Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 12

"Tak nak kenalkan ke?"

Nabila peluk tubuh.Matanya dijeling ke arah Alvin.


"Oh, ya.Ini Alvin, kawan Abang Riz.Alvin, ini Nabila, adik Rizki."

Tergagap-gagap Dania menutur kata.


"Hai, Nabila.Abang awak pernah cerita dekat saya pasal awak.Baru kali ni saya dapat jumpa dengan adik perempuan dia.Nice to meet you."

Alvin bangun menyapa Nabila.Gadis itu menatap Alvin dengan pandangan yang sukar dimengertikan.Di bibirnya langsung tiada garis senyuman.


"Kalau awak ni betul kawan abang saya, mesti awak tau kan siapa perempuan ni?"

Jari telunjuk Nabila dihalakan ke arah Dania.


"Kalau perempuan ni tak pernah bagitau awak, biar saya yang bagitau.Dalam Islam, berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram dan berdosa.Apatah lagi berduaan dengan tunang orang.Tapi saya tak pasti pulak kalau awak tau apa tu dosa."


"Abil!"

Nabila bangun dari duduknya.Dia terkejut melihat sikap Nabila yang kurang ajar itu.Mencerlang mata Nabila memandang Dania.Hanya menunggu masa untuk dia menghamburkan segala amarahnya.


"Alvin, maafkan Nabila, ya.Saya rasa lebih baik awak balik dulu.Pasal ni biar saya yang uruskan.Thanks, Alvin."

Seperti anak kecil, Alvin hanya menurut kata-kata Dania.Setelah Alvin pergi, Dania kembali bersuara.


"Abil, duduk dulu."

Nabila duduk di tempat Alvin.Dia kembali memeluk tubuh.Matanya memandang Dania tidak berkelip.Namun, wajahnya kelihatan sedikit tenang, tidak seperti tadi.


"Abang Riz tau ke Kak Nia jumpa mamat tu kat sini?"

Soal Nabila.


Nabila menggeleng.Dia tidak tahu bagaimana harus dijelaskan kepada gadis itu agar tiada salah faham yang timbul.


"Yelah, takkan nak bagitau pulak kan kalau buat salah?"

Kata Nabila lagi dengan nada yang berbaur sinis.


"Abil, dengar dulu apa Kak Nia nak cakap.Apa yang Nabila nampak, tak seperti apa yang Nabila fikirkan.Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan."


"Ya, memang Abil tak tau situasi sebenar.Tapi yang jelas, apa yang Kak Nia tengah buat sekarang ni salah!Kak Nia tau tak, Abang Riz tu sayang gila dekat Kak Nia?Apa orang cakap pun, dia tetap akan bela Kak Nia.Kak Nia tak rasa bersalah langsung ke?"

Ujar Nabila panjang lebar.


Dania hilang kata-kata.Dia tau betapa dia cuba untuk menjelaskan kepada gadis itu, tidak akan dapat diterima oleh hati yang sedang marah.


"Abil, Kak Nia tak ada apa-apa hubungan pun dengan Alvin.Kak Nia jumpa dia pun cuma untuk mintak dia jadi pengapit Abang Riz.Itu saja."

Dania membela dirinya.


"Alah, alasan kan?Alvin tu kawan Abang Riz, bukan kawan Kak Nia.Abang Riz boleh cakap sendiri, kenapa Kak Nia pulak yang susah payah?"

Nabila tidak mahu mengalah.Tidak semudah itu juga dia mahu mempercayai alasan yang diberikan Dania.Bagi Nabila, yang salah tetap salah.


"Abil.."

Dania mahu bersuara lagi tetapi dihalang gadis itu.


"Cukup ya.Abil rasa dah jelas semuanya.Abil cuma mintak jasa baik Kak Nia untuk berterus terang dengan Abang Riz tentang apa yang Kak Nia dah buat hari ni.Kalau Kak Nia tak nak cakap, biar Abil yang cakap."

Setelah menghabiskan kata-kata, Nabila bangun dan beredar dari situ.


"Ya, Allah.."

Dania tekup muka.Wajah Rizki terbayang jelas di tubir mata.




"Jom balik!"

Nabila merentap beg sekolah di kerusi lalu menyandangnya ke bahu.


"Balik?Tapi kitorang tak habis makan lagi."

Kata Norasyikin panik lalu memandang wajah Suhaila yang berkerut.Suhaila angkat bahu.


"Su, kau pergi bayar cepat.Aku tunggu dekat luar.Now!"

Nabila menapak keluar tanpa menunggu teman-temannya yang terpinga.


Setelah selesai menjelaskan bil, Norasyikin dan Suhaila beriringan keluar dari cafe lalu mendapatkan Nabila yang sedang berdiri di luar pintu masuk.


"Dah call driver kau belum?"

Nabila bertanya kepada Suhaila.


"Dah, sebelum bayar tadi dah call.Kejap-kejap lagi adalah tu.Bella, kau apasal mengamuk-ngamuk tadi?Kau cakap apa dengan perempuan tu?Ceritalah.."


"Haah, apa jadi lepas kau serang diorang tadi?Ceritalah, Bella.Perempuan tu ada scandal ke dengan mamat tadi?"

Desak Norasyikin pula.


"Korang boleh tak tolong jangan tambahkan lagi panas hati aku ni?!"

Nabila peluk tubuh.Sakit hatinya membayangkan wajah Dania.


***************************************


Malam itu, Rizki pulang agak lewat kerana perlu berurusan dengan client dari Singapura.Sewaktu hendak menaiki tangga ke tingkat atas, Rizki terpandangkan Nabila yang duduk sendirian di kolam renang.


"Tak tidur lagi?Tengah ingat boyfriend mana ni?"

Rizki menghampiri Nabila yang duduk dengan kaki terjuntai ke dalam kolam.


"Abang!Terkejut Abil lah!Nasib baik tak jatuh!"

Nabila tarik muka.


"Kalau jatuh pun biarlah.Bukan Abil tak pandai berenang."

Usik Rizki lagi sambil menyinsing kaki seluar.Kemudian dia duduk di sebelah Nabila dengan kaki dimasukkan ke dalam air.

Nabila tidak membalas kata-kata abangnya.Dia hanya mencebikkan bibir.


"Tak jawab pun soalan abang tadi?"


"Soalan apa?"


"La..kan abang tanya tadi, tengah ingat boyfriend mana..Cepatnya lupa?Muda-muda dah pelupa adik abang ni."

Rizki mencuit pipi Nabila.


"Mana ada boyfriend.Pandai-pandai je."


"Adik abang ni kan comel..Takkan tak ada yang berkenan?"


"Abang, Abil pergi sekolah bukan nak cari boyfriend."


"Gurau jelah..Takkan tu pun nak marah.."


"Abang tengok Abil macam ada masalah je?Tak nak cerita kat abang ke?"

Pertanyaan Rizki menyentak perasaan Nabila.Insiden di cafe siang tadi menyelubungi fikirannya.


"Abang..abang bahagia ke nak kahwin dengan Kak Nia?"

Nabila memandang wajah abangnya sayu.Dia serba salah untuk menceritakan apa yang telah terjadi tatkala teringatkan pesan Rizki tempoh hari.Sebolehnya, dia tidak mahu merosakkan kebahagiaan abangnya.Tetapi dia juga tidak mahu melihat abangnya itu kecewa andai benar Dania ada menjalinkan hubungan sulit.


"Kita tanya dia, dia tanya kita pulak.Kenapa Abil tanya soalan macamtu?Mestilah abang bahagia..Abil tau kan abang sayang sangat dekat Kak Dania."

Rizki memandang wajah muram Nabila.Sungguh dia tidak dapat meneka apa yang berada dalam fikiran adiknya itu.


"Abang, bila Abang Razif nak balik?Abil rindu dekat Abang Razif.Kalau Abang Razif ada, mesti dia akan temankan Abil, dengar cerita Abil..Abil nak Abang Razif ada dekat sini."

Luah Nabila sayu.Kepalanya disandarkan ke bahu Rizki.


"Abil, abang mintak maaf.Abang tau abang jarang ada masa untuk Abil.Abang mintak maaf sebab tak pernah nak faham perasaan Abil.Maafkan abang."

Rizki memeluk bahu Nabila.Rasa kesal menghimpit di dada.Kerana terlalu sibuk memenuhi amanah arwah papanya untuk membangunkan syarikat, dia terlupa ada yang masih memerlukan kasih sayang serta perhatian darinya.


"Abil, dengar sini abang nak cakap."

Rizki melepaskan pelukkannya.Tangannya diletakkan pula di bahu Nabila.


"Kita tak tau apa rancangan yang Allah dah aturkan untuk kita.Tapi andai ditakdirkan abang tak dapat nak jaga mama, Abang Razif dengan Abil lagi, abang nak Abil janji yang Abil akan selalu ada untuk mama.Jaga mama.Jangan jadi macam abang.Abang menyesal selama ni abang jarang luangkan masa untuk Abil dengan mama."

Ujar Rizki panjang lebar.Dia berusaha menahan diri agak tidak terlihat sedih di hadapan Nabila.


"Kenapa abang tiba-tiba cakap macamni?Memangnya Abil nak pergi mana?Abang nak tinggalkan kami ke lepas kahwin dengan Kak Nia?"

Nabila panik mendengarkan kata-kata abangnya itu.Dia merenung mata Rizki yang berkaca.


"Tak, Abil.Abang tak ada niat pun nak jauh dari keluarga abang.Abang cuma cakap andai abang dah tak ada dekat dunia ni lagi."

Usai berkata, Rizki membuang pandang ke dalam kolam.Dia tidak sanggup untuk terus menatap mata Nabila.


"Abang!"

Nabila memeluk Rizki erat.Tangis sendunya mula kedengaran.


***************************************


Dania resah gelisah di atas katil.Lampu meja di sisi katil dibuka tutup berkali-kali.Hatinya tidak tenang memikirkan Rizki dan Nabila.Tiba-tiba telefon bimbit di sebelahnya berdering.


"Alvin?"

Dania serba salah untuk menjawab panggilan itu.Lama ditenungnya nama di skrin sehingga deringan berhenti.Telefon bimbit diletakkan kembali di sebelah bantal.Beberapa saat kemudian, telefon bimbitnya kembali berdering.Dania melepaskan keluhan apabila sekali lagi nama Alvin muncul di ruang skrin.


"Ya, Alvin?"

Jawab Dania lemah.


"Dania, awak dah tidur ke?Maaf kalau saya ganggu awak malam-malam ni."

Suara Alvin kedengaran di cuping telinga.


'Memang ganggu pun.'

Dania menjawab dalam hati.Dia yakin Alvin ingin menanyakan hal di cafe tadi.


"Ada apa, Alvin?"

Dania berbasa basi.


"Saya cuma nak tau, macamana awak dengan Nabila?Ada apa-apa yang berlaku ke?Saya tengok dia macam nak terkam awak je tadi.Saya risaukan awak."


Hampir termuntah Dania mendengarkan ayat terakhir Alvin.

'Dia ingat aku ni budak kecil ke nak risau bagai?'


"Awak tak payah risaulah.Saya dah jelaskan semuanya pada Nabila."


"Alhamdulillah.Lega saya dengar."


"Saya harap awak tak ambil hati dengan kata-kata Nabila tadi."


"Tak adalah.Saya ok je.Saya faham."


"By the way, thank you so much sebab awak sudi jadi pengapit Rizki.And maaf kalau dah susahkan awak."


"No worries, Dania.Asalkan awak bahagia."

Dania terdiam mendengar kata-kata Alvin yang terlalu asing di pendengarannya.Beberapa saat kemudian, Dania kembali bersuara.


"Em, oklah Alvin.Kalau tak ada apa-apa lagi saya nak tidur dulu.Assalamualaikum."

Sepantas kilat Dania menamatkan talian.Telefon bimbit yang masih berada di tangan dipandang sekilas lalu dicampak ke tepi.

Dania meletakkan tangan kanannya di dahi.Kipas syiling yang berputar laju dipandang kosong.Anehnya, bukan wajah Rizki lagi yang menghuni saat itu.Sebaliknya, wajah Alvin bersama senyuman manis yang kian terbayang jelas di ruang matanya.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi