Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 24

"Hai!"

Alvin tercegat di muka pintu sambil menghulurkan sejambak mawar merah kepada Dania.


"Saya tak tau awak suka bunga apa.Tapi saya percaya sembilan per sepuluh wanita dekat dunia ni sukakan bunga ros."

Alvin menghulurkan sekali lagi jambangan mawar itu apabila Dania hanya berdiri kaku di hadapannya.


"Awak buat apa ni?"

Tanya Dania separuh berbisik.Lehernya dipanjangkan mencari kelibat Ayumi.


"Tak nak pelawa saya masuk ke?"

Alvin tersenyum manis.


"Masuklah!"

Dania mengambil jambangan bunga di tangan Alvin dengan kasar lalu bergegas masuk ke dalam pejabat.


"Hai, Alvin!Datang nak jumpa saya ke?"

Ayumi yang muncul dari belakang menyapa Alvin dengan wajah yang ceria.


"Saya dari hospital.Saja singgah sini sekejap sebelum balik."

Jawab Alvin lalu tersenyum.


"Oh, duduklah dulu.Mana pulak Dania ni?"

Ayumi mencari-cari Dania yang tidak kelihatan.


"Laa kat sini rupanya kau.Kenapa tak keluar jumpa Alvin?"

Tanya Ayumi yang sudah terpacak di muka pintu pejabat.


"Dah jumpa tadi.Kan aku yang bukakkan pintu.Kau layanlah dia.Aku banyak kerja ni."

Dania berpura-pura sibuk.


"Ke kau nak mengelak dari dia?"

Ayumi senyum senget.


"Kenapa pulak?Kalau kau tak nak layan kau suruh jelah dia balik.Aku tak ada urusan apa-apa dengan dia."

Ayumi mengeluh mendengarkan kata-kata Dania lalu kembali mendapatkan Alvin.


"Sorry, Alvin.Dania kata dia banyak kerja.Biasalah nak siapkan design baru."

Ayumi memberi alasan lalu duduk di hadapan Alvin.

Alvin mengangguk sambil tersenyum kelat.


"Takpelah, Ayumi.Saya balik dulu.Ada masa saya datang lagi.Assalamualaikum."

Alvin berdiri lalu meminta diri.


"Waalaikumussalam.."

Ayumi menghantar Alvin hingga ke pintu.


Dania tunduk merenung jambangan bunga yang disorok di bawah meja.Mujur dia sempat menyembunyikannya dari Ayumi. 


"Dah berani bagi bunga depan-depan pulak sekarang.Kalau Yumi nampak tadi apa aku nak jawab?Geram betul lah!"

Dania mendengus.Perlahan-lahan jambangan bunga itu dibawa ke riba.Sekeping kad kecil berwarna merah jambu pudar yang terselit direnggut lalu dibuka.


"I hope these roses can brighten your day."

Dania membaca bait-bait kata yang tertulis dengan nada mengejek.


Tiba-tiba Dania teringatkan Rizki yang sempat memberikan bunga sebelum hari kematiannya.Serta merta jambangan bunga itu dicampakkan semula ke bawah meja.


"I miss you.."

Cincin pertunangan di jari manis diusap perlahan.


Dania tarik nafas dalam-dalam.Buku lakaran dicapai lalu helaian kosong diselak.Dia cuba melakar sesuatu tetapi gagal.Wajah Rizki dan Alvin yang muncul silih berganti mengganggu tumpuannya.Sudahnya lakaran itu diconteng-conteng dan buku lakaran ditutup dengan kasar.




"Yumi, kau tak keluar dengan Alvin ke?"

Tanya Dania petang itu sewaktu mereka bersiap-siap untuk pulang.Dari tadi Dania memperhatikan gadis itu banyak berdiam, tidak seperti selalu.


"Taklah, kenapa?"

Baru kedengaran suara Ayumi.


"Hmm, aku tengok tak ada perkembangan pun hubungan korang.Kau ni serius ke suka dekat dia?"

Tanya Dania lagi sambil menyandang beg tangan di bahu.Matanya tidak lepas dari memandang wajah Ayumi.


"Entahlah, Nia.Aku sebenarnya tak nak terlalu berharap.Kang tak pasal-pasal patah hati."

Ayumi jungkit bahu.


"Kau nak aku tolong ke?"

Dania menyambung perbualan setelah berada di dalam kereta.


"You know what, Dania?Kalau lelaki tu suka kat kau, kau tak payah buat apa-apa pun.Dia sendiri akan datang pada kau."

Kata Ayumi dengan wajah serius.


Dania terdiam.Dia kembali mengenangkan perlakuan Alvin terhadapnya selepas ketiadaan Rizki.


"Sabtu ni birthday aku.Apa kata kalau kita keluar."


"Nia, kau dengar tak?"

Ayumi bersuara lagi apabila Dania tidak mempedulikan pertanyaannya.


"Hah, apa dia?Kau cakap apa?"

Dania kini tersedar dari lamunan.


"Aku cakap, sabtu ni birthday aku.Jomlah keluar jalan-jalan."

Ulang Ayumi.


"Oh, boleh.Jomlah."

Dania senyum memandang Ayumi.


"Kita ajak Alvin sekali, nak?Tu pun kalau dia tak busy la.."

Kata-kata Ayumi mematikan senyuman di bibir Dania.


"Suka hati kaulah.Birthday kau kan."

Dengan hati yang berat, Dania akur dengan kehendak Ayumi.Dia tidak mahu temannya itu sampai curiga seandainya dia cuba untuk mengelak dari Alvin lagi.


Sepanjang perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar Dania, Ayumi tidak henti mengingat apa yang terjadi di butik tadi.Sakit hatinya melihat Alvin memberikan bunga kepada Dania.Namun dia tidak mahu terlalu cepat membuat kesimpulan.


"Kalau kau tau Alvin sukakan kau, kenapa kau masih nak tolong aku dekat dengan dia?"


Ayumi mendengus.Sedaya upaya dia cuba menahan perasaan untuk tidak membicarakan hal itu dengan Dania.Lagipun dia belum cukup pasti dengan apa yang dirasakannya.Pada saat itu juga, kejadian di rumah Dania tempoh hari kembali bermain di benak fikiran.



                         **************



Dania resah menunggu ketibaan Alvin di depan butik manakala Ayumi tenang menghadap telefon bimbitnya.Tidak lama kemudian, sebuah kereta Audi hitam berhenti di hadapan mereka.


"Hai!Sorry, sorry lambat."

Alvin menapak keluar dari kereta sambil tersengih.

Ternganga mulut Ayumi melihat penampilan jejaka itu.Dengan jaket jeans biru pudar ditambah pula memakai cermin mata hitam, jejaka itu tampak berlainan sekali.


"Eh, takpe.Kitorang pun baru je sampai.Kan Nia kan?"

Ayumi mencuit Dania yang berdiri di sebelah.


"Jomlah, tunggu apa lagi?"

Dania bersuara.


"Okey, jom."

Alvin membukakan pintu kereta tempat duduk hadapan.Dengan pantas Dania mengambil tempat duduk belakang untuk memberi ruang kepada Ayumi.


"So, kita nak ke mana dulu?"

Tanya Alvin.Dijelingnya Dania di belakang melalui cermin.


"Pergi breakfast dululah.Kitorang tak makan lagi.Lapar ni."

Jawab Ayumi selamba.


"Alright."

Balas Alvin lalu memutar stereng.


"Jadi macamni rasanya naik kereta import.Bertuah siapa jadi isteri Alvin."

Kata Ayumi lalu tersengih lantas membuatkan Alvin ketawa.Dania jungkit bibir mendengarkan ketawa Alvin yang terasa menggelikan telinganya.


Sepanjang perjalanan, beberapa kali juga Alvin mencuri pandang Dania melalui cermin pandang belakang.Dan semestinya perbuatan Alvin itu tidak disedari oleh Dania oleh kerana matanya terlindung di sebalik cermin hitam.


Setibanya di cafe, mereka bertiga menikmati makanan masing-masing.


"Awak pun peminat latte ke?"

Tanya Ayumi kepada Alvin.


"Yup."

Jawab Alvin pendek dengan senyuman di bibir.


"Apa yang best sangat latte tu?

Ayumi memancing Alvin untuk terus berbual.


"Well, saya dah pernah cuba macam-macam jenis kopi.Tapi latte jugak yang menambat hati."

Jawab Alvin lalu ketawa kecil.Dania yang berada di hadapannya buat tidak tahu saja.


"Kalau tanya Dania, mesti jawapan dia sama je.Kan Nia?"

Ayumi menyenggol Dania di sebelah.Terkejut gadis itu dibuatnya.


Alvin hanya ketawa melihat telatah Dania lalu kembali menatap gadis itu.Cepat-cepat Dania mengalihkan pandangan apabila anak matanya bertembung dengan mata Alvin.


'Hish dia ni pandang-pandang aku pulak.Kalau Ayumi perasan tak ke naya!'

Ngomel Dania dalam hati.


"So, Ayumi.Suka tak hadiah tu?"

Giliran Alvin pula bersuara.


Pertanyaan Alvin mematikan selera Dania.Bulat matanya memandang jejaka itu yang berlagak selamba.


"Hadiah?Hadiah apa?"

Ayumi angkat kening.Dipandangnya Alvin dengan tanda tanya.


"Oh, jadi awak belum bagilah?So sorry.I don't mean to spoil your surprise."

Kata Alvin kepada Dania.


"Err, aku memang nak bagi hadiah tu dekat kau tadi.Tapi entah macamana boleh tertinggal pulak.Nantilah."

Ayumi menggaru kening.Dia tidak berani memandang wajah Ayumi.


"Jadi korang berdua pergi cari hadiah aku sama-samalah?"

Tanya Ayumi.Wajah Dania dan Alvin dipandang silih berganti.


"Yumi, macamni.Sebenarnya.."


"Satu shopping mall dia pusing cari hadiah awak.Saya kesian dekat dia.So, saya tolonglah pilihkan untuk dia.Saya harap awak sukalah."

Potong Alvin.Senyuman lebar diberikan kepada Ayumi.


Dania ketap bibir menahan marah.Wajah Alvin yang bersahaja ditenung bagai hendak diterkamnya.Ingin sekali disimbahnya mulut celupar jejaka itu dengan kopi panas.


"Really?So sweet..Nia, aku pergi toilet kejap tau."

Ayumi bangun lalu meninggalkan Dania bersama Alvin.


Ayumi tidak masuk ke tandas.Dia bersembunyi di sebalik dinding berhampiran tandas cafe untuk memerhatikan gelagat Dania dan Alvin.Sakit hatinya apabila terasa dipermainkan oleh sahabatnya sendiri.


"Tak sangka ek mulut awak ni jenis yang tak ada insurans.Mengalahkan perempuan!"

Dania menghamburkan kemarahannya setelah kelibat Ayumi hilang dari pandangan.


Alvin yang sedang menghirup kopi, terkejut apabila Dania tiba-tiba memarahinya.


"Saya tak faham.Apa salah saya?"

Alvin menatap Dania dengan dahi berkerut.


"Sekarang pura-pura tak faham pulak.Apa niat awak cerita semua tu dekat Ayumi?!"

Dania benar-benar hilang sabar dengan sikap Alvin yang baginya sudah keterlaluan.


"Dania, saya mintak maaf kalau saya ada tersalah cakap.Tapi saya tak ada niat apa-apa pun.Sumpah!"

Alvin mengangkat sebelah tangannya.


"Saya rasa saya dah salah menilai awak selama ni."


"Dania, saya.."


"Lagi satu, tolong jangan bagi bunga dekat saya lagi!"

Dania merenung Alvin dengan pandangan yang tajam sehinggakan jejaka itu kehilangan kata-kata.Lama mereka menatap satu sama lain sehinggalah Ayumi kembali semula.


"Korang bincang apa.Macam serius je?"

Ayumi duduk semula di sebelah Dania.Dia cuba menahan perasaannya di hadapan mereka berdua.


"Yumi, aku mintak maaf.Aku rasa aku kena balik sekarang."

Kata Dania lalu menyandang beg tangan ke bahu.


"Dania, kenapa ni?"

Ayumi panik melihat sikap Dania yang tiba-tiba berubah.


"Tiba-tiba je aku rasa tak sihat.Aku mintak maaf sebab tak dapat temankan kau hari ni."

Kata Dania sambil berdiri.


"Ok, takpe.Jom Alvin kita hantar Dania balik."

Ayumi memandang Alvin yang menundukkan wajah.


"No, its okay.Aku dah tempah Grab.Aku pergi dulu."


Sekelip mata kelibat Dania hilang dari pandangan.Lama Ayumi memerhatikan Alvin yang tersandar di kerusi.Jejaka itu hanya membisu sambil menggosok tengkuk berkali-kali dengan kepala tertunduk.


"Saya pun nak balik.Tolong hantar saya balik ke butik."

Ayumi bangun dari duduknya.Sudah tiada gunanya dia bersama Alvin lagi.Dia tidak pasti apa sebenarnya yang terjadi.Namun wajah tegang Alvin menambahkan lagi kecurigaannya terhadap hubungan yang terjalin di antara mereka berdua.


Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi