Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 6

"Ok, Nia.Jumpa esok."

Ayumi berkata lalu menutup bonet kereta.


"Orait, thanks ya.Bye!"

Dania melambai Ayumi yang sudah pun berada di dalam kereta.


Dalam sekelip mata, kelibat Ayumi hilang dari pandangan.


"Assalamualaikum, ayah."

Dania menghampiri ayahnya yang sedang duduk santai di meja bulat yang terletak berhampiran kolam ikan.


"Eh, Dania.Bila balik?Ayah tak perasan pun?"

Encik Iskandar yang leka dengan telefon bimbitnya langsung tidak menyedari kepulangan anaknya.


"Macamana nak perasan.Sibuk dok main facebook je dari tadi."

Usik Dania.


"Tak ada maknanya..Awal pulak balik hari ni.Selalunya dah gelap baru nampak batang hidung."

Encik Iskandar melihat jam di tangan.


"Haah..Saja balik awal.Pergi beli barang dapur dengan Yumi.Makan dulu tadi.Ibu mana?"

Dania mencari kelibat ibunya yang dari tadi tidak kelihatan.


"Ibu tadi lepas hantar kopi ayah, duduk dekat dapurlah kot.Entah apa dibuatnya."

Encik Iskandar turut memusingkan kepala mencari isterinya.


"Oh, takpelah.Nia pergi dapur dulu ya.Nak letak barang."

Kata Dania sambil berlalu ke dapur.


"Hai, Bik Imah."

Dania menegur Bibik Halimah yang sedang mencuci cawan di sinki.


"Eh, non..Awal pulangnya, non?"

Bibik Halimah turut menyapa Dania.Laju sahaja tangannya mengambil beg plastik dari tangan dania.


"Ya, bik.Selalu tak sempat jumpa Bik Imah, kan."

Kata Dania kepada wanita berbangsa Indonesia itu.Usianya hampir sebaya dengan Puan Saida.


"Ya iyalah.Pulangnya selalu aja kemalaman."

Balas Bibik Halimah sambil tersengih.

Menjadi pembantu rumah sejak Dania masih di sekolah menengah lagi, membuatkan wanita itu sudah fasih dengan keadaan di dalam rumah tersebut.


"Ibu mana Bik Imah?"

Tanya Dania pula.


"Ibu ada di kamar kali, non."

Jawab Bibik Halimah pendek.


"Kalau gitu, saya naik atas dululah.Bik Imah tolong simpankan barang-barang ni ya?Makasih bik.."

Ujar Dania sambil berlalu meninggalkan Bibik Halimah.


Sewaktu menapak ke tingkat atas, telinga Dania menangkap bunyi yang datang dari bilik tamu.


"Laa, kat sini rupanya ibu."

Dania menegur ibunya yang sedang duduk bersimpuh menyusun barang hantaran di lantai bilik tamu yang dijadikan bilik pengantin.


"Nia..Dah balik anak ibu."

Puan Saida bangun dari duduknya.Dia menghampiri Dania yang duduk di hujung katil.


"Nia pergi beli barang dapur tadi dengan Yumi."

Balas Dania sambil matanya giat memerhati barang hantaran di atas lantai.


Hatinya sayu mengenangkan hari pernikahan yang akan tiba.Sedangkan hubungannya dengan Rizki masih juga dingin.


"Yumi?Ingatkan keluar dengan Riz."

Puan Saida dapat menangkap perubahan di wajah anaknya apabila nama Rizki disebut.


"Takpelah, bu.Nia masuk bilik dulu ya.Nak mandi."

Dania cuba mengelak.


Puan Saida hanya mengangguk.Dia memerhatikan susuk Dania sehingga hilang di sebalik pintu lalu menyambung kembali kerjanya yang tergendala.


Dania membuka luas tingkap biliknya untuk menikmati angin petang.Angin yang menampar lembut di pipi membuai perasaannya.


Ketenangan yang baru sahaja ingin dirasai hilang sekelip mata tatkala teringat kembali setiap kata-kata Alvin tadi.


Dania tidak tahu apa yang dirasakan sekarang.Sekejap dia merasa bersalah kerana tidak mahu mendengar penjelasan Rizki.Dan sekejap dia kesal dengan Rizki kerana lebih mementingkan kawan berbanding dirinya.


'Apa aku yang terlalu sensitif?'

Bisik Dania dalam hati.

Matanya dipejam.Satu persatu perubahan sikap Rizki singgah di ingatan.


'Atau semua ini adalah petunjuk darimu, Ya Allah?'

Dania mendongak ke langit.Setitis air mata jernih jatuh di pipi halusnya.


***************************************


Lewat petang itu, sebuah BMW sedan memasuki perkarangan rumah banglo dua tingkat.Rizki keluar dari kereta dengan wajah lesu tidak bermaya.


"Dah balik, Riz?Malam ni kita makan sama ya.Mama masak."

Puan Zulaikha yang muncul dari arah dapur menegur anaknya.


"Takpe, ma.Riz dah kenyang.Riz naik atas dulu."

Balas Rizki lalu meniti anak tangga untuk ke tingkat atas.


Puan Zulaikha geleng kepala mendengar jawapan Rizki lalu kembali semula ke dapur.


Sewaktu di tangga, Rizki bertembung dengan Nabila, adik perempuannya yang mahu turun ke bawah.


"Hai, Abang Riz!"

Nabila menegur abangnya tetapi tidak diendahkan.

Nabila kerut dahi.Pelik dengan sikap abangnya hari itu.


"Kenapa dengan Abang Riz tu, ma?"

Nabila mendapatkan ibunya yang berada di dapur.


"Kenapa apa?"

Puan Zulaikha berpura seperti tidak tahu.


"Tadi Abil tegur dia tapi dia langsung tak pedulikan Abil.Macam ada masalah je?"

Nabila menjawab lalu mengambil sebiji cawan di dalam rak kabinet.


"Penatla tu..Tak payahlah kacau abang.Biar dia rehat."


Sebenarnya Puan Zulaikha turut merasakan hal yang sama.Sejak akhir ini, sudah jarang sekali Rizki makan malam di rumah.Jarang juga dia berpeluang berbual dengan anak sulungnya itu.Pulang sahaja dari pejabat, Rizki lebih suka terperuk di dalam bilik.


"Ma, mama tau tak Abil nampak siapa kat pasaraya tadi."

Nabila mula membuka cerita.


"Pasaraya?Bukan ke Abil cakap dengan mama yang Abil nak pergi library lepas sekolah?Abil tipu mama lagi ke?"


Puan Zulaikha tidak berminat untuk mengetahui siapa yang dimaksudkan Nabila.Bukan sekali dua anak gadisnya itu ketahuan berbohong.Katanya mahu mengerjakan tugas selepas tamat waktu sekolah.Ternyata merewang bersama kawan di shopping complex.Kalau tiada yang melaporkan kepadanya, tentu sampai sekarang dia tidak tahu perangai anaknya yang satu itu.


"Memang Abil pergi library, ma.Lepas tu Nora ajak Abil teman dia pergi pasaraya kejap..Abil ikut jelah.Betul, ma..Kali ni Abil memang tak tipu.Sumpah!"

Nabila memberi alasan.


Masih terbayang jelas diingatannya saat dia ditangkap berbohong kepada mamanya gara-gara termakan pujukan rakan sekolah untuk menonton wayang.

Bukan main mengamuk lagi mamanya.Sudahnya dengan abang-abangnya sekali menceramahinya.Nabila betul-betul serik selepas kejadian itu.


"Ok, kali ni mama percaya.Sekali lagi Abil tipu mama, jangan harap nak balik dengan kawan lagi."

Puan Zulaikha menjeling Nabila yang mengangkat sebelah tangan tanda bersumpah.


"Ya, tau..Cepatlah, ma.Nak tau tak siapa yang Abil nampak tadi?"

Nabila teruja.Dia tidak sabar menantikan reaksi mamanya.


"Siapa?"

Tanya Puan Zulaikha sambil menarik kerusi.Dia mula menyiapkan bahan masakan untuk makan malam.


"Abil nampak Kak Nia."

Nabila sengaja tidak memberitahu langsung hal yang sebenar.Dia mahu melihat respon dari mamanya terlebih dahulu.


"Alahai, ingatkan nampak artis Kpop."

Puan Zulaikha cebik bibir.


Nabila geli hati mendengar lawak mamanya.Dia ketawa lalu menyambung kembali ayatnya yang tergantung.


"Abil nampak Kak Nia dengan seorang lelaki, ma..Mesra sangat, ma.Shopping sama-sama sambil bergelak ketawa lagi.Sayang Abil tak nampak muka lelaki misteri tu sebab dia berdiri membelakangkan Abil.Tapi yang pasti bukan abang Riz lah."

Cerita Nabila dengan penuh perasaan.


Puan Zulaikha tidak jadi memotong bawang.Dia merenung wajah anaknya mencari kepastian.


"Abil yakin ke yang Abil nampak tu Kak Nia?"

Tanya Puan Zulaikha tenang.


"Ya Allah, ma..Mata Abil ni terang lagi, ma."

Nabila seakan tidak percaya mamanya meragui apa yang dilihatnya.


"Kawan dia la tu, kot..Apa yang nak dipelikkan sangat?"

Kata Puan Zulaikha selamba.


"Ma, Abil ni bukan nak jaga tepi kain orang.Lantaklah dia nak keluar dengan lelaki mana pun.Tapi masalahnye sekarang, dia tu tunang orang..Tunang Abang Riz.Tak manis kan keluar berduaan dengan lelaki lain?"

Nabila memandang wajah mamanya yang mula berubah.


"Setahu Abil lah, Kak Nia tu perempuan baik.Sebab tu Abang Riz sayang separuh mati kat dia.Tapi tak tahulah kan kalau belakang kita.."

Nabila tidak jadi meneruskan kata.Dia cuak melihat abangnya yang muncul di dapur secara tiba-tiba.Puan Zulaikha juga turut terkejut.


"Tengah membawang pasal siapa?"

Rizki pura-pura bertanya.


Dia mengambil gelas di atas meja lalu menuang air putih ke dalam.Nabila dan Puan Zulaikha hanya memerhatikan Rizki yang meneguk air dengan rakus.


"Tengah membawang pasal bawang ni ha.."

Nabila menunjuk bawang yang telah siap dipotong.Cuba berlagak selamba di hadapan abangnya.


"Nak ke mana, Riz?"

Puan Zulaikha cuba mengalihkan perhatian anaknya.Dalam hati, dia bimbang kalau Rizki terdengar perbualan dia dan Nabila tadi.


"Riz nak pergi solat kat masjid.Dah lama rasanya tak jejak kaki kat masjid.Riz pergi dulu, ma."

Rizki menyalami tangan mamanya dan melangkah pergi.


Nabila terhendap-hendap di sebalik dinding dapur.Setelah memastikan yang abangnya itu sudah keluar dari rumah, dia kembali mendapatkan mamanya.


"Ma, mama rasa Abang Riz dengar tak?"

Nabila bertanya kerisauan.


"Hmm, tulah.Lain kali kalau nak bercakap pasal orang, tengok-tengok dulu.Kalau abang kamu dengar tadi, mesti dia sedih."

Puan Zulaikha turut merasa kesal kerana tidak berhati-hati.


"Manalah Abil tau Abang Riz nak ke dapur.Tapi kan, ma.Ada kemungkinan tak yang Abang Riz dah tau pasal ni?"

Telah Nabila.Jari telunjuknya diletakkan di bawah bibir.


"Maksud Abil?"

Puan Zulaikha belum dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Nabila.


"Cuba mama kaitkan cerita Abil tadi dengan sikap Abang Riz hari ni?Dapat sesuatu tak?"

Nabila senyum sumbing.Otaknya mula mengarang jalan cerita yang dia sendiri tidak pasti.


"Straight to the point boleh tak, Abil?Peninglah mama nak berteka-teki pulak."

Puan Zulaikha sudah malas mahu melayan drama yang cuba digarap oleh anak gadisnya itu.


"Maksud Abil, mungkin Abang Riz dah tau pasal scandal Kak Nia dengan lelaki misteri tu.Sebab tu Abang Riz moody je hari ni.Entah-entah diorang bergaduh tak?"

Sekali lagi Nabila membuat andaian.


"Abil, kita tak tau apa sebenarnya yang terjadi.Mama tak suka kamu cakap yang bukan-bukan pasal Abang Riz dengan Kak Nia kamu.Dah, tolong mama potong sayur ni.Mama nak naik solat kejap."


Puan Zulaikha tidak senang mendengar kata-kata Nabila tentang Dania.Gadis itu telah pun dianggap seperti keluarga sendiri.Namun jauh di lubuk hati, dia mula meragui bakal menantunya itu.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi