Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 25

Dania tidak terus pulang ke rumah sebaliknya dia berjalan-jalan di sekitar kawasan taman yang menghadap tasik.Setelah puas melewati taman, dia duduk di bangku kayu yang tersedia.Matanya dihalakan ke kiri dan ke kanan kawasan taman.Pada waktu begini tidak ramai pengunjung, mungkin kerana masih pagi.Hanya kelihatan beberapa pasangan muda sedang duduk bersembang di tepi tasik.


Pandangannya kini dihalakan pula ke arah tasik yang tenang di depan mata.Namun jiwanya masih kacau seperti tadi.Dia memejamkan mata seketika untuk cuba melupakan kejadian yang berlaku di cafe.


"Rizki, kalaulah awak masih ada, tentu saya tak perlu lalui semua ni."


Dania buka mata.Bayangan wajah Rizki kian jelas terlihat.Dania memegang dadanya yang sebak.Sudahnya dia tersengguk-sengguk menahan tangis.Apabila tersedar bahawa dia kini berada di tempat awam, Dania bingkas bangun untuk beredar.Dia tidak mahu kelakuannya sampai diperhatikan oleh pengunjung taman itu. 


Sewaktu Dania baru menapak beberapa langkah, dia terlanggar seseorang yang datang dari arah bertentangan.


"Maaf, maaf!Saya tak sengaja!"

Menggelabah Dania lalu tunduk membantu mengutip barang-barang yang terjatuh di atas tembok.


"Takpe, takpe.Saya pun salah jugak sebab jalan tak tengok depan."

Kata Asyraaf sambil menyeringai menahan sakit.


"Terima kasih."

Kata Asyraaf lagi saat Dania menyerahkan barang yang dikutip tadi kepadanya.


"Awak tak apa-apa ke?Sakit ya?"

Dania panik melihat Asyraaf memegang dada dengan muka yang berkerut.


"Tak, saya okey."

Asyraaf tersenyum kepada Dania.Lama mereka berdua bertatapan sebelum Dania kembali bersuara.


"Awak duduk sini dululah, ya?Saya mintak maaf sangat-sangat."

Dania menyuruh Asyraaf berehat di bangku yang didudukinya tadi.


"Takpe..Sakit sikit je.Biasalah baru sembuh dari sakit.Tapi saya rasa awak yang tak okey sekarang."

Asyraaf merenung wajah Dania yang masih berbekas dengan air mata.Cepat-cepat Dania menyapu wajahnya yang basah.


"Err, awak kata baru sembuh dari sakit.Kenapa jalan sorang-sorang?"

Dania menukar topik perbualan.Malu rasanya ditegur sebegitu.


"Saja ambik angin..Dah penat terperuk dekat hospital, dekat rumah.Sambil-sambil tu cari ilham."

Asyraaf menunjukkan buku lukisan dan alatan melukis yang dibawanya.


"Oh, jadi awak ni pelukislah ya?"

Tanya Dania.


"Nak kata pelukis tu, tak jugak.Saya hanya jadikan melukis ni sebagai hobi waktu lapang je."

Jawab Asyraaf sambil tersenyum memandang Dania.


"Saya kagum dengan orang yang pandai melukis ni sebab saya tak pandai melukis.Kalau lukis design baju tu saya taulah."

Kata Dania pula dengan wajah ceria.


"Kira pandailah tu.Kalau suruh saya lukis design baju, saya pun tak tau."

Asyraaf ketawa.


Dania turut sama tertawa.Entah kenapa dia merasa senang sekali berbual dengan remaja itu seolah-olah telah lama mengenalinya.


"Awak ni pereka fesyen ke?Am i right?"

Asyraaf meneka sambil matanya tidak lepas memandang wajah Dania.


"Err..yes!"

"Awak sakit apa?"

Dania memandang Asyraaf dengan perasaan ingin tahu.


"Sakit jantung.Saya baru lepas dibedah sebulan yang lalu."

Asyraaf menjawab dengan bersahaja.


"Oh.."

Dania kehilangan kata-kata.Terasa kesal pula kerana terlalu lancang bertanya.


"Kenapa, terkejut ke?"

Asyraaf tersengih kepada Dania.


"Berapa umur awak?"

Dania semakin ingin tahu setelah mengetahui penyakit yang dihidapi Asyraaf.


Diperhatinya wajah lelaki itu yang masih muda.Penampilannya juga seperti remaja belasan tahun ditambah dengan gaya rambut yang menutupi sebahagian besar dahi.Mungkin sebaya Nabila, adik Rizki.


"Tujuh belas tahun.Awak?"


"Oh, kena panggil saya kakak lah.Saya dah dua puluh lima."


"Muda lagi kot."

Kata Asyraaf kemudian memperkenalkan diri.


"Saya Asyraaf Wafiy.Nak panggil Asyraaf boleh, nak panggil Wafiy pun boleh.Awak?"

Asyraaf memalingkan wajah kepada Dania yang berada di sebelah.


"Dania Aulia."

Dania tersenyum manis.


"Hmm, memang perempuan yang nama Aulia ni cantik eh?"

Asyraaf membuang pandang seketika ke arah tasik lalu kembali menatap wajah Dania.


"Hah, tak tau."

Dania jungkit bahu.Dia cuba menyembunyikan perasaan malunya apabila dipuji oleh remaja itu.


"Dulu saya pun ada kawan nama Aulia.Cantik, macam awak."

Cerita Asyraaf sambil matanya masih melekat di wajah Dania.


"Sepatutnya awak tak boleh keluar sorang-sorang dengan keadaan awak macamni.Kalau jadi apa-apa dekat awak kan susah?"

Dania cuba mengalihkan perhatian Asyraaf dari terusan merenungnya.


"Sebenarnya saya tak datang sini sorang-sorang."


Kata Asyraaf lalu menoleh ke arah seorang lelaki dalam lingkungan awal tiga puluhan yang berpakaian kemas berdiri tidak jauh dari mereka.


"Siapa tu?Bodyguard awak ke?"

Dania tersengih.


"Pemandu peribadi merangkap penjaga saya."


"Penjaga?"


"Penjaga yang diamanahkan oleh ayah saya.Saya dah anggap Abang Fikri tu macam abang saya sendiri."

Kata Asyraaf lantas menoleh sekali lagi ke arah Fikri yang sedang memerhatikan mereka berdua.


"Sejak saya disahkan menghidap sakit jantung tiga tahun yang lalu, ayah saya carikan seseorang untuk jaga saya.Sampailah sekarang."

Cerita Asyraaf lagi.


"Saya tak dapat bayangkan keadaan awak selama tiga tahun tu sementara menunggu penderma yang sesuai."

Kata Dania dengan perasaan simpati.


"Kalau tak kerana penderma tu mungkin saya dah tak ada dekat dunia ni lagi.Dan tak dapatlah saya kenal dengan awak."

Asyraaf kembali merenung wajah Dania sehingga membuatkan gadis itu tertunduk malu. 


"Jadi awak kenalah gunakan peluang kedua yang Allah beri ni dengan sebaik-baiknya.Tak semua orang bertuah macam awak tau."

Ujar Dania pula.Asyraaf mengangguk mengiayakan kata-kata Dania.Bibirnya tidak lekang mengukir senyuman.


"Oklah, Asyraaf.Rasanya dah lama saya dekat sini.Saya balik dulu ya.Saya doakan awak sihat selalu.Nice meeting you."

Ujar Dania lagi sambil berdiri.


"Aulia!"

Asyraaf menggamit Dania yang sudah berada beberapa tapak di hadapan.


Langkah Dania terhenti.Terpaku seketika mendengarkan panggilan nama itu.Lalu tanpa menoleh, laju dia berjalan meninggalkan Asyraaf yang masih melaung-laungkan namanya.


"Aduh, tak sempat mintak nombor phone."

Keluh Asyraaf lalu menyebak rambut ke belakang.


"Siapa tu?"

Tegur Fikri yang sudah tercegat di belakang Asyraaf bersama sebuah senyuman nakal.


"Masa depan."

Jawab Asyraaf kemudian mereka berdua sama-sama tertawa.



                           *************



Alvin merenung hujan lebat yang mencurah membasahi cermin tingkap.Resah hatinya memikirkan perlakuan Dania terhadapnya siang tadi.


"Janji yang kau akan jaga Dania untuk aku."

Pesanan Rizki kembali menerjah ingatan.


"Kalau awal-awal pun dah macamni, macamana aku nak tunaikan janji aku pada kau?"

Alvin melepaskan keluhan lalu rambutnya diraup berkali-berkali.


"Arghhh..!"


Cermin tingkap ditampar dengan kuat.Maisarah yang kebetulan masuk ke ruangan bilik Alvin terperanjat dengan kelakuan jejaka itu.


"Doktor, doktor okey ke?"

Tergagap-gagap Maisarah bertanya.


Alvin terkejut mendengar suara Maisarah yang menegurnya lalu menoleh ke hadapan.


"Eh, Mai.Bila awak masuk?"


"Maaf, saya dah ketuk pintu tadi.Ni dokumen pesakit yang doktor minta."

Dengan perlahan-lahan Maisarah meletakkan fail berwarna biru di atas meja Alvin lalu meminta diri.


"Thanks, Mai."


Sempat Alvin mengucapkan terima kasih sebelum gadis itu beredar.Maisarah mengangguk sambil tersenyum lalu menutup kembali pintu bilik Alvin.


"Mai, kau okey ke?"

Tegur Izzati sewaktu Maisarah berjalan menghampirinya.Wajah gadis itu kelihatan muram sekali.


"Hah, okey.Aku okey.Kenapa?"

Maisarah pura-pura bertanya menyembunyikan rasa gugupnya.Sepanjang mengenali Alvin, tidak pernah dia melihat jejaka itu marah sampai sebegitunya.


"Kenapa tu?"

Shazana yang muncul tiba-tiba bertanya kepada Izzati yang dari tadi memerhatikan Maisarah.


"Entah, lepas balik dari hantar dokumen pada Doktor Alvin, terus termenung."

Izzati cebik bibir.


"Mai, kau okey tak?"

Shazana tidak puas hati lalu bertanya langsung kepada gadis itu.


"Sha, kau tau tak tadi masa aku masuk bilik Doktor Alvin, dia tengah marah.Terkejut aku dibuatnya."

Maisarah bercerita dengan nada berbisik.Tidak mahu didengari oleh staff yang lain.


"Doktor Alvin?Marah?Kau biar betul..Aku ni yang dah kerja lama dari kau pun tak pernah nampak dia marah.Dia marah dekat siapa?"

Shazana membesarkan matanya memandang Maisarah.


"Hish kau ni, perlahanlah sikit suara tu.Manalah aku tau dia marah dekat siapa.Dia sorang-sorang je dalam bilik dia.Masa aku masuk tu dia tumbuk cermin tingkap.Marah betul nampaknya.Kalau kau tengok pun mesti kau takut."

Cerita Maisarah panjang lebar.


"Hmm, ni tak lain tak bukan mesti pasal perempuan."

Shazana senyum senget.


"Kau pun rasa macamtu ke?"

Tanya Maisarah.


"Kalau bukan sebab perempuan, sebab apa lagi cuba kau fikir."

Shazana menyilangkan tangan lalu bersandar di kerusi.


"Aku dah cakap kan, lambat melepas.."

Shazana bersuara lagi dengan nada mengusik.


Maisarah melepaskan keluhan.Jelas kelihatan kekecewaan di wajahnya.Kemudian dia menyembamkan mukanya ke meja.Tiba-tiba sebaris nama melintas di kotak fikirannya.


'Dania Aulia.'




Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi