Home Novel Travelog CINTA CAPE TOWN
BAB 2; SAIFUL ANUAR AZIZI, (NORA ISMA FUAD)

Bab 1-22  akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.

Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,

BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.

BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.

bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.

SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21; AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya, tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.

Selamat Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.




2

Aku hanya melihat Ridzuan membuka bekas logam yang berisi air mineralnya dan meminumnya lambat-lambat. Sedeguk demi sedeguk dan kemudiannya berhenti. Cara dia meneguk air minumannya menunjukkan air itu seolah ‘sedap bangat’ walaupun hanya berisi air mineral biasa. “Air kosong.” Mungkin mungkin begitu bunyinya ayat jika ayat itu datangnya dari mulut orang tua. Tegukan air yang kelihatan enak, berkemungkinan disebabkan situasi cuaca yang panas, suhu yang meningkat menjadikan kita lebih dahaga. Apatah lagi dengan kehadiran ‘kelibat angin’ yang seolah berhenti, menjadikan suasana di persekitaran kami berkeadaan panas. Segera aku melihat jam Swiss Legend buatan Swiss di tangan kiriku. Jam bermuka bulat, berwarna hitam, dengan untaian tali stainles steel berwarna silvermerupakan jam kesayanganku yang sudah mengembara berbelas tahun bersamaku. Jam yang sudah sebati dengan pengalaman bersama yang indah bersama Sang Suriku, Kat. Jarum jam menunjukkan masa rehat kami masih panjang lagi rupanya.

“Bang, kenapa?” Dia bertanya balik. Agaknya pelik dengan realiti pandangan mataku. Pelik dengan cara aku memandangnya. Pandangan mata yang kosong tetapi penuh makna. Pemuda yang mempunyai ketinggian 172 cm, dan kelihatan bertubuh sederhana saiznya, berkulit sawo matang, kutenung lagi. Wajahnya empat segi, dengan kaca matanya, segera kutenung lagi. Dia membalas tenungan dengan jelingan mata yang ‘pelik’.

“Tak de apa. Saja.” Selamba aku menjawab.

“Biar betul ni bang. Kalau gamaknya abang nak tukar menjadi lelaki gay, bagitahu saya awal-awal. Jangan buat saya seram. Gay, jantan merenung jantan ni bang, buatkan saya elergik bang!”

Aku tergelak. ‘Sampai ke situ pulak anggapan dia.’ “Mana ada apa Wan, pandangan yang kosong saja. Abang pun tak nak ‘jantan mengorat jantan ni. Ingat kita ni beruk, kucing atau anjing ke?” Aku habiskan ayatku dengan ketawa kuat.

Dia pun ketawa juga, sambil menggelengkan kepalanya lagi. “Hai pelik ni, macam tak percaya je pandangan yang memanah itu tak ada maknanya. Betul abang bukan geng gay n?Bukan retro ya bang?”

“Mana ada la. Aku ada dua anak okay. Apa pulak yang gay?”

Wan menggeleng lagi. “Tu tak kira bang. Yang dah kahwin 30 tahun pun, ada lima-enam orang pun ada yang jadi macam tu. Gay ni bukannya kira kita ni kategori lelaki tulen atau tidak.” Hujung ayatnya berbaur ketawa ringan.

“Ya setuju.” Aku menjawab dengan sahutan ketawa juga.

“Hari tu saya baca di akhbar, seorang lelaki di USA, sudah ada seorang anak lelaki, dia menukar jantinanya menjadi perempuan. Dan entah berapa tahun lepas tu, dia bertukar fikiran. Dia menukar balik jantina dirinya menjadi lelaki.”

Pernyataan Wan menggelikan hatiku. Kusambut kata-katanya dengan sekadar, “Hah, pulak.”

“Abang ada baca tak, ada pelajar Malaysia kita, pelajar lelaki. Dia berkahwin sama-sama jantina di luar Negara?”

“Ada Wan. Naik terkeluar mata abang tengok. Entahlah Wan. Yang lelaki sibuk dan jadi perempuan, atau berperanan macam perempuan. Apa hal?”

“Krisis identiti bang. Agaknya bila jadi perempuan, baru dia tahu payahnya menjadi perempuan ni.” Aku hanya tersenyum mendengar perkataan Ridzuan.

“Perempuan ni tak payah sebenarnya Wan, susah je.”

Dia hanya tergelak dan menyambung, “Nasib baik jantina ada dua je bang, lelaki dan perempuan. Kalau dibuatnya ada empat jenis, letih menukar-nukar jantina ni. Lagi keliru masyarakat ‘manusia’ ni!” Kata-kata Ridzuan ada kebenarannya. Realiti yang pahit untuk ditelan.

Last-last,sepandai-pandai orang tu, pakai juga ‘alat’ palsu.” Aku menjawab, disahut ketawanya yang panjang.

Aku mengangguk lagi sambil tersenyum. Realiti ayatnya sentiasa ada kebenarannya. “Nauuzubillah himinzalik.” Ucapan ayat yang bermaksud dengan harapan Allah akan melindungi kita daripada perkara-perkara seperti itu. Ridzuan hanya tersenyum. “Main-main je bang. Kita tak buat semua tu kan. Kita enjoy jadi lelaki sejati.”

“Tahu.” Aku menjawab pendek. Dia tersenyum lagi.

“Tapi lagi kau tak kahwin Wan, mana ada sejatinya. Lelaki sejati mesti mencari pasangan hidup, berkeluarga. Barulah ‘lebih sejati’. Dia hanya tergelak. “Saya nak cari makwe yang ada kelainan bang. ‘Ori’ sepenuhnya. Bukan yang pinda-pinda organnya.” Aku sambut kata-katanya dengan senyuman seorang ‘jantan’.

“Abang teringat akan pesanan Dr Azizan, pensyarah abang dulu. Kami yang panggil dia ustad, sebab dia warak orangnya. Katanya kalau sudah bertemu seorang perempuan yang kita sukai, elok tanya dia, bila dia ‘datang bulan’ pada bulan tu atau bulan sebelumnya.”

Dahi Ridzuan berkerut seribu. “Hai bang, banyak-banyak soalan, nak tanya juga soalan sensitif macam tu? Salah-salah tanya, ‘bertelur’ di kepala bang ooi. Nanti dia kata gatal betul mamat sorang ni! Dalam banyak-banyak hal, apa pula soalan ‘cepu emas’ yang abang tanyakan?”

“Mana ada sensitif Wan. Itu nak memastikan dia perempuan sejati. Kalau ‘mak nyah’kan, manalah ada ‘datang bulannya’.” Jawapanku membuatkan dia tergelak panjang.

“Hari tu kecoh juga di rumah saya. Adik saya baru je pasang internet kat rumah. Dengan tak sengaja ditunjukkan mak saya kisah lelaki Melayu, jurutera yang buat pengakuan ‘gay’. Bukan main kalutlah mak saya.”

Aku tergelak lagi. Biasalah orang kita, kadangkala kita hidup dengan persepsi sendiri. Apabila seorang jurutera membuat pengakuan, yang dia ‘gay’, asal ‘label’ jurutera saja, habis semua jurutera di Malaysia dikaitkan dengan dia. Benarlah kata orang, ‘seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit sama.’”

“Itulah Wan. Susah kita jadinya. Di Malaysia ni, masaalah LGBT sudah makin menjadi-jadi. Orang sudah tidak segan silu mengakui dia Lesbian atau gay.”

Wan mengangguk. “Ya. Lebih teruk lagi Bioseksual. Cuma bang, LGBT tu apanya? Tak pernah dengarpun?”

“Oh, Lesbian-gay-bisexsual-transgender. Apalah kau ni Wan, ketinggalan zaman betul. Ada, cumanya istilah begini, orang-orang ilmiah macam abang je ada dengar, kalau orang macam Wan, manalah tahu.”

“Aleh, mengada. Orang macam Wan tak ilmiah lagi? Wan sebenarnya kan abang, bukan tak tahu, uji abang je sikit!” Dia menyambung gelak. Ketawanya bagai disambung-sambung.

“Ialah tu. Uji orang konon.” Dia hanya tersenyum.

“Ini bukan soal ilmiah atau tidak ilmiah bang. Hal-hal macam ni sudah menjadi seakan ‘trademark’mentaliti orang kita di negara ni. Surat khabar dipandang serong, dikatakan surat khabar hanya menyiarkan berita palsu politik, mereka tak mahu baca lagi semua berita yang disiarkan. Habislah. Semua perkara mereka tak baca, manalah dapat ilmu.” Penerangan Ridzuan ada kebenarannya yang tidak boleh disangkal lagi.

Aku mengubah langkahku, menghampiri Ridzuan lagi. “Soal mentaliti ni pun, sensitif Wan. Kalau orang tak faham, dikatakan mentaliti ni berkaitan dengan IQ. (intelligence quotient) Lagi tinggi IQ lagilah bijaksana. Itu kenyataan yang betul. Tapi mentaliti bukannya IQ.”

“Betul bang. Mentaliti adalah cara kita fikir. Bagaimana mahu ubah mentaliti kita, kalau kita tidak membaca!”

“Yang pelik lagi, mentaliti yang salah tu lah yang orang Malaysia terima. Contohnya, macam Kes-kes Lesbian-gay-bisexsual-transgender (LGBT)yang semakin ramai dalam negara kita. Mereka tidak segan silu mengaku diri mereka lesbian, gay dan sebagainya. Ada antara orang lain, tak kisah pun, kata mereka itu hak kebebasan individu.”

Ridzuan mengangguk lagi. “Menakutkan bang. Dahulu, tak ada masaalah macam ni. Kalau adapun, hanyalah kes-kes terpencil sahaja. Sekarang ni, kes begini bukan lagi kes yang lemah. Sekarang ini kumpulan minoriti ni mendapat sokongan sesetengah pejuang hak asasi manusia terutamanya dari Barat.”

Aku menganguk. “Itulah masalah kita. Padahal hal ini bertentangan sekali dengan nilai agama, moral dan budaya kita, tak kiralah apa agama kita sekalipun, semuanya bertentangan dengan nilai kehidupan kita sebagai manusia.”

Ridzuan memusingkan wajahnya mengadap mukaku, “Saya paling risau bang, kalau nanti masyarakat songsang ini yang akan menjadi ketua negara kita. Golongan ini akan menjadikan status agama, sosial dan budaya kita bersilang negatif. Keluar daripada norma dan jalan hidup kita. Nanti sudahnya, akan terjadilah The Perished Nation.”

Aku mengangguk lagi. Setuju seratus peratus dengan perkataan yang dipertuturkannya. Bahkan aku boleh bersetuju sehingga seribu peratus! “Itulah Wan, itulah yang abang bimbang. Kaum yang dipupuskan Allah. Yang lebih abang bimbang, orang yang tak bersalah pun seperti kita, akan menerima tempias balasan Allah.”

“Sudahlah bang Bercakap pasal LGBT ni, buat tekak saya mual. Yang saya pelik tu, haiwan yang tidak berakalpun tahu hidup neutral dengan pasangan yang betul. Yang manusia ni pulak yang terbalik. Bodoh tak boleh diajar.”

“Hmm.. Itulah Wan. Akal yang Allah beri tu agaknya, tersembunyi di lutut, ditutup dek seluar panjang.”

Dia hanya tersenyum sinis dan berkata lagi, “Manusia tak ambil sempadan dan pengajaran daripada cerita dari bandar Pompeii, gunung berapi, Vesuvi dan manusia yang menjadi batu, kan abang?”

Aku mengangguk. Menyedari sangat akan cerita yang berlaku hampir 2000 tahun yang lampau di salah sebuah kota mahsyur di Yunani. Kota yang terkenal dengan cerita syahwat lelaki yang menggilai kaum sesama jenis. Gay yang diistilahkan sekarang ini. Mala petaka yang menimpa mereka, akibat letusan Gunung Vesuvi yang seolah membekukan manusia daripada aktiviti harian mereka. Semuanya beku berdasarkan aktiviti mereka ketika itu, diselaputi dengan lanar gunung berapi yang membara panasnya.

Dan Barat masih lagi menghalalkan gay sebagai salah satu caturan hidup yang dibenarkan. Undang-undang Negeri California misalnya membenarkan perkahwinan dijalankan sesama jantina, lelaki bersama lelaki, juga wanita sesama jenis! Agaknya kalau mamalia dan serangga, berakal, mereka tentunya boleh membaca. Daripada bacaan, entah-entah mampu berfacebook dan bertwitter,agaknya mereka akan berdemontrasi, mengejek sifat rakus dan tidak berakal manusia sejagat dewasa kini. Entah-entah ada haiwan yang akan membantah tindakan manusia di mahkamah!

Kami termenung panjang sejenak. Aku melihat dia mengeluarkan satu bekas aluminium. “Makan bang, kak saya masak rendang daging kijang. Masa saya balik hari tu, kebetulan bapa saya dapat memasang perangkap kijang.” Dan cerita kijang benar-benar meninggalkan kami dengan tajuk yang memualkan tadi.

“Ya. Wah, tentu sedap. Abang pun belum pernah makan kijang.”

Aku segera menyeduk rendang yang diletak dalam pinggan kertas bersama bungkusan nasi yang juga dibawa bersama. Rendang sudah tentulah lazat! Dan kijang pula, doublelazat nampaknya.

“Macam picnicla pula kita ni.” Dia dan aku ketawa bersama.

“Abang tahu, kalau abang nak makan beruang pun boleh pesan saya juga.”

“Beruang?”

“Ha, beruang.” Aku hanya tertawa mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Wan. ‘Manalah pulak manusia boleh makan beruang!’ Getus hati berkata lagi. Dan kami tergelak lagi! Geli uga tekak memikirkan rendang beruang yang boleh diratah!

“Macam tak percaya je, tiga hari lagi perasmian terowong ni. Masih ingat hari pertama kita memulakan projek ni.” Sengaja aku ubah topik perbualan kami. Mataku terus memandang tepat kepadanya. Pemuda yang masih berada di awal usia dua puluhan ini, berkumis, berkaca mata hanya tersenyum kembali.

“Ya la bang. Masih ingat semuanya. Bagai tak percaya, semuanya terjadi.” Senyuman meleret yang dia berikan menyakinkan aku akan senangnya perasaanku melihat projek yang kami jayakan bersama telah berjaya dengan gemilang.

Terowong yang kami sedang bina ini merupakan projek terbaru dan terkini bagi menggambarkan ‘Malaysia Boleh’ dalam melakarkan sejarah resolusi baru dalam teknologi. Negara Malaysia kini telah mencipta nama selari dengan negara-negara lain di luar dengan pembinaan terowong lebih canggih iaitu Terowong Berkembar Berapit di Taiping Perak setelah lahirnya Terowong Genting Sempah dan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART).

‘Abang sulung’ kepada terowong-terowong iaitu Terowong Genting Sempah berukuran 900 meter telah dibina lebih 30 tahun iaitu pada tahun 1979, yang menghubungkan kawasan Gombak di Selangor dengan Genting Sempah di Pahang. ‘Adik kedua terowong’ iaitu Terowong SMART yang mempunyai jarak 4 kilometer baru sahaja dibina pada awal abad ke 21, selaras dengan keperluan dan keselamatan penggunaan jalan raya di Malaysia.

“Kalau difikirkan, macam tak percaya, kita hampir menyiapkan 70% daripada terowong ni.”

“Ya, walaupun nanti jaraknya hanya sepanjang 3.3 km, kerja kita bukannya senang.”

Ridzuan mengangguk lagi. “Yang paling best bang, terowong ini nantinya akan diiktiraf sebagai sebagai terowong kereta api terpanjang, bukan sahaja di Malaysia, bahkan di Asia Tenggara juga. Dan yang paling membanggakan, kita sendiri terlibat dengan peristiwa sejarah ini.”

“Setuju Wan. Boleh la nanti kita cerita dengan anak cucu kita yang kita antara pekerja yang terlibat dengan pembinaan terowong ini. Bangga, terharu pun ada juga. Tidak menyangka akan menjadi sebahagian daripada sejarah negara Malaysia. Kalaupun orang lain tidak sedar tentang hakikat ini, yang penting, kita sendiri terlibat sama.”

Ridzuan hanya tersenyum sebelum dia menyambung lagi, “ Tak sangka abang ni boleh tahan jiwangnya juga.”

Aku tergelak lagi. “La pulak. Mana ada jiwang Wan. Tu kan realiti.”

“Saya tak pernah terfikir dan cerita kepada anak dan cucu sekali. Lain la, abang kan ada Sara dan Pia. Nanti-nanti akan ada cucu.”

“Nanti Wan kahwin akan ada anak-anak juga, akan juga bercucu.”

Dia masih tergelak. Ketawanya hanya berbunyi perlahan. Agaknya kelakar sangat apabila mendengar perkataan ‘cucu’ yang baru aku sebutkan sebentar tadi.
Terowong yang kami sedang bina merupakan sebahagian komponen projek infrastruktur terbesar negara setakat ini yang bernilai RM12.5 bilion iaitu Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar. Terowong ini yang memulakan pembabitannya dimulakan sejak tiga tahun yang lepas. Selepas siap dikorek, terowong ini akan menjadi laluan kereta api yang terpanjang di Asia Tenggara.

Apa yang menariknya, jika dilihat dengan pandangan mata kasar, terowong ini kelihatan seperti ladam kuda yang berukuran tinggi 9 meter x 9 meter lebar. Sekali pandang, terowong akan kelihatan seperti berada dalam gua aluminium atau besi. Warnanya seakan warna perak yang kelihatan bersinar dipanah cahaya lampu yang dipanjarkan kepadanya. Dindingnya seolah bancuhan kongkrit yang padu, berada antara dua buah bukit, Bukit Berapit dan Bukit Larut.

Konsep pembinaan terowong pula adalah berkonsepkan ‘kembar’ dengan satu landasan yang setiap satu mempunyai sembilan laluan silang antara terowong kiri dan kanan bagi tujuan menjaga keselamatan dan memudahkan penyelenggaraan. Pendek kata berada dalam terowong ini membawa kita ke dalam dimensi baru, seolah berada dalam dunia keajaiban Allah yang berada jauh di sudut yang lain. Selama ini kita barangkali hanya melihat dan menilai bumi di atas sana, berada di dalam ‘bumi’ menjadikan kita lebih berterima kasih atas keajaiban ciptaan Allah ini. Banyak lagi ‘lakaran’ dan ‘lukisan dunia’ kurniaan ALLAH yang mengajaibkan!
“Yang saya bangga lagi, syarikat kita Garuda hanya menggunakan perkhidmatan pekerja tempatan sahaja. Nampaknya kita sudah boleh berdikari. Berdiri atas kaki sendiri, tanpa menggunakan kepakaran pekerja asing dalam membentuk sejarah kita sendiri.”

Aku mengangguk. ‘Nampak benar, anak muda ini bukan calang-calang orangnya. Lelaki muda yang Malaysia yang baru berusia 27 tahun ini, mindanya rupanya dipenuh dengan visi dan misi sendiri. Cuba mendaulatkan kegemilangan negara dengan acuan kita sendiri. Kalau semua pemuda Malaysia begini, tentu negara kita akan lebih maju ke hadapan, Wawasan 2020 tentu boleh dicapai dengan lebih cepat lagi.’ Aku memuji Ridzuan dalam hati sendiri, sekadar bermonolog sendiri.

“Yang lebih saya banggakan bang, selama ini saya hanya kagum dengan para sejarahwan kita saja, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dato Najib Tun Abdul Razak, dan ramai lagi. Dan yang paling tidak pula kita sangka, kita juga bakal menjadi sebahagian daripada sejarah yang baru dibina. Menarikkan?”

Perkataan Ridzuan seolah hilang disebalik angin yang menyapa mesra. Bayangkan sejak terciptanya alam yang maha luas ini, sentuhan anginnya tidak pernah kurang mesranya. Angin yang menyapa inilah juga, angin yang sama pernah menyapa negara ini takkala zaman Hang Tuah dan Tun Teja, Laksamana Bentan, Dato Maharajalela, SiPutum, J.W.W Birch dan sesiapa saja yang pernah berada di bumi bertuah ini. Termasuk aku dan Kat! Angin yang sama yang sudah berusia lebih jutaan tahun usianya! Angin yang sudah meratap sejarah yang panjang yang berlaku di bumi bertuah ini!

“Yang abang asyik senyum sendiri ni apanya. Suspen.” Suaranya sekali lagi membawa aku kembali ke alam realiti.

Aku hanya tergelak. “Abang puji Wan dalam hati. Kalau dengar nanti jadi riak pulak.” Terdengar dia hanya ketawa, sambil menyambung.

“Bang, puji kenalah zahirkan, itukan menyenangkan pihak yang mendengar. Kata orang tua, sejuk rasa hati. Tapi kalau perkataan yang mengeji tu tak payahlah disebut-sebut. Kalau sampai menyakitkan hati orang, namanya mengumpat. Kalau tak betul pulak, namanya fitnah. Betulkan bang?”

Aku menyambung ketawaku. “Betullah tu ustad.”

Dia pun menyambung ketawa aku yang masih berekor panjang. Gelihati benar dengan kata-katanya. Kebenaran jelas daripada kata-katanya. Jika benar, hukumannya jelas, itulah konsep ‘mengata’, jika sesuatu itu tidak benar pula, konsepnya lagi parah, ‘fitnah’ namanya. Dalam Islam juga diunjurkan kepada umatnya penting dalam mengelakkan fitnah kerana fitnah boleh membawa kepada kemusnahan besar identiti masyarakat Islamnya.

“Wan sedar tak, hidup kita ni bagaikan terowong juga?” Sengaja aku mengajukan soalan kepadanya, sekadar memintanya berfikir.

“Terowong, maksudnya, kita sebagai manusia tidak boleh mengintai kehidupan kita di sebelah lagi?” Ridzuan menjawab bersahaja. Bunyinya bagaikan dia tidak bersetuju dengan soalanku tadi.

Aku menggeleng. Aku bagaikan dapat meneka telahannya. “Wan nak terangkan apa maksud Wan sebenarnya?”

Ridzuan mengangguk lagi. “Saya lebih suka menganggap kehidupan kita bagaikan terowong yang belum ditembusi lagi bang. Macam sekarang. Kita tidak akan nampak lagi, apa yang berada di belakang tabir terowong ini. Mungkin gelap! Mungkin juga cerah! Walaupun kita pasti, di hujung sana, akan wujud jalan yang terang, landasan kereta api kita bakal disiapkan, tetapi hidup tidak begitu kan bang?”

Aku mengangguk terus, bersetuju sangat dengan kenyataan yang dinyatakan Ridzuan. “Ya setuju sangat.” Anak muda ini nampaknya lebih matang sangat daripada usianya. “Terowong ini bagaikan kehidupan kita! Kita boleh mengharap, menjangkakan sesuatu, tetapi sebagai manusia, kita tidak dapat mengelak daripada menghadapi musibah dan bencana di pertengahannya, kan Wan?”

Ridzuan agak terperanjat dengan pernyataanku. “Kenapa ni bang, semacam je bunyinya. Ada yang tak kena?”

Aku hanya menggeleng sambil memulangkan senyumanku. Agaknya melihat wajah senyumku, mukanya yang kelihatan serius sudah mengendur kembali.

“Tak ada apa Wan, sekadar mengingatkan yang sebagai manusia ini, kita sering diuji dengan pelbagai musibah yang akan menentukan tahap kesabaran kita sebagai hamba Allah.”

Dia pun tersenyum kembali. “Saya ingatkan apa tadi bang. Naik suspen saya. Itulah keperluannya, sebagai manusia, kita perlu berdoakan?” Aku hanya menepuk bahunya perlahan.

“Cakap pasal doakan abang, waktu afdal berdoa adalah dalam solat dan selepasnya. Eloklah kita pergi sembahyang, Jom.” Aku mengangguk dan kami sama-sama beredar untuk menunaikan solat. Bilik di pejabat dijadikan surau sementara kami menyiapkan projek ini. Bilik yang kemas, dan berhawa dingin menjadikan kami sangat selesa mengerjakan ibadat yang wajib seharian.

“Nanti kena rehearsellagi ke Wan?” Aku menyoalnya sebaik sahaja kami selesai berdoa panjang selepas berjemaah zohor bersama.

Dia tergelak. Dia tahu, situasiku yang sudah jemu sangat mengulang lagi majlis perasmian kami yang akan diadakan dua hari lagi. “Semestinya bang ooi. Si Zie tu, tahulah.”

Practise makes perfect.” Sengaja aku sebutkan dua tiga kali membuatkan Ridzuan tergelak.

“Bukannya begitu bang, practises make purrrrrfect.” Giliran dia pula tergelak besar. Kami sama-sama bersahutan ketawa. Dari jauh, ternampak Zie mula memerhatikan langkah kami, dan ketawa kami mulai kendur.

“Hai, belum petang pun, dia dah tunggu kamu Ridzuan,” bisikku perlahan ke cuping telinga Wan. Dia hanya mencebik bibirnya ke arahku sahaja, dan tersenyum sendiri. Dalam hatiku berdetik lagi, ‘parah juga kalau perempuan ni syokkan si Wan, susah nak bergerak, kalau bekerja bersama-sama. Silap-silap pergi ke tandas pun kena beritahu juga.’ Aku tergelak sendiri lagi menyebabkan wajah Wan yang mulai serius melihat Zie yang masih berdiri di situ seolah menanti kami tiba di surau yang didirikan sementara menanti projek ini disiapkan sepenuhnya penghujung tahun ini.

“Petang ni balik lambat sikit ya, cuba kali terakhir.” Zie menyapa mesra. Dalam hatiku berdongkol ayat, ‘Ala, sebenarnya dia hanya cuba menyapa Wan. Bukannya aku tak tahu tentang reherseal majlis itu nanti.’ Kulihat Ridzuan hanya tersenyum dan mengangguk perlahan.

Dalam hatiku berkata sendiri, ‘Cepatlah majlis ini berlangsung.’. Selagi majlis tidak tamat, kami sudah panik dengan majlis ‘rehearsel’ yang setiap petang diulang dan diulang! Mengalahkan majlis bersanding lagi! Malah majlis persandingan aku dulu pun, tidak pernah ada majlis rehearsel.Sambil memerhatikan Zie berlalu, aku tersenyum lagi. Cantik jurutera muda ini. Berwajah bujur sireh, berkulit putih bersih, dengan ketinggian 150 cm sahaja, bertubuh kecil molek, nampaknya tiada cacat cela dengannya. Cuma, kenalah bersedia dengan sikapnya yang perpecto, serba serbi mahu sempurna.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh (NORA ISMA FUAD)Noor arbaiah ismail