Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
827,772
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 47 ; Tolonglah sedar Hani

Bab 47

Tolonglah sedar Hani

Sudah 2 hari Hani tidak sedarkan diri… ini menimbulkan kerisauan keluarganya dan juga Dato Z. Petang itu Dato Z melawat Hani seorang diri… Dato Z duduk di sisi Hani. Beliau memegang tangan Hani… sejuk rasa tangan Hani dirasakannya ;

“Hani… bangun wak.. janganlah tidur lama-lama. Saya rindulah hendak mendengar coleteh awak. Bergaduh dengan awak” kata Dato Z perlahan.

“Kalau awak terjaga sekarang ini.. tentu awak ketuk kepala sayakan. Sebab apa? Sebab saya pegang tangan awak. Mesti awak tidak bagi saya pegang tangan awakkan… tapi saya kasih dan sayang kepada awak. Percayalah….” Kata Dato Z perlahan.

“Saya berjanji… sebaik awak sedar. Saya akan menjaga awak dan mengasihi awak. Awak telah banyak berkorban untuk diri saya. Awak telah menyedarkan saya apa itu cinta,, saya tahu mungkin awak tidak berminat untuk menerima saya disebabkan oleh peristiwa lalu.. sikap saya. tapi percayalah… saya benar-benar mencintai awak sepenuh hati” Dato Z mengucap tangan Hani. Beliau menyisir rambut Hani.

“Hani.. tolonglah sedar sayang……”

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Dari sebalik tirai… segala perlakuan Dato Z diperhatikan oleh Jidin… Jidin menunduk dan berlalu pergi………….

{{{{{{{{{{{{{{{{{

Malam itu.. di bilik hotel… semasa Dato Z menonton siaran langsung bola… Jidin membuka bicara ;

“Dato sayangkan Hani?” Dato Z memandang Jidin.

“Maksud engkau?”

“Iyalah.. dari perlakuan Dato, saya lihat Dato sayang kepada Hani. Jika tidak masakan Dato sanggup mengambil cuti 2 minggu untuk menemani Hani. Dan saya terlihat adegan petang tadi Dato” kata Jidin berterus terang… Dato Z terdiam sebentar,

“Baiklah… saya tidak perlu berpura-pura lagi. memang saya ada hati dan rasa sayang kepadanya. Kenapa?” Dato Z pelik dengan pertanyaan Jidin.

“Benarlah kata orang tua-tua.. jika kita selalu bergaduh dengan orang itu. Lama-lama kita akan sayang dengan orang tersebut. Hmmmmm.”

“Kamu rasa Hani akan menerima saya?”

“Secara jujurnya.. Hani bukan seperti perempuan yang Dato kenal sebelum-sebelum ini. Mereka semua tergila-gilakan duit Dato. Tapi Hani dia mahukan lelaki yang ikhlas… yang tidak hipokrit Dato. Dato kena buktikan” nasihat Jidin. Dato Z mengangguk..

“Saya keluar dengan semua perempuan tersebut kerana saya sunyi Jidin. Saya tidak pernah mengambil kesempatan kepada mereka. Sebagai contoh kes Wiwi…..”

“Saya faham Dato…. Selepas ini tinggalkanlah semua perkara yang lagho itu Dato. Tinggalkan perkara yang Hani tidak suka Dato. Insya Allah.. dia akan menerima Dato.

“Terima kasih Jidin.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.