“Dah
siang! Mereka belum balik lagi!” tutur Afiq geram.
Saiful
yang sedang membelek-belek gitarnya mengangguk. Acha pula sudah tertidur.
Kepalanya terlentok di atas bahu Afiq.
“Kita
tunggu sekejap?” balas Saiful. Matanya sedang melihat keadaan di luar yang
belum berhenti hujannya.
“Aku
dengar cakap kau semalam. Kau kata kita tunggu sampai pagi. Aku dah ikut… tapi
sampai sekarang, mereka belum balik lagi,” ujar Afiq.
Acha terkebil-kebil
membuka matanya. Bunyi bising Afiq merungut Ummu dan Zaff yang belum pulang
menggangu lenanya.
“Diaorang
belum balik lagi ke awak?” tanya Acha.
Afiq
mengangguk.
“Saya
nak pergi cari dia,” tutur Afiq sambil bangkit.
“Saya
nak ikut,” ujar Acha.
“Cepat
bersiap!” arah Afiq.
Serentak
itu, kelihatan seseorang berlari turun dari tingkat atas. Kapten Azrin dan
Hakiman berlari deras.
“Ummu!
Dia dengan seseorang!” kata Hakiman ketika melintas di hadapan Afiq.
Kapten
Azrin dan Hakiman telah ditugaskan untuk membuat kerja pengawasan di atas
banggunan Hotel Dino. Semalaman mereka berdua berada di atas sana. Mungkin
mereka ternampak kelibat Ummu dan Zaff.
“Zaff
ke?” tanya Afiq.
“Bukan!
Orang lain!” jawab Hakiman.
Afiq
mengangguk. Mereka bergerak ke arah pintu gerbang yang menghubungkan dunia luar
dengan kawasan perkarangan hotel itu. Kelihatan Ummu sedang ditemani oleh
seorang lelaki berjambang halus di wajahnya dan seorang perempuan yang
berketinggian sederhana, berambut perang tetapi memakai cermin mata hitam
sambil memegang lengan lelaki berjambang itu. Afiq kenal mereka berdua!
Razali
Ahmad, rakan lamanya ketika belajar di Universiti Tun Dr Mahathir. Lelaki itu
merupakan seniornya, beberapa semester lebih awal dan tua setahun daripada
usianya. Jejaka yang terkenal ayat manisnya. Mencuri hati para gadis di UTDM
ialah kebiasan buatnya. Bahkan, tidak keterlaluan kalau dibilang bahawa Amirul
Hafeezmerupakan klon Razali Ahmad.
Afiq
sebenarnya sangat menyesal memperkenalkan Razali Ahmad kepada Ummu. Masih segar
di ingatan Afiq ketika Razali merayu kepada Afiq, memintanya untuk
memperkenalkan kepada Razali mana-mana rakan perempuan Afiq yang cantik, yang
boleh berlakon dalam filem pendek Razali, untuk assignmentnya. Ketika itu,
dalam fikiran Afiq hanyalah Ummu rakan perempuannya yang cantik. Afiq tidak
kenal sesiapa pun selain Ummu.
Namun
siapa tahu, detik pertemuan antara Ummu dan Razali sebenarnya mencambahkan
cinta pandang pertama. Afiq tidak kisah Ummu dengan sesiapa pun, asalkan Ummu bahagia.
Tapi siapa juga dapat membaca takdir, Ummu dikecewakan oleh Razali. Habis madu,
sepah dibuang. Hati yang diidamkan oleh banyak jejaka UDTM akhirnya hancur.
Tapi, itulah Razali…
Gadis
yang memakai kaca mata hitam yang berdiri di sebelah Razali merupakan seorang
gadis buta. Orangnya cantik, kacukan Melayu-Inggeris. Rambutnya perang. Hidung
mancung. Bibir merah, munggil. Namun, terhempasnya pesawat Boeing 777-300ER
membuatkan gadis itu hilang pengelihatan. Sayang sekali. Lieyana Aripin,
pemilik nama. Secantiknya orangnya juga.
“Mana
Zaff?” tanya Afiq sebaik sahaja pintu gerbang itu terbuka luas untuk mereka.
Razali
mendongak melihat struktur yang tersergam indah di hadapan matanya. Dia tidak
percaya banggunan sebegitu boleh wujud di atas pulau yang penuh dengan dugaan
dan bahaya. Sayang sekali, Razali tidak menemui banggunan itu terlebih dahulu.
Pastinya hidupnya akan lebih selesa daripada terpaksa bertarung dengan nyamuk
setiap malam dan berpeluh, mengenangkan bahawa bahaya tidak pernah berhenti memburunya.
“Kita
orang dah cari…” tutur Ummu. “Dia macam jadi orang lain. Buat semua benda ikut
kepala dia.”
“Cerita
kat aku apa yang berlaku,” sampuk Saiful yang berdiri di belakang Afiq. Dia
kelihatan menolak ke tepi rambutnya yang basah dek air hujan yang sedang turun
membasahi bumi yang hilang itu.
Seraya
itu, Ummu terus memandang wajah Razali, meraih kekuatan untuk menceritakan apa
yang berlaku. Menceritakan bagaimana
Zaff yang dibakar oleh api cemburu. Menceritakan bagaimana Zaff hilang kawalan dan bertumbuk dengan
Razali. Juga, bagaimana Zaff tiba-tiba
membawa diri selepas tangan Ummu menyentuh pipinya.
***
Tengku
Nizarif terpisat-pisat membuka matanya. Kepalanya terasa pening. Dia berada di
dalam sebuah rumah kayu. Terdapat ayat Al-Quran tergantung di dinding sebelah
katil tempatnya berbaring. Tangan kanan Zaff mencari dadanya yang ditembak oleh
Qarin. Terdapat kesan hijau di luka tembakan itu. Aneh, peluru yang terbenam di
dadanya seperti sudah dikeluarkan tanpa sedar.
Zaff
bangkit, tetapi kepalanya masih tersisa rasa pening. Di manakah dia? Tempat itu
kelihatan asing baginya. Dia tidak ingat bagaimana dirinya boleh berada di situ, namun kali
terakhir yang diingatinya ialah bertemu dengan lelaki bertopeng bernama Qarin,
kemudian atas nama Ummu, dirinya ditembak. Lalu, dirinya ditendang jatuh ke
dalam arus sungai yang sedang menggila kerana hujan lebat.
Seseorang
kelihatan memasuki bilik Zaff. Wajah ayu itu dikenali oleh Zaff. Tetapi, Ummu
bukannya berbaju-T lengan panjang yang berwarna unggu, pakaian asasi Ummu.
Tetapi, Ummu lengkap berbaju kurung. Rambutnya diikat sanggul.
“Awak
dah bangun?” tutur Ummu.
“Aku
kat mana ni?” tanya Zaff sambil melihat kelilingnya. “Bila pulak kau pakai baju
kurung ni?”
“Awak
kenal saya?” tanya Ummu sambil keningnya terangkat. Dia sedang membawa besen
yang dipenuhi oleh air. Terdapat kain putih di dalam besen itu.
Zaff
berasa pelik. Kemudian, Zaff tersenyum sinis.
“Aku
dah tahu! Aku dah tahu! Fiq, ni mesti kerja kau, kan? Ali setan betul kau ni.
Tak habis-habis nak kenakan aku!” Zaff cuba ketawa, menyakinkan dirinya bahawa
Afiq merupakan dalang di sebalik semua itu.
“Siapa
Fiq?” tanya Ummu.
“Afiq...
Muhammad Afiq bin Zaki. Sahabat kau dan aku. Tak kenal?”
Ummu
menggelengkan kepalanya. Serentak itu, masuk seorang lelaki yang kelihatan
bertanjak, memakai baju melayu dan berseluar hitam. Zaff kenal lelaki itu. Amirul
Hafeez bin Hamzah! Kasanova nombor satu Universiti Tun Dr Mahathir.
“Abang...
lelaki yang abang jumpa hari tu dah bangun,” tutur Ummu.
Hafeez
sedang berdiri sambil mengusap keris yang tersemat di dalam kain pelekat yang
dijadikan samping itu. Senyuman manis jelas terukir di wajah Hafeez. Berbeza
dengan Amirul Hafeezyang dikenali oleh Zaff. Hafeez tidak akan senyum di
hadapannya. Adapun ialah senyuman sinis.
“Aku
mesti dah gila... dunia ni... mesti sebuah ilusi!” tutur Zaff sambil
menggelengkan kepalanya. “Korang semua tak wujud! Aku... sedang berhalunisasi!”
“Awak...”
gumam Ummu.
Zaff
tiba-tiba menolak Ummu ke tepi lalu berlari keluar dari rumah itu. Dia sampai
di ruang tamu, berhenti sejenak sambil melihat keadaan rumah itu. Hanya
terdapat beberapa buah kerusi kayu. Di dinding ruang tamu, tergantung sebuah
lukisan yang melihatkan Ummu sedang duduk bersimpuh, memakai baju kebaya dan
menyarung selendang halus di kepalanya, persis gadis melayu terakhir.
Kemudian,
Zaff berlari keluar, menuruni tangga dan... langkah kakinya mati. Dia sedang
berada di sebuah kawasan lapangan, di mana terdapat beberapa buah rumah pada
pandangan matanya. Kawasan lapangan itu dikelilingi oleh hutan tebal. Kawasan
perkampungan di situ sangat asing di mata Zaff.
“Awak...”
panggil satu suara di belakang Zaff. Pantas Zaff menoleh.
Ummu
sedang berdiri di muka pintu rumah kayu di belakang Zaff sambil ditemani oleh
Hafeez yang masih bertanjak.
“Aku
kat mana ni?” tanya Zaff. “Siapa korang berdua?”
“Amirul
Hafeez bin Hamzah. Ini isteri aku, Ummu Habibah. Kau kat Kampung Perebah. Aku
jumpa kau kat sana masa tengah menjala ikan. Kau cedera,” tutur Hafeez.
Zaff
bagai diserang renjatan eletrik. Jadi... Ummu sudah berkahwin dengan Hafeez?
Tidak! Ini semua gila! Sangat gila! Zaff akhirnya terduduk, keliru dengan
takdir hidupnya.
“Ya
ALLAH... kegilaan apa yang sedang kau timpakan pada aku?” tutur Zaff sambil
memandang dada langit. Air matanya bercucuran jatuh.
***
Lapangan
kosong di hadapan rumah Hafeez dipenuhi oleh kanak-kanak yang sedang asyik
bermain antara mereka. Menurut Ummu, setiap petang, lapangan rumah mereka yang
luas itu akan dikunjungi oleh anak-anak kecil yang merupakan anak kepada
penduduk Kampung Perebah.
Ada
sekumpulan budak lelaki yang berumur dalam lingkungan umur 9-10 tahun sedang
bermain sepak takraw antara satu sama lain. Ada pula budak perempuan yang
berumur 7 hingga 8 tahun sedang bermain ting-ting.
Pemandangan
yang sedang dilihat oleh Zaff sangatlah jarang sekali. Hidup di bandar memang
berbeza dengan suasana desa yang sedang dirasai oleh Zaff. Ketawa budak
perempuan yang mengekeh apabila dikejar oleh rakannya membuatkan Zaff
tersenyum. Hatinya tenang seketika melihat gelagat budak itu.
Zaff
sedang memikirkan mengenai Hafeez yang perwatakannya yang bertukar 360 darjah,
juga ingatan Zaff mengenai Ummu yang entah kenapa hilang akal memilih Hafeez
sebagai... sungguh Zaff tidak punya kekuatan untuk mengungkapkan perkataan itu.
Sebiji
bola takraw bergolek di hadapan Zaff lalu diikuti oleh seorang budak lelaki yang
mengejar bola yang berhenti di kaki Zaff.
“Abang,
mintak bola,” pinta budak lelaki itu.
Zaff
mengangguk sambil tersenyum, dan budak lelaki itu tidak berganjak walau
selangkah pun.
“Abang
ni orang baru ke? Tak pernah nampak pun,” tanya budak lelaki tadi. Kemudian
beberapa orang rakannya menyertai dari belakang.
“Ya. Abang
orang baru kat sini dik,” jawab Zaff pendek.
“Betul
ke mak saya cakap abang ni bukan dari dunia ni?” tanya pula rakan budak lelaki
itu.
Zaff
terdiam. Dia menoleh ke arah Ummu yang sedang membetulkan kancing baju melayu
Hafeez lalu kembali menatap wajah budak lelaki tadi.
“Abang
daripada dunia yang bidadari masih belum menjadi milik sesiapa,” gumam Zaff
sambil sempat menjeling ke arah Ummu.
“Bidadari
tu apa?” tanya pula budak lelaki yang lainnya, dengan riak wajah kosong.
Serentak
itu, Ummu sedang menuruni tangga bersama Hafeez. Pandangan Zaff fokus ke arah
Ummu yang lengkap berpakaian baju kurung itu, Rambutnya diikat ekor kuda.
Ayu...
“Fiq...
kau tentu nak tengok apa yang aku lihat. Gadis melayu terakhir yang kau selalu
katakan. Kali ni, dia betul-betul macam orang Melayu,” gumam Zaff lagi sambil
tersenyum. Monolog dirinya sekadar untuk menenangkan jiwa yang bergelora dengan
resah dek terperangkap di tempat aneh seperti itu.
Laungan
azan daripada jauh sayup-sayup menyapa cuping telinga Zaff. Zaff mendongak,
melihat langit biru sudah dicemari oleh cahaya oren yang bertompok-tompok.
Indah di pandangan mata Zaff. Hari sudah mula menginjak senja menandakan bahawa
maghrib sudah mula masuk. Tetapi, suara muadzin yang kedengaran di ruang angkasa
itu benar-benar dekat dengan Zaff. Seolah-olah seperti Zaff mengenali
pelaungnya.
“Anak
lebai surau Sungai Kali. Lama dah tak dengar dia azan...” ujar Hafeez tiba-tiba
dari belakang membuatkan Zaff pantas menoleh. Kelihatan Ummu sedang setia
berdiri mengapit Hafeez.
“Siapa
nama dia?”
“Afiq...
baru balik daripada bermusafir,” balas Ummu pula.
Riak
wajah Zaff lantas berubah sebaik sahaja nama Afiq hinggap di telinganya.
Mustahil...
“Maghrib
dah masuk. Jom kita ke surau?” ajak Hafeez.
“Orang
yang azan tu ada kat sana?” tanya Zaff.
Hafeez
mengangguk.
“Fiq....”
gumam Zaff. Tidak sabar untuk berjumpa dengan Afiq, sahabat sehidup sematinya.
Sahabat yang sanggup berbuat apa sahaja demi dirinya. Entah bagaimana lah Afiq
di dunia Kampung Perebah itu. Apakah berbeza dengan Afiq yang dikenalinya
ataupun masih sama? Afiq yang dikenali oleh Zaff adalah seorang lelaki yang
gila-gila, pentingkan persahabatan dan yang paling penting, Afiq yang don’t
give a damn what people said about him.
Sesekali,
Zaff melemparkan pandangan menatap wajah Hafeez yang berkerut melangkah sambil
membawa lampu minyak tanah yang menyala menerangi denai yang membawa kepada
mereka satu-satunya surau di dalam Kampung Perebah.
“Berapa
lama kau kenal Ummu?” tanya Zaff.
“Sejak
aku kecil. Dia anak ketua kampung ni. Tok Junaidi,” tutur Hafeez pendek.
“Bila
kahwin?” soal Zaff, pendek.
“3
bulan yang lalu. Dan dia sedang mengandungkan anak aku,” tutur Hafeez yang
seperti tidak sabar-sabar untuk memberitahu perkara itu kepada Zaff.
Wajah
Zaff pucat mendengarkan berita itu namun dia sempat menenangkan dirinya. Ya,
rasa hatinya seperti disiat ketika itu. Namun, apakan daya...
“Kita
dah sampai...” tutur Hafeez.
Sebuah
surau dua tingkat sedang berdiri indah di hadapan mata Zaff,. Kelihatan ramai
jemaah yang sedang memasuki surau itu. Masing-masing berpakaian serba putih,
seperti dirinya. Seorang lelaki sedang berdiri di muka pintu sambil tersenyum
memerhatikan rumah ALLAH sedang diimarahi oleh para hambanya.
“Fiq...”
“Ustaz!”
panggil Hafeez dari jauh.
Afiq
kelihatan menoleh ke arah mereka. Langkah kaki Zaff mati sementara Hafeez
berjalan penuh bersemangat ke arah Afiq. Zaff memerhatikan keadaan Afiq dengan
mulut yang terlopong. Orangnya bercekak, membalut kepalanya dengan serban serta
berjubah putih. Wajahnya kelihatan tenang.
“Alhamdulilah...”
gumam Zaff tidak percaya.
“Orang
baru ke Hafeez?” tanya Afiq.
“Saya
jumpa dia tak sedarkan diri dengan kesan tembakan di dada. Bukan dari dunia
kita barangkali,” balas Hafeez dalam keadaan berbisik.
Riak
wajah Afiq lantas berubah sebaik sahaja mendengar bisikan Hafeez itu.
“Tapi...
dia... dah lama kita tak terima tetamu macam dia,” ujar Afiq. “Kau ada
tanggungjawab besar Hafeez. Jangan biarkan dia kembali. Dunia kita ni adalah
tempat rahsia, terutama untuk manusia macam dia.”
“Tak
akan saya nak tinggalkan dia menempah maut? Biar dia berbeza bangsa dengan
kita, tetapi Islam mengajar hambanya untuk sentiasa menolong mereka yang di
dalam kesusahan,” tutur Hafeez pula.
Afiq
mengangguk setuju. Kemudian, dia menepuk bahu Hafeez lalu melangkah ke arah
Zaff.
“Assalamualaikum
saudara,” tutur Afiq memberi salam kepada Zaff yang terpingga-pingga apabila
Hafeez dan Afiq saling berbual dalam nada berbisik. “Saya Afiq,” tutur Afiq
memperkenalkan dirinya.
“Saya
Zaff,” balas Zaff pendek. Terasa janggal memperkenalkan dirinya kepada mereka
yang seharusnya mengenali dirinya. Oh dunia... kau bikin semua orang gila!
“Jom
solat. Saudara jadi imam?”
Kening
Zaff terangkat.
“Adat
orang kampung kami. Orang baru atau tetamu akan diperlawa jadi imam,” balas
Afiq apabila kekeliruan sedikit timbul pada riak wajah Zaff.
“Tak
ada masalah...”
***
Suara
Zaff mengalunkan ayat suci Al-Quran bergema di keliling surau. Merdu sahaja
membuatkan makmum di belakangnya begitu menghayati setiap bait kalam ALLAH yang
dialunkan penuh keinsafan. Terasa seperti diri terasing seketika dari lalai
dunia yang membuatkan kita melupakan pada kekasih yang utama iaitu ALLAH, yang
telah menciptkan kita.
Antara
banyak jemaah di situ ialah Tok Junaidi sendiri yang seperti terkesan dengan
ketokohan yang dipamerkan oleh Zaff. Sungguh, sudah lama dia tidak melihat
seorang manusia yang seusia dengan Zaff mampu menjadi imam kepada solat, juga
mempunyai bacaan ayat Al-Quran yang sangat merdu.
Lantas
terfikir Tok Junaidi untuk menikahkan Zaff dengan anak perempuannya, yang sudah
lama membujang. Kakaknya sudah diijabkabulkan dengan Hafeez, antara pendekar
silat terkenal di Kampung Perebah.
“Assalamualaikum
warrahmtullah...” Kedengaran suara Zaff
memberikan salam.
Tok
Junaidi tersenyum. Gara-gara Zaff, dia tidak kusyuk menunaikan solatnya..
Semoga ALLAH mengampunkannya. Zaff kelihatan sedang membaca doa selepas solat
sambil diaminkan oleh para makmum dengan penuh kusyuk.
Usai
sahaja solat, pantas Tok Junadi bertemu dengan Zaff.
“Assalamualaikum
anak muda...” tutur Tok Junaidi.
“Waalaikumussalam,”
balas Zaff yang sedang duduk di kaki tangga surau tersebut.
Tok
Junaidi mengambil tempat duduk di sebelah Zaff tatkala semua jemaah surau sudah
mula kembali pulang ke rumah. Zaff kelihatan termenung panjang, merenung
nasibnya.
“Kenapa
ni nak?” tanya Tok Junaidi.
“Saya
rindukan rumah saya. Saya nak balik...” tutur Zaff.
“Apa
kurangnya Kampung Perebah?” tanya Tok Junaidi.
Ya!
Banyak kurangnya! Aku tidak memiliki Ummu!
“Saya
cuma nak balik. Tiada yang kurangnya di Kampung Perebah. Semuanya sempurna
pakcik,” balas Zaff.
“Rumah
anak kat mana?” tanya Tok Junaidi.
“Pulau
Eurasia, Malaysia,” balas Zaff.
Berkerut
dahi Tok Junaidi mendengarkan nama yang disebutkan oleh Zaff.
“Pakcik
tak tahu pun tempat tu wujud. Di mana Eurasia dan Malaysia?”
Zaff
sekadar mengeluh. Dia dah agak benda itu akan berlaku. Dia sedang berada di
sebuah tempat yang sangat asing bagi dirinya. Tempat yang di mana bukan untuk
diriya. Dia rindukan Afiq, Ummu dan rakan-rakannya yang lain.
“Pakcik
dah cakap dengan Hafeez. Malam ni, Zaff tidur rumah pakcik? Lagi selesa. Tak
baik kita kacau rumah tangga anak pakcik,” gumam Tok Junaidi lagi. Zaff sekadar
mengangguk.
Ya
ALLAH.... betapa beratnya dugaan yang kau berikan kepada hambamu ini.
Berikanlah kekuatan untuk aku hadapinya.
***
“Kita
berehat di sini,” tutur Saiful sambil memberi isyarat kepada anak-anak buahnya.
Namun, Afiq tetap melangkah sambil menolak semak samun yang sedang berSarang di
hadapan mata mereka.
“Fiq!”
panggil Ummu dari jauh.
“Korang
nak berehat, rehatlah. Aku nak cari Zaff!” balas Ummu sambil menebas semak
samun dengan parang di tangannya.
“Pergi
kejar dia,” arah Saiful.
Ummu
mengangguk.
“Fiq!”
panggil Ummu sambil mengejar langkah kaki Afiq.
“Apa
lagi yang kau nak?” tanya Afiq.
Ummu
termengkelan.
“Kenapa
ni awak?” tanya Ummu.
“Kau
sanggup tinggalkan sahabat kau Zaff semata-mata si Razali tu? Kau tak ingat apa
yang dia buat pada kau?” tanya Afiq bengang.
“Sekejap...
awak dah ingat siapa Razali?” tutur Ummu yang seakan-akan tidak percaya.
Afiq terdiam.
Ada memori yang sedang melayang menyentuh benaknya. Memori yang telah lama
terbenam tiba-tiba timbul. Pantas pandangan Afiq hinggap di Razali yang sekadar
duduk berehat di atas sebatang kayu balak pada waktu yang sudah mula menginjak
malam.
“Aku
ingat siapa dia....” tutur Afiq.
“Siapa?”
tanya Ummu penuh berharap. Ini ialah petanda bahawa ingatan Afiq bukan kekal
hilang. Memori Afiq semakin bercambah saban hari.
“Lelaki
yang telah mempermainkan hati kau!” gumam Afiq lalu menolak Ummu yang menghalang
jalannya.
“Fiq...”
***
Imbas Kembali...
Kereta
Produa MyVi berwarna hitam kilat itu sedang tersergam indah di hadapan Apartmen
Danau Emas, rumah sewa yang menjadi tempat sewa Ummu dan rakan-rakan
sekuliahnya sementara menuntut di Universiti Tun Dr Mahathir.
Seorang
lelaki berjambang halus sedang menunggu di dalam kereta sambil menunggu
seseorang keluar. Razali Ahmad kelihatan tidak senang duduk memerhatikan
suasana sekelilingnya. Dia memerhatikan jam di tangannya.
“Lambat...”
gumam Razali.
“Raz!”
panggil seorang gadis yang sedang berlari dari jauh, menghampiri kereta Perodua
Myvi hitam itu. Razali tersenyum melihat kemunculan buah hatinya itu.
“Lambatnya.
Sampah-sampah...” ujar Razali.
Ummu
ketawa mendengarkan ungkapan “sampah-sampah” yang lahir dari bibir Razali. Ummu
tidak terasa walau sekelumitpun dengan ucapan itu. Sebenarnya, ianya satu
bentuk gurauan antara mereka. Sejak mereka belum lagi bernama kekasih.
“Kita
nak ke mana?” tanya Ummu yang melabuhkan punggungnya di sebelah Razali.
“Saya
nak cakap sesuatu dengan awak...kita tak akan kemana-mana...”
“Buat
penat aje saya pakai cantik-cantik kalau kita tak akan ke mana-mana!” ujar Ummu
merajuk.
“Hubungan
kita tak akan ke mana-mana. Kita putus!” Pendek sahaja ucapan Razali.
Ummu
menoleh dengan sangat perlahan-lahan sambil senyuman palsu terukir di wajahnya.
“Raz
bergurau kan?” tutur Ummu cuba untuk tersengih.
Razali
Ahmad menggelengkan kepalanya.
“Kita
kena putus!” Razali Ahmad berkeras.
Riak
wajah Ummu bertukar pucat. Tangan Razali dicapainya. Namun, Razali pantas
menarik tangannya daripada pegangan Ummu.
“Kenapa
ni awak? Saya ada buat salah apa-apa?” tanya Ummu. Matanya mula berkaca.
Razali
Ahmad menggelengkan kepalanya.
“Habis
tu kenapa?” tanya Ummu.
“Anggaplah
kita tak ada jodoh!” balas Razali.
“Tapi
saya sayangkan awak...”
Razali
sekadar tersenyum.
“Maafkan
saya...”
***
Razali
Ahmad tergolek apabila diterkam oleh Afiq. Buku teks yang sedang dibawa dengan
tangannya bersepah di atas lantai manakala gadis yang berkaca mata dan berkulit
putih melepak itu termengkelan melihat Afiq yang entah dari mana muncul lalu
bertindak gila.
“Kau
dah kenapa ni Fiq?” teriak Razali apabila Afiq sedang duduk di atas tubuhnya.
Di tangan kiri Afiq, kelihatan patung teddy bear berwarna merah jambu.
“Kau
tahu benda apa ni?” tanya Afiq.
“Teddy
bear yang kau nak kasi kat Ummu dulu?”
Afiq
mengangguk.
“Apa
kena mengena dengan aku?” tanya Razali.
Kali
ini, Afiq pula tersenyum sinis.
“Memang
tak ada kena-mengena sebab kerana engkau yang suruh aku jangan kasi benda ni,
aku simpankan. Sebab aku hormat perasaan kau terhadap dia. Aku hormat janji kau
pada aku yang kau nak jaga dia macam nyawa kau! Aku undur diri aku! Aku undur
diri aku! Tapi...”
“Bunga
bukan sekuntum!” pintas Razali.
Bam!
Pipi Razali Ahmad ditumbuk oleh Afiq.
“Dengar
sini Raz!” tutur Afiq dengan mata yang merah menyala.
“Bunga
macam Ummu...”
Tumbukan
dilayangkan oleh Afiq lagi.
“...hanya
ada sekuntum sahaja di dunia ni!”
Mulut
Razali sudah berlumuran darah. Namun, Razali masih kekal tersenyum sinis,
merenung Afiq yang semakin dibakar barannya.
“Bodoh.
Sebab perempuan seorang kau dah jadi macam ni? Aku tak hadap Ummu kau tu!”
“Kurang
ajar kau!” teriak Afiq.
Koridor
Kampus Universiti Tun Dr Mahathir sudah dipenuhi dengan orang ramai yang
tertarik untuk melihat adegan pergaduhan antara Afiq dan Razali. Adegan yang
berputik hanya kerana seorang gadis.
Kedengaran
suara seorang lelaki yang berkaca mata berbisik ketika memerhatikan situasi itu
ketika orang ramai sedang meleraikan pergaduhan itu.
“So
childish...” gumam Naim.
“Cinta
dan perempuan Naim. Perang Troy tak akan berlaku kalau tidak kerana dua orang
lelaki jatuh cinta pada seorang wanita,” jawab pula Echad yang sedang berdiri
di sebelah Naim.
“Dah.
Jangan bawak perangai jiwang kau pulak. Kita ada kelas Cik Mia ni, Jom?” ajak
Naim. Echad mengangguk.
Saiful
Hawiz yang kebetulan melintas tempat kejadian itu sekadar tersenyum sinis
sambil meniti satu perkataan di bibirnya.
“Trouble
maker...”