Bab 1-22 akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.
Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,
BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.
BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.
bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.
SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21;
AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya,
tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.
Selamat
Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan
terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.4
Gambar perkahwinan kami yang tergantung di kamar tidur kami,
mengembalikan memori lama. Dia, Kat, isteriku jauh berbeza daripada tempoh masa
yang aku kenali dahulu, sebelas tahun lampau. Aku perhatikan lagi gambar kami
yang diletakkan besar-besar di birai katil kami. Foto yang bersaiz besar,
terletak di tengah-tengah birai katil. Baju pengantin berwarna merah cili,
warna kesukaan dia, yang kini bergelar ‘mama’. Hanya mama dan papa, panggilan
biasa kami sehari-hari. Masih terbayang akan detik lama itu. Dan masa seolah
mengembalikan kenangan itu kepada peristiwa lama, detik itu! Hanya detik itu!
Kat membawa Sara dan Baby Piakeluar
sejak awal-awal pagi lagi. Katanya dia perlu bertemu kawannya Vimmi di Kampung
Gajah. Dan mungkin, mereka akan bertemu di rumah ibu mertuaku di sana. Akupun tidak bertanya banyak lagi, maklumlah,
‘perang dingin’ yang tidak aku ketahui puncanya masih belum tamat. Jadi, jalan
selamatnya, aku mendiamkan diri dan membiarkan Kat dengan anak-anak meluangkan
masa mereka bersama. Mungkin, mood Kat akan kembali pulih setelah bertemu
Vimmi. Vimmikan kawan baiknya sejak UiTM Shah Alam lagi. Tapi setahu aku, Vimmi
tinggal di Shah Alam, mungkin, dia dan keluarganya balik kampung ke rumah
ibunya berdekatan dengan kampung isteriku. Rumah ibu Kat dan ibu Vimmi hanya
berselang beberapa minit sahaja.
Pertemuan pertama membawa kepada nama ‘Hana’. Barangkali jika dikenang
akan memorabilia lama, mungkin terasa bagaikan sedikit pelik. Jika ‘Hana’ yang
aku buru, kenapa pula Katrina yang kupilih menjadi ‘suri hatiku’. ‘Hana’ adalah
nama yang diperkenalkan Kat sendiri semasa pertemuan pertama kami. Dia yang
hanya berbaju kemeja t berwarna hitam dan berbunga kecil biru, dan berseluar panjang berwarna coklat gelap
melengkapkan gaya
manis sigadis. Ringkas tapi ayu sungguh! Dia selama itu menjadi ‘Hana’ yang aku
kenali, sehinggalah ke satu waktu, bertukar menjadi namanya yang sebenar,
Katrina a.k.a Kat.
Gambar itu membawa aku kembali kepada ingatan lama kami, sejak pertemuan
kami kali pertama, bukannya mudah untuk aku ‘bertemu ruang’ bagi berkenalan
dengannya. Pertemuan pertama kami gagal membawa aku ‘dekat’ kepadanya. Setiap
baris kata-kataku kepada Aqil, masih aku ingat semuanya walaupun sudah belasan
tahun berlalu. Ketika itu, aku mengunjunginya hujung minggu sebab sudah kemaruk
sangat, ‘angau’ mengingati panahan pandangan mata pertama terhadap Kat.
“Dil, nanti cari Vimmi ya. Aku kena cari Hana tu. Tolonglah Kil.”
“Hai, jarang dapat tengok hero Melayu merayu ni. Tu la, ada kesempatan,
tak gunakan betul-betul. Macam mana aku nak cari Vimmi. UiTM tu besar. Coursekami tak sama. Susah
nak jumpa. Dah berbulan aku tak terserempak dengan Vimmi. Kalau tak jumpa dia,
macam mana pulak nak cari Hana?”
Aku memandang Aqil lagi, kali ini tepat ke dalam anak matanya. Dia
mengalihkan pandanganku dengan melihat ke dinding di hadapan kami. “Bukannya aku
tak nak tolong Epol, aku benar-benar tak jumpa Vimmi tu.”
Aku akhirnya memegang lengan Aqil, seolah merayu dia berterusan. Dia
menepis pegangan tanganku dengan perlahan tetapi menjerit perlahan, dengan
cemas. “Hoi, janganlah sampai pegang-pegang tangan aku ni. Kalau nampak dek
kawan kita, habis gosip bertahun tak habis tau. Pantang aku, jantan
pegang-pegang tangan ni!” Dia separuh menjerit. Aku melepaskan pegangan
tanganku.
“Tolonglah Kil.” Aku merayu lagi. Rasanya ‘jantan Melayu terakhir’ di
Malaya ini sudah kalah dengan jelingan maut Hana.
“Kalau kau nak gila bayang, aku biarkan kau soranglah. Tapi kalau kau
gila macam ni, aku tak mahu mengaku kau akawan aku Epol! Sumpah, aku tak mahu!”
Aku tergelak lagi. “Maaflah Kil, tapi kalau kau tak cari Vimmi tu, mana
nak jumpa! Tolonglah cari dia Kill.Tolonglah.
Banyak pahala menolong hamba Allah yang dalam kesusahan ni.”
Aqil tergelak sendiri lagi. “Yalah. Yalah. Aku akan cari sampai jumpa.
Tapi, kawan, tak ada gerenti tau. Dibuatnya minah tu sudah ada BF (lambang boy friend,sudah bertunang, bini orang,
nasib la. Jangan nanti ‘dek angau’ kau tu, asyik tunggu depan rumah dia. Aku
tak mau masalah-masalah yang mencabar ‘kejantanan kita ni.’ Aku tak mau, dek
kerana benda-benda kecil macam ni, orang
gelakkan kita tau. Faham Encik Epol!” Syarahan percuma, panjang dan sinis
bunyinya.
“Ialah Encik Aqil. Penuh dengan Akilismenya.”
“Apa dia?”
“Akilisme.” Dia tergelak panjang mendengar perkataan itu. Akilisme
merujuk kepada falsafah atau ideologi yang ‘dia’ lahirkan daripada mindanya.
Dikaitkan dengan nama ‘Aqil’ dan ‘idealisme’.
“Kau cari dia tau. Sekarang ni kita tahun akhir, kalau tak cari dia,
susah nak cari lagi di tahun depan.”
“Ialah Encil Saiful. Tahulah aku.”
“Tapi kalau…” Aqil seolah sengaja menguji diriku.
Segera aku menyampuk dengan jawapan tegak, a.k.a mengugut, “Kalau kau tak
dapat jumpa dia, kita putus sahabat tau.” Aku lihat dia ketawa sahaja.
“Kuat betul penangan Si Minah tu, sampai nak putus sahabat. Tapi kalau
putus sahabat pun tak apa, taklah aku payah-payah nak kena cari minah kau
sorang tu.” Dia ketawa terus. Dan cara dia ketawa masih terasa teriyang-iyang
di telingaku.
Aqil mendongak lagi memandang tepat wajahku. “Aku agak hang ni nanti
macam Hang Tuahlah pulak.”
Aku pening sejenak mendengar kata-kata Aqil. “Kenapa pulak?”
“Ialah, setelah Puteri Gunung Ledang disumpah oleh Sultan Mansur Shah, yang
sesiapa saja yang akan memandangnya, akan bermuntahkan darah, baru Hang Tuah nak
mencari dan bertemu kekasihnya. Akhirnya hanya mati memuntahkan darah je. Mati
percuma. Tak berbaloi Epol.”
“Eh, ke situ pulak. Kau bukannya Sultan Melaka pun. Tapi kenapa cakap
macam tu Kil. Kau ni macam membunuh
semangat aku tau.”
Aqil membeliakkan matanya
memandang tepat ke arah anak mataku lagi. “Betul apa kawan. Hang dah diberi
kesempatan itu. Dah jumpa dia. Andai kau baru bermimpikan dia, tak jumpa lagi,
bolehlah dimaafkan kawan. Ni dah bertentang matapun. Kalau rasa dah suka,
kenapa tak tanya dia betul-betul. Ni, kononnya rasa pandai macam Einstein, tapi
kalau bertindak macam Pak Pandeh je.” Kata-katanya tajam dan seolah menghiris
terus ke jantung.
“Okaylah Kil. Aku mengaku. Aku pandai macam Einstein, tapi bodoh macam
Pak Pandir. Dan kau akan tolong aku kan?
Kan?”
“Ialah tu, Einstein konon. Einstein tak bodoh macam kau. Ni sudah bodoh
macam Pak Pandir. Tapi Aku cuba
Epol. Aku cuba.
Aku tryuntuk tolong kawan aku ni, Si
Pandeh.” Pada masa itu aku tidak lagi mahu mendengar perkataan lain. Perkataan
‘cuba’
menjadikan motivasiku seolah meningkat tinggi, hampir 300 peratus.
“Hana punya pasal, kau kata aku bodohpun, aku telan juga. Aku Pak Pandeh
pun, aku terima je.”
“Tapi hang kena tahu Epol, kalau lagak Pak Pandeh ni, semuanya terlepas.
Ke hulu, dia terlepas, ke hilir pun, dia terlepas juga.” Kata-katanya
membuatkan perasaan keyakinan yang maha tinggi pun, rasa tergugat juga. Akan
menjadi Pak Pandehkah aku ini? Pun begitu, sedikit rasa akal dan minda sentiasa
menyakinkan aku yang Aqil akan berjaya bertemu dengan Vimmi dan akhirnya akan
membawa kepada pertemuan dengan Hana. Lebih enam bulan aku berkelana seperti
kata sebaris lagu lama dulu. Aqil kebetulan terserempak Vimmi apabila dia dan
Vimmi terlibat sama dengan projek UiTM. Daripada emel yang dia hantar kepadaku
di Serdang sana,
dia hanya menulis ringkas.
Aku dah jumpa Vimmi!Jumpa aku ahad
depan.
Perkataan ringkas yang sudah lama aku tunggu sekian lama.
Pagi ahad yang indah itu, aku cepat-cepat menaiki motorsikal kapcai ini menuju
ke Shah Alam. Ahad ini merupakan pertemuan penting antara aku, Akil, Vimmi dan
jika aku cukup bertuah, akan bertemu Hana lagi. Dan ternyata aku memang
bertuah, aku dapat bertemu Hana, yang nama sebenarnya Katrina.
Kali kedua bertemu Kat. Kami bertemu di bawah pangsapuri sewaan Vimmi,
Kat dan kawan-kawannya. Terpandang wajah polos dia, aku rasakan saat dan masa
itu bagaikan berhenti berdetik. Kaku. Pilu. Bercampur gembira. Perasaan yang
bercampur-campur. Sesekali terasa perasaan debar jantanku mati di situ lagi.
Kaku. Koma. Noktah.
“Ya Epol, jumpa lagi.” Pandangan matanya bagaikan agak pelik lagi untuk
bertemu aku lagi. Seolah ada soalan yang menjadi tanda tanyanya. Keningnya
seolah diangkat, penuh dengan tanda tanya di jiwa dan mindanya. Vimmi dan Aqil
sekadar berdiri tegak, hanya memerhatikan aku yang berdiri mengadap Kat.
“Ya. Boleh kita bercakap.” Terus aku terjahnya dengan soalan.
Kat hanya tersenyum. “We’ re
talking.” Senyuman itu seolah membunuh rentak dan irama jantungku.
“Boleh kita ke kedai untuk minum ke, soalku. Aku harus memberanikan
diriku. Aku tidak datang sejauh 30 kilometer hanya sekadar menyapa dia buat
seketika saja. Atau sekadar menyapa dia buat dua tiga saat sahaja. Tidak
berbaloi agak lenguh pinggang menaiki motorsikal jika tidak dapat menghabiskan
masa bersamanya. Dia memalingkan mukanya seolah bertanya Vimmi. Rakannya yang
kelihatan mempunyai ketinggian yang sederhana tingginya, bertubuh kecil, hanya
mengangguk sambil tersenyum.
Dan apa lagi!, kedai mamak menjadi saksi pertemuan kami. Masih bergelar
pelajar lagi, tidaklah berduit sangat untuk berbelanja sakan. Di sana, aku membawanya duduk
di meja yang jauh sedikit daripada meja dan kerusi di mana Vimmi dan Akil duduk
berdua.
Aku terangkan situasi sebenarnya, yang aku ingin sekali mengenalinya
dengan lebih dekat lagi. Matanya mebulat saja mendengar ceritaku, aku kira
cerita dongeng, seorang putera yang bagaikan The ugly dan princess.
Dia nampaknya menarik nafas panjang. “Sebenarnya Epol, saya ni sudah ada
teman istimewa. Jadi, macam tak elok juga kalau kita berhubung.”
Jantungku bagaikan ditarik perentaknya. Kaku. Kelu. Koma! Mati! Angin pun
terasa bagai berhenti bergerak. Anak mataku bagaikan terkaku. Melekat pada
wajah dia. Aku menyedari dia bukannya menolak diriku sebagai temannya terus, cuma
dalam kedudukannya yang ‘sudah mempunyai teman istimewa’, dia terpaksa. Mungkin
dia nampaknya seperti tidak mahu mengkhianati teman ‘istimewanya’ sahaja, bisik
hati jantanku lagi. Tidak mahu kalah dengan situasi tersebut!
Aku masih mahu mencuba, jiwa jantan tidak akan mengalah begitu cepat.
“Kita masih boleh berkawankan Hana.”
Lama dia terdiam. “Nama saya Katrina, bukan Hana. Sengaja saya beritahu
nama saya Hana.”
Sengaja, bermakna dia
sengaja mahu menjauhkan aku dan dirinya, tapi kenapa Hana? Atau Katrina?
“Tapi
kalau sekadar berkawan, baiklah. Tak ada perlu syarat pun sekadar untuk
berkawan. Tapi…” Ayatnya berhenti di situ. Dan aku sabar menunggu.
“Tapi…” Aku menyoal
lagi.
“Awak kena ingatlah Epol, saya sudah ada teman istimewa.”
“Maksud Katrina?” Aku bertanya, sekadar pura-pura bersikap bodoh.
“Saya tak boleh untuk diajak keluar, dating,
makan-minum, menonton wayangatau
apa-apa hal lagi yang bersangkutan dengannya. Semua perkara yang ‘sewaktu’
dengannya, diharamkan sama sekali. Faham! Saya sudah terikat dengan
‘seseorang’.”
` Aku mengangguk lagi.
“Faham.” Aku menjawab perlahan. Itu kata mulut, bukan kata hati dan mindaku.
Kata hati berlagu perlahan, ‘Tak mengapa. Mungkin hatinya baru separuh terisi,
mana tahu, masih ada harapan untukku menumpang kasih di sudut hatinya.’ Minda
pula separuh berbisik, ‘Selagi belum bermula ijab dan kabulnya, sidia masih
‘kosong. Sifar. Bakal direbut oleh sesiapa sahaja termasuk aku.’
Dan lagu, I can’t help falling in
love with you,seakan berbisik, mendendang berirama dalam sukma. Dan
benarlah seperti yang ditulis dalam liriknya,
Wise men say - Only fools rush in,
But I can’t help falling in love with you)
wise men say-only fools rush in
but I can’t help falling in love with you...
Shall I stay - Would it be a sin,
If I can’t help falling in love with you.
Dan aku masih ingat setiap patah perkataan yang dikunci Hana kepadaku
ketika itu, “Epol, awak jangan kata awak
jatuh cinta dengan saya pulak. Saya tak akan percaya, kalau awak katakan
yang awak tak tidur lena, mandi tak basah, makan tak kenyang kerana ingatkan
saya pulak.” Kata-katanya bagaikan pedang yang menikam hati, bagaikan terdengar
irama lagu cinta yang baru berdendang sebentar saat tadi.
“Aaaa.” Kata-kataku mati di situ. Mengakui hakikat ‘cinta’ yang baru mahu
berputik seakan bauan cinta yang palsu. Masakan kami diistilahkan bercinta. Aku
baru sahaja mengenali dia. Nama sebenarnya baru sahaja aku dengari. Hana adalah
nama palsu Katrina. Nama yang sengaja dia berikan sebagai tanda ‘kenal’ yang
palsu. Pengenalan ‘palsu’, yang entah apa juga maksudnya!
Memandang wajah bujur sirehnya dan senyumannya yang dihiasi sebutir tahi
lalat, yang bertenggek di atas bibirnya, bagaikan melekat di dinding ingatan
selamanya. Dan kemudian, syaratnya untuk tidak mengajaknya keluar, tentunya
tidak aku mahu patuhi. Apatah lagi, kebetulan, setelah tamat ijazah kejuruteraanku,
aku ditawarkan bekerja di Shah Alam, bagaikan dogengan yang menjadi nyata.
Kali pertama setelah lama aku cuba
mencuri ‘dia’ untuk dibawa keluar berjalan di Shah Alam sana. Lama betul aku bertaki-taki, memasang
angan-angan untuk mengajak dia keluar, dan setiap kali aku menelefonnya,
panggilanku kerap ditinggalkan dengan tanda tanya. Dia tidak menjawabnya apatah
lagi memulangkan panggilanku. Ingatan
tentang kepayahan itu kadangkala membunuh emosi jantanku. Membayangkan ratio
panggilanku yang bersambut. Satu dalam dua puluh kali sahaja. Rupanya payah
benar aku cuba
memikatnya. Dan ada waktunya, panggilanku hanya dijawab oleh teman serumahnya
yang menyatakan dia tiada di rumah, dan entah ada betulnya atau sengaja direka.
Andai difikir-fikirkan balik, seakan tidak logik kalau dia ‘pergi’ tanpa
telefon bimbitnya.
Dan bagaimana patah hatiku, mendengar jawapan di sana yang berbunyi, “Maaf, Kat tak ada,
seminggu. Dia menyertai projek bersama kampus. Dia lupa membawa telefon dia.”
Aduh! Di masa itu, terasa sedih sangat, kenapa Kat sampai tidak memberitahu aku
ke mana dia akan menghilang apabila panggilan dibuat sebelum ini. Tapi, ialah,
siapalah aku ketika itu.
Pernah ada ketikannya, setelah aku tanyakan mengapa dia tidak
memberitahuku ke mana dia pergi sebelum ini, katanya sambil ketawa,
“La, kenapa pulak nak kena beritahu. Mahu saya hantar salinan laporan
kepada awak Epol?” Dan dia ketawa. Ketawa yang seakan membunuh segala semangat
jantanku.
Tetapi akhirnya, di penghujung November, aku menerima panggilan mesra
Vimmi yang meminta aku datang ke rumah sewa mereka. Kata Vimmi, “Epol, awak
kena datang memujuk Kat. Da menangis sejak malam semalam. Mesti pasal Hisyam.
Rasanya mereka bergaduh atau Kat ditinggalkan. Saya sudah tak tahu apa yang
patut saya lakukan.”
Aku tidak pasti siapa Hisyam ketika itu, atau di kedudukan mana atau
semesra mana Hisyam dan Katrina, tetapi aku pasti ‘jantan’ bernama Hisyam itu
telah melukakan hati Katrina. Dan malam itu, aku cepat-cepat ke rumah sewanya,
setelah berpakat dengan Vimmi. Lama menunggunya turun, untuk menemuiku yang
menunggu setia di bawah pokok sena. Kulihat wajahnya seolah mencuba memberikan
senyuman, tetapi aku sedari, itu hanya senyuman palsunya. Dan ayatku hanyalah,
“Kat nak keluar makan. Saya lapar ni, belum makan lagi.” Dan entah, di
mana angin yang membantu semangatnya, dia terus bersetuju. Walaupun ditemani
Vimmi, aku merasa lega, pertemuan kali ini membawa kami ke petanda aras yang
baru. Dia, sudah bisa dipikat! Dan berlakulah pertemuan demi pertemuan selepas
pertemuan tidak rasmi ini. Pada mulanya ditemani dek dayang-dayang tidak rasmi
kami, Vimmi, dan akhirnya kami hanya keluar berdua-duaan sahaja. Aku langsung
tidak berani membuka mulutku dan bertanya tentang Hisyam.
Buat apa lagi bertanya tentang cerita yang akan memberi dia dukacita. Dan
itulah sejarahnya perkenalan aku dengan Kat@ Hana seperti yang dia nyatakan
sebelum ini, kali pertama pertemuan kami. Dan persoalan, perasaan merajuk Kat
masih belum terjawab. Deseran lembut telefon menghilangkan khayalan aku dengan
Kat dan membawa aku kembali ke bilik tidur kami. Kupandang lagi skrin
telefonku. Kulihat sebuah mesej ringkas daripada Kat. Dan sms tadi membawa aku
kembali ke alam realiti. Aku sudah bersuamikan Kat, dan Sara sera Baby Pia
adalah tandacinta kami.
Kereta rosak lagi, di tengah jalan. Dekat rumah mak.
Nasib baik Vimmi dan suami ada di sini.
Cepat-cepat aku membuat panggilan ke sana, tetapi panggilanku tidak bersambut.
Agaknya suami Vimmi, Farid sudahpun menguruskan di sana. ‘Kereta ni pun satu juga, di
tengah-tengah kemelut ‘Perang Dingin’ ni lah, dia rosak lagi, lagilah lama
perang tu nanti.’ Sekadar merungut dalam hati sendiri. Dan ingatan melayah
kepada ibu mertuaku. Agaknya bila anaknya balik, tentu dia masakkan rendang
pedas, atau masak lemak cili apinya yang sedap!
‘Rendang pedas mak. Tak akan siapa dapat menolak, masakan rendang pedas
mak mertuaku.’ Berasal daripada keturunan Rawa, masakan air tangannya memang
sedap sungguh. Apatah lagi mengenangkan masakan lemak gulai tempoyak udang atau
masakan masak lemak ayam, yang biasa disediakannya, air liur bagaikan melecur
di mulut. Isteriku, Kat biasa memasak rendang yang dipelajari daripada ibunya,
tetapi masakan mak mertuaku ternyata lebih memancing selera! Tangan yang sudah
lama bekerja, nampaknya.
Masakan maklah katakan, sudah berpuluhan tahun memasak, barangkali air
tangan mak mertuaku terlebih enzim yang mengalir di jarinya yang menambah
kelazatan dan keenakan masakannya. Siapa tahu! Segera membalas sms Kat, ‘Abang
datang ke sana.’
Mungkin kedatanganku nanti, bisa menamatkan perang dingin yang sudah memasuki
hari ketujuh.
Segera sms baru mendarat,
Tak payah susah-susah.
Farid sudah membantu. Sudah hantar ke bengkel. Petang esok baru balik
rumah.
Ayatnya berbunyi merajuk lagi. Aku sendiri masih berfikir-fikir, mahu
pulang ke kampung isteri atau meluangkan masaku dengan Wan sahaja. Katanya,
mahu perkenalkan aku dengan kedai makan yang sedap di bandar Taiping. Dan dalam
berfikir panjang, deringan lagu Zed Leppelin, stair to heaven,berdesir merdu, melihat di skrin, daripada Wan.
“Abang, saya di depan rumah abang ni.” Dan tiba-tiba aku menjadi tidak
sampai hati pula menyampaikan kepada Wan yang aku perlu memujuk isteri di
Kampung Gajah. ‘Rajuknya akan sembuh sendiri, lagipun kereta sudah dihantar ke
bengkel, tiada apa lagi yang aku perlu lakukan.’ Segera aku menyarung t-shirt
ke badan, memasukkan telefon ke poket seluar, dengan tangan kanan mencapai
dompet ke poket seluar di belakang seluar jeans.
Aku segera berlari menuruni tangga ke ruang tamu di rumahku. Dari pintu rumah, terlihat wajah senyum Wan
di keretanya. Dan aku melambai sama, aku akan menghabiskan masa ‘bujangku
kembali’. Dalam hati jantanku, menjerit berulang kali, ‘Yahooo!’ ‘Yahooo!”
Sesekali menjadi bujangan semula, bagaikan ‘Pucuk Dicita ulam mendatang’