Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 43

Dania menyandar malas tubuhnya pada kepala katil sambil menggeyeh mata.Diperhatinya sekeliling bilik tidur yang kelam dan sunyi.Dalam keadaan yang masih mamai, Dania menoleh jam di dinding.Terkejut bukan kepalang apabila melihat jarum jam pendek hampir menyentuh nombor tujuh. 


"Ish, kenapa ibu tak kejut aku?Dah berapa lama aku tidur ni?" 


Ngomel Dania dengan muka cemberut sambil berjalan menuju ke bilik air.Mujurlah hari itu dia tidak boleh solat.

 

Selesai membersihkan diri, Dania menapak anak tangga satu demi satu menuju ke ruang bawah.Perut yang sedari tadi menyanyi irama keroncong minta diisi, melupakan sejenak Dania terhadap apa yang berlaku siang tadi.


Langkah laju yang diatur Dania menuju ke dapur terbantut tatkala mendengar sayup-sayup suara yang datang dari arah bilik tetamu.Perut yang lapar tidak lagi dihiraukan bahkan hatinya lebih tertarik untuk mencari tahu siapakah gerangan empunya suara yang agak asing dipendengarannya.


Sebaik saja kakinya berhenti betul-betul di hadapan bilik tetamu, suara yang didengarinya tadi semakin jelas di telinga.Hatinya meronta ingin mengintai ke dalam bilik tersebut.Dan dengan berhati-hati, Dania menolak sedikit daun pintu yang tidak ditutup rapat.Bulat matanya apabila melihat Alvin yang sedang mengimamkan solat ibu dan ayahnya.


'Alvin?'


Sejurus nama itu meniti di hati, peristiwa yang memalukan siang tadi kembali memenuhi ingatan.Bermula dengan  pengsan di majlis akad nikah sehinggalah di mana dia bersikap derhaka terhadap lelaki yang telah sah menjadi suaminya.


Dania pegang kepala yang kembali berpusing.Liur ditelan terasa perit.Perut yang  berkeroncong semenjak tadinya kenyang tiba-tiba.Dan akhirnya sekali lagi Dania rebah tidak sedarkan diri.


"Ya Allah, Nia!" 


Menjerit Puan Saida apabila mendapati Dania sudah pun terbaring kaku di lantai sebaik saja membuka pintu bilik usai menunaikan solat berjemaah.


"Dania!'"


Berlari Alvin mendapatkan Dania di muka pintu.Tanpa mempedulikan Puan Saida dan Encik Iskandar yang masih kelihatan panik, sekali lagi Alvin merangkul tubuh longlai Dania lalu dibawanya ke tingkat atas.Kali ini Dania tidak lagi dibawa ke biliknya, sebaliknya Alvin terus saja membawa Dania ke bilik pengantin.


Dengan berhati-hati, Alvin meletakkan tubuh Dania di atas katil dan langsung memeriksa nadi di pergelangan tangannya.


"Macamana, Alvin?" 

Encik Iskandar bertanya cemas sebaik saja menapak masuk, diikuti Puan Saida di belakang.


"Nadi dia agak lemah, saya rasa elok kalau saya bawak Dania ke hospital sekarang." 

Balas Alvin dengan nada bimbang.


"Elok sangatlah tu Alvin, ibu risau sangat ni.Dah dua kali dia pengsan."

Puan Saida yang sudah pun berada di sisi Dania meluahkan kegusaran yang dirasainya sejak siang tadi.


"Okey, saya pergi siapkan kereta sekarang."

Baru saja Alvin melangkah setapak, kedengaran suara lemah Dania memanggil ibunya.


"Ibu.."

Dania cuba menggerakkan tubuhnya perlahan-lahan.


"Nia..Nia dah sedar sayang!Alhamdulillah, bang."

Puan Saida dengan pantas membantu Dania bersandar di kepala katil.Encik Iskandar turut merapati Dania dengan duduk di sisi katil.


"Nia pengsan lagi ke, bu, ayah?"

Dania bertanya perlahan sambil matanya liar memerhati sekeliling bilik yang agak asing baginya.


"Ya..kita pergi hospital ya, sayang."

Kata Puan Saida tanpa basa-basi.Walaupun anaknya telah pun sedar dari pengsan, hatinya tetap saja merasa khuatir.


"Buat apa pergi hospital, bu.Nia tak sakitlah.Nia cuma lemah je sebab tak makan dari tadi."

Dania memberi alasan.Dijelingnya sekilas Alvin yang masih berdiri di hujung katil.


'Ni mesti mamat ni yang pandai-pandai.'


"Betul ni Nia tak nak pergi hospital?"

Giliran Encik Iskandar pula bersuara.


"Betul, yah..Nia okey..Nia lapar.Tu yang Nia turun bawah.Tup tup pengsan pulak."

Dania cuba menyakinkan ayah dan ibunya agar tidak terus-terusan mendesaknya untuk mendapatkan rawatan di hospital.


"Okey kalau macamtu Nia tunggu kejap, ibu masakkan bubur ayam untuk Nia ya.Kesian anak ibu lapar."

Puan Saida mengusap lembut kepala Dania sebelum memberikan isyarat kepada suaminya agar turut sama turun ke bawah.


Sepeninggalan Puan Saida dan Encik Iskandar, keadaan di dalam bilik pengantin menjadi hening seketika.


"Awak nak ke mana?"

Alvin yang baru saja melabuhkan punggungnya di sisi katil kehairana melihat Dania yang terburu-buru turun dari katil.


"Nak balik bilik sayalah."

Jawab Dania selamba tanpa memandang wajah Alvin.Tidak betah rasanya untuk berlama-lama dengan Alvin dalam satu bilik.


"Tapi ni kan bilik kita."

Alvin turut berdiri menghadap Dania yang membelakanginya.


Seperti yang diduga, Dania berlalu tanpa menghiraukan kata-kata Alvin.Dengan tubuh yang masih lemah, Dania hilang keseimbangan sewaktu menapak beberapa langkah menuju ke pintu bilik.Dan dalam sekelip mata, tubuh Dania sudah pun berada dalam dakapan Alvin.


"Boleh tak awak jangan degil macamni?"

Kata Alvin lembut sambil merenung ke dalam mata Dania yang masih terkejut.


"Boleh tak awak jangan pegang-pegang saya?!"

Dania cuba menolak tubuh Alvin agar melepaskan pelukannya tetapi sia-sia.


"Mazhab mana pulak cakap suami tak boleh pegang isteri?Hmm?"

Alvin merapatkan wajahnya dan berbisik halus di telinga Dania dengan nada gurau.


'Suami?Isteri?'


Dania geli-geliman.Baginya dia masih tidak dapat menerima kalau dirinya sudah pun bergelar isteri kepada Doktor Alvin Malek.


"Kalau macamtu boleh tak awak bawak saya ke bilik saya?Saya nak rehat."


"Nope.This is your room.Our room.Kalau awak nak rest, rest dekat sini je, okey?"

Laju saja Alvin membidas lalu mengangkat tubuh Dania.


"Alvin, awak buat apa ni?!"


"Nak bawak awak ke katil lah.Kata nak rest."


"Saya boleh jalan sendirilah.Turunkan saya!"


Tanpa mempedulikan Dania yang meronta-ronta, Alvin membawa isterinya ke katil.


"Lepas ni awak tak payah pandai-pandai dukung saya lagi, okey!"

Dania mendengus kasar.Bukan marah dengan Alvin yang cuba bersikap romantis, tetapi lebih kepada perasaan malu yang menebal.


"You know what, Dania.Saya rasa saya ni memang dah ditakdirkan untuk dukung awak sejak dari dulu lagi."


Alvin tertawa kecil lalu turut merebahkan tubuhnya di samping Dania.Ditenung wajah isterinya yang masam mencuka lalu tertawa lagi.


"Apa yang kelakar sangat?Awak ingat awak dah menang ke?Kalau badan saya ni tak lemah macamni, jangan harap awak boleh buat sesuka hati awak!"


Dania geram.Sakit hatinya melihatkan Alvin yang tertawa senang.Terasa dirinya dipersendakan.Penyesalan terhadap kelakuan kasarnya terhadap Alvin siang tadi berganti dengan kesalan kerana membiarkan lelaki itu mendapatkan apa yang dimahukannya selama ini.


'Kau memang dah kalah, Dania.Dulu kau yang beria-ia menolak.Tapi sekarang kau yang masuk ke dalam jerat sendiri.' 


Dalam diam, hatinya dipagut rasa bimbang.Bimbang kalau-kalau Alvin mahu membalas dendam atas kelakuan kasarnya sebelum mereka berkahwin.Apatah lagi mengenangkan betapa marahnya Alvin saat mengetahui hubungannya dengan Asyraaf.




Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi