Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 11

Alvin bersandar di kerusi.Tangannya masih memegang nota kecil itu.Ditenungnya bagai hendak tembus.


"Dania..Dania Aulia.."

Nama itu bermain di bibirnya berulang kali dengan mata yang terpejam.


'Mungkin ada hal penting.Kalau tak, takkan sampai ke sini dia cari aku.'

Getus hati Alvin.

Telefon bimbit di atas meja dicapai.Satu persatu nombor Dania ditekan.Berdebar hatinya apabila panggilan disambung.Seketika, suara lembut Dania menyapa di telinga.


"Assalamualaikum.Siapa ya?"

Tanya Dania melihatkan nombor yang tidak dikenali.Langsung tidak terfikirkan Alvin yang menelefonnya.


"Waalaikumussalam, Dania.Alvin ni.Sorry kalau buat awak menunggu.Ada apa ya cari saya?"

Dania tersentak apabila Alvin mengenalkan diri.Dia tidak menyangka Alvin akan menghubunginya secepat itu.


"Alvin, hai!Sorry lah kalau saya ganggu awak.Saya terpaksa mintak awak hubungi saya sebab saya tak ada nombor awak."


"It's okay, Dania.Ada apa yang saya boleh bantu?"

Tanya Alvin semakin tidak sabar.


"Oh, macamni Alvin.Emm, kalau awak ada masa saya nak jumpa dengan awak sekejap.Tu pun kalau awak bolehlah."

Dalam hati, Dania sangat berharap yang Alvin mahu menemuinya.


"Boleh, tak ada masalah.Tapi boleh saya tau kenapa?"

Alvin semakin resah.Kini dia berdiri pula di hadapan cermin tingkap.


"Jumpa nanti saya bagitau.Agak-agak bila kita boleh jumpa?"


"Kebetulan saya dah habis kerja.Bagi saya masa sikit untuk mandi dan solat.Lepas tu saya terus keluar.Boleh?


"Oklah kalau camtu.Lagi sejam kita jumpa dekat...Mykori.Boleh kan?"

Dania memandang jam di tangan.


"Mykori?Oh, boleh-boleh."


"Oh ya, Alvin.Tolong jangan bagitau Rizki.Saya tak nak dia tau saya jumpa awak."

Sempat Dania berpesan kepadanya.


"Ok, Dania.See you there.Assalamualaikum."


"Waalaikumussalam."

Talian dimatikan.Dania mengemas mejanya lalu keluar dari bilik pejabat.


"Yumi, aku nak keluar kejap.Kau tolong tengokkan butik ya?"

Kata Dania sambil menyandang beg tangan ke bahu.


"Kau nak pergi mana?"

Ayumi memandang Dania yang kelihatan tergesa-gesa.


"Adalah.Pinjam kereta kau."

Dania menghulurkan tangan meminta kunci kereta dari Ayumi sambil tersengih.


"Nah, bawak elok-elok."

Pesan Ayumi sambil menghulurkan kunci kereta.


"Ya..Kau nak pesan apa-apa tak?"


"Boleh jugak.Aku nak pesan, hati-hati memandu."


Dania ketawa sambil menunjukkan isyarat 'ok' dengan jari.


Setibanya di cafe, mata Dania melilau mencari kelibat Alvin.Dia memandang sejenak jam di tangan.


'Awal lagi.Mungkin dia dalam perjalanan.'

Ujar Dania dalam hati.Kemudian dia mencari tempat duduk yang agak tersorok.Alvin muncul setelah hampir sepuluh minit Dania menunggu.Dania melambaikan tangan pada Alvin yang tercari-cari.Jejaka itu menghampiri Dania dengan senyum manis.


"Sorry Dania..Saya ingatkan saya yang sampai dulu.Dah lama ke tunggu?"

Kata Alvin sambil tersengih.Dia kemudian mengambil tempat duduk di hadapan Dania.


"Tak adalah.Baru je lagi.Sengaja saya datang awal."

Jawab Dania.


"Memang selalu ke lepak sini?"

Tanya Alvin setelah selesai membuat pesanan.


"Eh, taklah.Saja nak tukar angin."

Bohong Dania.Sengaja dia mengajak Alvin bertemu di cafe yang jauh dari tempat kerja Rizki supaya tidak terserempak dengan tunangnya itu.


Dania memandang raut wajah Alvin yang tenang.Otaknya ligat menyusun kata bagi menghilangkan kejanggalan yang kian terasa di antara mereka.


"Alvin, sebenarnya tujuan saya nak jumpa awak ni..saya nak mintak tolong sesuatu."

Lambat-lambat Dania menuturkan kata.Hatinya berdebar menantikan reaksi Alvin.


"Mintak tolong apa, Dania?"

Alvin memandang Dania tidak berkelip hingga membuatkan gadis itu tidak selesa.Mulutnya jadi berat untuk berkata-kata.


'Betul ke apa yang aku buat ni?'

Dania telan liur.Jari jemarinya dimain-mainkan di bawah meja.Kemudian, minuman sejuk di hadapannya dihirup perlahan.


"Dania, are you okay?"

Alvin resah melihat kelakuan Dania.


"Alvin, macamni.Sebenarnya saya nak mintak awak jadi pengapit untuk Rizki waktu hari persandingan kami nanti."

Bagaikan membaca skrip di depan mata, laju sahaja kata-kata itu meluncur dari mulutnya.


Alvin tergamam.Tidak menyangka hal itu yang diminta oleh Dania.


Sementara itu, tiga orang remaja yang masih lengkap dengan uniform sekolah, masuk ke dalam cafe.


"Weh, Su.Driver kau tu boleh percaya ke?"

Norasyikin bertanya kepada Suhaila sesudah mereka mengambil tempat duduk masing-masing.


"Relax lah..Kalau mama aku tau pun, pandai-pandailah aku kautim dengan dia nanti.Lagipun mama aku tu sporting, bukan macam mama Bella."

Suhaila berkata selamba.Matanya galak melihat menu di tangan.Nabila yang mendengar hanya mencebikkan bibir.


"Nasib baik mak aku ok."

Norasyikin bersuara lagi.Dia sempat risau andai ibunya tidak mengizinkan dia pulang bersama Suhaila dan Nabila.Terlepaslah peluang untuk dia menikmati pencuci mulut percuma pada hari itu.


"Hmm, untunglah dapat mak bapak sporting kan.."

Kata Nabila dengan nada sinis.


"Eh cepatlah order.Nak yang mana?Cepat pilih!"

Arah Suhaila kepada Norasyikin dan Nabila.Lagaknya seperti seorang bos yang mengarahkan anak buahnya.


"Hari tu aku dah try Strawberry Cheesecake.Sekarang aku nak rasa..macam sedap.Cocolate Banofee lah!"

Norasyikin teruja.Kecur lidahnya melihat menu di hadapan mata.


"Orait, aku pulak nak..Matcha Latte.Kau?"

Tanya Suhaila kepada Nabila.


"Mount Mauve."

Balas Nabila.


"Nice choice.."

Kata Suhaila sambil menunjukkan ibu jarinya.




"Kalau awak fikir Rizki yang suruh saya pujuk awak, awak silap.Saya sendiri yang nak awak jadi pengapit Rizki sebab saya tahu Rizki mesti happy sangat kalau awak setuju."

Dania bersuara lagi setelah Alvin hanya membisu.


"Saya tau Rizki tu sayangkan awak.Dan saya nak semua orang yang dia sayang ada dengan dia pada hari bahagia dia nanti."

Kata Dania lagi meyakinkan Alvin.


"Tapi, Dania.Saya.."


"Anggaplah permintaan ni dari saya sebagai kawan awak, bukan sebagai tunang Rizki."

Potong Dania.Langsung tidak memberi ruang untuk Alvin memberikan alasan.


"Saya buat ni untuk Rizki.Bukan untuk diri saya."

Sambung Dania lagi.


Serba salah Alvin dibuatnya.Permintaan Dania seolah menyuruh dia membunuh dirinya sendiri.Mana mungkin dia mampu menyaksikan momen indah pasangan itu sedangkan perasaanya terhadap Dania hanya Tuhan yang tahu.Membayangkan Dania akan hidup bersama lelaki lain saja, ibarat menyentap tangkai hatinya.


"Tapi kalau memang awak tak boleh.."

Dania tidak meneruskan kata-kata.Dia tunduk dengan wajah yang kecewa.


"Saya tau saya tak patut paksa awak.Tak sepatutnya saya datang jumpa awak.Saya mintak maaf."

Dania berkira-kira untuk pergi dari situ.Dia benar-benar malu kerana gagal meyakinkan Alvin.


"Dania, tunggu!"

Alvin menahan Dania dari pergi.Dania tidak jadi melangkah.Dia duduk semula tanpa memandang wajah Alvin.


"Kalau memang itu yang awak inginkan, kalau itu dapat membahagiakan awak, saya bersedia."

Akhirnya Alvin mengalah.Dia tidak sanggup melihat gadis yang dicintainya bersedih gara-gara egonya.Tanpa sedar, dia telah meyakinkan Dania akan perasaannya.


Dania terpana mendengar kata-kata yang diucapkan Alvin.Jelas-jelas dia menyatakan kalau apa yang dimintanya itu hanyalah demi Rizki semata-mata.Bukan untuk dirinya.Wajahnya dirasakan membahang.Terasa bagai mendengar Alvin sedang meluahkan perasaan hatinya.


"Awak yakin?"

Dania meminta kepastian.Alvin mengangguk.


"Nanti saya bagitau Rizki tentang ni.Jangan risau, saya tak akan cerita tentang perjumpaan kita."

Kata Alvin pula.

Dania senyum lebar.Tiba-tiba hatinya dicengkam rasa bersalah.Rasa bersalah kerana telah memaksa jejaka itu melakukan sesuatu yang tidak mungkin dapat dia lalukan seandainya berada di posisi Alvin.Demi untuk kepentingan dirinya.


'Saya tau ini berat bagi awak, Alvin.Maafkan saya.Tapi saya lakukan semua ni untuk diri saya dan Rizki.Dan juga untuk Ayumi.'




Sepuluh minit kemudian, pesanan mereka pun tiba.Masing-masing teruja menikmati hidangan di depan mata.Sambil makan, Norasyikin memerhatikan sekeliling cafe.Ketika itu tidak ramai pengunjung yang datang.


Tiba-tiba mata Norasyikin terpaku pada pasangan yang duduk di meja paling hujung.Dia mengecilkan mata untuk memastikan siapa gadis yang dilihatnya.


"Wei, Nora!Kau tengok apa?Ada pakwe handsome ke?"

Gelagat Norasyikin menarik perhatian Suhaila.Lehernya dipanjangkan ke arah yang dilihat temannya itu.Nabila yang hanya diam menikmati hidangannya tidak berminat untuk mengambil tahu.


"Tak..tu bukan kakak ipar kau ke Bella.Eh, bakal kakak ipar."

Norasyikin menekankan perkataan 'bakal'.Dia memuncungkan bibirnya ke arah yang dimaksudkan.


Nabila terkejut.Lantas menoleh ke belakang.Wajahnya berubah serta merta.


"Aku ingat lagilah muka dia.Betul kan Bella, tunang abang kau?"

Norasyikin bertanya.Nabila hanya mengangguk.


"Tapi lelaki tu bukan abang kau kan?"

Norasyikin kembali bersuara apabila Nabila hanya mendiamkan diri.


"Entah-entah mamat yang kita nampak hari tu tak?Kau ingat lagi tak ciri-ciri mamat yang kau cakap kawan abang kau tu?"

Mulut Norasyikin tidak berhenti dari berkata-kata.Pencuci mulut di hadapannya tidak disentuh lagi.


"Oh, tu ke tunang abang kau yang kau cerita kat sekolah tadi?Cantik eh?"

Belum sempat Nabila membuka mulut, Suhaila pula menyampuk.


"Mestilah..Kau tak tahu ke dia tu famous?Designer kot.Ada butik lagi.Kan, Bella kan?"


"Seriuslah?Apasal aku tak pernah tau pun pasal ni?"

Suhaila buat-buat terkejut.


"Boleh tak korang berdua stop cakap pasal perempuan tu?!"

Suhaila dan Norasyikin sama-sama terkejut apabila Nabila mengamuk tiba-tiba.


"Apa yang bagus sangat jadi designer terkenal, cantik luaran tapi murahan?"

Nabila bengang.Api kemarahan yang cuba ditahan sejak tadi meletus jua.Rasa marahnya semakin meluap mengenangkan Rizki yang terlalu mempercayai Dania.


Suhaila dan Norasyikin tersentak apabila Nabila bangun dari duduknya secara tiba-tiba.


"Wei, Bella.Kau apasal?"

Norasyikin cemas melihat kelakuan Nabila.


"Bella, kau nak pergi mana?Bella!"

Soal Suhaila pula separuh berbisik kerana takut didengari pengunjung yang lain.


Nabila tidak mempedulikan teman-temannya yang cuba menegahnya.Dengan dada yang berombak, dia melangkah menuju ke arah Dania yang langsung tidak menyedari akan kehadirannya.


"Ehem!!"


Dania seraya mendongak mendengarkan suara itu.


"Abil.."

Senyuman di bibirnya mati serta merta.Kulit cerahnya bertukar pucat.


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi