27
Saiful terasa lapang dada dengan kepulangan Sara dan Pia. Dia tidak lagi
terasa sunyi lagi. Rumah setingkat yang mereka duduki mulai berbunyi lagi. Ada
bunyian suara sara membaca buku, atau sekurangnya becuk mulutnya menyanyikan
lagu remaja paling ‘hits’ dunia sekarang ini, Justin Bieber, ‘Baby-baby’
berulang kali. Kadangkala Sara sibuk menyanyikan lirik Hannah Montana,
dengan lagu popularnya, Just Like You.Dan
sesekali Pia akan turut menyanyi dengan lirik rekaannya sendiri. Berbunyi aneh
dengan sebutan pelat! Pelik tapi menghiburkan. Yang paling penting, Katrina
nampaknya dalam mood yang baik. Saiful risau sangat jika Taufan Katrina menimpa
lagi. Mengikut tinjauan dunia, Taufan Katrina lah yang paling banyak
meninggalkan kerosakan kepada alam, hampir 8 bilion banyaknya, berbanding
dengan taufan dari jenis lain.
Perpisahan adakala perlu dalam menghubung kasih sayang. Jadi betullah,
kata bidalan lama, ‘Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak,
tangan-tangankan.’. Cuma Saiful agak terkejut melihat rambut Katrina yang
dipotong pendek, sekadar mencecah telinga, yang dipotong rata. Selama ini, Katrina
tidak pernah memotong rambutnya pendek, biasanya rambutnya panjang mengurai,
dan dia akan mengikat tocang dua, a
single pony tailatau twin pony tailyang
cantik, yang amat Saiful gemari. Dek kerana tocang itulah, dia barangkali
tertawan kali pertama melihat Katrina.
Dan setiap kali bertemu dengan Kat dulu, tocang dua itulah yang masih menawan
hati jantannya. Entahlah, apa yang bersarang dalam hati Katrina.
Saiful memikirkan lagi, pengalaman
yang lebih indah, memegang tangan Pia, tangan kecil itu terasa tenggelam dalam
tapak tangan besarnya, dan memikirkan kemungkinan-kemungkinan masa hadapan,
yang bisa terjadi kepada gadis kecil ini. Lagu Quey Sera-sera bagaikan melirik
dalam kepalanya lagi, ‘ialah Pia, semuanya bakal terjadi.’
“Bang! Adui,
berangan lagi?” Suara itu mengejutkan dia lagi.
Saiful
berpaling melihat ke arah suara yang menegurnya lagi. Ridzuan tersenyum saja.
“Hari tu tahulah Kak Nat tak ada, ni dah balik pun, termenung lagi. Apa yang
sebenarnya dalam ‘kepala hotak’ abang tu?”
“Kau ni Wan,
potong stim je la. Baru je nak berangan.”
Saiful
membetulkan tempat duduknya, teh panas ditangannya diteguk perlahan.
“Minum apa
tu? Tak ajak orang pun.”
“Teh kosong. Nak ambil je dalam bekas tu.” Ridzuan mengintai bekas
minuman ais panas yang ditunjukan Saiful. Dia menuang air teh yang masih
berbaki ke dalam mugnya.
“Air panas tengah-tengah panas ni bang?”
“Okay pe. Kalau minum air ais, ais tu sejukkan di luar badan kita je. Air
panas ni berbeza. Panas terasa di luar, tetapi bila dalam badan, rasa
tenteram.”
Ridzuan tergelak. “Yang lain tu, saya boleh terima bang, ayat tenteram tu
yang buat saya tak tahan dengar.”
Saiful kelihatan merengus sekejap, “Abang rasa macam nak cuti la Wan.
Penat juga kepala ni. Kita pergi cuti nak?”
Ridzuan membetulkan tempat duduknya, “Abang ajak saya? Patutnya abang
ajaklah keluarga abang?”
Saiful termenung sekejap,”Nak ajak keluarga kena tunggu cuti sekolah,
mana boleh nak pergi tengah-tengah musim tak cuti macam ni?”
“Nak ke mana kita?”
“Entahlah Wan.”
Ridzuan tergelak, “Kalau setakat nak balik kampung abang atau kampung
saya, tak payah ajak saya la.” Dia menyambung gelak.
“Eleh, tu tak payah la ajak. Kita pergi somewhere place!”
Telefon Saiful yang berdering tiba-tiba menjadikan perbualan mereka
terhenti. Saiful melihat skrin telefonnya. Dilihatnya, Aqil.
“Kawan lama abang, Aqil.”
Panggilan telefon daripada kawan lamanya, tentunya penting! Ridzuan
menghabiskan air minumannya tanpa suara, hanya mencuri dengar perbualan antara
Saiful dan Aqil.
“Hello.”
“Hello kawan, bagilah salam.”
Saiful memberi salam sambil tersenyum. Kekadang sukar mengubah kebiasaan,
menyebut hello, padahal memberi salamkan lebih afdal. Dan ucapan salam bersabut
dengan baik, mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain. Kepentingan dalam
memberi dan menjawab salam bagi seorang muslim.
“Apa mimpi kau telefon ni Aqil. Lama tak dengar berita.”
Aqil hanya ketawa di hujung gagang. “Memang la tak dengar berita Epol
ooi, lainlah kalau aku ni VVIP ke, ada la beritanya.”
“Aku nak ajak kau ke Afrika, kau nak tak?”
Saiful agak
terperanjat dengan tawaran Aqil. “Hai, angin tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba
nak ke Afrika pulak?’
“Kau ingat
tak abang aku, Amran!”
Saiful membayangkan wajah Amran. Hanya beberapa tahun lebih tua daripada
mereka. Lebih kurang seperti wajah Aqil juga, hitam manis kulit mereka,
berwajar bujur, loyar buruk yang sama. “Kenapa dengan Amran?”
“Dia dan keluarga di Afrika sekarang ni, kerja dengan kedutaan. Dia ada offertempat tinggal, kalau kau nak ikut
la.”
“Iya ke, kalau aku ajak kawan boleh?’
“Boleh je, lelakikan?”
“Takkanlah aku nak bawa perempuan pulak. Kau ni pun satu jugak Kil.” Aqil
hanya tergelak lagi. Saiful menggelengkan kepalanya, kawannya ini tidak akan
habis-habis perasaan nakalnya.
“Bila plan nak pergi?”
“Aku okay je, bila-bila je boleh on.
Aku kerja sendiri. Apa susah. Kalau dua minggu lagi, boleh?’
“Aku checkdengan bos aku,
kalau kami boleh cuti masa tu. Nanti aku bagitahu kau ya.”
“Dan satu lagi kil, berapa kosnya.”
“Ala,
takkan banyak sangat. Aku I’ll check
flight ticket,aku nak pergi MATTA di Kuala Lumpur.Makan, jalan-jalan. Bukannya selalu. Janganlah kedekut sangat bro.
Lagipun, tempat tidur kitakan percuma.
“Okey, tokey.”
“Aku check di MATTA. Aku emelkan beberapa pilihan. Kau confirm, jadi pergi ke tidak. Dan hantar emel particularkau dan kawan tu, kalau jadi dia ikut. Lepas tu bank je
duit ke bank aku. Aku akan uruskan semuanya.”
“Roger and out.”
Saiful melirik senyum, “Aha, dah muncul dah cuti kita. Baru je sebut, dia
sudah mari.”
“Ke mana? Kawan abang ajak?”
“Afrika selatan. Sudah ada rumah di sana.
Free Tour.Jomlah. Kena sedia duit
tambang dan makan je. Muda-muda tak payah simpan banyak-banyak duit, mati
nanti, tinggalkan duit banyak-banyak, orang habiskan je.”
“Hiss abang ni, ke situ pulak. Nantilah saya fikirkan dulu. Kalau
munasabah harganya, bolehlah kita pergi.”
Saiful tergelak-gelak. Sudah lama dia bekerja, mengumpul wang untuk
keluarga, mengapa tidak dia gunakan untuk mencari pengalaman baru. “Nanti abang
updatedengan Aqil tambangnya. Mana
tau di sana
boleh jumpa makwe.”
“Kat Afrika? Jangan mimpi bang! Jangan mimpi!”
“Sapa suruh mimpi, entah-entah, mana tau. jauh mencari mak we!” Saiful
ketawa mengejek. “Tu la, abang dah kata, depan mata ada, tapi tak nak. Nak cari
juga jauh ke Afrika.”
Ridzuan ketawa sahaja. “Jauh nak pergi pinang tu, marah mak saya nanti.”
Dia ketawa terus.
“Tak payah susah-susah pergi pinang Wan, skype aje. Urusan komunikasi
secara terus.” kata-kata Saiful membuatkan Redzuan tergelak besar.
“Kita pergi kedai makan tu lagi ya, abang nak tengok kalau ada paru
goreng sambal lagi!”
Ridzuan melihat Saiful dengan sedikit pelik, minggu ini saja, sudah
beberapa kali mereka singgah pada waktu petang. “Pelik je ni bang. Abang ni
cari paru ke, cari yang tocang dua tu yang ada paru-paru? Abang jangan cari
penyakit. Selalunya, kak Kak Nat masak?”
“Yang dia masak tu lain, ini lain ceritanya.”
Ridzuan terasa hairan, ‘Kalau isteri abang Saiful sudah memasak di rumah,
apa pulak keperluan mencari lauk di luar’, hatinya berkata sendiri lagi. Penuh
dengan persoalan! “Apa lainnya abang? Kalau dah masak, kan ada lauk. Kalau abang tak makan paru tu,
pun, kira makan jugalah kan?”
Saiful hanya tersenyum sinis, terasa panas hati juga dengan kritikan
Saiful. “Alah, nak ikut ke tak nak?”
“Iyalah bang. Saya ikut saja.”
Mereka menyambung kerja sehingga menjengah petang. Saiful segera
mengenakan topi keledar untuk bergerak ke bandar Taiping, ke kedai biasa yang
disinggahi mereka. setibanya di sana,
Ridzuan sekadar memesan mee goreng untuk makan malamnya, Saiful terus ke
bahagain lauk mauk untuk melihat lauk kegemarannya, paru goreng.
“Abang cari apa?” Satu suara menegur. Saiful segera menoleh, dilihatnya,
gadis yang bertocang dua itu rupanya. Dia kelihatannya masih muda, dalam
belasan tahun agaknya.
“Paru goreng yang bersambal”
“Oh paru, tak masak hari-hari. Tak ada bekalan sampai hari-hari. Hari ni
tak de.” Jawapannya tidak melegakan hati Saiful.
Gadis itu bergerak meninggalkan Saiful di situ. Dia rupanya kembali
dengan sekeping kartu perniagaan. “Ni nombor saya di belakang ni, nanti abang
sms, kalau ada paru, saya beritahu.” Dia memberitahu dengan bersungguh-sungguh.
Saiful segera memasukkan kad tadi ke dalam dompetnya tanpa melihat kad itu.
“Kalau begitu, buatkan air limau dua, dan satu lagi mee goreng, kami di meja
depan sana.”
Gadis itu mengangguk dan berlalu pergi.
Saiful berlalu dan mengambil tempat duduk di sebelah Ridzuan. “Tak ada
pulak hari ni Wan. Lain kali sajalah. Abang makan mee goreng jugalah.”
“Ambik je lah nombor kad kedai bang, senang, telefon je bila ada.”
Saiful melirik senyum, “Dah ambik pun.”
“Ni abang makan ni, nanti kat rumah, tak makan malam ke? Kak Nat tak
marah nanti?”
Saiful terdiam sekejap. ‘Betul juga kata-kata Si Wan ni.’ terdesak
kata-kata dalam hatinya. “Tak pa kot. Takkan tak makan pun nak marah!”
Ridzuan hanya melihat dengan sekilas pandang, dalam hatinya berdetik,
‘Macam-macam akal orang yang dah kahwin ni, kalau isteri tak masak, dikatakan
malas, sudah masak, tak mahu makan pulak di rumah’.
“Bang ni nak makan paru tu macam mengidam je bunyinya.”
“Memang le, tak nampak perut yang dah lama membusung ni.” Dan membuatkan
kedua-duanya tergelak.
Sebelum senja, Saiful sudah sampai ke rumah, disambut dengan kicauan
bunyi burung dan gelak tawa Pia yang asyik galak menyebut, “Doyan…Doyan,
berpuluh kali sehari.” Saiful mengagak dia belum habis lagi bercerita tentang
durian di kampung atuk dan opahnya.
Malam yang indah akan berlalu pergi. Saiful hanya memandang Katrina
menidurkan Pia di bilik tidur anak-anaknya. Dilihatnya setengah jam kemudian,
Katrina sudahpun melelapkan mata. Dia masih mahu menonton siaran astro Astro
734, Turbo. Dia tiba-tiba teringat akan kad perniagaan yang diterima petang
tadi. Senyap-senyap dia ke dalam bilik, mengambil dompet yang disimpan dalam
seluar panjangnya. Dia mengeluarkan dompet
dengan berhati-hati dan membawanya ke depan televisyen. Di belakang kad
bertulis, Yati, dan sebaris nombor telefon. Dia segera menaip ke dalam simpanan
telefonnya dengan label, Kedai makan dan nombor. Dan dia tersenyum sendiri.
Entah apa yang terdapat dalam fikiran jantannya! Saiful tersenyum lagi. Buat
seketika dia leka dengan cintanya kepada Kartika, terhadap Sara! Kepada Pia.
Dia secara tiba-tiba, dilanda secebis ingatan terhadap gadis bertocang dua.
Hati jantannya dirasuk memori sitocang dua bernama Yati!