Home Novel Thriller/Aksi The Lost World
Bab 15: Biar Kami Jadi Hero

Mata Afiq terbuka luas selepas diundang mimpi yang tiba-tiba datang. Mimpi itu seolah-olah menjadi serpihan memorinya yang kembali melayang selepas beberapa ketika menyembunyikan diri. Afiq melihat Ummu yang sedang lena. Kemudian pandangan Afiq ke belakangnya. Acha sedang tidur sambil menghisap ibu jarinya lantas mengundang senyum di wajah Afiq. Beberapa hari sahaja akan masuk segenap sebulan mereka terpisah dengan Dr Izwan.

“Saya dah ingat macam saya jumpa awak. Dan awak tentu marah saya sebab saya panggil awak singa,” gumam Afiq lalu mencuit hidung Acha. Acha bergerak sedikit dalam lenanya namun masih dibuai mimpi indah.

“Mimpilah apalah awak sampai hisap ibu jari,” ujar Afiq lagi dalam nada suara yang perlahan.

“Mak…” gumam Acha dalam tidurnya membuatkan Afiq terdiam.

“Siapa mak dan ayah aku?” gumam Afiq yang tidak terfikirkan langsung mengenai itu. Dia termenung lama, sambil melemparkan pandangan ke arah kegelapan malam yang menyelubungi kawasan jip lama itu diparkir.

Bam! Bam! Bam! Bunyi tanah di bawah mereka bergegar lantas mematikan lamunan Afiq. Ummu dan Acha terus tersentak dari lena masing-masing sambil merenung wajah Afiq, meminta penjelasan.

“Bunyi apa tu…” gumam Ummu.

“Shyyy…” Afiq pantas menyuruh Ummu agak tidak menghasilkan sebarang suara.

Bunyi tanah bergegar dan dihentak sesuatu semakin dekat. Pantas tangan Afiq dicapai oleh Ummu. Daripada gerakan anak mata Ummu, kelihatan yang resah sedang menjalar dalam setiap urat gadis itu.

“Roarrr!” Bunyi ngauman sesuatu dari kejauhan sayup-sayup menyapa cuping telinga Afiq.

“Hidupkan jip cepat. Kita kena pergi dari sini!” kata Acha dari belakang, mengarahkan Afiq menghidupkan jip kereta.

Afiq memusingkan kunci keretanya. Beberapa saat kemudian, Afiq membersut marah. Dia menumbuk stering kereta berulang kali.

“Jip ni buat hal lagi ke?” tanya Ummu. Nada suaranya menampakkan dia sedang ketakutan.

“Saya keluar jap. Nak tengok apa masalah kat bahagian enjin. Saya tahu sikit-sikit bab kereta ni,” kata Afiq namun tangan Ummu pantas mencapai tangannya.

“Jangan keluar…” tutur Ummu sambil menatap wajah Afiq.

Afiq tersenyum lalu mengangkat belakang tapak tangan Ummu.

“Sekejap aje kat luar tu,” tutur Afiq.

“Hati-hati tau,” gumam Ummu.

Afiq mengangguk lalu melangkah keluar. Dia melangkah dalam hujan lebat yang masih belum berhenti mencurah-curah sejak petang tadi. Kelihatan dia membuka bonet hadapan kereta lalu mendirikannya. Kemudian, Afiq tunduk untuk melihat masalah apakah yang melanda jip lama itu. Dan ketika itu, kedengaran bunyi tapak kaki sedang menghampiri Afiq dari belakang.

Riak wajah Ummu dan Acha dari dalam kereta terus berubah tiga ratus enam puluh rajah. Wajah mereka berubah pucat. Ummu kelihatan meletakkan tapak tangannya di mulutnya manakala air mata Acha sudah mula menitik.

“Awak… belakang awak,” gumam Ummu perlahan manakala Afiq masih kaku di situ. Tidak berani langsung untuk bergerak.

Tiba-tiba sahaja terlintas di minda Afiq tentang peringatan seseorang...

“Kalau T-Rex sedang mendekati kau, tolong jangan bergerak. Pemangsa seperti T-Rex tidak boleh melihat objek yang kaku.”

Seekor T-Rex sedang menundukkan kepalanya dari belakang Afiq lalu menghidu-hidu tubuh Afiq yang masih kaku berdiri kaku itu. Kemudian, T-Rex mengangkat kepalanya lalu bergerak ke arah jip kereta milik yang tersadai di tepi denai hutan.

“Jangan sesekali bergerak,” gumam Ummu kepada Acha.

Acha mengangguk sekali dua sambil memejamkan matanya. Air mata Acha mengalir deras kerana ketakutan. Di sebelah tingkapnya, kepala T-Rex sedang kelihatan. Mata seperti ular T-Rex menyala dalam kegelapan malam.

Hidung Ummu tiba-tiba terasa gatal. Lantas tangannya mencari batang hidung untuk menggaru dan serentak itu, dia terasa seperti mahu bersin. Ummu cuba menahannya namun tidak lama selepas itu dia hilang kawalan.

“Hacoo!” Ummu bersin.

T-Rex yang mahu melangkah pergi tiba-tiba terus berhenti. Bunyi itu menarik perhatiannya. T-Rex menundukkan kepalanya sekali lagi, mengintai buat kali kedua. Kali ini, dia dapat mengesan penggerakan Ummu yang sedang mengelap hingus yang meleleh.

“Alamak…”

T-Rex terus meraung sekuat hatinya. Raksasa itu menolak jip itu menggunakan kepalanya membuatkan jip tersebut bergerak sedikit. Acha cuba untuk keluar namun hasratnya terbantut apabila sekali lagi T-Rex menolak jip itu, tapi kali ini dengan lebih kuat. Tubuh Acha tercampak ke arah yang bertentangan. Kemudian, T-Rex mengangakan mulutnya dan terus menyambar jip tersebut.

“Tidak!” teriak Afiq.

Bunyi besi berkeriat-keriut digigit oleh T-Rex memenuhi suasana. Daripada bawah, boleh dilihat Ummu dan Acha mengetuk-ngetuk tingkap kereta apabila sebahagian daripada jip tersebut sedang berada di dalam mulut T-Rex. Kedua-dua orang gadis itu sudah menangis teresak-esak apabila menyedari bahawa nyawa mereka berada di hujung tanduk.

“Woi! Sini kau!” teriak Afiq sambil melambai-lambai ke arah T-Rex. T-Rex menoleh ke arah Afiq.

“Cicak gergasi! Marilah kejar aku kalau kau hebat!” teriak Afiq lagi.

Segala yang sedang dilakukan oleh T-Rex terhenti buat seketika sambil merenung Afiq yang tiba-tiba bertindak gila. Perlahan-lahan, jip tersebut meluncur keluar daripada mulutnya lalu menyembah tanah.

“Roar!” Raung T-Rex sekuat hatinya lalu bergerak ke arah Afiq.

“Aku kena lari cepat…” gumam Afiq. “Ummu dengan Acha. Jaga diri korang!”

***

Acha menggerakkan tubuh Ummu. Gadis itu pengsan selepas kepalanya terhentak pada siling jip ketika ianya terjatuh dari tempat yang tinggi. Acha kini berada di tempat duduk pemandu.

“Fiq mana?” tanya Ummu sebaik sahaja membuka mata.

“Dia jadikan diri dia sebagai umpan untuk tarik perhatian T-Rex. Kita kena kejar dia sekarang jugak!” gumam Acha.

“Bodoh!” ujar Ummu yang berang. “Kenapa dia suka buat semua benda yang akan menyusahkan dia? Trouble maker!”

Acha sekadar tersenyum mendengarkan bebelan Ummu. Dia sempat melemparkan pandangan memerhati keadaan jip itu. Teruk dan semakin nazak! Bumbungnya sudah tercabut. Sebuah pintu sudah tertanggal dari tempat asalnya. Manakala air hujan sedang membasahi mereka yang sudah tidak punya sebarang perlindungan.

“Boleh hidup lagi?” tanya Ummu memaksudkan jip yang dinaiki oleh mereka.

Acha sekadar mengangkat bahunya. Jarinya mencapai kunci kereta.

“Kau tahu bawak ke?” tanya Ummu.

“Sikit-sikit,” ujar Acha.

“Belajar dari mana?” tanya Ummu.

“Permainan video,” kata Acha sambil tersenyum membuatkan riak Wajah Ummu sekali lagi bertukar pucat.

“Fiq, kami datang selamatkan awak. Asyik awak jer jadi hero, giliran kita orang pulak!” kata Acha sambil memulas kunci yang tergantung pada ruangnya. Namun, seperti dicuba oleh Afiq, kereta tersebut tidak dapat dihidupkan.

“Ya ALLAH… tolong kami untuk selamatkan Afiq. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi penyayang.” Sebaik sahaja lafaz bismilah keluar dari mulut Acha, enjin jip itu terus hidup walau dalam keadaan uzur seperti itu.

“Alhamdulilah…” gumam Ummu di sebelah.

“Yeah…” tutur Acha yang menjerit keterujaan.

Serentak itu, pedal brek ditekan oleh Acha. Ummu yang tidak mengjangka hampir sahaja tercampak ke depan tetapi mujurlah dia sempat memegang tali pinggang kaledar. Lantas jip tersebut menghilang dari pandangan dan kegelapan malam, mencari jejak Afiq. Kedengaran suara Ummu menjerit sayup-sayup kerana gerun dengan gaya pemanduan Acha itu.

***

Acha memusingkan stering jip. Serentak itu, tubuh Ummu bergerak ke tepi lalu kepalanya terhantuk pada bahagian hadapan jipnya. Tangannya pula spontan mengusap tempat yang sakit.

“Kau ada lesen kereta ke tak ni?” marah Ummu.

Acha menggelengkan kepalanya sambil tersengih. Acha terus memusingkan stering jip itu lagi. Kali ini, hampir sahaja terlanggar pokok balak yang tinggi menyombong. Sekali lagi ucapan isgtihfar meluncur keluar dari mulut Ummu.

“Aku takut nanti kita mati kemalangan, bukannya kena makan dengan T-Rex!” Ummu masih meneruskan bebelan dia.

“InsyaALLAH, kita tak akan mati selagi kita tak selamatkan Fiq,” tutur Acha. “Aku tengah jejak tapak kaki T-Rex ni. Jangan kacau aku. Buah hati aku tengah dalam bahaya tu.”

“Buah hati?” gumam Ummu. Acha tersengih lagi.

Ummu terus berpeluk tubuh sambil merenung tajam wajah Acha. Jip membelok lagi, tapi kali ini Ummu sekadar mengikut arus. Ada perkara yang mengusutkan kepalanya daripada memikirkan kereta itu terbabas dek gaya pemanduan Acha.

***

Afiq menelan air liur yang tiba-tiba mengental di kerongkong. Afiq menoleh belakang, T-Rex tadi sedang cekal mengejar dirinya dan di hadapan pula, merupakan gaung yang kelihatan sangat dalam. Dasarnya tidak kelihatan dalam kegelapan malam.

“Apa ajal aku sudah tiba?” gumam Afiq sendirian. Dia berdiri menghadap T-Rex yang sedang bergerak ke arahnya.

“Ya ALLAH, berikan aku ilham untuk aku lepas daripada bahana raksasa di hadapan aku ni,” tutur Afiq memanjatkan doanya lagi.

Afiq merenung langkah kaki T-Rex, cuba mencari kelemahan raksasa itu. Kemudian, budak nakal Universiti Tun Dr Mahathir itu mendapat satu akal. Afiq merenung bahagian bawah T-Rex yang terdedah.

“Bawah kangkang kau cicak hodoh!” teriak Afiq.

Afiq tiada pilihan lain kecuali melakukan aksi kamizake itu. Afiq mengambil beberapa langkah ke belakang sambil memanjatkan doa ke atas ilahi. Ketika T-Rex sudah semakin hampir dengannya, dia tiba-tiba berlari sambil menyasarkan untuk cabut lari melalui ruang kosong di bawah kaki T-Rex.

“Sekarang!” teriak Afiq memberi semangat kepada dirinya.

Ketika rahang T-Rex hanya beberapa inci sahaja untuk membaham tubuh Afiq, jejaka itu melakukan satu lompatan lalu berguling di bawah kangkang T-Rex. Sambaran T-Rex tersasar dek kelincahan Afiq.

“Yeah!” teriak Afiq apabila dia berjaya melepasi T-Rex tadi.

Selajur itu, sebuah jip kelihatan dari jauh. Afiq pantas melambai-lambaikan tangannya di udara sambil berlari. Acha yang kelihatan teruja melihat kelibat Afiq lantas membunyikan hon berulang kali.

“Fiq! Naik cepat!” teriak Ummu.

Afiq melompat masuk ke dalam jip. Acha pula terus memecut laju meninggalkan T-Rex di belakang. Afiq menoleh ke belakangnya, menjerit kegembiraan. Dia sempat menjelirkan lidahnya mengejek si dinosaur yang sudah jauh di belakang mereka.

“Aku menang akhirnya!” tempik Afiq lalu bersandar pada tempat duduknya. Afiq menadahkan wajahnya. Hanya titisan air yang membasahi wajahnya menandakan bahawa hujan sudah mula reda.

Selepas yakin bahawa mereka sudah meninggalkan T-Rex, barulah Acha menghentikan jip itu. Mereka sudah dekat dengan bahagian padang rumput seluas mata memandang. Hanya beberapa pokok dan langkah sahaja memisahkan mereka dengan padang rumput itu.

“Kita berehat kat sini,” tutur Acha.

“Malam masih panjang…” gumam Ummu pula.

“Bukan kat sini. Bahaya. Kita berehat kat atas pokok sana,” kata Afiq sambil memandang sebatang pokok yang sangat besar saiznya. Jika dihimpunkan 10 orang lelaki untuk memeluk pokok itu, belum tentu cukup.

Ummu dan Acha mengangguk.

***

Afiq sedang duduk sambil menyandarkan tubuhnya pada batang pokok di belakangnya. Ummu sedang berada di dahan sebelah kiri manakala Acha di sebelah kanannya. Suasana bisu berleluasa sebelum Ummu membunuhnya.

“Fiq…” panggil Ummu.

“Ya?” jawab Afiq pendek.

“Awak ada ingat apa-apa lagi?” tanya Ummu.

Afiq mengangguk.

“Ingat apa?” pintas Acha sebelum Ummu sempat bertanya.

“Saya teringat macam mana saya jumpa awak. Masa hari orientasi. Mingu Tekad Siswa. Saya panggil awak singa,” jelas Afiq membuatkan senyuman melebar di wajah Acha manakala Ummu tiba-tiba bertukar monyok.

“Awak tak ingat macam mana awak jumpa saya?” Ummu bersuara.

“Kan awak dah cerita? Masa kat stesen bas hari itu…”

“Saya tak nak awak ingat apa yang saya cerita kat awak! Saya nak awak ingat balik sendiri!” pintas Ummu marah.

Afiq serba salah. Bukan dia yang memilih ingatan yang mana akan diterima oleh dirinya.

“Terima kasih Fiq,” ucap Acha sambil tersenyum. “Selamat malam.”

“Selamat malam,” jawab Afiq. Kemudian, mata Afiq mencari Ummu. Mulut gadis itu muncung seribu sambil duduk membelakangkan Afiq, merajuk barangkali. Wajah Afiq kembali sedih, memarahi dirinya kenapa ingatan mengenai Ummu tidak melekat di benaknya.

***

Sarjan Azmi memberi isyarat supaya anak-anak buahnya diam. Matanya dapat menangkap kelibat sesuatu di dalam hutan. Pantas tangannya memegang kapak batu yang diciptanya sendiri daripada batu dan kayu yang dijumpai ketika di tengah-tengah hutan.

“Ada apa? Hantu?” tanya Nabil yang pantas mencari kamera videonya.

Sarjan Azmi menggelengkan kepalanya. Zaff lantas mengambil sebatang anak panah lalu menyasarkan ke arah punca bunyi tadi. Suasana di sekeliling mereka hanyalah hutan hijau yang disinari cahaya matahari yang naik ketika waktu subuh. Hazira pula erat memegang tangan budak kecil yang bernama Karlitu.

“Situ!” teriak Sarjan Azmi apabila matanya dapat menangkap penggerakan pada daun-daun hutan. Zaff terus melepaskan anak panahnya lalu membelah celahan kosong di antara ranting dan daun hutan.

Kedengaran bunyi seorang menjerit kesakitan.

“Orang?” tutur Azmi dan Zaff serentak.

Kemudian, pantas Sarjan Azmi dan Zaff bergerak ke arah bunyi jeritan tadi. Tidak lama masa yang diambil oleh dua orang itu untuk tiba ke tempat jeritan.

“Naim?” panggil Zaff yang melihat busur panah tadi terbenam di dalam peha jejaka itu. Kelihatan Husna sedang duduk bercangkung di tepi Naim.

“Aku ingatkan musuh. Kau tak apa-apa?” tanya Zaff.

Naim merenung tajam mata Zaff lalu menjerit.

“Sakitlah bodoh!” bentah Naim.

“Biar aku cabutkan,” kata Sarjan Azmi lalu menolak Zaff ke tepi.

“Kalau sakit, kau kena,” kata Naim sambil memegang pehanya, menahan kesakitan.

Sarjan Azim sekadar menggelengkan kepalanya sambil tersengih.

“Tahan…”

“Kan aku dah cakap yang aku tak nak rasa sakit…” Naim terus menjerit sekuat hatinya. Air mata kesakitan terus mengalir.

Sarjan Azmi melihat sekelilingnya lalu mengambil beberapa keping daun dari pokok yang berbeza lalu menguyah sampai lumat. Kemudian, Sarjan Azmi meludahkan kembali apa yang dimakannya lalu menempelkan pada luka di kaki Naim.

“Mujurlah anak panah tadi tak terbenam dalam,” kata Sarjan Azmi.

Ketika itu, muncul Dr Izwan dari kejauhan. Selepas melihat Naim dikelilingi oleh ramai orang, dia terus membuka langkah seribu.

“Kau tak apa-apa ke Naim?” tanya Dr Izwan.

“Dia panah kaki aku tadi!” Naim mengadu sambil menundingkan jarinya ke arah Zaff yang kelihatan serba salah itu.

“Kau?” tanya Dr Izwan yang kelihatan tidak puas hati.

“Sekejap-sekejap, aku tak sengaja. Aku ingatkan binatang tadi,” kata Zaff cuba meredakan keadaan.

“Macam mana dengan luka kaki dia?” tanya Dr Izwan.

“Jangan risau bro. Aku ada bubuh sikit ubat,” tutur Sarjan Azmi. Habis seluar jeans Naim dilipat tinggi untuk menunjukkan kesan luka yang dilumuri herba.

“Mana kau belajar tumbuhan tu mampu menyembuhkan luka?” tanya Dr Izwan.

“Perkenalkan aku. Sarjan Azmi. Bekas komando GGK,” tutur Sarjan Azmi sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Dr Izwan.

“Dr Izwan. Pakar bedah otak Hospital Kebangsaan Eurasia.” Dr Izwan pula memperkenalkan dirinya.

***

Sarjan Azmi kelihatan memandu jip yang dijumpai oleh Izwan ketika berdekatan dengan muzium tempoh hari. Ketika ditanya kemanakah Sarjan Azmi akan membawa mereka, tiada seorang pun ahli kumpulan Sarjan Azmi mahu memberitahu.

Karl hanya diam membatu dari tadi. Hazira seperti biasa, bertemankan patung dinosaurnya, manakala Nabil pula kusyuk merakam suasana sekeliling. Zaff pula sedari tadi tidak habis-habis meminta maaf dan memujuk Naim yang terus hilang angin baiknya akibat terkena busur panah sesat Zaff.

“Dah sampai!” tutur Nabil sambil menghentikan jip itu di hadapan sebuah pagar besi yang setinggi 5 meter.

“Benda… apa ni?” tutur Naim penuh kagum. Terus hilang rasa sakit di kakinya buat sementara melihat binaan hebat di hadapannya.

Kelihatan banggunan putih setinggi tiga tingkat sedang tersemat berdiri. Terdapat papan tanda tertulis Hotel Dino tergantung di tingkat paling tinggi banggunan putih itu.

“Tempat tinggal kami. Jangan sentuh!” tutur Sarjan Azmi sambil mengarahkan Husna berhenti di situ apabila gadis itu baru sahaja mahu menyentuh pagar besi yang disambung dengan dawai hitam.

“Ke..napa?” tanya Husna.

“Ada arus eletrik kat situ! Untuk menghalang sebarang dinosaur mendekati tempat ini!” terang Sarjan Azmi.

“Tempat ni ada tenaga eletrik?” tanya Naim yang masih belum mempercayainya.

Sarjan Azmi mengangguk lagi.

“Macam mana…

“Biar aku terangkan kat dia,” pintas Zaff sebelum Naim sempat menjawab.

“Silakan…” pelawa Sarjan Azmi.

“Tempat ini menggunakan sebuah teknologi canggih. Aku tak tahu yang teknologi itu dah wujud. Arus eletrik yang berjaya dihidupkan oleh kami dijana oleh sebuah alat yang menyerap tenaga solar lalu menukarkannya menjadi arus eletrik.”

“Hebat…” gumam Naim penuh rasa kagum.

“Tak sabar-sabar nak masuk dalam ke?” tanya Zaff.

Naim mengangguk. Zaff tersenyum lalu mendekati satu alat yang berbentuk seperti kakulator. Kedengaran suara seseorang bersuara sebaik sahaja melihat Zaff berdiri tidak jauh dari alat yang berbentuk kakulator yang tertampal pada besi pagar tadi.

“Password?” tanya suara tadi.

“Dinoland!” tutur Zaff.

Sebaik sahaja perkataan itu dituturkan oleh Zaff, pintu pagar tadi bergerak lalu memberi laluan untuk jip tadi masuk. Naim ternganga melihat kecanggihan tekonologi yang sedang dipamerkan di hadapan matanya.

“Selamat datang ke Hotel Dino,” tutur Zaff sambil tunduk, seperti lagak penyambut tetamu ketika Naim yang sedang terhincut-hincut dipapah oleh Nabil melangkah masuk.

***

Terdapat ruang kosong yang sangat luas diperkarangan Hotel Dino yang dilindungi oleh pagar besi yang berdawai arus eletrik. Di satu sudut perkarangan Hotel Dino, kelihatan beberapa buah pokok yang disusun secara sistematik sedang

“Kami bercucuk tanam di sini. Kami tanam beberapa buah pokok hasil daripada biji buah-buahan yang kami makan. Jadi, bila pokok tu tumbuh, kami tak perlu keluar sangat menempah bahaya. Kami boleh makan buah-buahan kami,” tutur Sarjan Azmi memberi penerangan.

“Sangat genius…” tutur Naim spontan. Ketika itu, Zaff terlopong tidak percaya.

“Betul ke aku dengar ni? Naim puji orang lain genius?” sindir Zaff.

“Diamlah kau!” Naim terus melangkah sambil dipapah oleh Nabil melangkah masuk ke dalam Hotel Dino.

***

Kawasan lobi itu betul-betul membuatkan Naim tidak berkelip. Terdapat tangga berpilin yang membawa mereka ke tingkat seterusnya. Di satu sudut lobi itu, kelihatan meja menyambut tetamu. Di tengah-tengah lobi itu pula kelihatan patung seekor dinosaur daripada species Velociraptor. Di sudut lain pula, kelihatan dua buah lif yang masih lagi berfungsi. Di kanan Naim pula, kelihatan sebuah pintu berkaca yang tertulis di atasnya, “Dino Kafe.”

“Siapakah yang bina semua ni?” tutur Naim tidak percaya.

“Tak tahu. Kami tak jumpa sebarang tinggalan logo yang berkaitan dengan mana-mana organisasi atau syarikat,” tutur Sarjan Azmi.

“Nak kami tunjukkan bilik kalian ke?” kata Zaff pulak.

“Aku nak tidur!” tutur Husna tiba-tiba. “Er… sini ada tab mandi tak?”

Azmi mengangguk.

“Ada paip air ke? Macam mana…”

“Kami percaya ada sebuah empangan di bina untuk menyalurkan air ke dalam hotel ini. Tapi, kami belum jumpa lagi sebab kami kekurangan tenaga manusia untuk membuat ekplorasi ke atas pulau ini,” tutur Azmi.

“Aku rasa aku kena panah dengan kau, merupakan satu hikmah daripada ALLAH,” gumam Naim. Zaff tersenyum mendengarkan kenyataan Naim itu.

Ya, Zaff masih teringat lagi ajaran ustaznya dahulu. Segala yang berlaku ke atas manusia itu ada hikmah lain yang ALLAH sembunyikan. Hanya hambanya yang sabar dan beriman sahaja yang memahami hikmah disebalik ujian. Dan ALLAH tidak akan menurunkan ujian atau dugaan kepada hambanya jika hambanya tidak mampu menghadapi ujian itu. ALLAH maha adil dan Zaff berasa bangga kerana dirinya terpilih untuk terperangkap di pulau yang penuh dengan makhluk aneh itu. Ini kerana dirinya kuat dan masakan dia antara mereka yang terpilih.

“Hikmah ALLAH itu luas Naim…” ujar Zaff sambil menepuk belakang tubuh Zaff.

Sarjan Azmi mengarahkan Hazira mengambil gugusan kunci untuk bilik 307, 308 dan 309. Menurut Sarjan Azmi, setiap tingkat mengandungi 20 buah bilik. 5 bilik pertama sudah dihuni oleh ahli kumpulan Sarjan Azmi.

Nabil membawa Naim ke biliknya. Sebaik sahaja pintu dibuka oleh Nabil, kelihatan sebuah bilik yang agak luas untuk Naim tinggal. Kelihatan beberapa perabot sudah berhabuk, tetapi akan dibersihkan oleh Nabil nanti.

“Nampak macam baru…”

“Sebaik sahaja kami sampai di sini, kami dah bersihkan kebanyakan bilik di sini. Daripada usang dipenuhi habuk dan Sarang labah-labah, kami jadikan tempat ni sesuai didiami oleh manusia,” terang Nabil sambil memapah Naim untuk duduk di katil masterbed yang tersedia.

“Aku duduk kat bilik 303. Kalau ada apa-apa, datang jer at bilik aku,” tutur Nabil.

***

Naim membuka pendingin hawa. Serta-merta, udara sejuk menyerbu keluar daripada lubang pendingin hawa. Kedengaran Naim mengeluh gembira. Jejaka itu membuka baju-T yang membalut tubuhnya lalu mencampakkan ke tepi.

“Ya ALLAH, dah genap sebulan aku tak rasa nikmat ni. Terima kasih Ya ALLAH…” tutur Naim memanjatkan kesyukuran kepada ilahi dipertemukan dengan ahli kumpulan Sarjan Azmi.

Tiba-tiba bilik Naim diketuk oleh seseorang.

“Masuk! Tak berkunci pun,” kata Naim malas.

Kelihatan Zaff sedang melangkah ke arah Naim dengan wajah yang sedih.

“Ada apa Zaff?” tanya Naim.

Zaff tidak terus menjawab soalan Naim sebaliknya melabuhkan punggungnya di sebelah Naim.

“Aku dengar cerita kau sekumpulan dengan Afiq dan Ummu?” tanya Zaff.

Naim mengangguk.

“Mana diaorang?” tanya Zaff.

Naim pun terus menceritakan bagaimana dia boleh tersempak dengan Afiq. Kemudian, mereka menjumpai bangkai pesawat Boeing 777-300ER yang terdampar tanpa penghuni. Dari situ, mereka menemukan Ummu dan kamera video Nabil yang mengandungi bukti apa sebenarnya yang berlaku.

“Aku yang suruh Ummu sorok situ,” gumam Zaff sambil tersenyum. Perasaan rindunya dengan sahabatnya itu tiba-tiba mekar di hati.

Zaff rindukan bebelan Ummu. Zaff rindukan lesung pipit yang muncul ketika Ummu mengukirkan senyuman. Zaff rindukan sikap penyayang Ummu yang akan muncul ketika berdepan dengan budak-budak. Afiq memberi label bahawa Ummu ini ialah ibu yang dicari oleh mana-mana lelaki di dunia untuk dijadikan ibu kepada anak-anak mereka kelak. Yang paling Zaff rindukan ialah tahi lalat kecil di bawah hidung Ummu. Selalu dia mengusik Ummu tentang tahi lalat itu.

“Fiq macam mana?” tanya Zaff.

Zaff juga rindukan sahabat dunia akhiratnya itu. Muhammad Afiq bin Zaki, budak lelaki yang terkenal dengan gelaran si pembuat kacau nombor satu Universiti Tun Dr Mahathir. Meskipun budak lelaki itu nakal, namun tidak semua mahasiswa UTDM mengenali siapakah Afiq yang sebenarnya. Ada potensi seorang pemimpin di dalam diri Afiq. Benda yang paling mengagumkan Zaff mengenai Afiq ialah Afiq sanggup berbuat apa sahaja demi sahabatnya. Itulah Afiq yang dia rindukan. Serta-merta, air mata Zaff menitik jatuh.

“Dah sebulan sejak aku terperangkap kat sini tak jumpa diaorang,” tutur Zaff.

“Kau menangis?” tanya Naim.

Zaff mengangguk lalu pantas mengesat air mata.

“Masuk hari ni. Dah genap sebulan aku terpisah dengan Fiq. Fiq banyak tolong aku. Kalau tak kerana dia, dah lama aku kena baham dengan buaya pra-sejarah tu. Kalau tak kerana Fiq, dah lama aku mati kena baham dengan T-Rex. Kalau tak kerana Fiq, Ahmad Naim dah mati lama dah…” tutur Naim.

“Dah jadi hero ya budak tu?” tanya Zaff.

Naim mengangguk.

“Itu impian dia. Afiq nak semua orang sedar akan kewujudan dirinya. Ya, aku akui dia tu pelik sikit. Tapi, itu hak dia untuk jadi pelik,” tutur Zaff. Naim ketawa mendengar seloroh Zaff. “Tapi, semua orang tak sedar. Kalau perihal sahabat, Afiq sanggup mati!”

Naim mengangguk setuju.

“Semoga Fiq selamat di luar sana dengan Ummu dan Acha,” tutur Zaff lagi.

“Amin,” jawab Naim spontan. “Tapi, aku yakin yang Fiq akan melindungi Ummu dengan Acha sepenuh hatinya. Dia sayangkan sahabatnya.”

***

Sarjan Azmi mengambil sebatang rokok Nusantara Hijau dalam kotak di dalam poket seluar jeansnya. Kemudian, Sarjan Azmi menyalakan rokoknya lalu meletakkan di bibir. Kemudian, sebatang rokok lagi dihulurkan kepada Dr Izwan namun Dr Izwan menolak. .

“Kau rasa siapa yang buat tempat ni? Untuk apa dan siapa? Kenapa pulau ni boleh kosong? Kalau tak ada monumen banggunan macam ni, kita tak akan tahu pernah ada manusia yang menghuni sini.”

Pertanyaan Dr Izwan itu sekadar dijawab oleh penggerakan bahu oleh Sarjan Azmi.

“Apakah haiwan di sini memang dah wujud, atau manusia cuba menjadi tuhan dengan mengklonkan mereka?” tanya Dr Izwan.

Namun, soalan yang dilontarkan oleh Dr Izwan masih tidak berjawab. Mungkin buat masa ini, sehinggalah ALLAH membuka satu persatu rahsia pulau itu kepada mereka. Suatu hari nanti…

***

Husna Mukhtar, pramugari yang paling jelita itu sedang berendam di dalam tab mandi yang penuh dengan air sabun. Kelihatan gadis itu sedang memejamkan matanya, menikmati nikmat yang hilang selama sebulan daripada mereka.

Azrin… ingatan Husna terus sampai kepada teman lelakinya yang entah bagaimana nasibnya tidak diketahui. Sungguh, mereka sudah bertunang dan merancang untuk berkahwin pada detik ini. Namun, hajat itu terbantut pada sebulan yang lepas, ketika pesawat yang dinaiki oleh mereka terhempas di sebuah pulau yang penuh dengan misteri dan thriller.

Masih tersemat di minda Husna bagaimana detik pertama dia mengenali Azrin. Romantis… itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan siapakah Azrin Fakhri yang sebenar.

Seorang budak lelaki yang bernama Afiq yang ditemui oleh Husna ketika mengendalikan pesawat bulan lepas benar-benar mengingatkan Husna pada Azrin. Orangnya berani. Wajah manis dipandang meskipun tidaklah setampan Azrin. Yang paling penting, Afiq bertindak menjadi penyelamatnya, sama seperti Azrin dulu.

Masih tersemat di minda Husna bagaimana dia hampir sahaja diragut, namun Azrin yang kebetulan melalui lorong tersebut telah mengejar si peragut sejauh 2 kilometer tanpa sedikitpun berhenti berlari.

Keesokan harinya, barulah Husna mengetahui bahawa lelaki yang menyelamatnya merupakan seorang juruterbang yang baru sahaja bekerja dengan Malaysia Airlines . Sama juga dengan Afiq, dia telah diselamatkan daripada kawanan dinosaur kecil bernama Troodon.

Afiq sudah dianggap sebagai adiknya sendiri. Malah, Afiq tidak mempunyai masalah memanggil dirinya sebagai kakak. Husna benar-benar berdoa kepada ALLAH agar diselamatkan Afiq daripada segala bahaya yang menghuni pulau misteri itu.

Husna tahu yang Afiq merupakan budak lelaki yang kuat. Husna juga tahu yang Ummu dan Acha pasti akan dijaga sehabis baik oleh Afiq. Ya, budak lelaki itu agak nakal tetapi fitrah manusia. Afiq masih muda.

“Semoga selamat kembali, Fiq…” ucap Husna sendirian.

***

Afiq tersenyum melihat betapa lahapnya Ummu dan Acha meratah daging haiwan yang diperolehinya daripada operasi pemburuan. Pisau yang digunakan oleh Echad dulu untuk melahap beberapa nyawa manusia yang tidak bersalah dek kegilaan Echad kelihatan berguna untuk proses survival.

“Sedap?” tanya Afiq.

Daging tersebut dibakar oleh Afiq di atas unggun api yang dihidupkannya seorang diri. Pada asalnya memang payah. Sebelum ini, Naim si genius itu yang banyak mengajarnya apa yang harus dilakukan dan tidak. Kali ini, Afiq harus belajar berdikari tanpa Naim di sisi.

“Awak nak makan sekali?” tanya Ummu yang sedang bersandar pada jip yang masih gagah beroperasi dengan tangki minyak yang mungkin tinggil sikit.

Afiq menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Entah kenapa selera makannya hilang.

“Awak kena makan sekali. Hari ni dah sehari suntuk awak tak jamah makanan!” Acha berkeras.

“Okey,” jawab Afiq. Sebenarnya, kepalanya terasa pening. Afiq bangkit cuba menghampiri Acha, dan langkah kakinya tiba-tiba longlai dan Afiq rebah.

“Fiq!” panggil Ummu dan Acha serentak.

“Kepala dia panas,” gumam Ummu sambil memegang kepala Afiq.

“Bawa dia masuk dalam jip,” tutur Acha.

Ummu memegang lengan Afiq, membantu Afiq untuk bangun sambil Acha memapah Afiq untuk berjalan. Sungguh, ketika itu Afiq merasakan dirinya sudah tidak berdaya lagi untuk berdiri.

“Awak demam…” tutur Ummu ketika membantu Afiq dan membaringkan jejaka itu di tempat duduk belakang.

“Saya okey,” tutur Afiq cuba bangkit namun hasratnya mati apabila Ummu sedang bercekak pinggang sambil merenung tajam wajah Afiq.

“Fiq, walaupun awak hilang ingatan, tapi awak tetap degil macam biasa. Dengar sini, saya dah biasa layan perangai awak bila awak sakit. Kalau tak Zaff, awak akan cari saya. Ingat lagi masa otot kaki awak koyak…”

Belum sempat Ummu menghabiskan bebelannya.

“Saya nak awak temankan saya malam ni? Saya nak awak jaga saya macam yang pernah awak buat dulu…” tutur Afiq sambil mencapai pergelengan tangan Ummu.

“Fiq…”

Afiq sudah menutup matanya sambil tangannya masih kejap di pergelangan tangan Ummu. Ummu kemudian duduk di sebelah Afiq sambil menatap wajah Afiq.

“Kau buat apa?” tanya Acha tiba-tiba yang muncul di hadapan Ummu dengan wajah yang penuh mencuka.

Ummu pantas menarik tangannya. Kemudian, Ummu ditolak ke tepi dan Acha kelihatan menghampiri Afiq. Tapak tangan Acha menyentuh dahi Afiq dan.. ucapan istghfar meluncur keluar dari mulut Acha.

“Badan dia panas sangat…” tutur Acha sambil berkongsi pandangan dengan Ummu.

“Budak lelaki ni…” gumam Ummu geram. Afiq kelihatan menggigau dalam tidur.

“Ummu…” tutur Afiq dalam tidur membuat riak wajah Acha berubah. Pantas Ummu mendekati Afiq yang sedang terbaring lemah.

“Saya ada dekat sinilah awak…” tutur Ummu sambil memegang tapak tangan Afiq.

“Kepala saya pening sangat…” gumam Afiq.

Ummu sekadar menggelengkan kepalanya. Dia tahu bila Afiq demam, lelaki itu akan menjadi sangat manja, dengan sesiapa sahaja. Ummu dan Zaff pernah menjaga Afiq ketika sakit.

“Saya haus…” tutur Afiq lagi.

Ummu mengangguk sambil membuka botol air. Air yang diambil dari aliran sungai yang berdekatan itu dituangkan dengan penuh hati-hati ke dalam mulut Afiq. Acha yang terpaksa berundur memberikan ruang untuk Ummu menjaga Afiq sekadar memerhati dengan hati yang bercampur baur dengan seribu perasaan.

Tiba-tiba Afiq memuntahkan segala isi yang dimakannya. Isu muntahnya itu mengenai baju-T lengan panjang yang dipakai oleh Ummu.

“Maaf… saya tak sengaja…” tutur Afiq sambil memegang kepalanya yang terasa pening.

Ummu tidak terus marah sebaliknya berkerut melihat Afiq. Bau muntah itu mula menusuk hidungnya namun tidak diendahkan oleh Ummu.

“Awak okey ke ni?” tanya Ummu yang sudah mula risau melihat keadaan Afiq.

Afiq menggelengkan kepalanya.

“Sekejap ya awak, saya nak tukar baju ni. Kena muntah awak…” tutur Ummu sambil menolak kepala Afiq yang sudah terlentok di atas bahunya.

“Awak jangan pergi…” tutur Afiq namun Ummu sudah melangkah pergi meninggalkan Afiq di situ.

“Manja habis!” gumam Acha geram melihat telatah Afiq ketika sakit.

***

Ummu yang sudah menukar baju itu kelihatan meletakkan sesuatu yang kelihatan seperti kain basah di dahi Afiq. Afiq sudah tertidur keletihan. Begitu setia Ummu menjaga Afiq apabila setiap jam, kain basah itu akan ditukar.

“Kenapa kau baik dengan dia?” tanya Acha yang duduk di tempat depan jip kereta itu sementara Afiq berbaring di belakang.

“Sebab dia kawan aku,” tutur Ummu.

Acha menarik wajahnya.

“Kawan konon…”

Ummu sekadar tersengih mendengarkan sindiran Acha itu. Dia tetap setia menemani Afiq.

“Cik Ummu Habibah …” panggil Afiq tiba-tiba.

“Ya Fiq?” balas Ummu.

“Kenapa bila saya tengok muka awak masa kali pertama kat muzium tu… saya rasa satu benda yang lain?” tanya Afiq lemah.

“Benda apa?” tanya Ummu sambil ketawa mendengarkan pertanyaan Afiq itu.

“Saya rasa macam tenang aje hati saya tengok muka awak. Tapi, dalam ketenangan tu, dada saya berdebar aneh. Macam awak ni sangat istimewa dalam hidup saya,” luah Afiq jujur.

Wajah Ummu merah mendengarkan kenyataan Afiq.

“Mestilah saya ni istimewa. Awak kan sahabat saya?” kata Ummu.

Afiq terdiam, berfikir sejenak sebelum mengangguk.

“Awak busuk. Bau muntah saya tadi,” usik Afiq tiba-tiba.

Cubitan keras hinggap di lengan Afiq.

“Sebab awak jugak!” marah Ummu.

Afiq tersenyum. Dia terlupa akan demam yang menyerangnya tatkala berbual dengan Ummu. Dia cukup suka melihat telatah Ummu terutama gadis itu suka melentokkan kepalanya sambil merenung wajahnya. Benda yang paling istimewa mengenai Ummu ialah lesung pipitnya itu. Indah…

“Awak kena tidur sekali. Esok kita kena cari kawan-kawan kita,” tutur Afiq.

“Saya kena jaga awaklah Fiq. Awak tu lembik sangat! Kalau tak ada Zaff, awak tentu akan cari saya,” tutur Ummu.

“Yalah… macam yang awak cakap. Saya, Zaff dan awak ialah sahabat kan?”

Ummu mengangguk tersenyum.

“Sahabat selamanya?”

Afiq mengangguk lalu menyambut huluran jari kelingking Ummu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.