Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,747
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 44 B ; Dato mencintai Hani?

“Dia buat sial dengan aku! Dia belum tahu lagi aku siapa!!!! Kau !!! Kau adalah orang yang dicintainya… aku akan gunakan kau untuk suruh Zaffran membawa fail yang aku hendak. Hahahahahahaahahahahah.. kau ingat kau bijak.. aku lagi bijaklah Z” bentak Hasdi.

“Nanti kejap.. kau kata.. aku adalah orang yang dicintai Dato? Kau ni biar betul.. sejak bila aku bercinta dengan Dato? Untuk pengetahuan kau… Dato tidak pernah meluahkan isi hatinya kepada aku.”

“Kau memang tidak sedar Hani. Tapi aku menyedarinya dan Zaffran sendiri yang memberitahu aku yang dia mencintai kau. Sebab itulah aku jauhkan diri dari kau dan membiarkan cinta aku kepada kau beralih kepada Zaffran. Tapi tengok apa yang dia buat kepada aku!!! Dia sanggup lapor kepada Polis yang aku ambil duit syarikat” jelas Hasdi. Oh! Patutlah hasdi sejak dua menjak ini menjauhkan diri daripada aku.. ingatkan dia sudah give up untuk mengurat aku.. rupanya dia beri laluan kepada Dato.

“Tapi memang betulkan apa tindakan Dato ambil… Hasdi mengambil duit syarikat.. bukan sedikit… tapi 8 juta.. tentulah dia melaporkan kepada Polis.”

“Kau menyebelahinya… aku tidak kira… aku akan gunakan kau untuk dapatkan fail yang aku hendak.”

“Kalau kau gunakan aku… kau ingat Polis akan lepaskan kau?” Hani cuba menggunakan pendekatan psikologi/

“Aku tahu Polis tidak akan lepaskan aku. Sebab itu aku sudah buat perancangan untuk lari ke sempadan dengan engkau sebaik aku dapat apa yang aku hendak. Aku akan bawa kau dan abang kau.. kita bina hidup baru.. abang kau jadi wali” what!!! Not in million years aku akan menerima Hasdi sebagai suami aku!!!!

“Taknak aku kahwin dengan kau de!!!” bantah Hani..

“Hahahahaahahhaah.. sekarang yang berkuasa adalah aku. Kau ikut sahaja cakap aku.. kalau kau hendak selamat.”

“Kalau aku enggan.. kau hendak bunuh aku pula.. bunuhlah. Aku sanggup mati dari jadi isteri orang gila!!!” tegas Hani.

“Ya.. aku sanggup membunuh. Tapi bukan engkau… abang kau.. hendak?”

“Kau!!!!” pandai Hasdi menggunakan kelemahannya.

“Hahahahahahaahhahahahahaha…. Sekarang.. diam.. aku hendak telefon Z keparat” Hasdi mengambil telefon bimbit dari dalam poket dan mendail nombor Dato Z ;

“Hello along… lama tak berbual.. sihat” katanya sebaik sahaja Dato Z mengangkat telefon.

“Kau hendak apa ha?” Hani dapat mendengar perbualan tersebut kerana Hasdi menekan butang speaker kuat.

“Relaks.. salahkah sepupu hendak menelefon sepupunya sendiri.”

“Kau ni kenapa? Apahal telefon aku” Dato Z mungkin berang diganggu oleh Hasdi yang menjadi musuhnya kini.

“Sombongnya.. baiklah.. biar aku berterus terang. Pandaikan kau tukarkan fail kewangan dengan Fail laporan pengarah. Macam tahu-tahu yang aku hendak ambil fail tersebut.”

“Sebab aku tahu mungkin ada beberapa orang kuncu-kuncu kau akan cuba mengambil fail tersebut. Jadi aku sorokkanlah.. dan terbukti telahan aku benar….”

“Tak guna kau… kau pandai sangat yer. Sekarang ini.. nyawa awek kau di dalam bahaya.. aku mahu kau datang jumpa aku sekarang.”

“Awek aku? Siapa? Ika? Wiwi? As?” banyaknya awek…..

“Kasih yang kau pendamkan… Hani.”

“Apa!!! Kau culik Hani semata-mata hendak dapatkan fail kewangan? Kau dapat pun kau ingat kau boleh lepas dari Polis? Polis akan cari kau sehingga ke lubang cacing tahu tak!!!” gertak Dato Z.

“Ada aku kisah? Sekarang ini kau hendak kekasih kau si Hani ini selamat atau tidak? Kalau nak… bagi fail kewangan itu cepat. Aku takde masa hendak berbual-bual. Ini hani dengan aku!!! Hani.. kau cakap dengan pakwe kau ni” Hasdi menunjukkan telefon kepada Hani.

“Dato!!! Jangan pedulikan Hasdi… panggil Polis!!!” jerit Hani.

“Along.. kau dengar sini. Kalau kau beritahu Polis… maka kau tidak akan berjumpa lagi dengan Hani untuk selama-lamanya. Aku mahu kau datang ke Mimiland sebelum pukul 12.00 tengahmalam… ingat,… datang seorang… orang aku akan tunggu di pintu masuk Mimiland. Ingat tu along… bawa dokumen yang aku hendak!!!” Hasdi menamatkan talian… kemudian beliau mendail lagi ;

“Oi.. korang masih dekat luar lagi?”

“Ya Boss!!!”

“Aku mahu kau jaga di pintu masuk utama.. tunggu Dato Z datang. Pastikan yang dia datang seorang sahaja… aku tidak mahu ada orang mengekorinya samada Polis atau pengawal peribadinya… faham!!!!”

“Faham boss” Hasdi menamatkan perbualan.

“Kau.. ambil kerusi untuk tetamu kita ini… kita tunggu Dato” pembantunya mengangguk dan mengambil kerusi untuk Hani.. Hani duduk.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.