Home Novel Travelog CINTA CAPE TOWN
Sinopsis CINTA CAPE TOWN (NORA ISMA FUAD)

Cinta membawa kepada obses? Atau obsesi membawa kepada cinta? Lantas, adakah menjadi bahagia? Atau lara? Obses! Obsesi! Sikap obsesi terhadap yang dicinta membawa kepada perubahan kepada spiritual insan. Obses ada kalanya membawa kepada perubahan positif yang membawa kepada pola ‘kisah misteri’ kepada cinta! Obses dalam pergerakan pola negatif membawa kepada percaturan yang memberi impak negatif kepada hidup!

Kisah ‘hikayat cinta’ Saiful terlalu obses tentang Katrina yang pernah menjadikan dia terlalu menyintai gadis itu satu masa lalu. Menjadi isterinya, dan kegagalan mengekalkan ciri-ciri dramatik yang menjadikan Saiful terus obses menjadikan perasaan cinta itu juga turut berubah! Adakah cinta boleh diburu lagi, seperti mana dia memburu Katrina dahulu?

Adduha terlalu obses terhadap ‘cinta hatinya’ sehingga gagal membiarkan dia yang ‘pergi’, pergi daripada hatinya. Dia membiarkan isterinya terus berada dalam memorabilianya sehingga dia hampir karam.Adakah dia akan dapat kembali kepada realiti?

Masih adakan ‘jalan pulang’ untuk mereka?, Siapakah yang menjadi penghubung kasih? Cinta! Terlewatkah untuk yang menanti?

Gelaran ‘andartu’ yang dibawa terlalau pahit untuk direntangi kepada Natrah, gadis desa yang terlalu ‘sempurna’ untuk dilukai akan kisah hidupnya. Dan kedatangan seseorang, berjaya membahagiakannya… Kenapa semuanya cuma mampu bertahan di pertengahan jalan.

Kisah persahabatan, cinta, lara yang dijalin bagi mendewasakan anda! Bersediakan anda dengan seribu satu kepayahan kehidupan. Pasti ada senyuman, tangisan, hiba, lara dan retak hati yang dibawa ke penghujung noktah! Bersediakah anda?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh (NORA ISMA FUAD)Noor arbaiah ismail