Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 45

Dania bermalas-malasan di atas katil sambil memicit kepala yang berdenyut.Perutnya terasa lapar namun tekaknya tiada selera untuk menjamah makanan.


"Aduh tekak ni..time ni lah nak haus."

Dengan malas, Dania turun dari katil dan membuka pintu bilik perlahan-lahan.


'Janganlah bertembung dengan mamat ni.Malas betul nak menghadap muka dia.'

Gerutu Dania dalam hati.


Terjengket-jengket Dania berjalan melewati bilik pengantin lalu menuruni anak tangga sambil terhendap-hendap.


"Kenapa ni?"

Puan Saida yang baru hendak masuk ke dapur hairan melihat lagak Dania yang sudah seperti pencuri.


"Ibu ni..terkejut Nia tau!"

Dania mengurut-ngurut dada sambil matanya liar memerhati sekeliling.


"Cari encik suami ke..?"

Usik Puan Saida dan berlalu ke dapur.Dania turut membontoti ibunya.


"Ish lambat..lagi.Ayah mana, ibu?"

Dania cuba menyembunyikan perasaannya.


"Ayah pergi masjid dengan Alvin."

Jawab Puan Saida pendek.Tangannya sibuk menyimpan kembali sayur-sayuran ke dalam peti sejuk.


"Ohh.."

Dania menarik nafas lega.Dalam hati, dia sempat mengagumi Alvin yang komited menjalani kehidupannya sebagai seorang muslim sejati.


"Nia nak makan dah ke?Ibu dah siap masak ni.Atau nak tunggu diorang balik?"

Tanya Puan Saida apabila melihat Dania hanya diam di meja.


"Em taklah, bu.Nia tak selera..Kepala ni tiba-tiba je berdenyut."

Jawab Nia sambil kembali memegang kepala.Hampir terlupa akan niatnya untuk membasahi tekak apabila memikirkan Alvin.


"La yeke..kalau gitu ibu buatkan Nia susu ya.Tak adalah kosong sangat perut tu."

Puan Saida tersenyum lalu mencapai sebiji gelas dalam rak kabinet.


"Boleh jugak.Thanks, ibu.."

Dania senyum lebar.Tidak terasa sudah bergelar isteri apabila masih lagi dimanjakan ibunya.


"Lepas ni Nia ikut Alvin baliklah ya?"

Puan Saida meletakkan segelas susu hangat di hadapan Dania sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi.


"Kenapa pulak Nia nak kena ikut Alvin balik?Ni kan rumah Nia."

Jawab Dania dengan muka berkerut.


"Ada pulak tanya macamtu.Ke memang dah ada niat nak duduk asing-asing?"

Sindir Puan Saida.


"Tak adalah..tapi perlu ke?Tak boleh ke Nia duduk sini je dengan ibu ayah?Alvin tu pandai-pandai dia lah nak datang sini bila-bila kan."

Dania buat muka selamba lalu menghirup perlahan susu di tangan yang masih hangat.


"Sedapnya bercakap..Ibu rasa anak ibu ni dah cukup dewasa, dah cukup bijak nak fikir pasal ni."

Puan Saida bangun dan kembali menyambung pekerjaannya yang tergendala.


"Nia tau, bu..Tapi Nia tak ready lagi nak tinggal dengan Alvin.Nia takut Nia tak mampu."

Dania melepaskan keluhan berat.Kepalanya semakin sakit tatkala membayangkan yang dia akan berkongsi hidup dengan lelaki itu.


"Kalau rasa tak ready, takut tak mampu..dari awal Nia patut tolak je pinangan Alvin dulu.Jangan terlalu ikutkan perasaan Nia.Jangan pentingkan diri sendiri je.Kesian dekat Alvin jugak.Ibu nampak dia betul-betul sayang dan cintakan Nia.Jangan awal-awal lagi dah give up sedangkan Nia belum cuba pun."


Panjang lebar syarahan Puan Saida.Entah berapa kali dia harus mengingatkan Dania akan tanggungjawab yang harus dipikulnya kini.


"Yelah, yelah..Nia cuba.Nia naik atas dulu ya, bu.Makin sakit pulak kepala ni."

Dania bangun dengan susu di tangan dan berlalu meninggalkan Puan Saida sendirian.


Puan Saida geleng kepala.

'Nia..Nia.Bilalah Nia nak terima Alvin tu sepenuhnya.'






Dania tersedar dari tidurnya malam itu apabila terasa  ada tangan hangat yang menyentuh pipinya.Dalam kelam cahaya lampu tidur, dengan keadaan yang masih mamai Dania cuba mengamati seraut wajah yang begitu hampir dengannya.


"Alvin?"

Dania cuba meyakinkan dirinya yang dia bukanlah sedang bermimpi.


"Sorry..i didn't mean to wake you up."

Bisik Alvin.


"Awak buat apa dalam bilik saya ni?"

Dania mahu bangun tapi dihalang oleh Alvin.


"Ibu cakap awak sakit kepala.Saya cuma nak pastikan awak okey.Thats it."


"Saya okeylah.Awak pergilah balik bilik awak."

Kata Dania lalu memusingkan badannya membelakangi Alvin.


Terdengar keluhan dilepaskan Alvin sebelum dia kembali bersuara.

"Saya kena balik malam ni.Pagi-pagi esok saya ada emergency operation."


Mata Dania kembali terbuka lebar mendengarkan kata-kata Alvin itu.Perlahan-lahan dia memusingkan kembali tubuhnya menghadap Alvin dan bersandar di kepala katil.


"So awak nak balik sekarang ke?"

Tanya Dania mahu tidak mahu sambil membetulkan duduknya.Dijelingnya Alvin sekilas.Lelaki itu kelihatan segak memakai baju melayu.


"Yup.Tapi lepas habis operation, inshaAllah saya terus balik sini.Awak jangan risaulah, okey?"

Alvin turut menyandarkan tubuhnya di kepala katil.Redup matanya menatap wajah Dania yang disinari cahaya kuning lampu tidur.


"Kenapa pulak saya nak risau?"

Geli hatinya mendengarkan kata-kata Alvin yang penuh keyakinan.


"Manalah tau awak ingat saya nak pergi melencong tempat lain ke.."

Alvin cuba menduga hati Dania.


'Tak ada makna.Ada aku kisah?'

Gumam Dania dalam hati.


Tiba-tiba Alvin mengeluarkan sesuatu dari poket baju melayunya.Dalam kesamaran, Dania dapat melihat dengan jelas sekotak cincin yang berada di tangan Alvin.


"Semalam lagi saya nak bagi awak cincin ni, tapi awak tak sihat.Siang tadi pun awak asyik nak mengelak je dari saya.So, sebelum saya balik.."


Tanpa menghabiskan kata-katanya, Alvin mencapai tangan kanan Dania lalu menyarungkan sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian ke jari manis gadis itu.


Dania terdiam seribu bahasa.Pandangannya kini tertumpu sepenuhnya pada cincin di jari.Antara percaya dan tidak.Sebenarnya dia hampir terlupa akan cincin tersebut memandangkan ibu dan ayahnya juga tiada menyebut soal itu.


"Mesti tak ada lagi pasangan yang sarung cincin dalam bilik, dengan hanya ditemani cahaya lampu tidur dan berdua je.Romantik sangat kan."


Alvin senyum lebar.Hatinya bahagia melihat insan yang amat dicintainya memakai cincin perkahwinan mereka, walau tanpa disaksikan oleh sesiapa pun.


Kata-kata Alvin itu sedikit pun tidak dirasakan lucu bagi Dania malah hatinya jadi sebak mengenangkan apa yang telah terjadi.Andai saja hari itu dia tidak terlalu mengikutkan perasaan..


Tanpa disedari, setitis air matanya jatuh membasahi pipi.


"Dania, whats wrong sayang?"

Panik Alvin melihat Dania menangis.


"Saya mintak maaf pasal hari tu.Saya betul-betul tak sengaja nak rosakkan majlis kahwin kita dan marah-marah awak tak tentu pasal."


Rasa kesal yang datang akhirnya meruntuhkan ego seorang perempuan yang bernama Dania Aulia.Sekeras apa pun sikapnya terhadap Alvin, hati lembutnya tidak dapat menafikan kesalahan yang telah diperbuat.


"Syhhh..please don't say like that.Awak tak salah apa-apa, Dania.Saya dah lupa pun semua tu.Yang penting awak dah jadi milik saya sekarang.Tak ada apa lagi yang saya harapkan selain dari tu.."

Alvin menyapu perlahan air mata yang semakin laju menitis di pipi mulus Dania.


Dania jadi semakin bersalah dengan kebaikan yang ditunjukkan Alvin sedangkan selama ini dia sudah banyak berkasar dengan lelaki itu.Pun begitu, hatinya masih saja belum terbuka untuk menerima lelaki itu sebagai suami.


"Dania.."


Panggil Alvin lembut, cuba menenangkan Dania yang masih menangis.Jiwa lelakinya meronta untuk merangkul gadis itu ke dalam dakapan namun dia tidak mahu suasana tenang antara mereka kembali berkocak dengan penolakkan Dania.


"I love you."

Tangan hangat Dania dibawa ke bibir lalu dikucup lembut.Hanya itu yang termampu dilakukannya saat itu bagi menenangkan Dania.Berat rasa hatinya untuk meninggalkan Dania dalam keadaan sebegitu.


Entah kenapa kali ini, Dania hanya kaku membiarkan perlakuan Alvin itu.Serasa fikiran dan badannya tidak lagi menyatu.


"Kata tadi nak balik?"

Dania jadi tidak selesa apabila Alvin terus-terusan merenungnya.Perlahan-lahan Dania menarik tangannya dari terus digenggam oleh Alvin.


"Memanglah nak balik, tapi tak sanggup rasanya nak tinggalkan awak sekarang."

Jawab Alvin dengan nada manja.


"Tak payah nak mengadalah.Dahlah saya nak tidur, ngantuk."

Dania kembali berbaring, cuma kali ini dia tidak membelakangi Alvin.Selimut ditarik hingga ke dagu dan mata dipejam rapat tanda tidak mahu diganggu.


'Aih, boleh pulak macamtu.Tadi bukan main mintak maaf, nangis-nangis.Hmm Dania..Dania.'

Gerutu Alvin dalam hati.Amat sukar baginya untuk meneka apa sebenarnya yang ada di dalam hati gadis itu.


"Bye, sayang.Sweet dreams.I love you."




Setelah memastikan yang Alvin telah pun pergi meninggalkan rumah dari balik cermin tingkap, Dania kembali ke katil dengan perasaan yang bercampur aduk.


"Dania..kenapalah kau cengeng sangat pergi nangis depan dia?Malu tau tak?Malu!"

Dania menutup mukanya dengan selimut.Marah dengan diri sendiri yang gagal menahan perasaan.


"Buat apa nak malu?Dia tu kan suami kau?"

"Suami?Oh jadi sekarang ni kau mengakulah yang dia tu suami kau?"


Dania berdialog dengan dirinya sendiri.Di satu sisi dia mahu mengakui status Alvin sebagai suami, namun di satu sisi lagi dia cuba untuk menafikan kebenarannya.



***********************



"Mai..rugi kau tak masuk shift pagi."

Shazana menyapa Maisarah yang baru masuk bertugas lewat tengahari itu.


"Kenapa pulak?Dah memang hari ni aku shift malam kan?"

Jawab Maisarah acuh tak acuh.


"Yelah..tak dapatla kau jumpa Doktor Alvin tadi."


"Hah, Doktor Alvin dah masuk bertugas ke?Bukan dia cuti lagi ke?"

Maisarah yang tadinya tidak berminat untuk berbual, kini memberikan sepenuh perhatiannya kepada Shazana.


"Eh, ingatkan kau dah tak berminat dengan suami orang tu.."

Shazana menyindir.


"Jangan main-mainlah Sha..kalau betul dia dah masuk, apasal aku tak nampak pun kelibat dia?"

Maisarah memanjangkan leher mencari kelibat Alvin.


"Dah baliklah..dia datang kejap je tadi untuk emergency operation.Lagipun dia kan masih bercuti.Baliklah jumpa isteri tersayang."

Usik Shazana, cuba menduga rakannya itu.


Maisarah hanya diam.Sakit pula hatinya apabila Shazana sengaja menekankan perkataan 'isteri'.'Dia tahu tidak ada gunanya lagi untuk dia menyimpan perasaan terhadap Alvin.Namun sedikit pun tiada niat di hatinya untuk melupakan Alvin.Tidak sama sekali.Apatah lagi mereka bekerja dalam satu bumbung.


"Kau rasa aku masih ada peluang ke?"

Tanpa diduga, soalan itu terpacul keluar dari mulut Maisarah.


"No comment..tepuk dada, tanya selera."

Jawab Shazana bersahaja dan berlalu meninggalkan Maisarah yang termanggu sendiri.



****************************



"Rindu betul dekat butik ni."

Liar mata Dania memerhati sekitar kawasan butik yang hampir dua minggu ditinggalkan.


"Kalau rindu cepatlah masuk kerja."

Ayumi meninggalkan pekerjaannya untuk memberi sepenuh perhatian kepada Dania.


Banyak sebenarnya yang ingin ditanyakan kepada sahabatnya itu.Apa yang paling mengganggu fikirannya adalah kejadian di hari pernikahan Dania dan Alvin tempoh hari di mana Dania berkelakuan seolah-olah lupa ingatan.


"Tulah, aku ingat esok aku nak masuk kerjalah.Lagipun dah bosan duduk rumah tu lama-lama."

Kata Dania lalu merebahkan diri di sofa, diikuti oleh Ayumi.


"Hai, ada suami pun bosan lagi?Kalau akulah, rasa tak nak buat apa-apa, nak berkepit je dua puluh empat jam dengan suami."

Sindir Ayumi.Walaupun telah merelakan yang Dania sudah sah menjadi milik Alvin, namun sesekali perasaan cemburu tetap saja singgah di hati kecilnya.


"Alvin tak ada.Malam tadi dia balik rumah dia sebab ada operation pagi ni."

Cerita Dania dengan bersahaja.


"Hai, tengah bercuti pun kena bertugas?Nasib kaulah Nia.."

Ayumi pura-pura ketawa.Entah kenapa sejak kejadian itu, dia tidak berhenti memikirkan Alvin.Rasa simpati terhadap lelaki itu membuat hatinya jadi tidak tenteram.


Ketawanya terhenti apabila matanya tidak semena-mena terpandang akan sebentuk cincin yang terletak indah di jari manis Dania.Hatinya semakin dipagut rasa cemburu.


"Kau tengok apa?Oh cincin ni.Cantik kan?"

Dania teruja.Kenangan malam tadi kembali menerjah ruangan minda.


"Hmm perempuan memang macamni kan.Lain di mulut, lain di hati.."

Ayumi tidak mampu untuk membendung rasa cemburunya melihat Dania yang tersenyum bahagia.


"Maksud kau?"

Dania cuba untuk menafsir maksud disebalik  peribahasa yang cuba disampaikan Ayumi.


"Tak ada apalah.Kau dengan Alvin macamana, dah okey ke?"

Ayumi cuba mengalih topik.Sememangnya soalan itulah yang ingin diajukan sejak dari tadi lagi.


"Aku dengan dia okey je.Pasal hari tu pun aku dah mintak maaf.Tak tahulah apa yang merasuk aku hari tu.Mesti kau pun bengang dengan aku kan, Yumi?"

Dania kesal.Rasa bersalah kembali bertandang.Wajah yang tadinya ceria bertukar mendung sekelip mata.


"Memang aku bengang.Ada ke kau cakap bukan-bukan dekat Alvin.Kesian dia tau tak?Dahlah kau pengsan sebelum sempat sarung cincin."

Bebel Ayumi.Lega rasanya dapat meluahkan apa yang terbuku di hati.


"Ya aku tau..memang aku menyesal sangat-sangat.Tapi aku bukan sengaja pun nak semua tu jadi.Dahlah tak payah cakap pasal tu lagi boleh tak?Jom pergi minum!"

Dania cuba menceriakan semula hatinya.Sebolehnya peristiwa itu tidak mahu dikenangkan lagi.






Hampir senja, barulah Dania tiba di rumah kerana harus menghantar Ayumi pulang terlebih dahulu.Kebetulan hari itu Ayumi ke butik dengan menaiki Grab.Dania melihat kereta Alvin sudah pun berada di halaman rumah.


'Cepat pulak dia balik.Ingatkan dah tak balik terus.'

Ngomel Dania sambil turun dari kereta.


"Assalamualaikum."

Dania memberi salam sebaik saja kakinya menginjak masuk ke dalam rumah.


Sewaktu menapak anak tangga, Dania terserempak dengan Alvin yang mahu turun ke bawah.Suaminya itu sudah siap berbaju melayu untuk ke masjid.


"Baru balik?Awak pergi mana?"

Tanya Alvin dengan muka serius.Tiada senyuman seperti biasanya.


"Ibu tak cakap ke saya pergi butik?"

Jawab Dania acuh tak acuh.


"Takpelah, saya nak ke masjid dengan ayah."

Tutur Alvin lalu turun ke bawah.


"Tak tanya pun."

Kata Dania setelah kelibat Alvin hilang dari pandangan.


Di bilik, Dania merebahkan tubuhnya di atas katil.Matanya dipejamkan seketika.Wajah Alvin yang serius terawang di ruang mata.


"Dia marah ke aku tak bagitau dia yang aku keluar?Habis tu, takkan setiap benda aku buat aku nak kena report dekat dia?Tak..mungkin dia penat kot.Ahh lantaklah, buat apa aku nak fikir.Baik aku pergi mandi."


Dania bangun dan menuju ke bilik air sambil bernyanyi-nyanyi.Tidak sabar rasanya mahu kembali bekerja.Sekurang-kurangnya tidak perlulah dia menghadap Alvin dua puluh empat jam sehari.



Previous: Bab 44
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi