Bab 1-22 akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.
Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,
BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.
BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.
bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.
SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21;
AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya,
tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.
Selamat
Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan
terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.
9
Petang hari
khamis, rutin biasa. Aku seperti ibu-ibu dan isteri yang lain, menguruskan
sarapan, makanan tengah hari, mengemas dan semuanya seperti biasa. Tiada yang
luar biasa aku kira. Rutin yang penuh dengan kebosanan. Petang hari, aku akan
mengambil Sara di sekolah, dan aku akan membawa Sara dan Pia keluar untuk
menikmati makan malam, walaupun berlaku pada petangnya, bersiar barang sekejap
dan akan pulang ke rumah selepas itu.
Ketika kami
tiba di menghampiri pagar hadapan sekolah, Sara masih belum tiba di situ,
barangkali masih di surau mengerjakan sembahyang asar. Aku sentiasa
mengingatkan dia agar menunaikan solat dengan baik! Sempat sekilas memori
bersama Hisyam datang lagi. Hisyam@ Nick taat sekali mengerjakan solat, sesibuk
mana, atau ke mana sahaja kami berada, dia tetap akan mengerjalan solat biarpun
hanya berhamparkan sehelai sejadah mini di tepi padang bola!
“Mama, Kak
Caya tak de. Mana Kak Caya mama?” Ayat pendek Pia yang diulang berjali-kali
segera mengembalikan aku kepada alam realitiku, alam realiti yang sepatutnya
menghadirkan aku dan Pia serta Sara di dalamnya. Aku yang sedang duduk memandu
di dalam kereta kami. Aku yang sedang bersama Pia yang aku pakaikan dengan
sehelai seluar denim dan baju putih bercorak gambar kartun kegemaran dia, Dora,
yang biasanya disebut, ‘Doya’. Dan ‘Sara’ menjadi ‘Caya’.
Aku menoleh
lagi memandang Pia yang aku dudukkan di kerusi ‘kanak’kanak’ yang dipasangkan
ke tempat duduk penumpang di sebelah pemandu! Dia nampaknya sedang duduk dengan
selesa. Pia yang hampir menjengah ke usia tiga tahun, berhidung mancung,
bertubuh sederhana montel, petah bercakap walaupun masih pelat-pelat sebutannya
kepada huruf ‘s’ dan ‘r’, nampaknya duduk selesa, sambil tersenyum riang melihat
pandangan mataku yang terarah kepada wajahnya.
Cepat-cepat
aku ciut pipi gebunya. Dia memulangkan senyumnya, yang aku sering labelkan
sebagai ‘naughty and chicky’. Kadang-kadang lirik matanya, dan tawanya sering
menggambarkan betapa dia penuh dengan ideanya yang sangat realistik, tetapi
bercirikan kenakalan yang sedikit mencabar minda sebagai seorang ibu!
“Kakak Sara
belum keluar lagi. Kita tunggu sekejap.” Segera aku mengambil beberapa biji
kismis daripada bekas plastik bertutup yang aku bawa, dan menghulurkan
kepadanya. Dia mengunyah sambil menggerak-gerakkan tubuh kecilnya di kerusi
yang berikat kemas, di dalam kenderaan tempatan kami yang sudahpun berusia dua
belas tahun.
Wajah Sara
yang tersenyum, sedang berdiri di hadapan pagar sekolahnya menjadikan wajah
senduku bertukar ceria lagi. Entah bila masanya, dia sudahpun berada di situ.
Mungkin di saat aku sibuk memerhatikan Pia yang melompat galak di dalam
kenderaan kami. Dia melambai menandakan suka melihat kami. Aku mengangkat
tangan memintanya menunggu aku memusingkan kereta ke arahnya. Membiarkan Sara
melintas jalan ke arah kereta kami, agak membahayakan dirinya, apatah lagi di
tengah-tangah kesibukan ibu bapa mengambil anak-anak selepas tamatnya kegiatan
kokurikulum sekolah Sara.
Dia yang
kelihatan manis sekali dengan pakaian seragam Aikidonya yang digelar ‘do-gi’ atau sebutannya yang berbunyi doe-gee, berwarna putih dan dilengkapkan
dengan tali pinggang berwarna merah. Tali pinggang merah bermakna, Sara telah
lulus beberapa tahap peperiksaan yang membolehkan dia memakai tali pinggang
dengan warna yang berbeza. Bermula dengan tali pinggang putih, kuning dan
hijau, dan barulah bertukar kepada tali pinggang merah. Sejak tahun satu lagi,
Sara telah menyertai kelas pertahanan yang berasal dari Jepun ini.
Pia yang
berada di kerusi duduknya di hadapan turut menjerit memanggil nama kakaknya
berulang kali. Gembira melihat satu-satunya saudaranya ini.
“Kak Caya.
Kak Caya.” Riuh rendah jadinya suara Pia menjerit berualang kali. Bunyi
pelatnya yang menyebut ‘Sara’ memang indah sangat didengari!
Sara terus
membuka pintu belakang kereta buruk kami dan bersandar dengan wajah cerianya.
“Pia, ni kak
bawa balik sweetuntuk Pia.”
Aku nampak
dia segera menghulurkan sebiji gula-gula untuk adiknya. “Sara, kan mama dah
cakap, jangan beri gula-gula untuk Pia. Nanti rongak giginya, makan sweet.”
“Maaf mama,
lupa la. Last mama, please,Kali ni
je okay.” Sara bersuara lagi. Agaknya dia lupa akan pesananku minggu lepas. Aku
tidak mahu Pia mendekatkan tabiat dirinya dengan makanan ringan dan gula-gula. Makanan
ringan termasuk gula-gula hanya mengandungi gula dan perasa serta warna yang
tidak diperlukan oleh tubuh terutamanya kanak-kanak. Gula yang berlebihan bukan
sahaja memberikan mereka tenaga yang berlebihan, menyebabkan situasi hyper
active(hiper aktif) berlaku kepada seseorang kanak-kanak. Mereka akan
berlompatan dan menjerit dengan tenaga yang berlebihan, kerana mendapat tenaga
daripada gula yang tidak diperlukan sama sekali.
“Mama, kenapa
Pia tak boleh makan gula-gula?” Soalan Sara menjadikan aku beralih sebentar
melihat gaya Pia memamah gula-gula pemberian kakaknya.
Aku tersenyum
sambil melihat Sara yang duduk di belakang dengan menggunakan cermin di
bahagian tengah kenderaan.
“Gula ini
biasanya memberi tenaga Sara. Kalau Pia banyak sangat tenaga, nanti dia susah
tidur. Susahlah mama kalau Pia tak mahu tidur cepat malam-malam. Mama kan kena
bangun awal pagi. Sara dan papa kena makan sarapan, ke sekolah dan kerja.”
Aku
menerangkan perlahan sambil melihat Pia menjilat jari tangan kanannya. Yang
sukar aku jelaskan adalah, gula akan menjadikan Pia hyper active. Hyper activeini merujuk kepada kumpulan kanak-kanak
dengan aksi yang terlalu aktif. Bergerak, bermain dan melakukan pergerakan
dengan kadar yang ‘melampau-lampau’. Mereka boleh memanjat, membaling, menjerit
dan sebagainya, semuanya dengan kadar yang terlalu aktif! Teringat aku dengan
sebuah artikel yang pernah aku baca sebelum ini, kanak-kanak hyper activeini sepatutnya menunjukkan
kepintaran seorang kanak-kanak asalkan tenaga yang berlebihan itu disalurkan
kepada jalan yang sepatutnya. Kanak-kanak ini sepatutnya didedahkan dengan
pembelajaran yang berkesan dan mereka tidak mempunyai banyak masa hanya untuk
aktiviti yang lasak sahaja.
“Lagipun Sara
tengok cara dia makan, kan comot habis tangan, kadang-kadang kena baju baju dia
lagi. Lagipun, gula ni boleh sebabkan Pia jadi montel nanti.”
Obes! Itulah
ketakutanku. Melihat anak-anak yang berada di kawasan kejiranan, mahu pun di
media massa seperti di kaca televisyen, akhbar, majalah yang memaparkan
kanak-kanak yang mempunyai berat
berlebihan menakutkan aku sebenarnya. Kanak-kanak yang bersaiz begitu
sebenarnya, tidak mempunyai fizikal yang sihat! Dan kesihatan fizikal
selanjutnya akan membawa kepada kesihatan mental juga. Kecerdasan membawa
kepada kecergasan minda!
“Pagi tadi,
cikgu Sara ada pesan kami jangan ambil makanan ringan. Kata cikgu, semua tu ada
banyak perasa makanan.”
“Betul.”
“Tapi mama
kan, cikgu tak bagitahu pun perasa makanan tu apa.” Aku tertawa sejenak mendengar
cerita Sara. Rasanya bukannya salah gurunya yang tidak menerangkan maksud
perkataan itu. Kanak-kanak ini kadangkala hilang fokus dalam kelas, dan tidak
mendengar sepenuhnya informasi guru mereka.
“Tentu cikgu
ada cakap Sara. Sara yang tak dengar tak?”
Dia ketawa.
“Ada kawan sebelah Sara sedang tanya soalan dengan Sara. Sebab tu Sara tak
dengar.”
Benar sekali
telahanku. Kekuatan telinga manusia hanyalah satu arah sahaja. Jika kita
berbual dengan kawan atau teman seblah, tentunya kita tidak akan dapat mendengar
fakta atau kata-kata guru di hadapan.
“Kan mama dah
kata, jangan bercakap ketika guru mengajar. Bila Sara dengar kawan, telinga
Sara tak akan mendengar kata-kata guru lagi.”
“Maaf Mama.”
Katanya pendek. Aku sedari, suara sayu Sara membuktikan dia terasa menyesal
memperlakukan begitu.
“Pancaindera
manusia ini hebat sekali dijadikan Allah. Pun begitu, telinga kita hanya akan
dengar sesuatu pada masa yang sama. Kalau perhatian Sara kepada suara kawan di
sebelah, Sara tak akan dengar suara guru lagi.”
“Ya la mama,
lain kali Sara tak buat lagi.”
“Janji bagi
orang Islam ini berat hukumnya. Jangan hari ini berjanji, esok-esok Sara akan
lakukan lagi!”
Sara
mengangguk-angguk, dengan rasa bersalah, aku kira, “Tidak mama. Tapi kawan Sara
tu selalu suka tanya Sara bila cikgu bercakap.”
Aku sedari
ini bukanlah masalah yang berpunca daripada anakku, Sara. Mungkin teman
sebelahnya kurang memahami bahasa guru yang terlalu cepat, atau dia suka
berkhayal ketika pembelajaran di sekolah. Jadinya dia akan cepat ketinggalan
informasi daripada gurunya.
Segera aku sambung ayatku, “Sara cakap dengan
kawan Sara, ketika cikgu mengajar, janganlah tanya Sara lagi. Lepas cikgu habis
terangkan semuanya, baru tanya. Kalau tak faham pun, bukannya tak boleh tanya
guru kan. Cikgu takkan marah kalau Sara tanya kan?”
“Tak, mana
cikgu nak marah. Semua cikgu Sara okay je, kalau tanya.”
“Itu baru
cara yang betul. Zaman mama dulu, dengan cikgu-cikgu mama memang kita tak
berani. Nak senyum pun, fikir banyak kali. Takut sangat dengan cikgu.”
Sara
tersenyum sahaja. Begitulah perbezaan yang paling nyata antara hubungan
guru-murid, barangkali begitu juga yang terjadi antara ibu-anak.
Tapi kan,
mama belum beritahu apa maksud perasa makanan.” Kata-kata Sara membuatkan aku
tergelak. Hampir lupa aku dibuatnya dengan soalan Sara awal tadi.
“Perasa tu mengandungi pengawet yang tidak
memberi faedah kepada badan kita. Perasa diletakkan ke dalam makanan supaya
menjadikannya lebih enak dimakan. Selalunya perasa tidak membawa apa-apa
kebaikan kepada badan manusia.”
“Okay. Faham
ma.” Pia disebelah pula sebut dengan nyanyian lagu ‘Phonic’nya sendiri. Berlagu
galak dengan perkataan, “A, aaa, aa, aa,
A for apple….”
“Kita nak ke
mana Sara?” Kebiasaannya pada setiap hari rabu, di mana selepas kelas Aikido
Sara, kami akan sama-sama menuju ke Pekan Taiping, sekadar makan di luar, dan
ke kedai buku jika perlu. Aku tidak menyiapkan makan malam untuk keluarga dan
akan membungkus makanan untuk Saiful.
“Sara nak
makan mee sup ikan la mama.”
“Okay.” Aku
tahu kegemaran Sara. Mee yang diperbuat daripada isi ikan, dimesin
panjang-panjang seperti mee, dan pasangannya
kuah sup. Berendam bersama di dalam mangkuk, ternyata mee dan kuah sup
itu pasangan yang ideal, bagaikan pinang dibelah dua. Sangat ideal berada di
dalam mangkum sederhana saiznya, dan akan diletakkan bersama daun sup, serta
sayur sawi bersama. Ternyata makanan kesukaan Sara sangat sedap dimakan semasa
panas-panas.
Pia juga suka
menikmati mee sup ikan itu juga. Tapi kanak-kanak seperti Pia, tidaklah beriya
menghabiskan mee itu pun. Sehabis kuat, Pia hanya menjamah seurat dua mee
sahaja. Selebihnya, aku yang terpaksa menghabiskan semangkuk mee ikan itu.
Kami agak bertuah, perjalanan dari
sekolah Sara ke pekan Taiping agak lengang. Aku hanya memandang ke hadapan, fokus
dengan pemanduanku. Dari cermin tengah kereta, aku melihat Sara asyik membaca
sebuah buku ceritanya. Pia entah apa angannya. Dia duduk asyik dengan patung
beruangnya. Mulutnya bergumal menyanyikan lagu Phonickegemarannya. Sara dan Pia dalam dunia mereka sendiri!
Begitu juga aku.
Apatah lagi, walaupun hari ini suasana agak suram, mendung menyelubungi
mega di langit. Awan gemalan yang biasanya memutih di angkasa, berwajah duka,
seduka hatiku sejak seminggu lalu. Sebenarnya, sudah lama memendam perasaan sendiri.
Banyak perkara yang sering menjadikan aku dan Saiful berbalah, walaupun
kadangkala tidaklah sehingga benar-benar bersengketa, tetapi masih meninggalkan
bekas di hatiku ini.
Dia terlalu pasif dalam semua
perkara, sampaikan hasratku untuk menghantar Pia ke Tadika pun disangkalnya
mentah-mentah. Masih kuingat lagi bait-bait ayatnya yang bukan sahaja menolak
niat baikku, malah seolah cuping telingaku digigit-gigit dan dimamah dek
kata-kata pedas Saiful. “Kalau dah hantar Pia ke kelas, Kat nak buat apa di
rumah, merayau je.”
“Kalau Pia tak biasa bersosial dengan orang lain, susah untuk dia belajar
berkawan dengan orang lain.” Aku masih cuba memujuknya.
Mukanya berwajah cuka ketika memandangku. Matanya berbulat besar,
memandang sinis, dengan ekor matanya kemudiannya. “Cakap je, kat malas nak jaga
anak sendiri. Jadi ibu ni Kat, kalau malas nak jaga anak sendiri, macam mana?”
Dan mendengar kata-kata pedasnya, aku hanya terdiam, malas lagi bertikam
lidah dengannya lagi. Pada mulanya, mahu sahaja aku membalas kata-katanya,
dengan kata-kata, ‘Bila pulak, Kat kata malas. Kalau aku malas mahu menjaga
anak, buat apalah penat-penat aku merancang untuk mempunyai anak lagi,
sedangkan proses mengandungkan anak-anak bukanlah peristiwa yang mudah untukku.
Tetapi memikirkan dia sudah menyentuh perkataan ‘malas’ nampaknya, dia sudah
memasuki frasa menuduhku untuk tidak berfungsi baik sebagai seorang ibu! Satu
tuduhan yang keterlaluan. Padahal, aku hanya menyatakan satu ideal yang sangat
idealistik. Dan hatiku luka sekali, dipasak dengan kata-katanya.
Saiful telah melabel aku dengan perkataan ‘ibu yang malas’, ditambah lagi
dengan duka dan luka disignifikasikan sebagai isteri yang malas, selalunya!
Label yang menjadikan aku sebagai ‘dingin’ untuk berdampingan dengannya!
Aku sudah memikirkan masak-masak, jika Pia bakal dihantar ke sekolah
tadika atau lebih tepat pascatadika, Pia akan didedahkan dengan pelbagai
aktiviti, diperkenalkan dengan pelbagai nilai-nilai baik, yang boleh
membantunya dengan memperbaiki hubungan sosial antara teman-temannya. Pia boleh
belajar bertoleransi, sabar, berkongsi dan yang paling penting, Pia akan
belajar membina rangkaian sosial yang baik bersama kawan-kawannya yang terdiri
daripada pelbagai kaum.
Maklumlah, di rumah, Pia hanya terdedah kepada satu unit keluarga sahaja.
Satu kaum! Melayu! Soal perpaduan ini, harus dimulakan semasa kanak-kanak lagi,
seumpama peribahasa yang selalu menyebut, ‘Melentur buluh, biarlah bermula
daripada rebungnya.’ Kalau sudah menjadi ‘buluh’, sudah keras, tiadalah gunanya
mahu mempraktikkan laungan ‘Slogan Satu Malaysia’, di saat hati sudah wujud
prasangka politik, wujud pemisahan kaum berdasarkan warna kulit dan emosi
kebencian perkauman.
Dan tiba-tiba siaran yang dinyatakan oleh juruhebah menangkap di cubing
telingaku lagi. “Lagu Yuna, Yang sebenarnya akan didendangkan sebentar lagi.
hayatilah lagu ini.”
“Mama, kuatkan sikit radio ma,” kata Sara tiba-tiba. Aku hanya tersenyum.
Anak sulungku ini benar gemar benar dengan nyanyian Yuna.
Aku membiarkan sahaja alunan lagu Yuna, mengalunkan gelombang perasaanku,
yang terasa manis dan pahitnya, rasa cinta yang pelik berulang dek penangan
momentum antara aku dan Saiful.
Dan benarlah kata-kata lagu itu lagi, adakah ‘benci’ itu sebenarnya
cinta? Adakah cinta perlukan sokongan sifat ‘benci’ bagi memperkukuhkan
perasaan cinta? Adakah cinta penuh dengan perasaan yang berkobar, yang merah
label warnanya? Cinta yang menyala seperti merah yang menyala! atau rindu
seperti biru yang merayu! Cinta penuh dengan pesona warna kasih dan benci?
Umumnya, pakar motivasi akan mengatakan, dalam rumahtangga, persoalan dan
kebencian, mesti diteliti akan puncanya, atau akar umbinya. Dan puncanya, hanya
satu, Saiful. Dia selalu mengecilkan kebolehanku dengan ungkapan perkataan
magiknya.
Dan aku terpaksa bersetuju dengan George C.Marshall, ‘Don’t fight the problem, decide it.’
Kehilangan kata-kata adalah biasa! Jangan kehilangan akal dan rasa,
alamatnya, hilanglah kekuatan sebagai insan!Tetapi andai setiap hari kehilangan
kata-kata, lama kelamaan akan menjelmalah sindrom kehilangan' bisa akal dan
rasa', bagai 'ular yang hilang bisanya', lalu binasalah cinta. Masalahnya cuma, satu permasaalahan kami,
masalah kami bukan sekadar tidak boleh dibincangkan, kami akan berbalah, dan
aku akan mengalah, meski pun bukannya sebabkan aku bersikap kalah, tetapi
perasaan dan semangat telah direbahkan, dek aura gelombang negatif Saiful yang
selalunya bertegaskan akan sifat ‘malas’aku! Perkataan magiknya, ‘malas’.
Selalu sangat dia memperumpamakan aku dengan ‘malas’, dan malas bukanlah
sikapku! Entah agaknya, berapa ratus kali dia akan mengatakan, ‘Aku malas itu
dan ini’. Dan aku menjadi bosan dilabelkan begitu! Sumpah! Aku sudah bosan.
Sebosannya!
“Mama, depan tu mama, ada parking.”
Suara Sara menamatkan khayalan panjangku dengan persoalan aku dan
Saiful. Melihat ke wajah Sara, fikiranku melayah sekejap. Aku seharusnya
melihat diriku sebagai ibu kepada dua gadis cilikku, Sara dan Pia, dan bukannya
meilhat diriku sebagai seorang wanita yang mengharapkan pencinta! Sekurangnya,
masih ada kewajaran dalam memikirkan diriku yang akan kekal sebagai suri di
rumah itu! Aku lihat di cermin dapanku, ternyata terdapat dua ruang parking
yang masih kosong betul-betul di hadapan kedai makanan sup kesukaan Sara.
Segera mendukung Pia yang kelihatan seronok dapat keluar bersiar-siar.
Maklumlah, setiap hari dia hanya berada di rumah sahaja. Peluang keluar bersiar
satu kelegaan kepada dirinya. Dia segera aku dudukkan ke dalam kerusi rotan kanak-kanak. Sara yang duduk di
sebelahku, segera memesan makanan kesukaannya. Aku sendiri, meminta sepingga
nasi ayam hailam yang disukai Pia.
“Mama, telefon papa. Nak tanya, papa nak makan apa malam ni?”
“Sekejap lagilah Sara. Kita makan dulu. Nanti telefon ya.” Sekadar
berdalih. Payah untukku memulakan keakraban, sedangkan hatiku masih terluka,
kemudian, dilukai lagi, dan lagi.
Selepas menerima mangkuk makanan kami, barulah aku mengeluarkan telefon
bimbitku lambat-lambat. Itu pun setelah didesak lama oleh Sara. Aku sengaja
mencari helah menyuapkan makanan untuk Pia sementara Sara mendail nombor
papanya.
“Hello papa. Sara dan Pia dengan mama di kedai sup. Papa nak makan apa?”
Kulihat Sara tersenyum-senyum sendiri. Entah apa agaknya yang dibisikkan
oleh Saiful sehingga membuatkan dia tersenyum.
“Mama, papa nak cakap.”
Aku segera menggeleng, “Cakap dengan papa, mama malas nak cakap. Pia nak
makan.” Sengaja aku memberi helah lagi. Entahlah, mood berbicara susah lama
mati.
“Mama kata, dia malas nak cakap dengan papa. Pia nak makan.” Ayat yang
sama yang aku sebutkan tadi. Berbunyi kelakar jika difikirkan balik, tetapi
sebenarnya berbaur ‘sinis’. Aku mengharapkan agar saiful memahami ayat yang aku
luahkan kepada Sara. Persoalannya hanya satu, Saiful itu ‘pekak’ dan bukannya
‘peka’!
“Mama, papa kata tak payah beli makanan untuk papa. Nanti papa makan di
luar saja dengan uncleWan.”
Kata-kata Sara menggambarkan Saiful akan lewat sedikit untuk pulang ke rumah.
Berperasaan lega juga, tidak susahlah untuk aku berpura-pura untuk tidak
menegurnya. Sebaiknya, aku akan segera pulang. Selepas Isyak, pasti Pia akan
tidur. Dan aku sendiri akan cepat-cepat melelapkan mata. Begitu juga Sara.
Kebiasaannya, pada malam khamis begini, dia akan tidur lebih awal kerana
keletihan, menghabiskan harinya yang panjang.
Dan seperti dijangka, Sara tidur awal malam ini. Begitu juga Pia. Ketika
aku melabuhkan kepalaku di bantal, kedengaran bunyi kunci dibuka di ruang tamu.
Aku tidak mahu lagi menghiraukan kepulangan Saiful yang perlu kusambut,
sebaliknya hanya cuba menyambut malam yang dingin. Harapnku, masih belum
terlambat bermimpi untuk bertemu Nik Hisyam lagi!Dan adakah mimpiku akan tiba?