Empat Bab pertama (Bab 1-4) akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini.
Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,
BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.
BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.
bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.
SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21; AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya, tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.
Selamat Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.
BAB 1 : SAIFUL ANUAR BIN AZIZI
1
Dia adalah Hana! Katanya namanya Hana! Perkataan itu yang terdetik dalam
fikiranku. Aku masih ingat sepenuhnya memoria hari itu. Pada saat itu. Detik
itu. Semuanya tentang dia. Setiap inci dan perinciannya. Daripada hujung rambutnya
sehingga ke hujung kakinya, sekurangnya, maksudku, sehingga ke hujung kasut
yang dipakainya. Dia hanya gadis bertocang dua yang aku temui! Dia yang
kelihatan berwajah polos tanpa sedikitpun calitan mekap. Dan nampaknya dia tidak
langsung kisahkan persepsi orang lain terhadap dirinya. Dia hanya menggayakan rambutnya
dengan gaya
yang bersahaja. Sekadar pony tailyang bercabang dua. Rambut
yang diikat kemas tetapi masih mempunyai daya tarikan tersendiri. Rambutnya kelihatan
lurus, lebat sekali, berwarna hitam pekat, umpama kopi pekat yang
dibancuh ibuku di desaku di Negeri Sembilan sana.
‘Cute’ barangkali istilah yang barangkali sesuai dengan penampilan dia
pada masa itu. Sepasang mata besarku segera menatap wajah dia, buat kali
pertama ketika dia melintas di hadapanku.Sekali lagi. Dan lagi! Dan lagi! Hanya
dia yang menjadi tatapan sepasang mataku. Sepasang mata jantanku! Dan
kebetulan, hanya dia berstatus ‘bunga’ yang dikelilingi ‘duri-duri’ di
perhentian bas tempat aku berada. “Cewek’ yang ‘bagus buatannya’ !
Gadis yang bertocang di hadapanku, kupandang lagi. “Cun juga budak ni. Kalau
mahu dikatakan cantik, tidaklah cantik sangat, tapi comel.” Aku memuji lagi
perlahan, dengan hanya bibirku yang bergerak-gerak sendiri. Entah kali yang ke
berapa lagi. Sekadar nada yang hanya boleh didengari oleh kokleaku sendiri.
Wajahnya polos sungguh, mukanya yang bujur sireh, bibirnya yang kecil, nipis
dan hanya dilengkapi sekadar pengilat bibir yang begitu pudar warnanya. Warna
merah muda, pink.Keningnya yang lebat,
berbentuk seperti taji yang cantik sekali bentuknya. Sebutir tahi lalat yang seolah
diletakkan sempurna di atas bibir kanannya, nampak manis sekali. Sekalipun
kulitnya hanya sawo matang, a.k.a hitam manis yang selesa sekali dipandang, dia
memang kelihatan manis untuk diulang pandang. Bukan sekali, dua dan ketiga
kalinya!
Rambutnya lurus, kelihatan lembut sekali ditocang dua, terbuai dek angin
lalu yang singgah di tempat kami duduk bersama. Baju kemeja t berwarna hitam
dan berbunga kecil biru yang dikenakannya, nampaknya duduk dengan terletak
dengan badan sigadis. Seluar panjang berwarna coklat gelap melengkapkan
gayanya.
Aku mencuri pandang lagi. Gadis itu hanya duduk diam di hujung bangku
kayu. Bangku yang menjadi tempat penunggu setia mereka untuk bergerak ke
mana-mana. Di tempat menunggu bas. Status hatiku, hanya ‘dingin’ tetapi seolah
mahu bertegur sapa. Tapi entahlah. Malu tidak bertempat pula. Akukan lelaki!
Mana mungkin seorang lelaki malu untuk bertegur sapa dengan sigadis. Kalau
belum pecahkan ruyung ‘kebuntuan’, bagaimana mahu kurebut hatinya? Inilah yang
dinamakan orang-orang tua, ‘malu tapi mahu’. Patutkah aku mulakan dengan,
‘Nama saya Saiful. Nama saudari?...’ Bunyinya macam bodoh sangat! Ayat
klise! Macam budak sekolah yang baru memasuki tadika. Tentunya mereka akan
memulakan ayat dengan “Nama saya…”
Kalaulah aku ada kenderaan! Aku mengeluh sendiri. Dengan perasaan kasihan
yang menyelinap dalam sanubari sendiri. ‘Aku boleh aja dia naik keretaku, tapi
mahukah dia? Mungkin ayat yang sesuai, adalah, saudari, boleh saya hantar
saudari balik ke rumah? Tapi bolehkah? Aku ni orang asing. Stranger!Menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali adalah
pantang larang pertama dalam dunia hidup seorang perempuan. Hal ini antara
perkara pertama yang diajar oleh guru sejak di sekolah rendah pun.’ Hatiku
berbisik lagi. Entah yang ke berapa kali juga. ‘Perlukah aku menyapa dia
sekarang? Mungkin dia tidak ada mood untuk berkenalan sekarang ini? Melihat ke
wajah seriusnya ketika ini, agaknya, bukan sahaja perkenalan, malah menjeling
aku pun dia tidak sudi? Sudikah dia untuk menerima salam yang akan memulakan
silaturrahim antara kami? Mungkin dia belajar di instusi yang sama dengan
teman-temanku? Kalau dia juga belajar di tempat yang sama, pasti kami akan
terus bertemu lagi di perhentian bas yang sama, selagi aku berada di sini.
Esok mungkin aku boleh bertegur sapa lagi? Mungkin lusa? Atau hari-hari
yang akan datang? Dia tidak akan hilang ke mana?’ Detik hatiku berbicara sendiri.
Omongan kosong sang hati! Sendiri. Sepi. Sendiri. Agaknya, hanya hatiku
berbicara sendiri lagi, entah betapa jauh jarak perbualanku. ‘Tapi, kalau dia
hanya aku temui di sini saja, untuk kali pertama dan terakhir, dan bagaimana
pula? Aku akan terlepas peluang yang hanya muncul sekali ini sahaja. Lagipun,
aku hanya akan berada di sini hanya untuk tempoh tiga hari? Haruskah aku
memulakan perbualanku?’ Hatiku berteka-teki lagi.
Bas pun tiba sebelum sempat aku menyapanya. Aku panik. Seandainya dia
bangun dan meninggalkan tempat ini, aku akan terkasima sejenak. Aku bakal
kehilangan dia. Aku hanya akan mampu melihat dia ‘pergi dan menghilang’. Ritma
jantung yang berdendang bagaikan stabil apabila melihat dia hanya memandang
sepi bas yang berlalu. Aku melihat dia tidak berganjak daripada tempat duduknya
menjadikan aku yang berdiri tegak, mulai duduk kembali ke tempat dudukku. Aku
hanya berteka dalam kesamaran, kalau dia menaiki bas yang datang, aku pasti
terpaksa mengikutnya, kelak, aku akan kehilangan jejaknya. Namun, dia yang
masih duduk dengan tenang di situ walaupun besi tempat duduk yang tidak mungkin
aku namakan sebagai ‘kerusi’ tidak ‘enak’ untuk bertahan lebih lama lagi untuk
menunggu bas.
Perhentian bas kelihatan lenggang apabila lima orang pengguna bas tadi sudah menaiki
bas yang datang ke perhentian ini. Dan satu-satunya gadis yang aku puja, ketika
ini, masih lagi di bangkunya. Hanya aku dan dia, bertemankan sepi dan sendiri.
Hanya bunyian angin yang sudah berjuta tahun usianya, menyapa mesra, berbunga sendiri.
Dia yang mendiamkan diri sejak
tadi, hanya menoleh manja ke arahku. Manja kepada pandangan mata ‘jantanku’. Sepasang
mata coklat gelapnya segera meraih pandangan mataku. Bebola mata coklat pekat
yang mendamaikan. Senyuman kami berbalas. Dan dia segera memandang ke arah
hadapan semula. Tetapi masih tanpa sebutir suara yang keluar daripada bibirnya
yang disapu dengan pengilat bibir? ‘Barangkali dia malu untuk menegurku
terlebih dahulu? Barangkali juga dia sakit tekak, jadi tiada suara untuk
bercakap! Atau Bisukah dia?’ Aku mentelah lagi. Perbuatan biasaku setiap kali
bertemu teman baru? Aku suka memburu persoalan yang sarat di benakku? Sering
bertanya itu dan ini. Patutkah aku menegurnya dahulu? Kata orang, tahi lalat di
atas bibir bermakna, sigadis banyak bercakap, benarkah begitu? Mungkin juga
telahan orang-orang tua ini salah! Sidia sejak tadi, hanya berdiam diri!
Dan aku mengambil keputusan, menegurnya dahulu. “Saudari, tunggu siapa?
Tak menunggu bas?”
“Nama saya Hana.” Pendek jawapannya. Simanis itu barangkali kurang
pendengarannya.
“Aaa…” Aku sendiri terperanjat dengan jawapannya. Soalan yang aku
lontarkan tadi hanya sekadar memecahkan ‘kesunyian kami’, to break the ice. Tidak aku sangka, dia memberi respon yang jauh
lebih baik daripada yang aku sangkakan.
“Bukankah lebih baik kalau kenal nama dahulu. Saya Hana. Dan tentunya
saya menunggu bas, bukannya kapal terbang. Kalau tunggu kapal terbang, saya
akan berada di airport.”
‘Aduh! Terkena’, mengeluh sendirian. Aku terus dengan memperkenalkan
diriku. “Saiful Anuar Binti Azizi.” Memang sah! Tahi lalatnya penuh ‘berisi’.
“Hmm. Okay.” Lagaknya bersahaja. Matanya seolah berkaca dan tidak berkelip ketika kedua bebola matanya
merenung tepat ke dalam mataku. Bebola mataku sengaja aku alihkan kepada
pemandangan yang lain. Aku kalah dengan tenungan tajam mata coklat gelapnya
yang menikam sukma.
“Nombor kad pengenalan awak?”
“Aaaa.” Aku terdiam, berbilang persoalan antara memberi jawapan atau
sekadar bertanya balik kepada gadis bertocang dua di hadapanku. Pelik sangat
bunyi soalannya. Perlukah aku…?
“Nombor ic saya?” Aku
menyoalnya balik, sekadar memastikan kehendak soalannya tadi dijawab sebentar
lagi.
“Ialah, tadikan beri nama penuh awak. Macam tak lengkap pulak. Untuk
lengkapkan butiran awak, berilah tahu nombor kad pengenalan sekali. Kalau
awak ingat, berilah juga nombor sijil
kelahiran sekali, pun okay juga.” Dia ketawa kecil. Barulah aku sedari, aku
sudah dipermainkan oleh segadis yang nampaknya naif benar rupanya. Benarlah
kata pujangga, jangan menilai buku dari kulitnya. Bak gadis ini, rupanya
kelihatan bersahaja, naif, tetapi nakalnya boleh tahan! Bahaya juga, kenakalan
gadis manis yang kelihatan ‘naif’, sangat-sangat bahaya. Aku hanya memulangkan
ketawa kecilnya, hanya sekadar mengikut rentaknya sahaja. “Just play with the music”, kata orang.
“Nama Hana saja?” Sekali lagi bertanya. ‘Mana ada orang dengan nama
sependek itu. Mesti ada lagi perkataan yang sengaja ditinggalkan dia. Mariana?
Suhana? Farhana? Ana Mari dia? Hannah? Entah di mana laluannya’. Hatiku
berdetik sendiri.
“Hana cukuplah. Bukannya awak mahu menemuduga sayakan? Atau, awak juga
mahukan salinan kad pengenalan saya?” Soalannya sekali lagi memancing hujung
telingaku yang sudah mulai gatal. Gatal dek tempias soalan berbau ‘bodoh’ dan
‘memperbodohkan’ orang lain. Aku hanya mengangguk. Peraturan pertama
berkenalan, kalau sigadis hanya menyebut nama samaran, boleh jadi terdapat dua
perkara yang tersembunyi. Pertama, nama manja, bertambah mesralah. Kedua, tanda
dia tidak mahu mengenali lelaki itu buat masa yang seterusnya. ‘Adus, manisku,
yang mana satu pilihanmu?’ Hati jantanku berkata lagi! Namun tiada jawapan,
kerana hanya dia sahaja yang boleh memberi jawapannya.
“Boleh saya panggil Epol saja. Saya ada kawan dengan nama Saiful,
panggilannya Epol juga.”
Aku cepat-cepat menjawab. “Boleh saja.” Lagi pendek nama panggilannya,
bermaknakan lebih mesra bunyinya.
“Kadangkala Epol ni bunyinya macam kacang poi.” Katanya membuat aku
seolah tercekik, sekali lagi. Suaraku seolah tersekat di khalkum jantanku.
Rupanya ringkasan namaku bukan bermaksud dengan jelas berbunyi ‘mesra’
kepadanya, sebaliknya dijadikan sindiran dan ‘bahan ketawa’nya lagi.
“Kacang poi?” Inilah kali pertama namaku disamakan dengan kacang poi.
Entah apakah bendanya, atau jenis kekacangnya, aku kurang pasti.
“Awak ni tinggal mana sebelum ni?” Soalannya sekali lagi menyengat
telinga. Pelik? Kenapa pula ditanya di mana aku tinggal. Barangkali, dia
benar-benar bermaksud mahu mengetahui tempat tinggalku.
“Sepanjang masa di Malaysia.
Di Serdang. UPM. Saja datang melawat kawan di sini.” Jawabku bersahaja. Tetapi
dengan perasaan sedikit pelik dengan soalannya tadi. Si dia hanya ketawa
mengejek akan jawapanku.
“Tak, bukan itu soalan saya. Maksud saya, selama ni awak tinggal di
planet bumi ni ke? Bukan Musytari,Marikh atau bulan? Kalau kacang poi pun awak
tak tahu?”
Adus! Sekali lagi aku terkena. Memang sah, Si Hana ni memang bahaya. Cakapnya sinis dan menjerat. Baru sahaja mahu
rasa bangga kerana dia mahu mengambil tahu kononnya perihal diriku. Seandainya
aku ini agen CIA atau FBI, sudah tentu aku akan mengeluarkan pistolku daripada
sisip di pinggangku, dan dia, sudah aku jadikan ‘bahan spesimen’ para doktor
forensik di makmal membedah mayat! Aduhai sang hati, sabarlah dengan ‘minah
yang seorang’ ini! Aku hanya memulangkan senyuman. Sebenarnya, sengeh yang tak
sudah. Terasa malu sendiri dengan kenyataannya.
Sebenar kemudian kelihatan dua biji motorsikal berhenti serentak di
hadapan perhentian tempat kami berada. Bagai dijanji-janji. Motorsikal yang
kedua itu tentunya motorsikal temanku, Mohamad Aqil, yang sering kupanggil
dengan panggilan manjanya, ‘Akil’ dan kadangkala dengan panggilan ‘Kil’ sahaja.
Dan katanya kalau mahu bunyi seperti nama Mat Saleh, panggillah dia dengan nama
panggilan mesra, ‘Kill’.
“Maaf la Epol, lama tunggu.”
“Boleh tahan juga.” Sebenarnya lama juga Aqil dengan mengambil kira
tempoh masa ‘dipersendakan’ dek ‘Minah Kepoh’ ini. ‘Si Kepoh manis’ yang sudah
mulai singgah di hati jantanku!
“Jom la.” Segera dia menghampiriku. Kulihat Hana pun didekati oleh
temannya. Aku masih berpaling melihat Hana. Masih mahu bertanya, bagaimana
‘bisa’ kami dipertemukan lagi? Bak kata orang lama, ‘alang-alang menyeluk
perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.’ Alang-alang dimainkan dia, biarlah
sampai menjadi ‘teman istimewa’.
“Eh Vimmi. Tak perasan tadi.” Kulihat Aqil menegur teman Hana. Nasib
masih menyebelah aku barangkali. Kalau si Aqil mengenali teman Hana, aku ada
peluang mengetahui cara menghubungi Hana kelak.
“Ya la Aqil. Tadi dengan topi keledar, tak perasan.”
Aku memberi isyarat kepada Aqil agar memperkenalkan temannya kepadaku.
“Vimmi. Kenalkan, Ini Saiful Anuar. Epol, ini kawan aku, Vimmi Yasmin.”
Kulihat temannya yang bernama Vimmi mengangguk.
“Kenalkan in I kawan Vimmi,….”
“Dah kenal pun.” Cepat-cepat Hana menyambut kata-kata Akil tanpa sempat
Akil menghabiskan ayatnya.
“Iyalah juga, tadi kan
mereka di sini,” sahut Vimmi perlahan.
“Dah. Dah sempat kenakan dia pun.” Dia ketawa kecil. Aku terasa geram
juga. Panas jugalah cuping telinga jantanku mendengar kata-kata gurauan
pedasnya.
“Nak pergi minum tak? Panas cuaca hari ni.” Pelawaan Aqil bagaikan hadiah
terbesar yang aku dapat secara percuma hari ini.
“Okay je.” Jawab Vimmi pantas.
“Terima Kasih saya Aqil, Saiful. Saya perlu cepat ni, sudah ada janji
dengan orang lain.” Hana cepat-cepat melihat ke arah tangan kirinya, barangkali
mengirai waktu sejak menunggu Vimmi tadi. Vimmi segera mengangkat tangan
kanannya sebagai tanda ‘maaf’. Aku hanya mampu mengangguk perlahan. Menyaksikan
Vimmi dan Hana pergi merupakan penyiksaan terhebat pada abad ke 20, yang aku
rasakan. Peristiwa yang bagaikan menunggu hukuman gantung mandatori dijatuhkan.
Dia benar-benar jual mahal!
“Hoi, apa nak pening kawan. Ada alamat
atau nombor telefon dia kan?”
Aqil bertanya, menghilangkan pandangan sayu daripada birai pandangan mataku.
Walaupun dia sudah ‘pergi’ jauh, di sudut mata hatiku, dia masih ‘dekat’ di
hatiku.
“Itulah masalahnya Kil, aku belum lagi minta nombor atau alamatnya. Sebab
tu lah, aku nak ajak minum.”
“Lama macam tu, tak minta alamat lagi? Tak minta telefon pun?”
“Kau tak tahu Kil. Nama penuh pun dia belum beritahu tau. Hanya Hana
saja.”
Aqil hanya tersenyum sumbing, bagaikan mengejek lelaki yang sudah ‘mati
akal’ ini. Dia sekali lagi memulangkan pandangan mata sinisnya kepadaku.
“Yang kau lembab sangat, apa hal? Kalau aku tadi, siap dengan nombor kad
pengenalan, nama mak bapak pun, sudah boleh ambik tau. Kalau nak senang, minta
peta ke rumah mak bapak dia sekali. Bulan depan aku akan terus pergi pinang
dia. Dan pembetulan kawan, esok juga, aku pinang dia.” Pernyataan yang mengejek
terus.
“Jom la.” Aku segera mengajak dia berlalu. Lagi lama kami di situ, lebih
lama aku diasak dengan pernyataan yang ‘membuli’ diriku, seolah meletakkan aku
di tempat ‘bodoh’ lantaran kegagalan aku ‘memancing’ Hana tadi. Segera aku
meletakkan toli keledarku baik-baik di kepalaku. Sekali lagi aku memalingkan
kepalaku ke arah bertentangan denganku, melihat sekali lagi jalan Hana dan
Vimmi pergi. Mataku kupejam erat, membayangkan wajah Hana yang kutemui tadi.
“Dah ready bro?” Suara bertanya
daripada dia yang membelakangiku. Aku
hanya mengangguk. Dan dia bertanya lagi.
“Dan okay bro? Kalau begitu, jomlah kita pergi!” Aku segera berpaling.
Melihat wajah dia, aku hampir terkejut ‘beruk’ dibuatnya.
“Apasal, macam nampak hantu bro?”
Wajahnya nampak penuh dengan tanda tanya, dan juga ‘panik’. Wajah kelatku
berganti dengan pandangan kelatnya. Kuperhatikan dia dari atas ke bawah.
Sekadar berjeans biru, berkemeja t berwarna kelabu ke paras lengan, berjaket
jingga sebagai langkah keselamatan, serta bertopi putih, dia masih kelihatan
segak dan rapi. Pakaian yang dipanggil dengan nama glamornya personal protective equipment.
“Tak da apa Wan. Abang macam berada zaman twilightpulak. Tadi berada
pada zaman lain, sekarang, balik ke zaman lain.” Wajah Ridzuan di hadapanku,
aku pandang lagi sambil tersenyum.
“Ingat orang yang bercintun je yang angau, macam abang pun angau juga. Broterkenang siapa? Makwe lama?”
Aku tergelak besar. Tiba-tiba sahaja, ingatanku dijengah lagi kenangan lama.
Kenangan hari pertama bersama ‘Hana’. Entah mengapa tiba-tiba wajah Hana, Vimmi,
Aqil yang berada dalam fikiranku bertukar dengan wajah Wan di hadapanku. Aneh
tetapi ada kebenarannya. Pelik dan ajaibnya memori itu!
“Mana ada lama atau baru Wan. Satu saja. Lama dan baru.” Aku kembali
ketawa panjang.
“Bro, ingatkan tunnel engineermacam abang ni pandai
korek lubang je, korek ‘angan-angan’, ‘berangan’ pun pandai ya bang?”
“Mana ada berangan, terkenang je.” Cepat-cepat aku membalas kata-katanya
yang sedikit terasa ‘pijar’ di gegendang telinga.
“Abang benar-benar ada satu je makwe?” Soalannya memintas lagi cuping
telinga jantanku.
“Ya. She’s the only ones. Dia
saja.”
Wan tersenyum lagi. “Dahsyatlah abang ni rupanya. Kalau pancing, sekali
je terus dapat, kira terrer lah tu.” Aku hanya tersenyum sumbing mendengar
celoteh Wan. Yang dia kurang tahu adalah, punyalah penat ‘memasang umpan’.
Bukan mudah untuk menjadikan ‘dia’ satu-satunya harta ‘hidupku’ yang bernilai.
“Cik Zie dah lama tau panggil kita, nak minta kita rehearsal lagi.”
“Rehearsallagi! Nak berapa
kali lagi? Ni betul-betul nak sempurna ni.”
“Ala, abang
tahu sangat la dengan Zie tu. Tu yang saya tak berani tak tackledia. Bimbang kalau dia mahu semuanya sempurna sangat. Uh!
Payah bang. Nanti a, b, c… 1, 2, 3… letih saya bang.”
“Oh gitu ke, padanlah abang tengok, dia asyik mengendeng kau Wan, Wan
buat tak layan je.” Dia hanya ketawa besar mendengar celotehku.
“Ketara sangat ke cara dia tu bang?”
Aku hanya tergelak. “Tak la sangat. Saja je abang nak usik Wan. Tapi
memang nampak sangat si Zie tu sukakan Wan!”
“Iya ke bang? Kot iya abang ni. Ke, abang main-mainkan saya saja?”
“Ya. Mata ta boleh menipu Wan. Yang lain boleh nafikan. Pandangan mata
dia macam melekat dekat Wan je. Kalau dia bercakap dengan kita, anak matanya
pada Wan saja tau. Pada Wan saja.”
Dia ketawa terus. “Ala..macam-macam
abang ni.”
“Betul la. Tapi kalau bab sempurna tu, abang pun tak sanggup.”
Memang ada kebenaran kata-kata Wan tadi. Seandainya kita sentiasa mencari
kebenaran dan kesempurnaan, kita akan gagal mencari keindahan sifat-sifat
manusia. Yang bakal kita ketemu hanyalah kelemahan sifat insan lain. Mana ada
seseorangpun di dunia ini yang akan sempurna mengikut pandangan kacamata kita.
Kesempurnaan hanyalah ‘label’ yang kita sendiri letakkan untuk mewajarkan
bahawa kita hanya ‘suka’ atau ‘kurang suka’ kepada seseorang yang lain.
Aku dan Ridzuan melangkah bersama menuju ke penghujung terowong sana untuk menuju ke
pentas perasmian. Dari jauh, kami melihat Zie sedang merenung kami menuju ke
pentas yang disediakan untuk majlis Perasmian Terowong kami atau lebih dikenali
dengan Breakthrough Ceremony. Dan
hati jantanku berkata lagi, ‘Dah sah-sah si Zie tu merenung Si Wan.’ Aku hanya
menoleh memandang Ridzuan, terlihat dia membalas senyumanku bersahaja. Agaknya,
dia pun serba salah melihat tenungan gadis itu!