Home Novel Thriller/Aksi The Lost World
Bab 9: Maafkan Aku Melur...

Afiq mengetuai ahli kumpulannya berjalan di pinggir sungai yang terbentang lebar.Kawasan padang rumput yang memenuhi sekitar tepi sungai yang sedang mengalir itu dipenuhi oleh kawanan dinosaur hervivor. Baru sahaja mereka tersempak dengan kawanan Ankylosaurus, seekor dinosaur yang mempunyai perisai aneh di belakang tubuhnya serta ekor berduri yang sedang kusyuk meragut rumput. Kelihatan juga kawanan Edmontosaurus yang sedang melintasi sungai di hadapan mereka. Beberapa ekor Corythosaurus, sekeor dinosaur yang mempunyai sesuatu yang menyerupai piring di dahinya sedang kusyuk memakan daun-daun yang tumbuh pada pokok yang tumbuh rendang di beberapa kawasan di padang rumput itu.

Kadang-kadang mereka berhenti berehat sambil memerhatikan gelagat anak dinosaur sedang bermain dengan rakan-rakan mereka. Sungguh, walaupun pulau itu agak menakutkan, tetapi sisi indah pulau itu juga terserlah. Seperti manusia, sejahat mana pun mereka, pasti akan muncul kebaikan yang mungkin terbenam jauh di sudut hati.

“Sampai bila kita nak jalan?” tanya Afiq.

“Aku rasa, kita dah semakin dekat,” jelas Naim.

“Mana kau tahu?” tanya Afiq.

Naim sekadar menjuihkan bibirnya ke arah sebuah banggunan lama, yang sangat luas sedang terbentang jauh di hujung horizon. Banggunan itu setinggi tiga tingkat dan saiznya, masih belum dapat diagak oleh Naim.

“Macam mana benda tu boleh ada kat atas pulau ni... apa pernah ada orang di sini dulu?” tutur Afiq tidak percaya.

“Kita ada misteri yang menunggu untuk disingkap,” tutur Naim lagi yang kelihatan begitu bersemangat melangkah.

“Naim! Tunggu kita orang!” jerit Afiq apabila Naim tiba-tiba telah jauh meninggalkan mereka yang masih terpingga-pingga.

***

Sebuah banggunan usang setinggi tiga tingkat sedang berdiri di hadapan mereka. Keluasannya tidak dapat dikira secara kasar. Mungkin luasnya dua kali kelebaran sungai yang mengalir di sebelah banggunan usang itu.

“Welcome to Jurrasic Museum?” gumam Naim membaca papan tanda yang digantung pada tembok batu yang mengelilingi banggunan usang itu. Papan kayu itu hampir sahaja tercabut dari kedudukannya.

“Awak nak masuk dalam ni ke?” tanya Acha yang sedang berdiri di sebelah Naim.

“Saya percaya yang Melur ada di dalam banggunan ini,” tutur Naim.

“Melur...” gumam Acha apabila ingatannya tumpah ke arah sahabatnya itu.

“Tak ada apa-apa ke dalam muzium ni?” tanya Ummu.

“Ada hantu!” Usik Afiq yang kemudiannya mendapat cubitan keras daripada Ummu.

“Mulut tu jangan celupar!” Ummu bercekak pinggang memarahi Afiq.

“Mari masuk ke dalam?” ajak Naim namun sebelum mendapat jawapan daripada rakan-rakannya, Naim sudah melangkah jauh.

“Tunggu kita orang!” panggil Afiq yang cuba mengejar langkah kaki Naim.

Mereka melajukan hayunan kaki, cuba mengejar Naim yang kelihatan teruja. Afiq sempat melingkarkan tangannya di leher Naim yang masih sedingin ais itu.

“Aku tak sabar-sabar nak jumpa hantu!” Afiq kelihatan begitu teruja. Pintu besi yang tertutup rapi di hadapan mereka sedang diperhatikan sahaja. Kelihatan karat sudah berleluasa di merata tempat.

“Fiq! Tolong jaga mulut tu!” Ummu sempat menghadiahkan cubitan di lengan Afiq membuatkan Afiq menjerit kesakitan. Cubitan Ummu memang sangat berbisa. Acha sekadar memerhatikan sahaja gelagat dua orang rakan itu. Cemburu tiba-tiba terbit hatinya. Ya, aku harus fikirkan sesuatu untuk jauhkan Ummu dengan Afiq, fikir Acha.

“Awak...” tutur Acha tiba-tiba. “Saya takut...”

Afiq yang baru berkira-kira mahu membuka pintu besi itu menoleh ke arah Acha yang tiba-tiba memegang lengannya. Lantas, sekuntum senyum terbit di wajah kebudak-budakan Afiq itu.

“Saya ada... jangan takut,” balas  Afiq lalu membuka pintu besi itu. Bunyi yang sangat nyaring terhasil.Beberapa ekor kelawar sebesar penumbuk manusia terbang berama-ramai keluar daripada banggunan lama itu.

Acha yang paling lantang menjerit. Afiq sempat menolak tubuh gadis itu supaya meniarap di atas tanah. Ummu pula merenung penuh cemburu apabila Afiq sedang melindungi Acha.

“Ada lagi kelawar tak?” tanya Acha sambil memejamkan matanya.

Ketika itu, mereka semua sudah berdiri kecuali Acha yang masih terpejam matanya. Afiq yang sedang duduk bercangkung di sebelah Acha yang masih meniarap itu tersengih melihat telatah Acha. Bagi Afiq, tingkah Acha kelihatan sangat comel.

“Ada lagi. Awak kena bangun perlahan-lahan. Pegang tangan saya kalau awak takut,” kata Afiq yang mahu mengusik. Acha yang mempercayai Afiq bulat-bulat mengangguk, lalu mencapai tangan Afiq dan bangun perlahan-lahan.

“Ada lagi tak?” tanya Acha yang matanya masih tertutup. Senyuman jahat jelas terukir di wajah Afiq sambil Afiq memberi isyarat kepada rakan-rakannya yang lain agar tidak mencampuri rancangan nakalnya itu.

“Kelawar!” Afiq menyergah Acha secara tiba-tiba.

“Mak tolong Acha!” Acha menjerit dan tidak semena-mena, dia merangkul tubuh Afiq. Apa lagi, Afiq tergamam tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Awak... tolong saya!”

Namun Afiq masih kaku berdiri di situ. Darah mengalir dari hidungnya. Dr Izwan yang sedang memerhatikan gelagat anak muda di hadapannya sekadar tersenyum. Fokus mereka untuk menerokai muzium lama dan mencari kumpulan Melur teralih gara-gara konflik perasaan anak-anak muda di hadapannya.

Ummu tiba-tiba menghampiri Acha lalu menarik gadis itu dan menghadiahkan tamparan. Terpina-pina Acha membuka matanya. Kemudian, Ummu menolak Afiq ke tepi lalu berlari memasuki muzium di hadapannya.

“Ummu...” panggil Afiq yang tiba-tiba diserang seribu perasaan bersalah.

“Kejar dia,” nasihat Husna.

Afiq mengangguk lalu membuka langkah larian.

So childilsh..” Naim tiba-tiba bersuara lalu melangkah masuk ke dalam muzium yang tersergam di hadapan matanya.

“Budak-budak punya cerita,” tutur Dr Izwan ketika melintasi Husna yang sedang memeluk Acha yang sebak diperlakukan sebegitu.

***

Mereka sedang berada di sebuah lobi yang terletak di perkarangan masuk muzium lama itu. Kelihatan dinding muzium itu sudah ditumbuhi lumut dan akar-akar pokok yang aneh. Di hujung lobi itu, kelihatan dua tangga yang menghala ke tingkat dua. Di tepi tangga itu kelihatan rangka-rangka tulang yang disusun membentuk dinosaur yang dipercayai milik T-Rex.

“Siapakah yang sampai dulu di pulau ini selain daripada kita?” gumam Husna yang kelihatan teruja melihat kesan tinggalan tamadun manusia. Namun, soalan Husna itu tinggal tidak berjawapan.

“Hebat...” gumam Dr Izwan pula. Namun perasaan kagum mereka terganggu oleh Afiq yang tiba-tiba menjerit.

“Ummu! Mana kau?”

Naim sekadar memerhatikan lagak Afiq seperti ibu ayam kehilangan anak itu.

Ketika itu, Ummu sedang bersembunyi di bawah meja buruk yang terletak di tepi pintu. Ummu sedang teresak-esak menangis. Ummu sebolah-bolehnya tidak mahu menghasilkan sebarang bunyi. Ummumahu sendirian. Sungguh hatinya bagai disiat-siat ketika melihat batang tubuh Afiq dipeluk erat oleh Acha tadi.

“Izwan... kau temankan aku. Biarkan Afiq dan Husna yang cari Ummu. Aku tertarik nak tengok muzium lama ni,” tutur Naim sambil melihat kelilingnya. Dr Izwan yang setia berdiri di sebelah Naim itu mengangguk.

“Teori yang aku pendamkan selama ni... ternyata yang semua haiwan pelik yang kita jumpa sebelum ni... seperti T-Rex misalnya... adalah dicipta oleh manusia,” tutur Naim sambil duduk di atas sebuah meja yang kelihatan lusuh.

“Boleh jadi juga, tapi kalau semua dinosaur di sini dicipta oleh manusia, persoalannya bagaimana? Apa manusia sudah punya teknologi untuk proses pengklonan?”

“Setakat ini yang aku tahu, manusia sudah mampu mengklonkan ikan, kucing, anjing dan rusa. Tapi itu semua proses pengklonan ke atas haiwan yang hidup. Tapi... dinosaur? Itu aku tak tahu,” jelas Naim menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Dr Izwan itu.

“Ummu! Keluarlah!”

Perbualan Naim dan Dr Izwan terganggu dengan Afiq yang tidak henti-henti menjerit memanggil nama Ummu.

“Kau rasa apa yang tersembunyi jauh dalam muzium ni?” tanya Dr Izwan.

“Pembunuh kejam dan... jawapan kenapa kita terperangkap di sini.”

Dr Izwan kelihatan teruja, sama terujanya dengan Naim.

“Sementara mereka cari Ummu, apa kata aku dan kau, kita sama-sama teroka muzium ni? Aku percaya, bukan kita aje dekat sini. Kalau firasat aku betul, kumpulan Melur ada di sekitar sini,” ajak Naim. Dr Izwan mengangguk.

Naim berjalan sambil kedua-dua tangannya diletakkan ke dalam poket. Keadaan di dalam muzium itu agak gelap. Hanya cahaya matahari dari tingkap yang pecah menyuluh kegelapan.

“Kita cari kumpulan Melur sekali,” tutur Dr Izwan.

Naim dan Dr Izwan tidak memilih laluan yang dipilih oleh Afiq sebaliknya naik ke tingkat dua. Mereka tidak mahu bazirkan masa mereka di muzium itu dengan terlibat dengan kisah Afiq, Ummu dan Acha.

***

Ummu melihat keliling, kelihatan Afiq dan ahli kumpulannya sudah jauh ke mara ke dalam muzium. Dia merangkak keluar dari bawah meja yang Naim duduk tadi. Pandangan sayu dilontarkan ke arah Afiq yang melangkah menyusuri koridor yang terbentang di hadapan mereka. Naim dan Dr Izwan memilih tingkat dua untuk mereka berdua terokai.

“Afiq...” gumam Ummu.

“Hai perempuan cantik,” tutur satu suara yang tiba-tiba muncul dari belakang Ummu. Pantas gadis itu menoleh dan kelihatan seorang lelaki sedang berdiri sambil berpeluk tubuh.

“Echad?” panggil Ummu yang tidak percaya dapat berjumpa dengan Echad di situ.

“Apa khabar?” tanya Echad.

“Melur mana?” Soalan yang dilontarkan oleh Echad tidak berjawab.

Riak wajah Echad lantas berubah tatkala nama Melur hinggap di telinganya. Pisau yang tersimpan di belakang tubuhnya tiba-tiba dikeluarkan.

“Jadi... kau dah tahu apa yang aku buat kat Melur ya?” tanya Echad sambil memegang erat pisau yang masih berlumuran darah itu.

“Echad... apa ni?” tutur Ummu yang terkejut dengan tingkah Echad yang mengeluarkan sebilah pisau.

“Yang dah tahu apa yang aku buat... tak boleh hidup!”

Ummu cuba melarikan diri tetapi Echad pantas memeluk lehernya dari belakang.

“Nak lari ke mana?” bisik Echad di telinga Ummu.

“Jangan apa-apakan aku...” tutur Ummu yang sudah teresak-esak menangis.

“Apa yang aku dapat? Kau dah tahu akulah yang bunuh Melur,” bisik Echad lagi.

“Aku tak tahu... kau yang bagitahu aku. Aku... kita orang tengah cari Melur. Itu aje,” balas Ummu.

Echad terdiam. Dia kelihatan terpukul dengan kebodohannya sendiri.

“Kau tak tahu?” tanya Echad.

Ummu menggelengkan kepalanya.

“Tapi kau dah tahu kan?” tanya Echad.

Ummu mengangguk.

“Macam yang aku cakap tadi... orang yang dah tahu, harus mati!”

Serentak itu, Ummu terus menyiku wajah Echad yang hanya seinci sahaja daripada wajahnya. Sikuan Ummu tepat mengenai hidung Echad dan membuatkan Echad terlepas rangkulannya secara tidak sengaja.

“El! Tolong Ummu!” teriak Ummu sekuat hatinya, cuba lari daripada Echad.

“Tak guna!” teriak Echad lalu melontarkan pisaunya yang kemudiannya menikam peha Ummu. Ummu yang cuba lari lantas jatuh tersembam di atas lantai. Kemudian, Echad kelihatan menghampiri Ummu yang sedang kesakitan.

“Apa kata aku gunakan kau untuk umpan kawan-kawan kau?” kata Echad sambil mengesat hidungnya yang berdarah.

“Jangan apa-apakan aku...” ujar  Ummu yang kelihatan menekapkan tangannya di peha untuk menahan aliran darah.

“Sakit?” tanya Echad. Ummu mengangguk sambil memejamkan matanya. Echad menghampiri Ummu yang sedang terlentang di atas lantai itu.

“Sakit!” teriak Ummu sekuat hatinya ketika Echad mencabut pisau yang terbenam di peha Ummu. Air mata mengalir deras membasahi pipi Ummu.

***

Afiq menyusuri koridor muzium lama itu yang kelihatan sunyi dan sepi. Hanya replika dinosaur yang sudah berkarat dan dimakan anai-anai menemani Afiq dan ahli kumpulannya. Suasana sepi itu tidak berkekalan apabila bunyi jeritan seseorang sayup-sayup menyapa cuping telinga Afiq.

“Suara Ummu..” ujar Afiq sambil memberi isyarat menyuruh Husna dan Acha berhenti.

“Kenapa?” tanya Husna.

“Dengar tak?” kata Afiq.

Husna dan Acha memasang telinga. Kemudian, mereka berkongsi pandangan lalu menggelengkan kepala.

“Tadi, suara Ummu menjerit!” Afiq tetap berkeras bahawa dia mendengar Ummu menjerit.

“Saya tak dengar apa-apa pun,” luah Husna jujur.

“Shit!” bentak Afiq bengang. Dia cuba berpatah balik dan... Acha tiba-tiba menolak tubuhnya. Afiq dan Acha kini sedang terbaring. Ada sesuatu tiba-tiba melompat daripada runtuhan bumbung tidak jauh daripada mereka.

“Tolong saya!” Husna menjerit ketakutan apabila seekor Velociraptor sedang merengus aneh sambil merenung matanya.

Kelihatan Velociraptor itu menyerang dalam kumpulan. Husna cuba melarikan diri dan seekor Velociraptor tiba-tiba melompat lalu mendarat tepat-tepat di hadapan Husna. Husna menoleh belakang dan seekor Velociraptor yang lain sedang menunggu dirinya. Dia sedang dikepung!

***

Naim dan Dr Izwan sedang duduk bercangkung sambil memerhatikan sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa. Mata mayat itu sedang terbuntang luas manakala mulutnya ternganga.

“Kau kenal dia ke?” tanya Dr Izwan.

Naim mengangguk. Namun, jejaka itu tidak bersuara langsung.Naimmemerhati sayu sekujur tubuh lelaki yang dikenalinya sebagai Razan.

“Razan. Orang panggil dia Razan. Pakwe Melur. Kalau dia ada kat sini, tak syak lagi Melurpunada di sini juga,” gumam Naim lalu tapak tangannya menyentuh wajah Razan lalu menutup wajah Razan.

“Siapa yang bunuh dia?” tanya Dr Izwan sambil mengerutkan dahinya. Naim sekadar mengangkat bahunya.

“Kita ada dua misteri yang perlu kita selesaikan. Pertama, siapa pembunuh mereka yang kita temui. Sudah dua mayat yang kita jumpa. Kedua, siapakah yang bina sebuah muzium di tengah-tengah pulau aneh ni?”

Dr Izwan mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.

“Tadi, aku jumpa benda ni. Broucher tapi sebahagian daripada maklumat dan hilang, sebab separuh daripada broucher ini dah rosak di makan anai-anai,” kata Dr Izwan sambil menyerahkan sesuatu kepada Naim.

Naim mencapai helaian kertas daripada tangan Dr Izwan lalu menatap kandungan broucher itu dengan serius.

Dinoland – sebuah taman tema dinosaur yang dibina untuk anda. Pertama di dunia dan satu-satunya di Malaysia… (tulisan yang berikutnya tidak dapat dibaca)

Kemudian, ada beberapa gambar dinosaur seperti kawanan Triceratops dan Ankylosaurus. Dan beberapa laluan pejalan kaki yang kelihatan cantik sambil di kiri dan kanan mereka, tersergam sangkar dinosaur yang ditempatkan. Kemudian, ada beberapa buah tulisan lagi yang tidak dapat dibaca.

“Taman tema?” tutur Naim tidak percaya membaca broucher yang dijumpai oleh Dr Izwan.

“Nampaknya macam tulah…” Dr Izwan masih berlagak tenang luar biasanya. Broucher itu dilipat kemas oleh Naim lalu diletakkan ke dalam beg galasnya.

“Kita kena berjalan lebih jauh. Banyak benda yang kita boleh terokai,” ujar Naim lalu bangkit. Dia melangkah meninggalkan Dr Izwan yang masih setia memerhatikan mayat Razan.

***

Afiq sedang meniarap. Tapak kaki Velociraptor sedang berada di belakang tubuhnya.Afiq sempat menoleh ke arah Achadi sebelahnyayang sedangmemejamkan mata ketakutan apabila hidung Velociraptor sedang menghidu wajah Acha. Habis tangan Afiq menjadi mangsacengkaman kuku Acha yang ketakutan. Jadi berbekas dibuatnya.

Tiba-tiba sahaja Velociraptor yang bertindak selaku ketua dikalangan rakan-rakannya berbunyi nyaring, seperti mengarahkan sesuatu. Kemudian, tambah mengejutkan apabila kawanan Velociraptor itu meninggalkan Afiq, Acha dan Husna di situ, seperti mencari sesuatu.

Acha mahu bangkit namun tapak tangan Afiq pantas menarik tangan gadis itu, menyuruhnya kekal dalam posisi melentang. Dia tidak mahu Velociraptor tadi menukar fikiran, berpatah balik untuk menjadikan mereka santapan.

“Tunggu mereka pergi jauh, baru kita pergi dari sini,” bisik Afiq. Husna yangberbaringtidak jauh daripada mereka kelihatanmengangguk bersetuju.

***

Kelihatan seorang lelaki sedang tercungap-cungap berlari. Echad sekadar melangkah sambil mengukirkan senyuman jahat. Lelaki tadi terjatuh buat sekian kalinya. Ya, Echad sudah gila. Lelaki yang sering dibuli di universiti dahulu sudah menjadi syaitan!

“Aku minta maaf sebab selama ni aku layan kau macam…”

“Binatang?” tanya Echad.

“Aku tak ada niat…”

“Dan aku tak ada niat pun nak jadi malaikat maut,” kata Echad lagi.

Lelaki tadi menggelengkan kepalanya. Dia sudah terkencing melihat Echad yang sedang memegang erat sebilah pisau yang berlumuran darah.

“Kau nak hidup tak?” tanya Echad. Lelaki tadi mengangguk setuju.

“Aku sanggup buat apa sahaja untuk kekal hidup. Aku… Khairin akan memberi sumpah setia berkhidmat di bawah kau!” Khairin mengangguk-angguk sambil mengangkat tapak tangannya di udara, gaya orang sedang bersumpah.

“Aku nak kau main permainan aku,” tambah Echad lagi.

“Aku sanggup!” Khairin terus bersetuju, tanpa berbasa-basi.

***

Dr Izwan dan Naim menemui satu lagi jasad manusia. Kali ini, mayat seorang perempuan yang mereka kenali sebagai salah seorang daripada pelajar Universiti Tun Dr Mahathir dalam keadaan tanpa seurat benang pun.

“Astagfirullah…” Dr Izwan beristighfar sambil mengeluarkan sehelai baju lama miliknya lalu menyelimuti tubuh gadis itu.

“Dia tak dirogol,” tutur Naim ketika Dr Izwan sedang bercangkung di sebelah jasad yang tidak bernyawa.

“Setuju dengan kau. Dia tidak dirogol. Pembunuh cuba mengaburi mata kita. Tapi, kita tak bodoh,” tutur Dr Izwan mengangguk setuju dengan kenyataan yang keluar dari mulut Naim.

“Tiada kesan pergelutan di bahagian berdekatan dengan kemaluan mangsa. Tak ada kesan pancutan air mani dan yang paling penting, reaksi wajah mangsa ketika mati. Langsung tiada riak terkejut. Seperti tenang dan tidak menyangka kematian sedang meragut mangsa. Perkara ini tak lain tak bukan, sebab pembunuhnya merupakan salah seorang di antara mereka,” terang Naim panjang lebar menyebabkan perasaan kagum lantas timbul dalam hati Dr Izwan.

“Hebat…” gumam Dr Izwan.

“Aku tak akan dilabel sebagai genius kalau benda kecil macam ni pun aku tak tahu,” ujar Naim. Dr Izwan ketawa kecil ketika mendengarnya.

“Jangan ketawa lagi, aku jumpa benda ni kat mayat mangsa,” kata Naim sambil mencampakkan sesuatu yang berbentuk seperi keychain. Di keychain itu, kelihatan tulisan yang berbentuk, “Dinoland”.

“Apa benda ni buat dekat dengan dia?” tanya Dr Izwan.

“Jawapan dia senang aje. Mangsa mungkin menjumpai benda ini ketika menerokai kawasan muzium ini. Dan selalunya, benda ini bertujuan sebagai cenderamata untuk mana-mana pelancong…”

“Sekejap… kau nak cakap yang dulu muzium ini merupakan kawasan tarikan pelancong? Tourist attraction?”

Naim tersenyum apabila Dr Izwan mampu menangkap maksud yang cuba disampaikannya.

“Bijak, tapi teori aku hanya boleh dibuktikan bila kita jumpa kedai cenderamata tu.”

***

Ummu sedang diikat di dalam ruang yang penuh dengan anak patung dinosaur yang datang dari pelbagai spesis. Keadaan di dalam ruangan itu kelihatan suram. Pandangan Ummu ditalakan ke arah mesin cashier yang terbiar berkarat. Ummu mahu menjerit memanggil nama Afiq namun mulutnya yang disumbat dengan kain itu tidak mampu mengeluarkan walau sepatah suara pun.

“Awak…” panggil satu suara dalam nada suara manja. Pantas Ummu menoleh ke belakangnya, namun perasaan hampa menyerangnya kembali.

“Kenapa? Kau ingat aku ni Afiq atau Zaff? Dua orang jejaka yang sanggup mati untuk kau di atas pulau ini?” tanya Echad lalu duduk bercangkung di hadapan Ummu. Dia memerhatikan sahaja titisan air mata Ummu turun membasahi pipi.

“Sekarang, kalau aku hapuskan mereka berdua dengan pisau ni, apa yang kau nak buat?” tanya Echad lagi. Ummu hanya menggelengkan kepalanya.

“Kau sayangkan mereka berdua, bukan?”

Ummu mengangguk.

“Kalau macam tu, aku nak kau rasa macam mana rasanya kehilangan orang yang kita sayang… macam aku yang kehilangan Melur,” kata Echad lagi.

Tingkah Echad lantas berubah sebaik sahaja dia menyebut nama Melur.Echadtiba-tiba menggelengkan kepalanya seperti menghalau sesuatu dari kepalanya. Sepertinya,Echad sedang berbicara dengan seseorang yang tidak kelihatan di mata Ummu.

“Bukan aku yang bunuh Melur!” Echad menempik seperti cuba menghalau suara yang bergema di kepalanya.

“Dia yang salah. Dia buat aku macam binatang. Dia nak gunakan aku!”teriak Echad lagi.

Echad melepaskan kemarahannya dengan menampar pipi Ummu membuatkan gadis itu terperosok di atas lantai. Lalu, Echad kembali melayan perasaannya.Echad bergerak ke satu sudut ruangan yang menempatkan anak-anak patung dinosaur itu lalu memeluk tubuhnya sambil menggelengkan kepala.

Dia gila, getus hati kecil Ummu ketika melihat gelagat Echad yang kelihatan seperti orang yang sudah hilang akal. Mungkin Echad tidak cukup kuat untuk berdepan dengan dugaan pulau itu. Mungkin juga Echad jadi begitu kerana larut mencintai Melur. Hati Echad benar-benar hancur ketika melihat Melur mempermainkannya.

Echad bangkit dengan tiba-tiba selepas beberapa minit bermonolog dengan dirinya. Echad kelihatan menghampiri Ummu. Tapak tangannya menyentuh pipi Ummu lalu membelainya.

“Sakit tak tadi saya tampar awak?” tanya Echad.

Ummu hanya mampu mengangguk. Lantas, tangan Echad menyelak rambut Ummu yang hampir menutup wajahnya. Jari telunjuk Echad menerokai hampir setiap inci wajah Ummu. Kemudian, Echad tersenyum.

“Tak lama lagi wajah cantik milik kau ini, akan lebih basah dengan air mata, bila aku sendiri bawa kepala Afiq dan Zaff, di hadapan mata kau. Dan, kau akan lebih sakit.”

Sekali lagi Ummu menggelengkan kepalanya. Echad terus bangkit, lalu meninggalkan Ummu yang sedang teresak-esak menangis.

***

Afiq, Acha dan Husna yang sedang menerokai setiap koridor di dalam muzium lama itu tiba-tiba berhenti. Pantas tapak tangannya mencapai pergelengan tangan Acha. Husna juga mati langkahnya, seiring dengan langkah kaki Afiq.

“Bunyi tapak kaki…” gumam Afiq sambil memasang telinga.

“Tapak kaki Umu ke?” tanya Acha.

Namun, belum sempat Afiq menjawab, kelihatan seorang lelaki sedang tercungap-cungap berlari dari kejauhan ke arah mereka. Afiq pantas membuka larian, menghampiri lelaki itu. Echad kelihatan tergopoh-gapah lalu memeluk batang tubuh Afiq.

“Kau tak apa-apa?” tanya Afiq. Wajah Echad kelihatan luka akibat hirisan pisau. Darah masih segar mengalir dari luka itu.

“Echad, mana Melur?” tanya Acha sebaik sahaja dia menghampiri Afiq dan Echad.

“Khairin! Khairin dah gila!” tutur Echad dengan riak wajah yang penuh dengan kejutan. Echad menghampiri Acha lalu meletakkan kedua-dua tapak tangannya di atas bahu Acha.

“Macam mana keadaan Melur?” tanya Acha buat kali kedua.

“Saya tak tahu. Dia hilang daripada kumpulan kami beberapa jam tadi. Tapi, saya syak tu kerja Khairin!” Echad kelihatan begitu bersungguh-sungguh menyakinkan Acha bahawa penemuan beberapa batang jasad yang tidak bernyawa itu ialah angkara Khairin.

“Razan dah mati. Khairin tikam dada dia tadi,” terang Echad. Acha tersandar pada dinding yang berdekatan mendengarkan kisah Echad itu.

“Kalau Razan pun dah mati…” Acha tidak punya kekuatan untuk melafazkan ayat seterusnya.

“Saya akan tolong awak cari Melur. Saya pasti dia ada dengan kita. Dalam muzium ni,” kata Echad.

“Muzium ni besar,” kata Husna.

Kali ini, kelihatan senyuman terukir di wajah Echad. Rancangan yang direncanakannya berjalan lancar seperti yang telah dibayangkannya.

“Kita berpecah,” cadang Echad.

“Aku dengan Acha. Kau dengan Husna!” Tegas Afiq memberi arahan.

Sebelum mereka berangkat,Acha sempat menghulurkan sehelai sapu tangan kepada Echad.

“Untuk awak. Terima kasih sebab sudi jaga sahabat saya Melur sepanjang saya tiada di sisi dia,” tutur Acha lalu mengukirkan senyuman keanak-anakkannya itu.

Ketika Acha sedang berlari menghampiri Afiq, langkah kaki Acha diperhatikan oleh Echad yang kelihatan begitu tersentuh dengan ucapan terima kasih daripada Acha. Sungguh, perasaan bersalah tiba-tiba menjalar dalam setiap saraf dalam tubuhnya.

“Maafkan aku Acha…” gumam Echad dalam hatinya. “Aku terpaksa melakukan semua ini.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.