Bab 1-22 akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.
Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,
BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.
BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.
bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.
SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21;
AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya,
tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.
Selamat
Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan
terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.
3
Katrina yang juga biasanya kupanggilan dengan
gelaran Kat, bagaikan dilanda Taufan Katrina dua tiga hari ini. Cuma kalau
dibandingkan istilah taufan sebenarnya, Taufan Kartina yang berlaku di rumah,
tidaklah sebahaya mana.
Katrina bagaikan moodysangat
kebelakangan ini. Semuanya bagai tak kena. Kalau tak salah, mengikut kata mak,
mak akan katakan, “Pengaruh angin kus-kus lah tu.” Entah apa sebabnya. Perempuan
ni setahu aku hanya dua sahaja situasi diserang ribut taufan. Pertama, menunggu
kedatangan ‘datang bulan’, mengikut bahasa orang-orang tua. Agaknya, disebabkan
kedatangan setiap bulan mengikut pusingan normal seorang wanita biasa. Berapa
pusingan harinya? Entahlah! Mengapa pula aku perlu ambil pusing semua itu.Sebagai
lelaki, aku ‘ tak ambil pusing’ semua
perkara yang tiada kaitan denganku. Yang aku pasti, sebulan sekali, pasti Kat
akan bercuti sembahyang. Pada masa itulah mood nya selalunya ‘semacam’ sahaja.
Kedua, kalau dia mengandung. Setiap kali dia mengandung,
dalam trimester pertama atau tiga bulan pertama, sekali lagi dia dilanda taufan
Melur, Yasi, Labis, Guba, Narjis, Megi, Xangsane atau sehabis teruk Taufan
Katrina, sesuai sangat dengan namanya. Taufan Katrina!
Untungnya amukan Katrina hanyalah membuatkan dia hanya akan membisu,
seribu bahasa. Tiada sepatahpun yang akan lahir daripada bibirnya yang bagaikan
limau seulas itu. Bayangkanlah, seperempuan yang bertahi lalat sebutir ini,
yang terletak di atas bibir membisu seribu bahasa. Pelik! Diam bukan bermakna
‘setuju’, Cuma ‘membatu’. Tetapi sikap diam itulah yang sering ‘membunuh’
segala emosiku. Si dia hanya mendiamkan diri bagaikan Amerika dan Rusia yang
sedang ‘berperang dingin’. Tidak juga berperang tetapi ‘dingin’. Cuma
perangainya tidak kufahami puncanya, atau arah datangnya. Dia tidak pernah
membincangkan masalahnya bersamaku, malah aku juga tiada masa untuk bertanya.
Yang aku sedar, seminggu nanti, ‘eloklah anginnya itu’. Tanpa pujukanku,
tanpa pujuk rayu atau kata maaf daripadakupun, ‘sejuknya’ akan tiba apabila
angin ‘panas dan puting beliungnya’ akan distabilkan. Entahlah apa yang boleh
meneutralkan ‘asid marah’ yang menjarah dalam tubuh badannya? Atau dalam
mindanya? Atau dalam gelodak jiwanya? Yang menjadikan dia berkelakuan
sedemikian rupa?
Bukankah dalam tubuh wanita, hanya hanya satu bahagian akal, dan sembilan
lagi adalah nafsunya? Wanita hanya dikawal sepenuhnya oleh keinginan jiwanya,
perasaannya mahupun hatinya sahaja, bukan fikiran bijaknya. Dan begitulah
nekadku, biarlah Kat ‘sejuk’ sendiri!
Pagi tadi, aku hanya dapat memandang dia melipat sejadah dan telekung
tanpa berkata sepatahpun. Seterusnya, dia hanya keluar terus daripada bilik
tidur kami ke bilik anak-anak kami. Itulah cara ‘Taufan Katrina’ berlaku dalam
rumah kami. Tidaklah seteruk taufan Katrina yang melanda Amerika Syarikat. Cuma,
aku dilanda amukan emosi. Sudah tiga hari Kat berkeadaan begini. Merajuk
barangkali! Dan aku masih tidak menemui rahsia rajukannya. Malamnya pun, aku
rasakan dia sengaja melambat-lambatkan kerjanya di ruang bawah sana. Jarang melihat dia
melipat dan mengemop ruang tamu dan dapur setelah jam 11 malam. Selalunya dia
hanya berkelakuan pelik seperti ini, jika dia sedang ‘perang dingin’
terhadapku. Barangkali sama seperti Perang
Dingin, perang tanpa senjata tang meibatkan hanya perang ideologi antara
pihak Kapitalis yang diketuai oleh Amerika dan juga pihak Komunis yang diketuai
oleh Rusia. (dahulunya USSR
tetapi sudah berpecah) Tiaa pergaduhan mahupun pertengkaran, tetapi tidak
bertegur sapa sesama sendiri. Lagilah kalut! Diam tidak semuanya bererti mahu
atau setuju! Diam Kat menandakan ‘protes’.
Aku cepat-cepat bersiap dengan mengenakan seluar jeans dan berbaju kemeja
daripada kain kapas, yang kelihatan tebal tetapi tahan lasak. Berada dalam terowong yang dibina tidak sama
situasinya berada di bawah terik mentari. Walaupun terlindung daripada
kepanasan, haba panas akan cukup terasa. Di tingkat bawah kedengarannya suara
Kaisara Kamila, puteri sulungku yang baru berusia sepuluh tahun. Agaknya dia
sedang bersarapan. Segera aku menuruni anak tangga menuju ke meja makan kami.
“Papa, makan.” Dia mempelawa aku dengan senyuman manisnya. Wajahnya
persis Kat. Bak kata orang lama, sebiji macam muka ibunya. Berwajah bujur
sireh, kening yang lebat. Matanya jauh lebih sepet daripada Kat sendiri.
Berbibir halus, mulus berwarna merah jambu yang cantik. Kulitnya putih bersih,
jauh sekali dengan warna kulitku yang sawo matang. Mata Kaisara yang memandang
tepat ke wajahku, aku memulangkan pandangan itu dengan menghadiahkan dia sebuah
senyuman, “Papa datang ni.” Kat sebaliknya hanya membatu lagi.
Perbualan kami bersama, masih tidak mendapat ‘tindakan’ daripadanya. Amukan
dalam hatiku berkata sendiri, ‘Apa kena dengan awak ni Kat. Apa yang tak kena
dengan saya.’ Dan aku pasti, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya,
bukannya diriku sendiri. Tapi sekali lagi, semua soalan mati di sini lagi.
Terkunci sendiri lagi. Atau, Kat marah dengan tindakanku menegurnya lagi.
Kadangkala Kat ni pun, semacam juga, pantang ditegur saja, mulalah ‘perang
dingin’ bermula lagi. Tetapi sebagai seorang suami dan bapa kepada
puteri-puteri kami, salahkah aku menegur sikapnya yang salah! Sebagai suri
rumahtangga, dia seharusnya dapat menguruskan hal rumahtangga dengan baik.
Tiada toleransi terhadap sikap memukul anak begitu saja. Tidak kepada Kaisara
dan BabyPia kami. Agaknya semuanya
ini ada kaitan dengan peristiwa tiga malam lepas! Agaknya!
Sebagai suami, aku terasa malas mahu membangkitkan dan menyelesaikan
semua persoalan yang berlegar dalam berlegar dalam fikiran wanita. Dia
meletakkan sebuah pinggan di hadapanku tanpa berkata sepatahpun. Aku segera
menyauk sesenduk mee goreng dan kemudian menjamahnya perlahan. Air teh tarik
yang Kat sediakan, aku hirup perlahan. ‘Sedap’, sekadar memuji sendiri.
Memerhatikan sekeliling, suara Pia tidak kedengaran, agaknya masih belum bangun
daripada tidur lagi.
Seandainya tidak memikirkan mood Kat yang sedang dilanda hurikan, mahu
sahaja aku memuji mee goreng dan teh tarik yang disediakan isteriku. Tetapi
dalam menyelami situasi dia yang hanya membatu, terasa pujianku hanya akan
menjadi sia-sia sahaja.
“Papa, nanti papa boleh datang tak ke sekolah Sara?” Soalan anak gadis
pertamaku ini, seolah sengaja membawa aku kembali ke alam realitiku. Aku segera
memerhatikan ke wajah Kat, namun masih tiada jawapan. Segera aku berpaling
kepada Sara.
“Sekolah Sara? Ada
apa dengan sekolah Sara?”
“Kan
mama akan datang, jangan risau. Bukankah selalu mama yang datang?” Cepat-cepat
kulihat Kat menyampuk perbualan kami. Ayatnya berbunyi sedikit sinis, ada ritma
getaran sedikit di hujungnya. Entahlah! Aku perhatikan wajah Kat lagi. Dia
tidak bersuara. Riak wajahnya menggambarkan dia tidak begitu gembira dengan
soal balasku kepada Sara. Wajah bujur sireh itu masih kelihatan mendung benar.
Bunyi hon van di luar sana
menjadikan Sara bingkas bangun dan cepat-cepat meluru ke arah pintu rumah kami.
Aku segera bangun dan mengekori Sara. “Hari ni papa hantar Sara ke sekolah.
Papa beritahu Pak Cik Chan tu.” Segera aku keluar dan memberitahu Chan, pemandu
van sekolah Sara, yang aku akan menghantar Sara ke sekolahnya.
Sekurangnya, aku mesti mengambil tahu perkembangan anak gadis cilikku
ini. Aku bimbang, seandainya aku bertanya kepada Kat, dia akan membatu berterusan.
Melihat akan gayanya yang begitu dalam tempoh melebihi 48 jam, aku mengagak,
Kat akan dilanda ribut taufan dalam tempoh yang agak lama juga. Sara segera
mencapai bekalnya yang disediakan Kat.
Sejak awal perkahwinan kami, Kat telah menjadi isteri dan ibu yang baik kepada
kedua-dua puteri kami, Kaisara Kamila dan Sophiellea Kamila, anak bongsu kami,
yang akan berusia genap tiga tahun Julai akan datang.
“Jom.”
Mengajak Sara segera.
“Ada
apa di sekolah Sara nanti?”
Sara merenungku dengan pandangan mata yang agak aneh. Barangkali pelik
dengan soalanku tadi. “Ala,
papa tak tahu lagi ke? Mama tak cakap dengan papa?” Aku terpaku sejenak. Tentu
ada implikasinya jika aku menyatakan hal sebenarnya. Terdapat beberapa pilihan
untuk aku nyatakan jawapanku terhadap soalan Sara. A. Aku menyatakan hal
sebenarnya. Kat barangkali benar-benar terlupa memberitahu tentang rancangan di
sekolah Sara. B, atau barangkali, dia sudah menyatakan hal yang sebenarnya, dan
aku barangkali terlupa. Atau C, tiada satupun perkara di atas. D, Barangkali,
aku yang tidak mengambil berat menjadikan Kat keberatan memberitahuku peristiwa
penting di sekolahnya.
“Mama dah beritahu, tapi papa sudah terlupa la. Sara boleh beritahu papa
sekali lagikan?” Senyuman Sara melegakan aku. Senyumannya benar-benar mirip
Kat. Senyuman yang menampakkan sepasang barisan gigi yang tersusun indah. Macam
senyuman seorang model atau barangkali seorang pelakon.
“Papa ni pelupa la. Kan
ada Hari Kantin di sekolah Sara. Ada
banyak jualan di sekolah.”
“Papa dah tua Sara, memang lah lupa.” Oh ini rupanya, hari Kantin?
Fahamlah aku, di sekolah Sara ada jualan, barangkali bertujuan amal ataupun
menambah wang untuk kegunaan sekolah.
Setibanya di hadapan pagar sekolah Sara, aku memakir keretaku di tepi
pagar. Tangan kanan segera aku hulurkan kepada Sara, dia mencium tanganku dua
kali. “Sekali untuk semalam. Semalam tak sempat jumpa papa sebelum tidur.” Aku
mengangguk. Semalam aku pulang agak lewat, terdapat sedikit masalah di tempat
kerja. Kebocoran kecil air dari tangki dalam terowong boleh menjadi nahas buruk
jika dibiarkan begitu sahaja. Pemendapan air boleh berlaku dan boleh memberi
kesan kepada pemasangan paip dalam tebing dalam terowong. Kebocoran walaupun
kecil sahaja, belum dibendung sebelum ianya berakhir dengan tragedi. Lagipun,
sehingga hari ini, syarikat telah berjaya mengekalkan rekod tanpa kemalangan
jiwa dan harta.
Aku mencium pipinya sekali di sebelah kanan dan bertukar ke sebelah kiri.
Segera aku mengeluarkan duit dua puluh ringgit daripada dompetku dan
menghulurkan kepada Sara.
“Untuk belanja. Mungkin Sara perlu wang lebih sikit untuk hari kantin.”
Melihat wajah senyuman dia, hati menjadi lapang. Terasa lega. Bagaikan melihat
senyuman Kat di rumah kami yang telah aku tinggalkan. Mungkin, Kat mengandung
lagi tak? Empat tahun lepas, bila tiba-tiba angin ‘taufan’ Kat datang, rupanya
dia mengandungkan Baby Piakami,
Sophiellea Kamila. Mungkin! Siapa tahu! Aku hanya akan membiarkan Kat dengan
angin ributnya asalkan dia tidak ‘mengganas’ dan mengganggu kami! Dan seperti
dialog dalam ceritera lama, ‘Biarkanlah Luncai terjun dengan labu-labunya’,
asal sahaja dia tidak menjejaskan keharmonian rumahtangga kami! Tidak kepada
aku, Kaisara Kamila atau Baby Piakami.
Lagu lama Roxxette, Crazy about
you,berdendang indah mengembalukan nostalgia indah aku dan Kat. Aku
sendiri bagaikan menyanyi kuat mengikut rentak irama lagunya.
Ooooo...
I’m crazy about you
I’ll give you all my love
Yes I’m crazy about you
Night and day, day and night
I’ll be your heart’s salvation
Hey baby, let’s stay together
Let’s make it now and forever
I want to show it and shout it
and tell the whole world about it…
Ternampak akan kereta yang berhenti di sebelah lampu isyarat seolah
ketawa mengejekku. Pandangan kedua pemandu dan insan di sebelahnya yang leka
memandang ke arah keretaku, bagaikan mengejekku yang turut sama bernyanyi, sekuat
suara radioku. Lantas aku mulai mendiamkan diri membiarkan irama lagu itu terus
berkumandang terus, berirama, memainkan bahasa
cinta sekadar di jiwa sang jantan ini.