Home Novel Travelog CINTA CAPE TOWN
BAB 12; NURNATRAH BT. DAUD (NORA ISMA FUAD)

Bab 1-22 akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.

Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,

BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.

BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.

bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.

SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21; AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya, tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.

Selamat Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.

BAB 12: NUR NATRAH BINTI DAUD

12

Cara lirikan sepasang mata mak yang bagaikan Heroin hindustan, yang sedang melangkah ke pangkin di bawah pokok mangga, barangkali bagaikan menunggu ‘sihero’nya tiba. Lirik pandangannya nampaknya macam tersembunyi satu rahsia. Senyuman yang penuh dengan tanda tanya dan bunga-bunga senyuman lebarnya. Aku membetulkan kakiku yang berjuntaian ke bawah pangkin, supaya kain batik yang dipakai tidak terangkat dan menyerlahkan betis buntingku. Apalah gunanya bertudung jika sengaja mendedahkan batis begitu! Angin pagi yang menderu, sesekali menampar manja ke tubuhku. Mentari yang baru sekaki dua di hujung langit sana, seolah mesra, menanti cinta alam yang bakal berkunjung tiba.

“Mak Mah kirim salam, katanya macam mana dengan cadangan dia tu?” Aku sekadar mendongak memandang wajah mak. Bibir mak yang berwarna merah, dipenuhi dengan sireh yang dikunyah bersama gambir. Di tangan mak, rupanya, membawa secangkir kecil kopi ‘kaw’ mak, bersama dua biji cawan lama mak yang sudah bertukar warna menjadi kusam.

“Waalaikumsalam.” Salam disambut, mengucapkan secara perlahan, sekadar mendengar di telinga sendiri. Jawapan yang sekadar menggigit di hujung cubing telinga keduanya. ‘Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya. Ucapan salam yang nampaknya ringkas ini merupakan Sunnah Rasullullah s.a.w., yang dapat mendekatkan ukhuwah Islamiyyah sesama saudara Muslim di seluruh dunia.

“Menjawab salam itu wajib Natrah. Orang yang memberi salam, jatuh hukum sunat.” Mak tiba-tiba menegur sikapku, agaknya, dia tidak mendengar jawapan salamku tadi.

“Nat jawab mak, perlahan. Dengar di telinga sendiri mak.” Tersenyum sambil memandang ke wajah mak. Sebenarnya jauh di sudut sanubari, soalan mak menghilangkan mood untuk mendengar lagi. Cepat-cepat aku menyambung perkataanku, “Nat sentiasa ingat akan usrah Ustad Yusuf hari tu, katanya, Abdullah bin Amr RA mengisahkan bahwa terdapat seseorang yang bertanya kepada Rasulullah SAW “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Rasulullah SAW menjawab: Berilah makan orang-orang dan tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kamu saling mengenal ataupun tidak.”

“Baguslah kalau Nat ingat, dan masih ingat dengan Ustad tu. Cadangan Mak Mah macam mana?”

“Cadangan? Cadangan apa pulak mak?” Entah apa pulak ideas ‘bernas’ orang tua kampung kami ini kali ini.

“La budak ni, buat lupa pulak. Ustad tu?”

Aku memusingkan wajahku mengadap muka mak. Wajah mak nampak masih berseri-seri dengan gumpalan kunyahan sireh yang menjadikan bibir mak merah secara semulajadi.

“Ustad mana pulak? Kan dulu lagi Nat kata tak mahu dengan ustad Ramli tu. Dia dah tua mak. Dah hampir 70 tahun. Lebih tua daripada ayah pun.” Aku mengumal lagi. Ada ke, aku yan masih muda, baru sahaja berusia 34 tahun, bukannya 54 tahun, yang mahu digandingkan dengan ustad itu. Andai pun mahu sangat menjadi match makerpun, berpada-padalah juga.

Mak nampaknya mengubah cara duduknya tadi, agaknya kaki mak mulai lenguh bertimpuh di pelantar rumah kami. Mak memperbetulakn kain batiknya dengan duduk bersila di atas pelantar. “Bila pulak mak cakap pasal ustad Ramli. Ni ustad muda tu!”

“Ustad muda? Yang muda?” Entahlah, aku kurang pasti, ustad mana pulak yang mak maksudkan.

“Ustad Yusuf.” Aku terpegun sejenak mendengar nama Yusuf.

Aku pasti ustad ini pun baik orangnya. Banyak kali juga aku ke masjid, bagi mendengar usrahnya. Orangnya sederhana tinggi, baik percakapannya, nampaknya dia amat disukai penduduk kampung. Persoalannya hanyalah, dia sudah beristeri. Dia sudah menjadi bapa kepada lima anak-anaknya. Dia sudah berkeluarga!

“Tak nak la mak. Ustad tu kan sudah ada isteri. Ada anak-anak. Buat apa nak ganggu rumahtangga orang!”

“Bukan ganggu Natrah. Poligami kan dibenarkan?”

Tergamam. Itu sahaja. ‘Takkanlah mak sampai terdesak begini, inginkan aku menamatkan ‘zaman soloku’.

Mak mengubah tempat duduknya lagi. “Natrah. Kalau isterinya tak setuju, mak pun tak akan tanyakan Natrah. Ini isterinya beri izin sepenuhnya. Ayah pun setuju kalau Natrah mahu! Ustad Yusuf pun setuju juga.”

Dalam hati, menggumal lagi. ‘’Agaknya, mesti mahu ustad tu katakan, ni semua mahu ikut sunnah Rasulullah lah ni. Bila partperkahwinan je, semuanya mahu ikut sunnah rasul. Kalau bahagian lain, bagaimana ibadah, cara Rasulullah melayani anak-anak dan isteri, tidak pula mereka beri perhatian sepenuhnya.’ Hanya mampu terus mengumal sendiri. Tanpa perkataan yang diucapkan.

“Mak, sudah-sudah lah mak. Kalau mak nak kahwinkan Nat dengan suami orang, Nat tak mahu mak. Kalau bapa orang, abang orang, boleh Nat fikirkan. Datuk orang pun, Nat tak mahu mak.” Wajah mak nampaknya berkerut panjang, berselang berwajah duka. Cuka! Masam dan berkerut.

“Nat minta maaflah mak, jika mak tersinggung. Nat bukannya memilih sangat mak, tapi, Nat tak mahu hidup berkongsi begitu. Nat tak bersedia mak.”

“Habis, Natrah bersedia dengan orang yang macam mana?” Mendengar banyak kali mak menyebut namaku lagi. Mak sebenarnya tidak suka panggilan nama anak-anaknya diringkaskan. Semua anak-anak mak, Natrah, Katrina dan Ersyad, mak akan gunakan penggilan nama dengan nama penuh Natrah, Rina dan Ersyad.

“Nat rasa sukar kalau berkahwin dengan orang yang dah ada isteri mak. Kalau Nat tak sedia, nantikan tak bahagia. Kan mak juga yang kata, kalau kita tak rela lakukan sesuatu, tak ada gunanya kan?” Kata-kataku berjaya membuatkan mak tersenyum kembali.

“Mak ni risau dengan Natrah. Rina dah ada suami. Dah ada anak-anak. Hidup Natrah tak tau macam mana lagi. Ersyad, tak tau la masa depan, kalau dia boleh jaga Natrah. Nanti bila mak dan ayah dah tak ada, macam mana.”

Aku menyedari kebimbangan mak. Tapi mak sepatutnya tahu, kadangkala, orang yang bersuami atau yang mempunyai anak-anak pun, tidak dijaga dengan baik semasa ‘hari tua’ mereka. Aku sudah bersedia bersendiri, jika takdir membawa aku ke arah itu!

“Janganlah mak risau sangat ya. Nat boleh hidup sendiri. Syad kan ada. Kat pun ada. Mereka boleh jaga Nat nanti.” Kupeluk ibu yang agaknya masih sedih, hatinya bersenandung memikirkan anaknya daranya yang satu ini, masih solo.

Agaknya hidup di ‘kampung’ begini, kalau masih memegang gelaran, ‘anak dara’, a.k.a anak dara tua, atau gelaran yang lebih canggih, ‘andalusia’, ringkasan daripada anak dara lanjut usia, ibubapa pastinya risau memikirkan nasib anak mereka di masa hadapan. Yang pastinya, aku sedang merangka pelan menyelamatkan diri sendiri, di masa hadapan. Aku tidak mahu terpaksa bergantung nasib kepada Katrina mahupun Ersyad, adik bongsuku yang bakal bergelar seorang doktor nanti.

“Mak nak pergi rumah Mak Mah, ada dia minta tolong mak masakkan rendang daging pedas. Natrah nak ikut tak?”

‘Ikut? nak kena gosip lagi. Nanti diasak pula cerita ustad Yusuf lagi. Adui, lemahlah macam ni. Nanti kan rendang tak siap, cerita Rendang Natrah pula yang dijaja’, hatiku berbisik lagi, terusik dengan cerita mak masa tadi. “Tak apa lah mak, Nat nak habiskan lukisan di bilik tu. Manalah tahu, kalau ada yang nak beli ke?”

“Beli, macam mana nak jual? Kita ni duduk kampung, bukannya bandar. Nak jual lukisan macam mana?”

‘Ala mak ni, negatif sangat. Berilah peluang Nat dulu.’’

“Ya lah Natrah!”

“Hari tu Kat cakap, dia nak balik minggu depan. Vimmi, kawan Kat nak tolong jualkan lukisan Nat, Kat akan minta dia tolong sekali. Mana tau dapat tolong Nat sekali.”

“Apa-apa la Natrah.” Mak tersenyum lagi, dengan air sireh yang membaluti bibir nipis mak. Apabila mak beredar, tetiba sahaja, terasa kesunyian menyinggah rasa. Aku terasa pilu dengan kata-kata dan kerisauan yang mak hamburkan. Mak begitu risau jika aku akan ‘solo’ sehingga ke hujung usia. Juntaian mutiara jernih mulai membasahi pipiku lagi, menitik perlahan, bagaikan mata air yang mengalir perlahan menuruni kawasan berbukitan kecil. Sambil menyeka airmata, aku mengharapkan sangat telefon rumahku, akan berdering. Sekurangnya, aku akan mempunyai teman mengadu.

Dan ternyata Allah itu, Maha pendengar, sedetik selepas itu, panggilan yang mendayu seolah menyeru aku segera menganggkat gagangnya. Segera berlari menuju ke dalam rumah, melintasi ibu ayam dan anak-anaknya yang sedang mencari makan. Habis bertempiaran semuanya. “Maaf ayam. Maaf.” Aku tergelak sendiri kerana hampir melanggar anak-anak ayam comel, berwarna keeemasan yang masih mengikuti ibunya, mencakar tanah yang masih basah disembahi hujan rentik-rentik pagi tadi.

“Assalamualaikum. Kak!” Panggilan yang kutunggu selama ini. Daripada Katrina.

“Baru je sebut nama Kat, terus sudah telefon.”

Dia ketawa terus. “Sebut je ke, mengata sekali. Mengata ni berdosa tau.”

“Sebut, dengan mak tadi. Mana ada mengata yang ooi.”

“Dah agak dah. Mesti bersembang dengan mak la tu. Kak mesti tunggu panggilan Kat ni. Mak mana? Mak tak ada lah tu. Cah pun tak de? Boring ye?”

Aku tergelak kembali. “Mak ke rumah Mak Mah. Pergi masak rendang lagi. Cah entahlah. Mungkin pagi-pagi ni, dia ikut mak dia ke pasar kot.”

“Rendang lagi?”

“Ada anak saudara Mak Mah yang order.Sepuluh kilo juga, nak bawa ke JB, katanya.”

Terdengar Katrina ketawa lagi sebelum menyambung ayatnya, “Macam la, orang JB tak pandai masak rendang.”

“Ni bukan sebarang rendang tau, rendang pedas daging Ala Rawa tau. Mak sorang je yang terrer di kampung kita tau.” Terdengar lagi Katrina ketawa panjang.

“Mak asyik bising suruh kak kahwin Nat. Naik pening kepala ni juga.”

“Sapa pulak kali ni kak.”

“Ustad.”

“Bukan soal warak atau alim sahaja Kat, orang tu sudah beristeri. Kalau ahli perniagaan ke, atau lain-lain yang berpendapatan tinggi, okaylah, kalau mahu poligami. Kalau setakat ustad dan warak je, bagaimana mampu nak menyara dua isteri. Lagipun, kak tak minatlah kalau mahu jadi nombor dua.”

“Ooo, padanlah macam tu. Tapi apa kata mak.”

“Mak..hmm, apa lagi. Dia setuju sangat. Mak kak alegik dengan orang alim macam tu. Lelaki tu memang baik orangnya, rajin ke masjid, kalau dia mengalunkan ayat al quran, memang Nat akan rasa tenteram jiwa. Dia tinggal di hujung kampung sana, ada dua orang anak.”

“Orang baru di kampung ni?”

“Nak kata baru, tak lah juga. Orang kampung kita, anak Mak Kemboja. Kan dia dah tak ada lagi. Yusuf ni anak tunggal dia. Dulu dia kerja di Singapura. Ustad di sana.”

“Singapura. Tentu dia mampu nak menyara dua keluarga. Banyak duit tu.” Sengaja mengsuik Kak Natrah lagi.

“Iyalah tu.” Nadaku berbunyi sayu. Agaknya semua orang setuju kalau aku dijodohkan dengan ustad itu. Apakah aku ini hanya layak untuk menjadi ‘label isteri kedua’.

“Kak Nat, Kat main-main saja. Kat tak kan setuju kalau kak nak kahwin macam tu. Tak pe, Kat tolong carikan kakak ya.”

“Iya lah tu.” Kudengar dia ketawa, menandakan suka.

“Serius ni kak.”

Aku tersentak juga, ‘biar betul, adik perempuan aku ni’.

“Ala, dah ada kan, baru cakap ye.”

Dia tergelak lagi. “Nanti minggu depan kami balik. Vimmi pun ada.”

“Kami?” Ialah, kami tu siapa sebenatnya. Bersama Saiful, atau sekadar Katrina, Sara dan Pia.

“Nat, Pia dan Sara kak.”

“Okay. Budak-budak tu okay?”

“Sihat. Pia dah pandai bercakap. Baru-baru ni, dia ada kata, Pia boring la. Mama boring tak? Terperanjat juga Kat. Tak kanlah duduk rumah pun Pia boring. Lagi pun, takkanlah budak tiga tahun dah pandai boring.”

“Mungkin, maksud Pia lain tak?”

“Bukan lain lagi kak Nat, memang maksudnya lain pun. Nat kata dengan dia, mama tak boring pun. Sebab apa Pia kata boring. Dia kata, busy.”

“Busy”.Aku tergelak giler mendengar kata-kata Kartina. Ialah, kalau kanak-kanak yang baru berusia tiga tahun memperihalkan perkataan busy,bunyinya memang kelakar sangat.

“Kak tahu tak, Nat tanya lagi, busy tu apa? Jawabnya, wangi.”

Dan aku hanya tergelak lagi. Membayangkan maksud boring, sama maksudnya dengan busy,dan rupanya bererti, wangi. Mendengar perkataan daripada kanak-kanak sepatutnya menjadikan kita mesti bertanya dengan terperinci.

Teringat akan perkataan-perkataan baru yang pernah disebut Katrina tentang kanak-kanak. “Kanak-kanak ni kadangkala hanya ikut Prinsip ‘ekolalia’. Mereka hanya mendengar sesuatu perkataan, dan menirunya sahaja tanpa mengetahui maknanya. Atau kadangkala meniru secara spontan, yang disebut ‘egopraksia’ Sebab tu lah, di depan kanak-kanak, kita tak boleh sebarang sebut perkataan, bahaya!.”

Andai diharapkan kepadaku, manalah mungkin akan terserempak dengan perkataan-perkataan pelik ini.

“Agaknya dia dengar dari Sara tak?” Soalku balik.

“Agaknya la kak Nat. Nanti kami balik, masak rendang dengan ayam rempah ya. Sara suka giler ayam tu.”

“Eloklah tu, Sara gilerkan ayam goreng, mak nya pulak, gilerkan rendang pedas.” Kata-kataku disambut dengan ketawa girang di hujung gagang.

“Tak pa Kak Nat, asalkan jangan gila betul.”

Giliranku pula ketawa. “Kak Nat, okay lah, nak bunyi si Pia tu, agaknya ‘budak boring’ tu dah bangun.”

“Ya, okay. Nanti jumpa hujung minggu ni.” Aku tergelak lagi, teringatkan perkataan ‘boring’ yang disebut Pia dalam cerita Kat tadi. Dan panggilan yang ditamat, terasa ‘boringku’ bertandang lagi. Apa lagi yang mahu aku lakukan. Memasak! terlalu awal pagi. Lagi pun semalam, mak sudah sediakan kuah bengkang ubi. Cukuplah sekadar untuk bersarapan pagi. Barangkali, aku boleh habiskan terjemahan al-quran sambil menunggu mesin baju menamatkan basuhannya, dan kemudian meneruskan tugas mengampai baju buat kali kedua. Kain basuhan kali pertama telah aku sidaikan dia ampaian kali pertama sebaik sahaja selepas berjemaah solat subuh bersama ibu tadi.

Dari jauh terdengar motosikal ayah menuju ke bawah rumah. Salam yang ayah beri, kusambut dengan wajah ceria. Nampaknya, ayah pulang menukarkan baju Teluk Belanganya. Baju seragam surau sejak solat subuh untuk keluar bekerja.

“Ayah nak minum?” Kupelawa ayah, kalau dia mahukan secawan kopi atau teh.

“Boleh juga Natrah. Bancuhkan ayah, teh o panas secawan.” Aku segera meninggalkan terjemahan al-quran di atas pangkin dan segera ke dapur menyiapkan secawan teh untuk ayah.

“Ayah, teh.” Segera menghulurkan cawan beralaskan piring kepada ayah. Nampaknya, seolah ayah mahu bersemuka denganku. Aku segera melabuhkan punggungku di sisi ayah, bersedia bagi mendengar kata-katanya. Jarang sekali, aku berkesempatan bercakap dengan ayah. Ayah seorang yang agak pendiam. Seorang lelaki dalam awal usia enampuluhan. Masih kelihatan tegap, barangkali bersesuain dengan tugas ayah sebagai seorang tukang kayu, yang mahir membuat rumah. Wajah ayah kelihatan berseri, garangkali dengan banyaknya amalan sunat yang ayah sering lakukan.

“Natrah, ada mak cakap dengan Natrah?” Soalan ayah sudah aku duga. Wajah bujur sireh, berjanggut sejemput di bawah dagunya yang sudah bertukar keputihan kupandang lagi. Yang aku perasankan, hidung mancung ayah sama dengan hidung kami, Katrina dan aku.

“Ada, tapi soalan ayah ni, pasal apa?” Aku bertanya kembali, mahukan kepastian daripada ayah.

“Pasal Ustad Yusuf.”

“Ada ayah. Nat tak mahulah ayah. Dia kan sudah beristeri.”

Ayah mengangguk-angguk. Perasaanku merasa lega. Mujurlah ayah tidak akan memaksaku seperti selalu.

Ayah menghirup tehnya lambat-lambat. “Ayah dah kata pada Mak Mah, dia tak mahu dengar. Sebenarnya Mak Mah yang beriya nak jodohkan Natrah dengan ustad tu. Ayah tahu Natrah tak akan bersetuju. Ayah pun tak suka juga begitu.” Sekali lagu pengakuan ayah melegakan aku.

“Terima kasih ayah.” Aku mengucapkan terima kasih atas pengertian ayah dalam hal ini. Andaikan kedua ibu dan bapaku memaksa aku untuk perkahwinan seperti ini, apalah dayaku untuk menolaknya.

“Apa saja yang baik untuk Natrah, ayah pasti Allah akan buka hati Natrah untuk melihatnya.” Ayah terus tersenyum tenang, setenang nyanyian burung kelicap yang mengisap madu di pokok loceng yang berbunga, berwarna kekuningan.

Ayah terus melangkah kemudiannya ke ruang dalam rumah, menukarkan pakaiannya barangkali. Aku terus membuka tafsiran al-quran dengan Surah an-Nahl, ayat pertama yang berbunyi, ‘Semua ketetapan Allah pasti akan datang, maka janganlah kamu meminta-minta akan disegerakan kedatangannya.’. Dan di sinilah, aku menyerahkan takdirku Ya Rabbi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh (NORA ISMA FUAD)Noor arbaiah ismail