Bab 1-22 akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.
Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,
BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.
BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.
bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.
SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21;
AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya,
tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.
Selamat
Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan
terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.19
Mulanya, berniat mahu ke masjid berdekatan, tetapi aku bangun agak
terlambat sedikit apabila azan mulai berkumandang di udara. Dengan mengambil
kira waktu mandi dan bersiap, barangkali di masjid nanti jemaah sudahpun mulai
bersolat subuh. Dan solat subuh yang hanya dua raakat, tentunya aku akan tidak
sempat untuk berjemaah.
Bangun, dan melihat di sisi, ‘Manisku’ tiada juga berada di katil.
Cepat-cepat aku jenguk ke bilik air, juga dia tiada di situ. Tiada juga di
ruang dapur, juga di ruang tamu kami.
Agaknya di patio, di luar, tetapi jarang sangat pagi-pagi begini dia berada di
patio. Lazimnya dia akan berada di dapur, menyediakan minuman panas yang lazat
untukku, dan kalau ada nasi malam yang sengaja dimasak lebih, nasi goreng
kampung yang enak akan dia sediakan.
“Manis.., manis, aku memanggil lagi.” Tiada bersahut.
Barangkali dia pulang ke rumah ibunya lagi. Manis merajuk lagi ke? Akan
aku buat panggilan ke rumah ibu Manisah. Pasti dia di sana! Cepat-cepat aku mengerjakan solat
subuh, berdoa panjang, akan kesejahteraan keluargaku, isteriku Manisah. Cepat-cepat menuju ke telefon, dan mendail ke
rumah ibu mertuaku.
Deringan yang beberapa detik, begitu meresahkan. Dan panggilan ternyata
bersahut, “Hello.”
“Assalamualaikum mama.”
“Waalaikumsalam. Duha ke tu? Duha sihat?”
‘Sihat.’ Menjawab
sendiri. Anehnya mama ini, tidak pula dia bertanya mengenai Manisah atau memberi
khabar tentang Manisah.
“Duha. Duha sihat?” Mama bertanya lagi.
Aku cepat-cepat menjawab, lagi lama dia digagang, aku akan terus diasak
soalan yang sama.
“Sihat mama. Sihat. Manis ada di sana?”
Aku cepat-cepat bertanya lagi. Harapnya mama tidak akan marah-marah. Mana
mungkin seorang suami yang baik tidak mengetahui kedudukan isterinya. Aku
ternyata bukan seorang suami yang baik. Mama seolah tidak memberi jawapan.
Pastinya, Manisku berada di sana. Dia pasti merajuk panjang.
“Sihat. Mama. Sihat. Mama dan papa bagaimana?”
Gagang diperkemaskan. “Kami sihat Duha. Zehra pun sihat. Bila nak balik
tengok Zehra?”
‘Zehra! Siapa Zehra?’ Sekadar bertanya di dalam hati. Aku pasti siapa pun
Zehra yang mama maksudkan, aku tahu tentunya dia ada kaitan dengan diriku.
Tetapi aku tidak dapat pastikan sesiapa. “Baiklah mama, nanti Duha akan balik
bila senang sikit ya,” segera aku memberi janji, tidak mahu diasak dengan
persoalan mama lagi. Dan nampaknya mama tidak juga menjawab persoalan, adakah
Manisah berada di sana? Mungkin, isteriku di sana. Dia masih merajuk denganku,
entah apa butirannya kali ini. Mungkin, dia telah menukar namanya kepada Zehra,
siapa tahu!
“Okay la mama. Nanti Duha telefon lagi.” Selemat mengucapkan salam dan
salam yang bersambut dengan ucapan waalaikumsalam, mama meletakkan gagang. Dan
hatiku penuh dengan pertanyaan lagi, ke mana Manisah menghilang? Pelik rasanya
apabila seorang ‘hero’ bertanyakan ke mana hilangnya ‘heroine’ hatinya? Pelik
bercampur aneh!
Segera ke dapur, membuatkan semug air panas. Dan sekeping biskut gula
dicelup perlahan ke dalam mug yang mengandungi air coklat panas. Telefon
genggam berdesir perlahan, barangkali daripada Manisku. Kulihat skrin, bertulis
Vimmi.
“Hello. Ya Vimmi.”
“Hello. Assalamualaikum. Hari ni
Encik Duha ke galeri tak?”
Galeri, pastinya dia maksudkan galeri seniku bertempat di Shah Alam.
“Waalaikumsalam. Akan pergi Vimmi, kenapa?”
“Ingat nak bertemu di sana,
nak bincang menu untuk jamuan Encik Duha. Hari tu kata nak tengok menu dulu.
Hari ni, saya bagi beri food tastinglagi.”
Aku tergelak, belum pernah lagi, caterer memberi food testing.Kalau ada pun, hanya untuk makanan dan kek perkahwinan sahaja. “Okay jugak tu, lepas
untuk makanan tengah hari saya. Apa jenis makanan yang Vimmi bawa? Nasi ada
bawa tak? Kalau tak bawa, saya belikan siap-siap.”
“Ala,
nanti tengok la. Tapi ala-ala tempoyak mesti ada. Nasi, saya bawakan, cukup
untuk tiga orang.”
Aku tergelak lagi. Macam dia tahu-tahu sahaja yang aku sukakan tempoyak.
“Okaylah macam tu, jumpa di sana.
Pukul berapa nak datang.”
Terdengar dia pun ketawa sama. “Dalam jam 12.”
“Jumpa di sana.”
Dan panggilan kami ditamatkan.
Dan berbicara tentang tempoyak, mengingatkan aku dengan Manisku. Di
hadapan cermin pintu gelongsor yang mengadap balkoni kami, aku ternampak akan
Manisah yang masih berdiri di situ. Sekadar dengan senyuman manisnya. Dan
kulihat perut Manisah yang membusung! Manisah sedang mengandung! Sejak bila
pula Manisah mengandung! Yang pasti aku ingat, lima tahun kami menganyam cinta. Enampuluh
bulan purnama, kami menanti zuriat tercinta. Dalam tempoh itu, semerata dunia
kami jejaki. Daripada Timur ke Barat. Barat ke Timur.
“Manis..” Aku memanggil lagi. Tiada jawapan.
“Mana Manis pergi?” Dia tidak menjawab. Dan apabila dihampiri,
bayangannya hilang begitu sahaja. Angin yang menderu bagaikan menampar kuat
tubuhku.
Kupanggil lagi. “Manis….Manis…” Masih tiada jawapan. Hati sempat
berbisik, ‘Barangkali dia di patio lagi.’ Pintu balkoni yang berkunci daripada
dalam mengesahkan bahawa Manisah tidak berada di patio. ‘Entahlah, barangkali
dia benar-benar berada di rumah mama?’ Hati berentak lagi, mengesahkan
kenyataan yang tidak aku fahami. Andai benar Manisah mengandung sekarang, siapa
pula Zehra yang mama maksudkan siang pagi tadi? Manisah adalah Zehra? Banyak puzzleyang sedang berselang seli dalam
kepalaku!
Segera aku ke bilik mandi, aku sudah ada janji temu di Gleri seniku di
Shah Alam. Aku perlu bergegas ke sana.
Segera aku kenakan kemeja berjalur biru, berlatarkan putih lily berlengan pendek bersama sehelai jeans.
Menuruni lif sambil terfikirkan akan Manisah. ‘Manisah! dan Zehra’ Agaknya
Zehra ini ada kaitannya dengan Manisah! Jika Zehra adalah anak aku, bagaimana
pula Manisah sedang mengandung? Aduh’. Kepalaku terasa bingit dengan tiba-tiba.
Dan telefon bimbit berdesir perlahan, tanpa suara. Kulihat, skrin bertulis ‘galeri’. Rashdan, kupanggil nama ringkasnya,
Dan, adalah pengurus Galeri Seniku, bernama Galeri Manis, bertempat di Shah
Alam.
“Hello, Encik Duha, akan datang galeri ke hari ni?”
Aku tersenyum lagi. ‘Tentu ada hal di galeri.’
Segera aku menjawab, “Iya, on the
way.Kenapa Dan?”
“Tak ada apa bos, saja je tanya!”
“Saja!”
“Oh ya bos, bos ada temujanji dengan Syarikat Beans.Mereka datang mahu tempah lukisan untuk syarikat jam 2
petang. Lepas tu bos catat nak jumpa dengan Vimmi pasal lukisan.”
Aku tersenyum lagi. Agaknya Vimmi sudah lupa dengan lukisan atau dia
sengaja mempercepatkan temu janji ke jam 12 tengah hari, agaknya sengaja mahu
memberi makan percuma. Jawapanku pendek, “Okay.” Panggilan ditamatkan.
Panduan kereta Mitsubishi ASX, berwarna hitam berjalan lancar menuju ke
Shah Alam. Ah kereta! Kereta bersaiz ‘comel’ milik Manisah. memikirkan Manisah
lagi, agak pelik, ke mana dia pergi? Apatah lagi meningalkan keretanya di
apartment kami, dan dirinya sendiri, menghilang! Perjalanan dari kota menuju ke Shah Alam,
tidak sesak. Agaknya sudah jam 10 pagi, orang lain sudah pun masuk ke pejabat.
Dari jauh kelihatan papan tanda Galeri Manis yang diletakkan tinggi di
galeri lukisan. Segera aku meletakkan kereta di parkir yang disediakan sebanyak
empat petak di hadapan galeri. Kereta Rashdan
tiada di parkir. Bermakna dia belum datang? Tidak mungkin! Rashdan dan
sepupunya Lily akan datang awal, untuk membuka galeri.
Di halaman Galeri Manis, yang mengambil sempena nama Manisah, kelihatan
sunyi. Halaman dengan rumput yang pendek, kelihatan masih basah, dengan
simbahan hujan malam tadi. Bunga-bunga rumput yang berwarna kuning bagaikan
tersenyum girang menyambut pagi yang cerah. Kotak-kotak bata berwarna merah
yang menjadi tapak memijak bagaikan berseri dengan simbahan air hujan.
Aku memijak dengan berhati-hati, kekadang, dasarnya menjadi sedikit licin
apabila basah. tangan kananku menghayun bekalan sarapan pagi kami yang sempat
aku beli di kawasan sebelum tiba di galeri tadi.
Kulihat, cermin hadapan galeri telah dibersihkan dengan baik. Segera
menekan nombor kod rahsia di panel kunci kedai. Kami menyediakan dua nombor
rahsia, salah satunya adalah 310612. 31 Disember, tarikh harilahir Manisah dan
nombor 6, menandakan tarikh pertemuan kami buat kali pertama di perhentian bas,
kebetulan pada 6 Mac.
Panel kekunci nombor di hadapan pintu yang membolehkan pintu kaca terbuka
secara automatik. Pengawasan dengan kod bermakna pintu hanya boleh dibuka
daripada dalam, memastikan keselamatan galeri daripada dicerobohi oleh
mana-mana individu. Pintu juga hanya boleh dibuka daripada luar oleh aku
sendiri, Rashdan dan Manisah. Hanya kami bertiga yang mengetahui kod pintu
tersebut. Dan tertanya lagi, di manakah Manisah?
Pintu terbuka, kuberi salam. Tiada jawapan. Barangkali Rashdan di
belakang kedai. Menghampiri tandas, kulihat Rashdan sedang berdiri di situ,
memberi arahan kepada pekerja swasta yang kami upah untuk membersihkan ‘kamar
mandi’.
“Hello bos.” Dia hanya tersenyum melihat aku datang.
“Dah makan?” Segera bertanya kepadanya. Pemuda dalam usia dua puluhan ini
akan tersenyum dan tentunya akan menjawab dengan jaapan yang sama setiap kali.
Hari ini dia berbaju kemas seperti biasa. Sehelai baju kemeja biru bertangan
panjang, yang tangannya berlipat sehingga ke siku, berseluar hitam pekat.
Rambut pendeknya nampaknya di letakkan gel di hadapan, kelihatan kemas. Dia
yang berkaca mata, berhidung agak penyet, bermata sederhana, berwajar agak
bujur, kelihatan cukup amanah orangnya. Aku boleh mempercayai dia dengan akaun
galeri yang disediakan dengan terperinci. Bahkan satu sen pun, wang tidak akan
lesap begitu sahaja.
“Tunggu, biar saya yang jawab.” Kataku. Dia hanya tersenyum menanti
perkataan yang bakal keluar daripada bibirku.
“Tentunya Dan akan jawab, belum, tunggu bos la.” Dia hanya tertawa besar
mendengar kataku. Segera aku berikan dia dua bungkusan tadi. Tiga keping roti
telur. Untuk kami. Aku, Rashdan dan Lily.
“Ah bos, macam biasa, bos akan kata, sediakan minuman panas.” Giliran dia
mnegajukku pula. Kami tertawa sama-sama. ‘Adatnya dalam hidup, mesti pandai
tertawa. tanda riang tawa, hidup akan hambar rasanya.’ Petikan, kata-kata
Manisah! Ketika dia beredar ke sudut belakang kedai bagi membat minuman panas,
hujan menyimpah bumi lagi.
“Bos,
jom kita minum.” Perlawaannya membawa aku kepada bilik di ruang belakang galeri
yang aku khaskan sebagai tempat makan atau boleh juga dijadikan tempat solat. Sebuah
meja makan, empat segi dengan empat kerusi bulat menjadi pelengkap tempat
makan, ‘sederhana tetapi sempurna,’ seperti yang selalu dikatakan Manisah! Ah!
Wanita itu yang menjadi pelengkap kesempurnaan kehidupanku, di mana Manisah?
Walaupun istilah sempurna hanyalah bayangan manusia, dan kehidupanku bukanlah
100 peratus sempurna di mata orang lain, padaku, kehadirannya dalam dunia
penghidupanku menjadi pelengkap kesempurnaan hidupku berdasarkan konsep
kesyukuran. Bersyukur dengan apa sahaja yang ada!
“Hujan lagi bos.”
“Jangan mengeluh Dan. Hujan adalah rahmat ALLAH.”
Dia hanya tersenyum, “Bos, saya bukan mengeluh, sekadar beritahu.”
“Tapi nada tadi tu semacam je.Mengeluh la tu!”
Dahinya nampak berkerut. “Iya ke bos. Maaf, saya bukannya niat untuk
mengeluh. Cuma, hujan, baju saya tak kering.”
Segera aku memberi solusi, “Bawa baju tu esok ke sini, saya bayarkan kos
keringkan di kedai dobi.”
“Betul ni boss.”
“Betul la.” Sekali sekala apa salahnya. Senyuman dia menyenangkan. Aku
rasa gembira sebenarnya mengatasi rasa gundah gelana terhadap kehilangan
Manisah. Melihat bagaimana dia gembira kerana aku telah memberi dia jalan bagi
mengatasi masalah kehidupannya.
“Mana Lily?”
Dia tersenyum lagi. Barangkali ada pula informasi yang aku lupa hari ini.
“La. Lupa pulak bos ni. Tak la tua sangat. Lily pergi jumpa Safika,
pelajar tingkatan lima
tu, nak ambil lukisan dia di rumah.”
“Safika, bukan Dan kata Vimmi nak bawakan pagi tadi, masa call saya?”
“Saya tersilap baca nota bos. Kak Vimmi kata nak datang tengah hari,
lukisan Safika sepatutnya diambil di rumahnya, sebab tu Lily pergi ambil.”
Sekadar mengangguk. Rashdan bangun dan membasuh mugnya di sinki. Aku
sekadar duduk mengadap tingkap kaca yng terbuka luas. Hujan mulai menyimbah
lagi. Di Malaysia ini adatnya, hanya ada dua musim, musim panas dan hujan.
Kebiasaannya musim hujan hanya akan merapati apabila mencecah bulan oktober.
Klimaks musim agak bertukar sekarang, musim hujan datang setiba bulan Febuari
lagi. Musim banjir melanda pada hujung tahun sehingga membawa kepada awal tahun
baru.
Hujan mulai menitik lagi. Menyaksikan
titisan hujan membawa aku ke Eropah, di mana mereka menghadapi empat musim. Akun mulai berfikir tentang empat lukisan
yang aku perlu tamatkan. Aku sudah akhiri lukisan winterdan springku. Hanya perlu menghabiskan lukisan Autumndan Summer.
Aku duduk mengkhayal mengenai Winter, Spring, Summer dan Autumn.Aku perlukan penghayatan supaya dapat
menghabiskan lukisan-lukisanku. Setiap satu musim mempunyai klimaks yang
berbeza iaitu suhu dan keadaan alam yang berbeza. Aku mencuba mengingati
musim-musim percutianku dengan manisku. Semua musim yang kami lalui bersama.
Winter.Kesejukan yang begitu menggigit
sehingga terasa ke dalam tulang. Senafas udara yang keluar daripada hidung
bagaikan kepulan asap putih yang keluar
daripada hidung. Jika mahu keluar rumah pula, perlu berbungkus seperti beruang
kutub tebalnya. Seronokkah begitu? Mungkin seronok untuk sehari dua, menjelang
sebulan, tentunya kita akan tidak lagi merasa seronok, apatah lagi rongga
hidung terasa tersumbat, dengan rasa kedinginan yang menyekat ruang antara
rongga hidung dan mata. Di masa itu, akan terasa sesak, ketat hidung dan
sejuknya, menyeramkan. Mentari pula seakan malu-malu, menyembunyikan diri di
sebalik langit kelam yang hanya
mempamerkan wajah mendung, seolah berduka. Daratan dipenuhi dengan
deburan salji yang memutih. Bersih. Suci.
Dan musim sejuk mengingatkan aku akan kata-kata Manisah, “Sejuk. Dingin.
Kalau cinta bagai musim dingin, ada baik dan buruknya.”
“Baiknya, apa yang baiknya. Sejuk. Kaku.” Jawabku.
“Itu yang buruknya. Statusnya beku. Kaku. Begitu sahaja.”
Hmm. Tergamam sekejap. “Baiknya, apa pula.”
“Baiknya sebab warnanya putih. Bersih. Kasihnya benar-benar asli, macam
cinta Duha kepada Manis.” Dan dia ketawa.
“Dan cinta yang kaku, tak akan berubah, walaupun mungkin tidak bertambah,
tetapi nilainya tidak pernah berkurang.”
“Tak bertambah?” Aku bertanya balik, dan dia lantas tersenyum lagi.
Dan benarlah, cinta musim dingin berikan kita cinta yang sentiasa kaku
seperti sekarang. Manis, entah ke mana menghilang! Hanya tinggal bayangan dan
memori silam. Tanpa bukti, tanpa nota ‘amitan selamat tinggal’. Hanya sejarah!
Antara aku dan Manisah! Dan autumn,aku
bayangkan dedaun Red Maple yang bertukar merah karat ketika ini. Dedauan Prunus Sargentiiyang juga akan bertukar daripada hijau ke
merah mata dan orange keemasan ketika musim ini. Dan bayangan aku seolah
melihat bungaaan Acacia yang berwarna kuning dan Alium yang berwarna ungu muda.
Springpula adalahmusim yang paling indah untuk dipertontonkan. Puas aku
pejamkan mata, membayangkan ketika aku dan Manisah bercuti di Amsterdam.
Setelah lama sang mentari bersembunyi di dada langit, cahaya suluhannya akan
mulai memancar, langit yang biru akan beransur cerah. Salji yang memutih mula
mencair, menjadi kristal yang jernih, memukau. Ranting pokok yang membeku,
berwarna coklat, sebelum ini akan mulai mengeluarkan tunas baru, hijau,
menyulur perlahan mencari cahaya mentari. Tumbuhan lain yang seolah ‘kaku’ akan
mulai menghijau semula.
Pepohon yang berbunga mulai menguntum senyuman yang berwarna warni.
Musim-musim ini alam seolah tersenyum dengan senyuman penuh warna- seolah satu kreografi tarian yang indah,
terbawa sehingga bertemu musim panas. Daffonilkuning yang indah, bungaan Japanese Cherry tree,berwarna merah
jambu di Jepun, Spring Cherry, Agapanthus, Amaryllis Statice, Zinnia, Casa
Blanca Lily dan banyak lagi.
Semua lukisan alam yang seolah bangkit dengan
warna-warni segar, bagaikan lukisan yang baru dilukis, yang lebih perlu
disegarkan dengan campuran warna-warna hijau muda, juga dedaun yang kekuningan
atau merah yang samar-samar, diserikan dengan
cahaya mentari yang malu-malu menampakkan diri.
Summerjuga tidak kurang indahnya. Sekali lagi kami ke Amsterdam,
melihat Amsterdam dalam musim yang berbeza.
Bagaimanapun musim tiupan angin dan cuaca yang agak tidak menentu
Kekadang hujan, panas, mendung atau ribut kelam. Kuntuman pepohon bunga berwarna-warni
akan terus tersenyum, rang dan melintuk menari dengan haruman yang segar. Kalau
mahu melihat kelopak bunga segar dari
jenis tulip, ros, jasmin, inilah masa yang patut dinanti. Kuntuman
bunga-bungaan ini murah harganya. Musim romantik seperti yang digelar orang
terutamanya pasangan bercinta.
Dan kata-kata Manisah masih teriang-iang di
telinga.
“Duha, tengok tulip-tulip tu kan. Cantiknya.
Banyak warnanya. Indah. Kalau tulip berkembang tanpa perlu gugur, kan lebih
bagus.” Dan dia ketawa riang.
“Cari saja bunga tulip plastik, pasti kembang sepanjang
masa Manis.” Dia tersenyum kembali.
“Kalau setakat plastik, tak payahlah beli
pula. Nampak kembang menguntum, tapi palsu.” Mukanya sengaja dikerutkan
membuatkan aku tergelak lagi. Sengaja aku cuit hidung kemeknya. Dia tergelak
kembali.
“Kalau muka macam plastik, cantik.”
Dia segera memahami dan berkata, “Ala, asyik
mengata orang.” Dan bunga seakan mengembang bagai cinta kami. Tulip yang
kembang segar, berwarna-warni indah menjadi latar kepada lukisanku nanti dengan
tajuk Summer.Gambaran bunga-bunga Alchemilla, Carnation, Dahlia,
Iris, Lilac dan Calla Lilybagaikan menerpa kembali.
Aku kembali mengkhayalkan akan cantiknya bunga-bungaan yang kembang
seperti cinta. Cinta mungkin berkembang secantik bungaan yang sedang mekar.
Bagai tulip! Atau lebih ceria digambarkan bagai ros! Seperti tradisi Inggeris,
bunga menjadi kemestian di dalam rumah. Memberi bunga bagaikan satu tanda
cinta! Di akhir musim, sehingga Ogos, dedaun mulai kering. Dedauan hijau segar
mulai menguning dan layu. Warna orange dan tona coklat serta kekuningan boleh
menggambarkan suasana ini.
Apabila Autumntiba,
iaitumusim gugur, segala pemandangan yang indah berubah. Dedaun
di pepohon akan mulai gugur Dedaun pinemulai memenuhi sepanjang jalan. Di akhir musim,
sehingga November, cuaca sejuk bermula lagi. Putaran musim Winter, Spring,
Summer dan Autumnakan terus
berputar lagi.
Aku bangun meninggalkan meja hitam kecil itu,
menuju ke bilik lukisanku. Dalam pencarianku mencari Manisku, aku juga perlu
melengkapkan lukisanAutumndan Summerku.
Aku dan manis, indahnya kenangan. Kami telah jelajahi Asia Tenggara,
menyusur salur indahnya Sungai Chao Phrayanya, menikmati senja lempayung yang
memerah di Solo. Atau indahnya menyaksikan warna monumen, bangunan ciptaan manusia
berwarna kelabu yang megah dengan
lelangit yang mulai megersik menguning di Jogjakarta, atau indahnya pantai
sambil menyapa angin laut mesra takkala bangun di gigian laut di Pulau Bali.
Telah kami jelajahi juga Eropah, menyaksi empat musim yang silih berganti.
Indahnya tulip di musim bunga, atau indahnya dedaun gugur di London, indahnya
krismas bersama bola pelangi di New York. Segalanya, yang semakin indah,
menganyam memori bersama Manisah.
Cuma,
aku sedari aku dan Manisku belum lagi melihat Aurora seperti yang pernah aku
angankan! Sambil tangan ligat mewarna, jiwa juga ligat berfikir, dimana
Manisku? Manis pasti ada komen membina mengenai lukisan-lukisanku seperti yang
dia selalu lakukan 60 purnama lalu. Entahlah! Ke mana Manisku menghilang!Akan kubawa
dia bersama melihat cantiknya Eurora!