kalau camtu.Lain kali jelah kot.Lagipun aku tak nak ganggu korang berdua dating."

Balas Alvin hampa.


"Ok, bro.Next time kita lepak.Got to go.Bye, Vin!"

Rizki terlebih dahulu mematikan talian.


Alvin bangun dari kerusi lalu berdiri di tingkap cermin biliknya.Pandangannya dilemparkan ke langit yang kelihatan cerah pagi itu.Seketika bayang-bayang Dania menyapa di ruang mata.


***************************************


Tengahari itu di butik, dua sahabat sedang asyik menikmati nasi goreng bungkus.Sesekali mata mereka memerhatikan ke arah pintu masuk sekiranya ada pelanggan yang datang.


"Nia, kau dengan Riz dah ok ke?"

Ayumi bertanya sambil menyedut sirap limau ais.Kemudian dia kembali menyambung suapannya.


"Macam tulah."

Balas Dania dengan mulut yang penuh.


"Kenyangnya.."

Dania menutup polisterin yang masih terisi dengan suku nasi goreng.Dia meneguk air mineral dengan rakus.


"Malam ni dia ajak aku keluar."

Dania berkata tiba-tiba.


"Hmm, untunglah orang ada kekasih..Aku ni tak ada siapa nak ajak keluar."

Lagi-lagi Ayumi buat muka sedih.

Dania hanya ketawa seraya berlalu meninggalkan Ayumi yang tersandar kekenyangan.


"Dania, kau rasa Alvin tu suka tak perempuan macam aku?"

Kata Ayumi lagi.Wajah kacak Alvin terbayang-bayang di matanya.


Dania buat tidak dengar.Dia tidak suka mendengar nama itu disebut.Dia sendiri juga tidak tahu kenapa.


"Nia, kau dengar tak?"

Ayumi bertanya separuh menjerit apabila tiada respon yang diterimanya.


"Kau ingat aku ni tukang tilik nasib ke boleh tau hati orang?"

Jawab Dania tanpa memandang Ayumi.

Ayumi bangun dari duduknya.Dia mengikuti Dania yang menuju ke bilik air.


"Nia, aku rasakan, aku macam dah jatuh cinta pandang pertama lah."

Ayumi bersandar di dinding.

Dania tidak jadi masuk ke bilik air.Dia memandang Ayumi seakan tidak percaya.


"Kau serius ke, Yumi?"

Tanya Dania dengan dahi berkerut.


"Kenapa?Tak boleh ke?"

Ayumi membesarkan mata memandang Dania.


"Tak adalah..Boleh tahan jugak ek taste kau."

Dania ketawa lalu masuk ke dalam bilik air.Ayumi menjuihkan bibir.


"Jealous lah tu."

Kata Ayumi perlahan.Dia kembali ke depan sambil menyanyi-nyanyi kecil.Hatinya berbunga setiap kali teringatkan jejaka cina itu.


***************************************


Dania memandang wajahnya di cermin.Bedak muka dioles tipis.Dania tidak tahu kenapa hatinya berdebar-debar untuk keluar bersama Rizki malam itu.Mungkin kerana hubungan mereka yang sudah tidak mesra seperti dulu lagi.


"Nia!Rizki dah sampai ni!"

Jeritan Puan Saida dari bawah mematikan lamunan Dania.Beg tangan di atas katil dicapai lalu segera turun ke bawah.


"Pergi dulu, bu."

Dania mencium tangan Puan Saida diikuti Rizki.


"Pergi dulu, auntie."

Ucap Rizki pula.


"Yelah, bawak kereta elok-elok."

Pesan Puan Saida lalu menutup pintu.


"Cantik sayang malam ni."

Sempat Rizki memuji sewaktu mahu membuka pintu kereta.

Dania memandang Rizki kemudian memerhatikan penampilannya yang hanya mengenakan baju t lengan panjang beserta seluar jeans.


"Biasa je."

Kata Dania selamba lalu masuk ke dalam perut kereta.Setiap kali Rizki memuji, hatinya langsung berbunga.Tapi kali ini, dia merasakan yang Rizki sekadar bermanis mulut.


"So, kita nak makan dekat mana?"

Rizki bertanya setelah berada di sebelah Dania.Diamatinya wajah gadis itu yang hanya disinari lampu jalan.


"Mana-mana jelah.Saya ikut je."

Balas Dania.

Rizki senyum lalu menghidupkan enjin kereta.


Setelah hampir setengah jam perjalanan, mereka tiba di hadapan cafe yang tidak asing lagi buat Dania.


"Sayang ingat lagi tak cafe ni?"

Rizki sengaja menguji ingatan Dania.


"Mestilah ingat.."

Dania menjawab lalu mereka beriringan masuk ke dalam cafe.Mana mungkin dia lupa tempat mereka bertemu untuk pertama kalinya.


"Dah lama kan kita tak datang sini.Tak ada yang berubah pun."

Kata Rizki lagi setelah mengambil tempat duduk.Matanya liar memerhati sekeliling cafe.Sememangnya mereka sudah lama tidak berkunjung ke situ kerana cafe itu terletak agak jauh dari kawasan bandar.


Dania mengangguk mengiakan kata-kata Rizki.Semuanya terlihat sama seperti dulu.Cuma Rizki sahaja yang telah berubah.


"Apa ni?Saya tak pesan kopi ni!"

Tanya Dania agak kasar kepada pelayan yang menghantar minuman.Terkebil-kebil pelayan itu dibuatnya.


"Maaf, cik pesan apa tadi?"

Tanya pelayan itu gugup.


"Latte!"

Dania menjawab.Matanya menjeling secawan kopi hitam di hadapannya.

Selang beberapa meja dari situ, kelihatan seorang lelaki sedang asyik memerhatikan gelagat Dania.


"Oh, maafkan saya, cik!Saya tersalah hantar.Sekejap ya, cik."

Pelayan itu mengambil kembali minuman yang diberikan kepada Dania lalu berpusing ke belakang.


Dania hanya memerhatikan di mana pelayan itu meletakkan minuman tersebut.Seketika, mata Dania bertembung dengan lelaki yang duduk tidak jauh di hadapannya.Ternyata minuman itu adalah kepunyaannya.


Cepat-cepat Dania mengalihkan pandangan mata ke arah skrin laptop di hadapannya apabila lelaki itu tersenyum kepadanya.


"Assalamualaikum.Boleh saya duduk sini?"

Lelaki itu menyapa Dania di mejanya.Dania tergamam melihat lelaki yang tersenyum kepadanya tadi, kini berdiri di hadapannya.


"Waalaikumussalam.Err..duduklah."

Pelawa Dania antara mahu tidak mahu.

Lelaki itu duduk dengan tenang lalu mula menghirup kopi hitamnya dengan selamba.


'Macamanalah orang boleh minum kopi pahit macam tu?

Soal Dania dalam hati sambil matanya memerhatikan gelagat lelaki itu.


'Hmm, not bad.'

Bisik hati kecil Dania.

Dan sekali lagi, matanya bertembung dengan lelaki itu.


"Sedap ke?"

Entah bagaimana soalan itu boleh terkeluar dari mulutnya.Menggelabah Dania saat ditangkap basah memerhatikan lelaki itu.

Lelaki itu hanya ketawa mendengar soalan Dania.


"Dah ditakdirkan pelayan tu salah hantar minuman saya kepada awak.Mungkin juga dah ditakdirkan yang saya akan datang kepada awak."

Lelaki itu berkata sambil tersenyum manis.Renungan matanya menikam jauh ke dasar hati membuatkan Dania tertunduk malu.


"Sayang!Hey, jauhnya termenung."

Rizki mengawang-awangkan telapak tangannya di hadapan Dania.

Dania tersentak.Dirinya kembali berada di alam nyata.Ingatan masa lalu terbang entah ke mana.


"Hah, awak cakap apa tadi?"

Dania pura-pura bertanya menutupi perasaaannya malunya.Entah berapa lama agaknya dia mengelamun di situ.


"Saya tanya awak nak pesan apa?Boleh pulak dia termenung.Teringat memori lama ke?

Rizki ketawa mengusik.


"Apa-apa je boleh.Saya nak pergi toilet sekejap."

Dania tidak dapat menyembunyikan perasaan malunya.Dia tidak mahu Rizki tahu apa yang sedang difikirkannya.


Sekembalinya dari tandas, dari kejauhan Dania dapat melihat Rizki sedang berbual dengan seorang lelaki yang duduk di hadapannya.Dengan perlahan Dania mendekati mereka sambil mengamati susuk lelaki yang membelakanginya.


"Alvin?"

Bisik Dania.

Saat itu juga, Alvin menoleh ke arah Dania.Alvin seraya berdiri lalu menyapa Dania.


"Hai, Dania."

Sapa Alvin dengan senyuman di bibir.

Dania senyum paksa lalu duduk di sebelah Rizki.Wajah Rizki dipandangnya meminta kepastian.


"Sayang, kebetulan sangat Alvin pun datang makan kat sini.Saya ajak dia duduk sekali dengan kita takpe kan, sayang?"

Jelas Rizki kepada Dania.


"Takpe."

Balas Dania pendek.

Dia memandang Alvin yang tidak lekang dengan senyuman.Begitu juga dengan Rizki.Sungguh hatinya galau saat itu dengan kehadiran Alvin di antara mereka berdua.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi