Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 18

Dania mengusap-usap gaun pengantin di ribaannya.Sesekali bibirnya mengukir senyum.Matanya yang bengkak sudah kering dengan air mata.Pipinya juga kelihatan sedikit cengkung kerana kurang menjamah makanan.


Sejak Rizki meninggal seminggu yang lalu, Dania jadi tidak tentu arah.Makan minum sudah tidak dipedulikan lagi.Di dalam bilik itulah syurganya sekarang di mana dia senang berada dalam dunianya sendiri.


"Nia, makan sikit nak.Dari pagi tadi Nia tak makan apa-apa kan."

Puan Saida datang membawa semangkuk bubur nasi dan segelas air masak lalu duduk di samping Dania.


Dania langsung tidak menoleh ke arah ibunya.Matanya tetap sahaja merenung gaun pengantin itu.Sekejap dia tersenyum, dan sekejap pula dia bersedih.


"Nia, pandang ibu sayang.Ibu suapkan bubur ya?"

Kata Puan Saida lagi.


"Ibu, bila Nia boleh pakai baju ni, bu?Nia nak Riz tengok Nia pakai baju ni.Mesti Riz suka kan, bu?"

Tiba-tiba Dania bersuara tanpa memandang ibunya.


"Riz belum sempat tengok Nia pakai baju ni.."

Dania berkata lagi.

Puan Saida cuba menahan tangis.Hancur hatinya melihat anak kesayangannya dalam keadaan seperti itu.


"Nia, sudah lah tu, nak..Nia tak boleh terus-terusan macamni.Nia kena ikhlas dengan ketentuan Allah.Ikhlaskan Rizki, sayang."

Puan Saida menggosok-gosok bahu Dania.


"Ibu tau tak, Riz cakap bila dah kahwin nanti dia nak hias bilik dengan bunga ros banyak-banyak.Romantik kan Riz tu, bu?"

Dania ketawa.

Kemudian matanya meliar memandang sekeliling bilik.Puan Saida menekup mulut.Air mata yang ditahan berderai jua.


"Nia, Nia tak kesian kat ibu ke?Ibu sedih sangat tengok anak ibu jadi macamni.Sedarlah, Nia!Rizki dah tak ada!Dah tak ada!"

Puan Saida tidak dapat mengawal emosinya.Dia begitu sedih dan dalam masa yang sama dia kesal kerana Dania seolah-olah mahu menghancurkan hidupnya sendiri.


"Bawak mengucap, Nia.Istighfar!Ingat Allah!Sampai bila Nia nak macamni?"

Kata Puan Saida lagi.


Dania yang mendengar hanya memandang lesu wajah ibunya.Langsung tidak memberikan reaksi seolah-olah mindanya berada di bawah sedar.


"Puan, Non Ayumi ada di bawah.Mahu ketemu sama Non Dania."

Bibik Halimah sudah tercegat di pintu bilik.Puan Saida yang tersentak segera menyeka air mata.


"Ok, bik.Suruh je dia naik ke atas, ya."

Arah Puan Saida kepada Bibik Halimah.


"Baik, Puan."

Balas Bibik Halimah lalu menghilang.


Beberapa detik kemudian, Ayumi sudah pun terjengul di muka pintu.


"Masuklah, Yumi."

Pelawa Puan Saida apabila melihat Ayumi hanya tercegat di muka pintu.Perlahan-lahan Ayumi menghampiri katil Dania lalu menyalami Puan Saida.


"Terima kasih ya Yumi sebab datang.Auntie dah tak tau nak buat macamana lagi dah dengan Nia ni.Kamu tolonglah pujuk dia makan ya?Manalah tau dia nak makan kalau kamu ada.Auntie tak nak dia sakit.Tolong ya, Yumi."


Puan Saida berdiri menghadap Ayumi.Sisa air mata masih jelas kelihatan di wajahnya.


"Baik, auntie.Yumi cuba yang termampu, ya?Auntie janganlah risau sangat.Nanti auntie pulak yang sakit."

Balas Ayumi.


Puan Saida mengangguk lalu meninggalkan Ayumi bersama Dania.


"Nia, aku mintak maaf sebab baru sekarang aku datang jumpa kau.Aku takut kau tak nak jumpa aku bila auntie cakap kau tak nak cakap dengan sesiapa.Aku faham kau perlukan masa untuk bersendirian."


Ayumi mendekati Dania yang duduk bersandar di kepala katil bersama gaun pengantin yang menyelimuti separuh tubuhnya.


"Aku tau sepatutnya aku ada dengan kau, bagi semangat pada kau.Aku tau semua ni berat bagi kau."


Ayumi mencapai tangan Dania lalu digenggam erat.Dania yang sedang berkhayal terkejut dengan perlakuan Ayumi.


"Yumi!"

Dania menatap Ayumi dengan mata yang berkaca.Kehadiran Ayumi membawanya kembali ke dunia nyata.Seketika kemudian, mereka saling berpelukan.


"Maafkan aku, Nia.Maafkan aku."

Ayumi mengusap-ngusap belakang tubuh Dania.


"Yumi.."

Dania meleraikan pelukan.Air mata yang sudah kering kembali mengisi kolam matanya.


"Aku tengah mimpi kan, sekarang?Betul kan aku tengah mimpi?Rizki masih ada, kan?Yumi, jawablah!"

Dania menggoncang bahu Ayumi.Gadis itu sudah teresak-esak menangis.


"Nia.."

Ayumi tidak mampu menjawab pertanyaan Dania.Dikesatnya air mata di pipi berkali-kali.


"Kau pun mesti nak cakap benda yang sama kan macam ibu?Kau nak cakap yang Rizki dah tak ada.Rizki dah mati!"

Dania bingkas bangun dari katil.Dia berdiri di tepi jendela sambil menyapu air mata.


"Nia, aku tau tak mudah untuk kau terima takdir ni.Aku tau semua ni sangat pahit untuk kau telan.Tapi kau kena lawan, Nia.Kau kena lawan perasaan sedih kau.Jangan terlalu lama larut dalam kesedihan sampai memakan diri kau sendiri."

Ayumi mendekati Dania perlahan-lahan.


"Aku tau kau sedar apa yang dah terjadi cuma kau belum bersedia untuk terima, sebab tu kau selalu nafikan ketiadaan Rizki."

Sambung Ayumi lagi.


Dania hanya bisu.Dia menggeleng-gelengkan kepala.Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja.


"Aku tau kau kuat, Nia.Kau boleh harungi semua ni.Dan kau tak keseorangan.Aku akan sentiasa berada di sisi kau walau apa pun."

Ayumi memegang bahu Dania.


"Ya, memang!"

Dania menepis tangan Ayumi.Terkesima gadis itu dengan perlakuan spontan Dania.Dania berundur sedikit ke belakang sebelum menyambung kata-katanya.


"Semua orang boleh cakap apa saje yang diorang nak cakap.Aku dah penat dengar semua tu.Pada hakikatnya yang merasa, yang menanggung rasa sakit tu hanya aku seorang!Aku!"

Dania menepuk-nepuk dadanya.Wajah yang tadinya suram kini bertukar bengis.


"Aku tak perlukan simpati dari sesiapa, termasuk kau!Kalau niat kau datang sini hanya untuk ingatkan aku yang Rizki dah mati, lebih baik kau tak payah jumpa aku lagi!"

Dania berkata seperti orang hilang akal.

Kehilangan Rizki secara tiba-tiba sangat memberi kesan kepada emosinya.Apatah lagi hanya beberapa hari sahaja lagi untuk mereka sah menjadi suami isteri.


"Dania!Mengucap, Nia!Kau terlalu ikutkan emosi.Aku.."


"Keluar."

Belum sempat Ayumi menghabiskan ayat, Dania sudah menghalaunya keluar.


"Nia.." 

Ayumi cuba menenangkan Dania.


"Aku kata keluar!Keluar!"

Jerit Dania kepada Ayumi.


Ayumi menekup mulut.Sama sekali tidak menyangka Dania akan berkelakuan seperti itu terhadapnya.Dengan deraian air mata, Ayumi pergi meninggalkan Dania.


Dania terduduk di lantai sambil memegang kepala.Dia benar-benar bingung saat itu.Susah untuk dia membezakan mana yang betul dan mana yang salah.


"Yumi, kenapa ni?"

Puan Saida menegur Ayumi yang tergesa-gesa mahu keluar.


"Maaf, auntie.Buat masa ni saya tak dapat buat apa-apa.Saya balik dulu, auntie."

Jawab Ayumi sambil menangis lalu beredar dari situ.


Terpinga-pinga Puan Saida melihat kelakuan Ayumi.Tanpa berlengah, dia meniti anak tangga ke tingkat atas.


"Nia..apa kamu dah buat ni, nak?"

Puan Saida berdiri di muka pintu sambil memandang Dania yang sedang duduk menekup lutut.


                  ***************


"Riz, kenapa begitu cepat kau tinggalkan aku?Kau tau kan aku tak ada sesiapa dekat sini.Aku cuma ada kau.Dengan siapa lagi aku nak bercerita, berbagi masalah kalau bukan dengan kau?"


Alvin menatap gambar Rizki di dalam komputer ribanya.Gambar swafoto mereka yang terakhir sebelum Rizki mengambil keputusan untuk berhenti dari kolej.


"Alvin, andai kata terjadi sesuatu pada aku, aku nak kau janji satu hal dengan aku."

Kata Rizki sewaktu pertemuan terakhir mereka di taman hospital tempat Alvin bekerja.


"Kau cakap apa ni, Riz?Janji apa?Aku tak faham."

Alvin bertanya kehairanan tanpa mengesyaki apa-apa.


"Boleh tak janji dengan aku?"

Rizki membiarkan pertanyaan Alvin dibawa angin petang yang berlalu.Dia memeluk bahu Alvin.


"Janji apa?"

Tanya Alvin lagi.


"Janji yang kau akan jaga Dania untuk aku."

Rizki memandang Alvin dengan wajah yang penuh berharap.


"Apasal pulak aku nak kena jaga Dania?Kau nak pergi mana?"

Alvin menjadi semakin bingung.

Ditenungnya wajah Rizki dengan dahi berkerut.


"Janganlah banyak tanya..Boleh tak janji dengan aku?"

Rizki menunjukkan isyarat jari kelingkingnya kepada Alvin.


"Aku boleh jaga Dania, asalkan kau tak ada dekat dunia ni."

Sambil ketawa, Alvin menyatukan jari kelingkingnya dengan jari Rizki.


"Thanks, Alvin.Aku tau aku boleh harapkan kau."

Rizki senyum lega.


"Weh, kau.Aku gurau jelah!Dah kau tu merepek yang bukan-bukan."

Alvin menyinggung bahu Rizki.

Dia masih tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan Rizki.


"Sekarang aku tau kenapa.Dan kenapa setiap kali kau jumpa aku, kau akan cakap benda yang susah untuk aku tafsir.Rupanya kau nak tinggalkan aku, tinggalkan Dania, untuk selama-lamanya."


Alvin masih menatap gambar Rizki di skrin komputer riba dengan mata yang berkaca.Kematian Rizki benar-benar membuat Alvin merasa kehilangan.


"Doktor, semua dah ready untuk operation."

Kemunculan jururawat yang bertugas di muka pintu, mengejutkan Alvin dari lamunan.


"Ok, nurse."

Jawab Alvin lalu menutup komputer riba sambil menyeka air mata yang hampir menitis ke pipi.


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi