Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,725
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 14 ; Macamana yek?

Bab 14

Macamana yek?

Malam….. selepas solat, Hani duduk di kerusi kerja bilik hotel… TV dibiarkan terpasang… fikirannya melayang jauh ;

“Betul juga kata Pak Mat.. mesti ada pegawai lain yang terlibat sama… aku perlu menyiasat siapa pegawai yang rapat dengan Encik Hasdi.. terutama pegawai yang rapat dengannya di luar waktu pejabat. Tapi takkan aku hendak mengikut Encik Hasdi 24 jam… nanti dia perasaanlah. Siapa aku hendak suruh?’ Hani memejamkan matanya… tiba-tiba ;

“Ha… tak silap aku Jidin sengal dia sekarang jadi penyiasat persendirian.. tapi aku takdak nombor telefon dia pula… siapa yang ada yer….” Tiba-tiba fonselnya berbunyi.. Hani melihat di skrin siapa pemanggilnya… Dato Z? apalah orang tua ini hendak memalam buta ni.

“Ya Dato” jawab Hani.

“Ha…. kamu ada buat apa-apa ke malam ni?” tanya Dato Z.

“Saya rasa hendak duduk bilik sahaja Dato.. layan astro” alasan Hani.. memang bilik hotel tersebut mempunyai Astro.

“Bosanlah duduk bilik… jom kita jalan-jalan” ajak Dato Z.

“Maaflah Dato… saya memang penat” Hani meletakkan telefon.. beliau memang tiada mood hendak kemana-mana. Hani terus membuka kekotak mesej… tujuannya hendak memberi mesej kepada kawannya Razlan sama ada beliau mempunyai nombor Jidin sengal yang kini dikatakan menjadi penyiasat persendirian. Habis sahaja beliau menghantar mesej pintu biliknya diketuk.. aduh! Siapa pula yang ketuk-ketuk bilik aku tengah-tengah malam ni.

Hani bangun dari katilnya ke pintu. Sampai di pintu beliau melihat corong pintu… Dato ni lagi.. tak paham-paham ker… Hani yang sudah mula geram dengan Dato yang tidak reti bahasa ini membukakan pintu ;

“Saya minta maaflah jika saya kurang hajar.. atau terkasar bahasa. Saya memang tiada mood hendak keluar Dato. Dato ini tidak faham ker? Saya kan sudah cakap tadi? Saya penat.”

“Kita bukannya pergi kelab.. ambil angin sahaja” Dato Z masih lagi tidak berputus asa.

“Dato.. saya ni bukan perempuan murahan seperti di MidValley itu, yang Dato boleh angkut saya kesana dan kemari. Usung sana sini…. Dan buat pengetahuan Dato… saya hanya pembantu peribadi Dato semasa waktu kerja saya. di luar waktu kerja saya bukan muhrim Dato hendak teman Dato jalan-jalan.. Dato ini tidak faham bahasa ker?” Hani terus menutup pintu..

Malas hendak melayan kerenah Dato Z yang dirasakan agak keterlaluan. Kalau sudah tidak mahu.. janganlah paksa aku.Hani duduk di katilnya… agaknya sudah berambus orang tua tu…. ingat aku ini spare part dia yang lain yang mudah diusung kesana kemari… Sorrylah aku hendak layan tua gatal….Hensetnya berbunyi tanda ada mesej yang masuk…. Hani mengambil henset dan membaca mesej. Dari Razlan ;

Ini nombornya 102345555… apahal kau hendak nombor Jidin? Kau hendak suruh dia siasat pakwe engkau ke takut ada pompuan lain..sengal!

Adalah.. terima kasih!Balas Hani.

Aku menyimpan nombor Jidin sengal…. Kemudian Hani memberi mesej kepada Jidin Sengal hendak berjumpanya apabila Jidin Sengal senang pada hujung minggu ini. Ada tugas yang hendak diberikan. .. jawab Jidin sengal ;

Ok… jumpa petang ahad pukul 2 petang di Suria kafe Seremban 2… ontime… lepas tu aku sibuk

Eleh… sibuk apa? Sibuk skodeng bini muda Dato ker? Kata Hani dalam hati. Hani melihat kaca TV… rancangan 999 sedang bersiaran. Aku ini dah macam polis pulak.. menyiasat aktiviti jenayah kolar biru yang dilakukan oleh Encik Hasdi… tapi polis ada pistol.. boleh pertahankan diri bila penjenayah hendak buat sesuatu. Aku? Nak harapkan silat? Silat tak sampai.. peluru yang sampai dahulu. Macam inilah… bila aku cukup bukti.. aku serahkan kepada Polis… aku minta perlindungan mereka.. lagipun bukannya susah Polis hendak tahu siapa yang gertak aku… mestilah si Hasdi itu.

Satu lagi… Pak Mat kata penyata kewangan telah dimanipulasikan sejak 8 tahun yang dulu. Aku kenalah selidik pula laporan kewangan sejak 8 tahun yang dulu. Takkan aku hendak minta dengan si rambut celup Aisy tu… 8 tahun sekali aku minta… ini boleh menimbulkan syak bukan sahaja kepada Aisy tetapi Encik Hasdi. Ish! Rumit-rumit…Hani membaringkan dirinya ;

Macamana aku hendak masuk bilik fail kewangan tanpa dilihat oleh orang lain? Selepas waktu pejabat? Tak mungkin sebab pengawal keselamatan akan meronda setiap tingkat…. Ada CCTV.. adoi ! idea…idea….Akhirnya setelah beberapa lama berfikir Hani tertidur dengan televisyen dan lampu terbuka….

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.