Afiq berlari anak-anak, menjejak langkah kaki Ummu. Selepas
meredah batu nisan yang terpacak sana sini, Afiq menjumpai Ummu sedang berdiri
di tepi gaung yang amat dalam. Ummu kelihatan sedang berbicara dengan
seseorang.
“Ummu!”
panggil Afiq.
Ummu
menoleh ke belakang.
“Hai
Fiq…” tegur Ummu seperti tiada apa yang berlaku. Air mata Ummu mengalir tanpa
henti.
“Awak
buat apa tu?” tanya Afiq sambil cuba melangkah mendekati Ummu, perlahan-lahan.
“Ayah
saya Fiq… ayah saya!” tutur Ummu sambil tersenyum lalu melontarkan pandangannya
ke arah hadapannya. Di mata Afiq, kosong. Tapi…
“Ikut
ayah nak…” tutur Datuk Junaidi sambil terapung di hadapan Ummu.
“Fiq…”
panggil Ummu tiba-tiba. “Kirim salam saya pada semua orang. Pada Zaff… cakap
yang saya sayangkan dia!” Pucat wajah Afiq mendengarkan kata-kata itu. Zaff…
“Apa
kau merepek ni?” Afiq sudah mula marah. Ummu tersenyum lagi. Dia mula
menghayunkan kakinya, cuba untuk menjejak ruang kosong yang bakal membawa Ummu
jatuh ke dalam gaung dalam di bawahnya.
“Jangan!”
teriak Afiq.
“Kenapa
Fiq?” tanya Ummu.
Kemudian,
Ummu pun meletakkan kakinya dan, dia jatuh tergolek ke bawah gaung. Afiq
membuka larian, lalu bergerak ke arah tepi gaung.
“Ummu!”
teriak Afiq dari atas sana. Namun, tiada balasan daripada Ummu.
“Tak
guna! Aku kena turun sana!”
***
Naim
tiba-tiba menerkam Hakiman dari belakang membuatkan Hakiman jatuh terlentang.
Kemudian, sebuah tumbukan dilayang oleh Naim, lalu membuatkan darah tersembur
keluar dari mulut Hakiman.
“Kenapa?”
tanya Hakiman.
“Nak
sedarkan kau yang itu semua…”
Bahu
Naim tiba-tiba disentuh oleh seseorang membuatkan Naim menoleh belakang.
Seorang wanita yang berpakaian serba putih sedang berdiri sambil tersenyum
manis memandang Naim.
“Mak…
macam mana…”
“Naim
rindukan mak?”
“Macam
mana…” Air mata Naim tiba-tiba menitik jatuh. Dia bangkit dari atas tubuh
Hakiman lalu berdiri, sambil merenung wajah ibunya. Hakiman merangkak untuk
menjauhkan diri daripada Naim.
“Tak!
Kau tak wujud! Mak aku dah lama mati!” tempik Naim seperti orang gila sambil
menggelengkan kepalanya.
“Ini
mak Naim ni. Naim anak mak. Anak yang mak jaga sampai Naim jadi genius…”
“Iblis!
Jangan kau tukarkan diri kau jadi mak aku semata-mata nak mengaburi mata aku!”
Tapak
tangan wanita yang sedang berdiri di hadapan Naim itu tiba-tiba menyentuh pipi
Naim. Naim mahu menepis tetapi tangan wanita yang lain pula menyentuh tangan
Naim.
“Mak
tahu yang Naim rindukan belaian dan sentuhan mak, bukan?” tutur wanita tadi.
Lembut…
“Mak…”
Naim sudah teresak-esak menangis manakala Hakiman merenung tidak percaya adegan
yang sedang dipaparkan di hadapan matanya. Dia tidak pernah melihat Naim,
lelaki yang tidak punya emosi itu akhirnya tumbang jua…
“Mak
tahu yang Naim rindukan mak…”
“Mak…
Naim sayangkan mak. Sepanjang Naim hidup… perkataan ini tidak pernah terbit
dari bibir Naim. Naim nak minta maaf atas apa yang Naim buat selama ini mak.
Naim…”
Jari
telunjuk wanita yang merupakan ibu Naim itu tiba-tiba menyentuh bibir Naim,
membuatkan Naim terdiam. Kemudian, satu pelukan hangat dihadiahkan oleh wanita
tadi membuatkan air mata Naim semakin deras.
Kemudian,
secara tiba-tiba Naim menolak tubuh wanita itu. Naim yang sudah terlutut itu
kembali berdiri sambil merenung tajam ke arah susuk tubuh wanita itu. Kemudian,
dia mencapai sebatang kayu. Senyuman sinis terukir di wajahnya.
“Aku
ialah budak paling genius di Universiti Tun Dr Mahathir! Aku tak akan biarkan
diri aku ditipu oleh syaitan. Ya! Banyak anak adam telah kau sesatkan tetapi
bukan aku! Aku diberi peringatan bahawa jangan membiarkan diri kita
dimanipulasikan oleh syaitan macam kau! Cukuplah moyang aku Nabi Adam yang
menjadi mangsa!” teriak Naim sekuat hatinya.
Kemudian,
Naim memejamkan matanya.
“Maafkan
Naim, ibu. Bukan Naim nak pukul ibu, tapi syaitan di depan Naim yang
menggunakan bentuk ibu untuk menipu Naim…” gumam Naim. Kemudian, dia
menghayunkan kayu tadi berulang kali, untuk menghalau jelmaan ibunya tadi.
Namun, semuanya telus dan jelmaan ibu Naim sekadar tersenyum.
“Aku
tolong kau!” Hakiman tiba-tiba bersuara.
Hakiman
menggengam tanah di bawahnya, lalu membaca sesuatu. Kemudian, Hakiman
melemparkan pasir itu tepat pada jelmaan ibu Naim. Apa lagi, meraunglah jelmaan
itu. Naim menoleh ke arah Hakiman sambil tersenyum.
“Terima
kasih kawan…” ucap Naim.
“Terima
kasih pada kau juga. Kau buka mata aku,” balas Hakiman sambil menepuk belakang
Naim.
“Selesaikan
pengebumian dan cari budak kita cepat,” kata Naim yang kemudian dibalas oleh
anggukan Hakiman.
***
Afiq
duduk di tepi gaung itu. Berfikir dalam sama ada dia mahu melakukan kerja gila
itu atau tidak. Fikirannya melayang memikirkan seorang gadis jelita, yang
menjadi kegilaan ramai jejaka di Universiti Tun Dr Mahathir. Gadis jelita itu
merupakan sahabatnya. Mereka saling kenal mengenali sejak usiaremaja lagi.
Membesar di sekolah dan universiti yang sama.
“Aku
mungkin akan cedera parah kalau aku turun kat bawah sana…” gumam Afiq. “Tapi,
aku sayangkan Ummu.”
Afiq
seperti bermonolog dengan dirinya. Kemudian, dia mengangguk. Sesuatu yang buruk
pasti terjadi pada Ummu kalau dia tidak berbuat sesuatu. Dengan hati yang penuh
tekad. Afiq menuruni gaung itu sambil berpaut pada akar-akar pokok.
Seketika,
dia seperti mampu turun dengan baik sehinggalah… seekor lipan sebesar lengan
manusia sedang merangkak turun tanpa sedar. Kemudian, lipan itu terjatuh di
belakang tubuh Afiq.
“Arghh!”
teriak Afiq sambil menyapu-nyapu belakang tubuhnya. Dia mahu menghalau lipan
itu daripada merayap bebas.
Tubuh
Afiq melayang jatuh, menghempas pokok-pokok yang sudah lama bermukim di kawasan
tepi gaung itu. Dia hanya mampu sedarkan diri buat seketika sebelum kesakitan
yang amat sangat yang sedang merayap di setiap sarafnya datang menyerang.
Akhirnya, matanya tertutup perlahan-lahan.
“Maafkan
aku Ummu…”
***
Matahari
sedang bertenggek di sudut langit. Kelihatan dari jauh, Saiful sedang memapah
Tengku Nizarif. Jejaka itu cedera ringan. Bibirnya pecah akibat ditumbuk oleh
Afiq. Naim dan Hakiman menyusul dari belakang. Pakaian mereka penuh dengan
kesan tanah. Tiada langsung kelibat Afiq dan Ummu kelihatan.
Hotel
Dino tersergam indah disinari oleh cahaya matahari. Dari kejauhan, kelihatan
kawanan dinosaur Hervivor sedang meragut rumput. Di atas bumbung Hotel Dino
pula, Kapten Azrin yang mengambil alih tugas berjaga dapat mengesan kehadiran
Saiful dan ahli kumpulannya.
“Bukakan
pintu!” teriak Saiful.
Pintu
gerbang yang memisahkan dunia luar yang penuh dengan bahaya itu daripada
penempatan manusia di pulau misteri itu terbuka. Kelihatan Kapten Azrin yang
ditemani oleh Acha dan Husna menghampiri Saiful yang sedang memapah Zaff.
“Mana
Fiq?” Soalan itu meluncur keluar dari mulut Acha.
Saiful
memalingkan wajahnya. Dia menggelengkan kepalanya.
“Kenapa
dengan dia?” Acha mendesak.
“Dia
hilang dengan Ummu. Puas kami cari, tapi tak jumpa!” Hakiman tiba-tiba
bersuara.
Sebaik
sahaja Acha mendengarkan jawapan, gadis itu tiba-tiba bergerak ke arah pintu
gerbang yang terbuka luas di hadapan matanya.
“Kau
nak ke mana?” tanya Saiful.
“Cari
Fiq!” ujar Acha penuh tekad.
Saiful
sekadar memberi isyarat mata kepada Husna. Husna mengangguk lalu menarik tangan
Acha, cuba untuk menenangkan gadis itu.
“Jangan
macam ni, Acha. Nanti kita cari sama-sama. Kita buat perbincangan. Saiful tentu
ada rancangannya tersendiri,” ujar Husna.
“Tapi
Fiq dengan Ummu, keseorangan kat luar sana!” tutur Acha.
“Fiq
kuat! Akak percayakan dia! Kita dah berjaya sampai setakat ini, kekal hidup di
atas pulau ini untuk 2 bulan! Kerana siapa? Fiq! Dia dah tunjukkan kat kita
yang dia bukan budak yang lemah,” ujar Husna menasihati.
“Aku
percayakan Afiq. Dia kuat… aku akan tubuhkan pasukan mencari. Tapi, biar mereka
semua berehat dulu. Kita berdoa agar dia selamat di luar sana,” tambah Saiful
pula.
Akhirnya,
Acha akur. Dia memegang lengan Husna lalu melentokkan kepalanya di atas bahu
perempuan itu. Husna sudah seperti kakaknya sendiri. Acha selalu menjadikan
Husna tempat untuknya meluahkan segala perasaannya. Belakang tubuh Acha
ditepuk-tepuk oleh Husna, cuba menenangkan gadis itu. Husna tahu yang fikiran
gadis itu sedang berserabut.
***
Nabil
sedang memerhatikan sahaja Hazira sedang melukis dari jauh. Gadis itu
seringkali menjadikan lobi hotel itu tempat lepaknya. Hazira jarang menuturkan
perkataan, sekadar bersendirian membuatkan Nabil berminat untuk mengetahui dan
mengenali Hazira dengan lebih mendalam.
Pintu
lobi itu terbuka dan kelihatan seorang lelaki sedang tersenyum. Nabil pantas
bangkit. Lelaki bertopeng itu sekadar berseluar jeans, tidak berbaju melihatkan
tubuhnya yang sasa itu.
“Macam
mana kau boleh masuk?” teriak Nabil.
“Diam.
Shyyy…” tutur Qarin. “Aku nak kau diam. Panggil semua orang. Cakap yang aku nak
jumpa mereka.”
Hazira
tiba-tiba berdiri. Nabil mengangguk lalu meninggalkan lobi itu dalam keadaan
yang tergesa-gesa. Qarin kemudian mengambil tempat di sebuah kusyen di lobi itu
lalu berbaring selesa. Hazira kelihatan menghampiri Qarin.
“Aku
kenal kau,” tutur Hazira tiba-tiba.
“Shyy…”
tutur Qarin.
“Tapi,
bukan ke kau…”
“Shyy.
Budak, aku nak kau diam. Kau akan ganggu permainan takdir nanti,” ujar Qarin
lagi. Kali ini, Hazira akur. Namun, Hazira tidak sedikitpun berganjak daripada
tempat berdirinya sebaliknya menatap Qarin dengan penuh minat.
“Kenapa?”
tanya Qarin.
“Kau…
menarik,” gumam Hazira lagi.
“Kau
pun sama budak. Lepas ni, mereka akan sedar kenapa mereka terperangkap. Terima
kasih pada kau, budak,” tutur Qarin.
“Kenapa
aku?” tanya Hazira.
“Jangan
ganggu permainan takdir,” balas Qarin. Hazira semakin bingung. Akhirnya, Hazira
mengangkat kedua-dua bahunya. Keliru dengan permainan kata-kata yang keluar
dari mulut Qarin.
“Haz!”
suara Kapten Azrin menegah Hazira. “Jauhkan diri daripada lelaki tu!”
Kemudian,
Yasmin dan Piqah berlari lalu memeluk Hazira dari belakang, cuba membawa Hazira
menjauhi Qarin. Kemudian, muncul Saiful dan semua penghuni bilik itu sambil
Nabil sedang memapah Zaff.
“Macam
mana kau boleh masuk?” tanya Saiful.
“Takdir
telah membenarkan aku untuk masuk. Kau siapa nak lawan permainan takdir, Saiful
Hawiz?” tanya Qarin balik. Berkerut dahi Saiful mendengarkan ungkapan Qarin
itu.
“Apa
yang kau nak?” tanya Kapten Azrin pula.
Qarin
bangkit. Dia mendekati kumpulan manusia yang setia berdiri di belakang Saiful.
Kemudian, Acha yang kelihatan takut-takut itu didekati oleh Qarin.
“Kau
masih cantik macam dulu, Aisyah Mazyadi…” tutur Qarin tiba-tiba sambil
menyentuh pipi Acha. Pantas tangan Qarin ditepis dan sebuah tamparan hampir
sahaja hinggap di pipi Qarin. Namun, pantas Qarin menangkap pergelengan tangan
Acha.
“Juga
masih garang masa pertama kali kita berjumpa,” tambah Qarin membuatkan kening
Acha terangkat.
“Siapa
kau?” tanya Acha.
“Takdir
belum mahu mendedahkan aku siapa, sahabat…” ujar Qarin.
Kemudian,
Qarin mendekati Naim yang sedang berdiri tidak jauh daripada Acha.
“Ahmad
Naim bin Ahmad Rosdi. Apa khabar si genius?”
Naim
tidak menjawab, sebaliknya terus melontarkan renungan tajam. Qarin mengangkat
bahunya sekali dua.
“Masih
ego seperti dulu.”
Kemudian,
Qarin kembali mendekati Saiful. Tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan
Saiful.
“Macam
mana kau boleh masuk?” tanya Saiful yang tidak langsung membalas huluran salam
tangan Qarin.
“Takdir
kawan… dia yang membenarkan aku masuk,” gumam Qarin membalas soalan Saiful.
“Siapa
kau?” tanya Saiful.
“Aku?
Raja hutan ini.”
Bunyi
berbisik mula memenuhi kawasan lobi itu.
“Kenapa
kau datang sini?” tanya Saiful.
“Takdir
menghantar aku untuk memberitahu kalian di manakah Afiq dan… Ummu,” jelas Qarin
lagi.
“Kau
tahu mana Fiq?” Acha tiba-tiba bersuara.
“Hebat Acha. Sangat hebat… takdir kisah cinta kau
sungguh menyayat hati. Cinta kau masih pada Fiq? Walaupun dia tak pandang pun
kau? Walaupun hanya Ummu yang menjadi pilihan hatinya, walaupun hanya Ummu
seorang sahaja perempuan dalam kepala otak dia?”
Wajah
Acha merah apabila Qarin menuturkan ayat itu.
“Mana
Ummu?” tanya Hafeez dan Taufiq serentak.
“Aku
ingat korang berdua lagi. Sangat-sangat ingat,” tutur Qarin sambil matanya
fokus ke arah Hafeez dan Taufiq.
“Satu
lagi kisah cinta hebat. Kamu berdua ditakdirkan untuk mencintai Ummu. Tapi… kamu
tidak ditakdirkan untuk memiliki dia!”
“Berhenti
mengarut. Bagitahu kami mana Fiq dan Ummu!” Zaff berang.
“Hahahahaha…
sahabat aku. Sahabat aku… aku akan beritahu di mana dia. Saiful, bawakan peta
kau ke sini. Biar aku tandakan tempatnya!”
Saiful
terpempan. Lelaki bertopeng yang sedang berdiri di hadapannya itu tahu
segala-galanya. Seolah-olah semua orang di situ sangat dikenalinya. Bahkan apa
yang sedang disimpan oleh Saiful diketahuinya. Saiful mengeluarkan sesuatu
daripada jaket kulitnya lalu menyerahkan sehelai kertas kepada Qarin.
“Sini.
Barat daripada hotel ini. Seminggu perjalanan jalan kaki. Kau akan jumpa sebuah
perkampungan…”
“Perkampungan?
Ada oranglah kat sini?” pintas Hafeez tiba-tiba, kelihatan teruja.
Qarin
menggelengkan kepalanya.
“Aku
tahu apa yang kau fikirkan. Tapi… mereka bukan sebenar-benarnya orang. Mereka…
ialah Puak Pemburu Kepala yang telah hilang daripada sejarah! Mereka yang
membina tempat ini, salah pulau!”
Riak
wajah Saiful berubah sebaik sahaja mendengarkan kisah Qarin.
“Habislah…
Fiq dengan Ummu…”
“Mereka
belum mati lagi, Taufiq. Jaga mulut kau. Puak pemburu kepala itu cuma akan
korbankan nyawa mangsa mereka, di bawah bulan purnama di mana akan muncul dalam
masa seminggu lagi. Ketika itu, barulah mereka akan memenggal kepala mangsa
mereka. Darah itu akan diminum untuk menggambarkan kekuatan mereka. Kalian ada
seminggu untuk selamatkan Afiq dan Ummu.”
***
Kawasan
lobi itu dipenuhi oleh para survivor nahas terhempasnya pesawat Boeing
777-300ER, penerbangan MH707 di sebuah pulau misteri pada detik 7.7.2007.
Masing-masing mempamerkan wajah yang penuh resah dan terkejut. Jelas kemunculan
tiba-tiba Qarin meninggalkan trauma di antara mereka.
“Aku
dah tukar password untuk masuk ke dalam hotel ini. Aku nak kamu semua mengaku,
siapa yang menjadi dalang menyebarkan kata laluan untuk masuk ke sini? Jujur
dengan aku…” gumam Saiful sambil berdiri berpeluk tubuh sambil diapit oleh Cik
Mia.
Masing-masing
diam seribu bahasa. Kemudian, Hafeez mengangkat tangannya ke udara.
“Aku
rasa ini kerja Hazira,” ujar Hafeez sambil tanpa segan silu menundingkan
jarinya ke arah Hazira yang sedang berdiri di satu sudut lobi itu sambil
melukiskan sesuatu mendongak merenung Hafeez.
“Aku
kenal kau, ke?” tanya Hazira sambil mengecilkan matanya merenung wajah Hafeez.
“Tadi,
dia aje yang rapat dengan lelaki bertopeng tu. Siap berbual lagi. Mungkin dia
ialah dalangnya. Yalah, korang pun tahu dia tu memang pelik?” Hafeez
mempertahankan teorinya.
“Jangan
tuduh dia!” bentak Yasmin tiba-tiba. “Aku kenal Haz! Dia bukan macam yang kau
cakapkan!”
“Tapi…”
“Aku
rasa aku kenal siapa lelaki bertopeng itu,” ujar Hazira membuatkan Yasmin yang
hampir bertumbuk dengan Hafeez terdiam. Semua mata di situ menoleh ke arah
Hazira.
“Siapa!
Siapa?” tanya Acha tiba-tiba.
“Tapi…
aku tak nak ganggu perjalanan takdir. Aku…” Hazira menoktahkan ayatnya di situ
sebelum kembali memeluk anak patungnya. Gadis itu menundukkan wajahnya,
melarikannya daripada ditatap oleh oleh Hafeez.
Acha
menolak Hafeez dan Taufiq yang sedang berdiri di hadapannya. Hazira didekati
oleh Acha. Bahu Hazira disentuh oleh Acha lalu digoyangkannya berulang kali.
Acha tidak ubah seperti orang gila.
“Bagitahu
aku siapa lelaki bertopeng tu! Siapa dia?” tanya Acha berulang kali.
“Takdir…”
gumam Hazira lalu menepis tangan Acha.
“Gila…”
gumam Nazura tiba-tiba sambil mempamerkan wajah jelik melihat sikap yang
dipamerkan oleh Hazira.
Hazira
kemudian menjauhi Acha yang tergamam dengan sikap yang dipamerkan oleh Hazira.
Saiful Hawiz menepuk tangan untuk sekali dua, demi mengenbalikan focus ahli
kumpulan itu kepada dirinya.
“Kalau
tak ada yang mengaku, tak mengapalah. Itu urusan kalian dengan ALLAH. Apa-apa
pun, aku ada satu benda nak beritahu pada kamu semua,” tutur Saiful lagi. “Aku
nak tubuhkan sebuah pasukan yang akan bersama aku menyelamatkan Fiq dan Ummu.”
Semua
di situ sekadar mengangguk.
“Siapa
yang nak bersama dengan aku?” tanya Saiful.
“Korang
nak jumpa Fiq?” tanya Hazira tiba-tiba. Saiful mengangguk.
“Aku
nak pergi. Aku ada benda nak tanya dia,” tutur Hazira.
Saiful
tidak menjawab sebaliknya merenung tidak percaya. Ini ialah kali pertama Hazira
bersikap sedemikian. Sebelum ini, gadis itu memilih untuk tidak menyertai
sebarang aktiviti yang mereka laksanakan. Tetapi, kali ini Hazira sangat
berbeza.
“Okey,
Haz dengan aku. Siapa lagi?” tanya Saiful.
“Aku!”
kata Zaff sambil mengangkat tangannya di udara.
Kali
ini, Saiful menggelengkan kepalanya.
“Aku
akan suruh Cik Mia jaga kau. Kau masih cedera. Dr Izwan akan berada di sini
untuk memantau keadaan kau.”
“Waktu
terakhir kau tawarkan benda ni, aku jadi takut. Tapi, Fiq pula yang hilang. Aku
nak tebus kesalahan aku sebab tak berada di sisi dia saat dia susah. Jadi,
Saiful tolong pilih aku!”
“Acha.
Kau ikut kita orang. Siapa lagi?” tawar Saiful lagi.
“Sekejap…”
Yasmin bersuara tiba-tiba. “Lelaki bertopeng tu cakap yang kita akan berdepan
dengan puak pemburu kepala? Jadi, maknanya korang kena pilih aku dengan Piqah.”
“Cantik.
Aku memang nak korang ada dalam pasukan aku,” balas Saiful sambil tersenyum.
Saiful masih teringat gandingan Yasmin dan Piqah yang telah menyelamatkan
dirinya daripada di baham oleh kawanan Alectrosaurus.
“Kepala
aku macam mana? Korang perlukan otak aku. Jadi, Ahmad Naim menawarkan dirinya,”
dehem Naim pula.
“Kau
dengan kita orang empat mata. Siapa lagi?” soal Saiful.
Ketika
itu, Hafeez kelihatan membisikkan sesuatu di telinga Taufiq. Taufiq
menggelengkan kepalanya. Hafeez kemudian menunduk kecewa.
“Hazira,
Acha, Yasmin, Piqah dan Naim. Siapa lagi?” tanya Saiful.
“Aku
nak!” Hafeez menawarkan dirinya. Taufiq menoleh tidak percaya.
“Aku
nak kau jaga telur tu!” bisik Taufiq.
Hafeez
tersengih.
“Tempat
aku di sisi Ummu, kawan…” balas Hafeez, juga dalam nada berbisik. “Kau kena
jaga telur tu!”
Wajah
Taufiq monyok.
“Hafeez
orang terakhir? Bagus. Kita akan bergerak dalam beberapa jam lagi. Sarjan Azmi,
aku serahkan tugas menjaga hotel ni kat kau.”
“Tak
ada masalah, Saiful.”