Bab 1-22 akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.
Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,
BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.
BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.
bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.
SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21;
AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya,
tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.
Selamat
Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan
terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.
13
Angin petang menyapa
lagi. Aku teringatkan akan lukisanku, yang baru sahaja mencecah ke pasal satu.
Baru bermula dengan satu lapisan latar alam, dengan lakaran langit dan awan
biru. Gambar pemandangan di Padang Rumput di Adelaide, gambar dalam majalah
yang kulihat minggu lepas, menjadi model pemandangan yang ingin kulukis,
kuletakkan di atas kanvas yang aku pasang dengan kekisi. Ingin sekali
mengeluarkan kekisi dan melukis di bawah pohon mangga sana, tetapi, aku takut
nanti ramailah pulak kaki-kaki sibuk yang akan singgah dan bertanya itu dan
ini. Maklumlah, rumah ayah yang terletak berdekatan dengan jalan susur keluar dari
kampung ke pekan besar, menjadi jalan utama untuk keluar dan masuk ke kampung.
Perkataan ‘andalusia’
tiba-tiba menjengah minda, menyakiti ruang dada yang telah sendat! Entahlah,
siapa yang cuba menyakiti hati anak-anak gadis yang masih ‘solo’ ini dengan
istilah yang begini. Andalusia untuk ungkapan ‘anak dara lanjut usia’. Apalah
salahnya dengan menjaga perawanan sehingga lanjut usia. Apakah satu dosa untuk
kekal dan hidup secara solo? Mereka barangkali terlupa bahawa suratan hidup
insan telah tertulis di Luh Mahfuz.
Satu suara memberi salam
daripada ruang luar. Segera salam disambut. Menjengok daripada tingkap di
bilik, rupanya Aishah, anak jiranku. “Kak di bilik Cah. Masuk dari pintu di
dapur, tak kunci, kak tutup je.”
Segera memberi arahan ringkas kepadanya. Agaknya tentu dia datang dengan
membawa hidangan. Aishah adalah jiran di belakang rumah kami. Kelaziman sebagai
jiran, jika ada masakan yang lebih, pasti Aishah akan menghantar sepiring atau
semangkuk masakannya.
Kelibat Aishah yang
memakai baju kurung kain kapas, berbunga kecil kebiru-biruan, dengan kain
selendang panjang senada, berjaya membangkitkan seri seorang gadis yang baru
berusia dua puluhan.
“Cantiknya rambut Kak
Nat. Lurus. Teknik rebonding ke?”
Aku tergelak. Aku tahu,
dia baru terpandang rambutku yang sudah mengurai melepasi paras nahu. selalunya
aku ikat dengan kemas, bertocang satu atau bersanggul siput cara sederhana.
“Kak Nat buat
apa?”
“Melukis.”
“Melukis?. Sejak bila
pulak Kak Nat melukis.” Agaknya dia pelik. Belum pernah dia bertembung dengan
aku yang tiba-tiba datang minat untuk melukis.
“Tengok gaya memang ada
macam pelukis pro.” Dia membuatkan aku tergelak.
“Gaya, mana ada gaya.
takkanlah pelukis pro pakai kain batik dengan baju kedah ni.”
“Cah bukan kata baju Kak
Nat tu, gaya lukis dan warna tu.” Aku tergelak lagi. Dan dia menyambung
ayatnya, “Sejak bila Kak Kat melukis?
Tak pernah nampak pun dok lukis?”
Aku hanya tersenyum
mendengar celoteh Aishah. Bernasib baik juga mempunyai jiran tetangga pasal
Aishah ni, tidaklah terasa tertekan sangat. Dia ni kelakar orangnya, pandai
membuat ayat “Kat nak minat dari zaman sekolah lagi. Belajar di kelas sekolah.
Tapi itulah, Kak Nat tak pandai macam Kat. Tak boleh sambung belajar.”
“Bukan tak pandai Kat
Nat, sekolah di luar tu, tak cukup pandai nak ajar kita yang dah pandai ni.”
Dia selamba mengeluarkan ayat loyar buruknya. Dan sekali lagi aku tergelak.
“Alat-alat ni semua,
mana Kak Nat dapat?”
Aku memulangkan senyuman
kepada dia. Aku sudah dapat mengagak dia akan bertanya perihal alatan yang
sedang aku gunakan. Lama aku perhatikan dia merenung kekisi lukisan, palet
warna, dan berus lukisanku.
“La, kan dulu Kak Nat
belajar Art and Design.Dia punyalah
semua ni. Lagipun kerap juga Kat menerangkan pasal lukisan ni. Kak Nat ada
belajar daripada Kat juga sikit-sikit.”
“Ooooo. baguslah macam
tu.”
“Panjangnya oooo.” Dia
tergelak bersahaja.
“Tadi Cah letak pulut panggang kat atas meja. Mak Cah masak. Pagi tadi
kan kami tolong Mak Mah buat rendang pedas Mak Timah.” Fahamlah aku, rupanya
Aishah dan emaknya juga turut terlibat dengan projek Mak Mah bersama dengan
ibuku.
“Kak tahu, Mak Mah tadi
bising-bising pasal kak sebelum mak kak sampai.”
Aku mengangguk sambil
tersenyum sinis, sudah dapat mengagak sangat, ceritaku bakal tersebar ke
telinga Aishah dan ibunya. “Biar kak teka, pasal ustad kan?”
“Ha’ah kak. Dia kata,
orang nak tolong dia, dia tak mau pulak. Tapi Cah faham kalau Kat Nat tak mahu
kahwin ustad tu.”
Aku meneruskan mencalit
berus nombor lima dengan meletakkan warna ungu bercampur putih kepada warna
lavender di kanvas, dengan membiarkan sahaja Aishah meneruskan ceritanya.
“Ustad tu kan ada isteri dah. Kan kak?”
Sekadar mengangguk.
“Yang Cah geram tu, pandai pulak Mah Mah kata, dah la masuk tahap ‘Andalusia’,
tapi degil juga. Sampai hati betul Mak Mah tu. Lain kali, Cah dan mak tak mau
tolong dia lagi. Panas telinga Cah ni kak.”
“Biarlah dia Cah. Nanti
mulut dia penat, dia akan berhenti cakap.”
Sebenarnya jauh di sudut hatiku, aku terasa geram. Sampai hati betul Mak
Mah berkata kembali kepadaku di belakangku. Nampak sangat dia tidak ikhlas
untuk membantuku.
‘Itulah kak. Kononnya
nak tolong, bila orang tak setuju, bising pulak dia.”
Aku tersenyum lagi,
agaknya orang muda macam Aishah pun terasa geram dengan kenyataan dia, apatah
lagi kata-kata tadi merujuk kepada diriku sendiri. “Matlamat tak menghalalkan
cara. Dia berniat baik, tapi dia kenalah juga terima kalau orang tak setuju.”
Dia mengangguk-angguk,
“Tak ada jodoh.” Kami menjawab serentak dan ketawa. Hati dan minda serta jiwa
bagaikan tahu, jawapan kepada permasalahan aku. Mereka kadangkala lupa, semua
kehendak jodol pertemuan, ajal dan maut di bawah ketentuan dan kekuasaan Allah
semata!
“Cah nak minum, pergi
lah dapur, buat air sendiri. Lepas tu bawa kat sini.”
“Hai, bukan tuan rumah
yang kena jamu tetamu.” Dia tersengih menampakkan barisan giginya yang cantik.
Sepasang mataku terpana memandang wajahnya yang mulus. Aisyah Humairah ini
cantik orangnya. Wajahnya bujur sireh, penuh keayuan. Kulitnya walaupun sekadar
hitam manis, orangnya baik hati, dan agak lurus orangnya. Dia tidak pandai
berhelah atau bercakap ‘bersimpang siur’. Apa yang terkandung dalam hatinya,
itulah yang keluar daripada mulutnya. Dia tidak pandai ‘bermuka-muka’. Tanda
biasa individu yang tidak banyak bicara!
“Cah, ada baulu dalam
tin milo tau, dan kunci pintu dapur tu.” Aku menjerit, melihat dia yang baru
sahaja keluar daripada bilik menuju ke ruang dapur rumahku. Sebentar kemudian,
dia datang kembali dengan satu kendi kecil teh ‘o’ dan sepiring baulu dan tiga
ketul pulut panggang bersama semangkuk kecil rendang pedas Rawa ibuku.
“Terima kasih kerana
menjamu saya.” Sengaja aku ucapkan kepadanya sambil ketawa.
“Rendang tu tak payahlah
bagi. Nanti habis kat rumah Cah.”
“La, yang ini kat rumah
kak punyalah. Yang Cah punya, mana Cah bawa, ada kat rumah. Cah nampak ada atas
dapur.”
Aku berhenti daripada
mewarnakan kanvas. “Jom makan kat luar Cah. Kat pelantar tu lagi best.”Segera aku mencapai tudung kepala
yang aku sangkutkan ke paku yang terdapat di dinding bilik, dan mengenakan ke
muka. Tangan kananku segera mengangkat talam yang berisi pulut panggang, baulu dan semangkuk rendang pedas. Aisyah
pula mencapai cangkir teh bersama dua biji cawan porcelin lama mak.
Angin petang yang
bersenandung, melegakan fikiran yang sarat dengan tajuk, ‘andalusia’ tadi.
“Cah tahu tak,
‘andalusia’ yang digunakan oleh orang kita ni sebenarnya tak sesuai dengan
gelaran ‘solo’ macam kita tau!” Aku sengaja membuka tajuk yang sudah lama aku
pendamkan sendiri, di dalam hati.
Dia memandang aku dengan wajah yang kelat dan sedikit pelik. “Kenapa
pulak? Kak ada istilah yang lebih baik?”
“Kenapa pulak budak ni. Jodoh kan bukan di tangan kita. Kalau kita yang
berhak tentukan, tentu semua orang akan pilih jodoh yang baik, beriman, kaya,
berharta, dan lagi handsome. Dan
akhirnya akan hidup aman dan bahagia.”
Aishah menghirup teh perlahan dan menjawab perlahan, suaranya seakan
berbisik, “Ya lah kak. Orang yang melabel orang tu sebenarnya tidak sedar akan
Takdir yang Allah tentukan untuk manusia. Mereka suka-suka menggelarkan orang
dengan gelaran yang bukan-bukan. Senang-senang buat dosa.”
“Itulah dek. Kadangkala orang ni suka buat persepsi. Macam kak ni, mereka
tuduh memilih lah, itu lah, inilah. Soal memilih ni, tentulah kena pilih,
takkanlah orang suruh kahwin dengan orang tua enam puluhan pun nak, suruh
kahwin dengan suami orang pun tak kisah juga, dengan pengedar dadah pun okay
jugak.” Aishah ketawa terbahak-bahak.
“Tapi kan kak, ada orang kahwin dengan orang tua lapan puluhan oun ada,
okay je.”
Aku ketawa sama, “Itu orang dek, kak, eee, tak naklah.”
Dia ketawa lagi. “Tu sebab kak tak jatuh cinta lagi. Kot nanti kak jatuh
cinta dengan Wan Hitam, baru tau. Cinta tu buta tau.” Apabila dia mneyebut
tentang Wan Hitam, aku pun ketawa lagi. Wan Hitam adalah panggilan biasa ‘atuk
Hitam’, seorang lelaki yang sudah
berusia lapan puluhan, tinggal di hujung kampung kami. Dia sudah
berkahwin banyak kali kerana isteri-isterinya semuanya sudah meninggal dunia,
satu persatu. Anaknya, agak ramai, sepuluh orang semuanya yang semuanya sudah
dewasa.
“Tapi kan, kalau Wan Hitam okay juga kan. Ada rumah cantik. Dia pun
nampak steadylagi tau. Hari-hari di
masjid. Dari subuh sampai ke Isyak. Warak orangnya. Tingkah laku pun baik, tak
kacau orang. Tak pernah mengata orang.”
Aishah ketawa lagi. “Tu macam ayat orang yang jatuh cinta tau kak.”
Aku cepat-cepat mncubit halus di lengannya. “Tu bukan ayat jatuh cinta
dek ooi, kenyataan. Wan hitam tu memang baik orangnya.”
Aishah tersengih lagi lalu menyambung ayat, “Anak dia tak ada yang bujang
lagi, duda ke?”
“Hmm, itu kak tak tahu, anak-anak dia semuanya duduk luar, tak ada yang
tinggal di kampung ni. Kak tak pernah kenal anak-anak dia. Lagi pun, Wan Hitam
kan orang luar, dia baru pindah dalam sepuluh tahun ni. Rumah dan tanah tu
asalnya dia beli daripada orang lain.”
Aishah mengangguk-angguk. “Tahu juga kak cerita dia. Maklumlah mata air.”
Dia tergelak lagi. Aku terus mencubit lengan dia berkali-kali.
“Sakit la kak, dah merah pun.”
“Padan muka.” Aku menjuih mulut ke arah dia.
Aishah bergerak menghampiri tempat dudukku lagi, “Habis, macam mana kak
tahu cerita dia?”
“Ayah kak kan rajin ke surau juga. Wan Hitam ada cerita dengan ayah.”
“Dia tak nak ke kahwin lagi?”
Aku membeliakkan mataku memandang Aisyah lalu bertanya, “Cah nak ke?” dan
terus ketawa.
Aishah menyambut ketawa lalu menyambung, “Kan dah kata tadi, Wan Hitam
tu, kak yang punya.”
“Ayah kak cerita Wan Hitam berkahwin dua kali. Kali pertama, selepas
empat puluh tahun, isterinya meninggal, sebab tu lah dia kahwin seorang lagi.
Dan selepas dua puluh tahun pula, isteri keduanya meninggal. Kata ayah kak, dia
tak mahu kahwin lagi, lagipun dia kata, dia dah tua sangat.”
Aishah mengilai ketawa. Suka agaknya dia mendengar perkataan ‘sudah tua’.
“Bak kata orang, dunia kata pergi, kubur kata mari.” Satu ungkapan biasa
yang disebut orang-orang lama bagi menggambarkan bahawa orang yang tua
sepatutnya lebih menumpukan kepada soal ibadat sebagai bekalan akhirat daripada
hanya menumpukan kepada hal-hal dunia semata-mata.
“Kalau dah tua macam Wan Hitam, Kak Nat tak nak, tapi kalau baik, warak,
kaki masjid macam Wan Hitam, tentu kak setuju Cah.”
Aishah mengangguk lagi, “Cah pun kak. Setuju seribu peratus.” Kami saling
memulangkan senyum. Dalam cabaran ‘dunia baru’, wanita memerlukan lelaki yang
baik dari segi agama dan amalannya supaya kehidupan wanita terpelihara dengan
baik. Apatah lagi penyakit seperti hubungan sesama jenis, a.k.a gay, bioseksual
yang melanda masyarakat, masalah penyalahgunaan dadah, penyakit menipu dan
temberang dalam masyarakat dan sebagainya.
“Cah tahukan, konsep memilih ni sebenarnya, bukan memilih. Ini dikatakan
menilai yang terbaik untuk hidup kita. Salah ke kalau memilih yang terbaik
untuk diri sendiri. Takkanlah nak kahwin sama lapan sembilan kali macam
mendiang Elizabeth Taylor tu.”
“Ya kak. Setuju. Tapi orang tak faham. Asal kita tak mahu je, jodoh yang
mereka cuba dengan kita, kita memilih.”
Dia merenung wajahku. Agaknya, dia memahami rintihan pilu yang berakar
dalam minda, jiwa dan ragaku. Andai dia yang baru sahaja mencecah umur dua
puluhan terasa akan penangan ‘andartu’ yang mereka labelkan kepada gadis-gadis
‘solo’, apatah aku yang sudah pula mencecah usia tiga puluhan.
“Tak pe kak, nanti tentu ada jodoh yang baik untuk kita. Jangan putus asa
dengan rahmat Allah kepada kita. Jangan lupa terus berdoa kak ya. Cah pernah
dengar dulu kata ustazah, jodoh ni kadang-kala datang berjalan, ada yang
berlari…”
“Yang lari tu agaknya cepatlah kahwinnye. Yang jodoh kak ni, agaknya
merangkak kot... atau di seberang benua, baru nak berakit sampai ke sini.”
Aishah ketawa mengilai. Suka benar dia dengan ayatku agaknya.
“Kot-kot bukan berakit Kak Nat, berenang tak?” Sudah mulailah agaknya,
‘akal’ loyar buruknya.
“Berenang pun berenanglah Cah, janji satu masa lagi, akan bertemu juga
jodoh Kak Nat ni.”
“Insya_ALLAH Kak. Insya_ALLAH.”
“Cah rasa Cah pernah baca pasal Andalusia ni. Dalam buku sejarah
tingkatan empat dulu kot.” Aishah tiba-tiba membuka cerita tentang ‘Andalusia’
“Andalusia! Oh, kalau tak salah Kak Nat, bandar di Sepanyolkan? Zaman
kegemilangan Tamadun Islam dulu, tapi tak tahulah tamadun yang mana!”
“Ya, bandar di Sepanyol. Zaman Tamadun Umayyah. Kalau tak salah Cah abad
ke 8 masihi. Kalau tak salah lah.” Andalusia jika disebut dalam Bahasa Sepanyol disebut
sebagai Andalucía.Bandar ini
merupakan kembar kepada bandar-bandar lainnya seperti Cordova dan Granada, yang
menjadi pusat kegemilangan penting intelektual Islam. Bandar keagungan yang menjadi
akses kepada kecemerlangan ilmu pengetahuan termasuk sains, matematik,
astronomi dan pelbagai bidang lain ke Eropah kemudiannya.
“Kak Nat teringin betul dan ke sana, ingin
sekali melihat keagungan zaman Islam. Tapi itulah, kalau asyik duduk di rumah, tak
ada kerja lain, mana pulak nak cari duit.”
“Kan Kat Nat kata nak jual lukisan.” Soalan
dia menyedarkan aku akan impianku yang baru sahaja bermula sejak minggu lepas.
“Tu la Cah, tapi tahulah, bukannya boleh pasti
lagi. Boleh je cuba.”
“Tak pa lah Kak Nat, cuba je lah.”
Aku hanya leka kemudiannya memandang Aishah
yang mengunyah baulu buatan tangan mak, aksinya seperti baulu yang seolah
berbentuk sekuntum bunga bagaikan sedap sangat!
“Sedap ke Cah, makan macam sedap.”
“Sedap, Kak Nat tak pernah makan ke?”
“Kan mak Kak Nat selalu buat, sampai naik jemu
dah makan.”
Teh dituang lagi daripada kedi kecil mak.
Sesedap angin yang mencium perlahan tubuh kaki yang leka di pelantar.
“Tak ada pulak buah pelam ni, sedap kan kalau
buat cicah!”
“Kan baru putik tu.” Kami sama-sama mendongak
melihat pokok mangga di atas kepala. Banyak sekali bunga mangga yang berwarna
putih seolah salji yang memutih, memenuhi kesemua bahagian atas dedaun pokok
mangga. Terdahan dahan yang sudah meulai mengeluarkan putik kecil, sebesar duit
syiling dua puluh sen.
“Nanti ajar Cah buah kuah rojak ya. Sedap kuah
rojak Kak Nat.”
Aku tersenyum, sudah banyak kali aku tunjukkan
cara membuat kuah rojak kepada Aishah. Nampaknya, dia masih gagal mengingati
resepinya. “Tak ingat-ingat lagi.”
“Tak, kali ni Cah kena tulis kak. Lupa.”
“Ehhh, macam orang tua.” Dia tergelak-gelak
lagi.
“Macam ni, barulah padan dengan Wan Hitam.”
Ayat penyambungnya membuatkan kami tergelak panjang. “Entah-entah Wan Hitam pun
tak pelupa tau. Dia rajin mengaji, tentu ingatannya baik.” Aku sambut dengan
pujian terhadap Pak Hitam. Sebenarnya aku sendiri, kurang pasti kenapa Wan
Hitam diberi gelaran sebegitu oleh penduduk kampung, padahal, kulit Wan Hitam
bukanlah ‘gelap’, sekadar sawo matang sahaja. Namanya pulak Muhammad Adam, agaknya
dua nama orang rasul kepada Wan Hitam menjadikan dia warak orangnya!
“Kak Nah pernah ada mata air tak?” Aku
terdiam. Entahlah, apa jenis jawapan yang aku harus beri kepadanya. Patutkah
aku berterus terang sahaja tentang ;dia’ yang pernah mencuri hatiku. Akmal
Hakim Bin Sulaiman, a.k.a abang sulung kepada Aisyah.
“Tak ada Cah. Kalau ada pun sudah mati dalam
memori.”
“Mana boleh tak de. Kak Nat ni cantik
orangnya, baik hati, pandai mengaji, pandai masak…”
“Pembodek, lagi?...”
Motorsikal ayah yang mengaum di luar jalan
sana menjadikan kami berdua terdiam. Dari jauh ternampak kelibat ayah dan emak
yang membonceng bersama. Padanlah mak lama sangat perginya, rupanya, mak
barangkali terlibat juga dengan projek ‘desa’ bersama ayah sekali.
“Pak Daud, Mak Cik Mah tu dah balik tu, Cah
balik dulu lah kak. Dah petang sangat ni.” Aishah cepat-cepat meminta izin
beredar. Terima kasih ayah, emak, kerana pulang tepat pada masanya.
“Dah nak balik Cah, tak minum dulu.” Ayah
mempelawa Aisyah sambil memakirkan motorsikalnya di bawah rumah kayu kami.
“Bukan takat minum ayah, mak, dah makan
sekalipun. Dan minum, makan lagi, eloklah dia balik.” Kusampuk dengan ketawa.
“Iyalah tu. Cah balik dulu Pak Daud, Mak Cik
Mah.” Aku hanya melihat kelibat Aishah yang semakin menghilang di sebalik pokok
mangga di belakang rumah, menuju ke rumahnya.
“Ayah, mak nak minum?”
“Sekejap lagi Natrah. Ayah nak mandi dan solat
dulu. Dah lambat ni. tinggal je teh ayah di pelantar tu. Nanti ayah minum.”
“Ni lauk kenduri.” Mak menghulurkan bungkusan
plastik berisi lauk-pauk. Lauk kenduri? Tertanya juga, kenduri di mana hari
ini. Tapi nampaknya, mak seolah tidak betah berbual. “Mak nak minum?”
“Kenyang lagi Natrah. Mak nak solat dulu. Asar
dah lama dah ni.” Mak tersenyum sambil meluru masuk ke dalam rumah.
Aku
segera mengemaskan piring dan cawan yang kami gunakan tadi. Memasuki dapur
lagi, ketika tangan ligat membasuh piring dan cawan, kepalalu ligat mengingati
Akmal Hakim lagi. Dan semuanya masih terasa basah dalam memori. Aku pasti, aku
sudah dia lupakan, sesaat dia berangkat ke United Kingdom, kerana di situlah
semua surat-suratnya terhenti, sepertinya terhentinya cinta kami. Tapi sering
tertanya lagi dalam hatiku sendiri, benarkah ada cinta yang tersembunyi si
sebalik persahabatan lebih 100 bulan purnama yang kami lalui bersama. Agaknya,
memang tidak wujud cinta antara kami! Masa telah jelaskan segalanya. Dia hanya
wujud sebagai momento sejarah lama, sekadar sejarah zaman remaja! Cinta hanya
ilusi! Dan aku tidak mahu bermimpi di siang hari lagi!