Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
826,972
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 51 full ; Melawat Aisy di penjara

Bab 51

Melawat Aisy di penjara

Pagi ahad…. Hari itu Hani bercadang untuk melawat Aisy. Kemudian dia akan ke Puchong dan juga Gombak untuk melihat rumah contoh. Sebenarnya 2-3 hari ini kebelakangan, Hani telah melakukan survei di laman web rumah-rumah teres yang diiklankan. Beliau tertarik dengan 2 projek perumahan ini dan ingin melihat rumah contoh dahulu sebelum membelinya. Kedua-duanya berharga RM 300 ribu ringgit setiap satu. Hani sampai di penjara pada pukul 10 pagi.. selepas mendaftar. Hani perlu menunggu Aisy di bawa ke bilik perjumpaan. Apabila Aisy sampai… dia terkejut apabila melihat Hani datang melawat. Hani mengangkat telefon ;

“Assalaimualaikum” Hani memberi salam.

“Waalaikumussalam.. kau apahal datang tengok aku? Puas hati kau?” sergah Aisy.

“Astafirullah hal azim.. mengucap Aisy. Aku datang ni… memang hendak melawat kau.”

“Eh! Kau dengar sini ye.. aku tahu kau cemburu dengan akukan. Aku pakai Vios.. kau ada diploma pakai Myvi. Lepas tu kau beritahu Dato yang aku ambil duit syarikatkan. Sekarang ini puaslah hati kaukan?” Aisy menuduhnya bertubi-tubi.

“Hello… apa yang kau buat itu memang salah ok. Kau ambil duit syarikat.. itu jenayah.. ibarat kau mencuri, Buat apa aku hendak cemburu kau pakai kereta besar. Memang aku tidak mampupun.”

“Sukahati akulah.. kau apa peduli?”

“Memang aku peduli… itu syarikat aku cari makan. Aku ingatkan kau ini sudah masuk ke dalam… kau insaf atas perbuatan engkau tu. tapi yang ado. Kalau aku tahu perangai kau macam ini, haram aku hendak jenguk kau. Betul kata Kak Qismah… buat apa melawat engkau ini.,. kasihankan kau.. buang masa. Aku tanya kau, ada tak kawan-kawan kita yang lain melawat kau? Ada? Takdekan. Semuanya meluat dengan apa yang kau buat dulu.. tergedik-gedik.. kaki bodek.. kaki mengata. Aku sahaja yang ambil berat” Hani meluahkan apa yang dipendamkan di dalam hatinya. Aisy terdiam.

“Oklah. Aku tiada mood lagi. Bye” Hani meletakkan telefonnya. Dia keluar dari bilik perjumpaan. Sementara itu di dalam bilik pesalah, Aisy menangis teresak-esak.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Selepas berjumpa dengan Aisy, Hani terus pergi ke projek perumahan di Puchong. Walaupun hatinya masih sakit lagi dengan kata-kata Aisy.. tapi beliau perlu melihat rumah tersebut.. takut kalau lama-lama nanti Hani menunggu.. rumah yang diminati dikebas orang. Beliau sampai di sana dalam pukul 1 petang… orang tidak ramai di pejabat jualan. Seorang jurujual wanita menghampirinya ;

“Ya Cik… apa yang boleh saya tolong” tanyanya sambil tersenyum.

“Ah yer.. kelmarin saya ada lihat di internet. Syarikat Cik ada mengiklankan rumah 2 tingkat. Tidak silap saya projek Chempaka Mentari.”

“Iya.. ada… tapi kami sudah iklankan 3 bulan yang lepas. Rasanya semua sudah habis ditempah. Yang tinggal Cuma rumah semi D dan juga bangle. Harga Semi D RM 450,000 cik.” apa! Dah habis!! Rumah semi D? walaupun aku mampu tetapi harganya terlalu mahal. Takkan aku hendak menghabiskan semua wang untuk membelinya. Aku perlu simpan separuh untuk masa depan.

“Ala. Tidak ada ke pembeli yang tidak jadi beli?”

“Sekejap yer.. saya tanya bos” tolonglah ada kosong… tolonglah. Ya Allah ya tuhanku. Dalam 10 minit… jurujual datang bersama penyelia.

“Cik memang bernasib baik. Pinjaman pembeli itu tidak diluluskan semalam… jadi rumah itu kosong. Kalau Cik berminat” kata penyelia itu.

“Encik jangan jual kepada sesiapa. Boleh saya tengok rumah contoh sekarang?” Hani teruja.

“Ok.. mari” mereka bertiga hanya berjalan kaki ke rumah contoh yang terletak berhampiran. Hani sangat teruja melihat rumah contoh.. ruangnya luas.. ada laman di belakang rumah. 2 tingkat… rekabentuk terkini. 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Hani bersetuju untuk menempahnya ;

“Untuk menempahnya Cik Hani perlu membayar 1000 ringgit sebagai duit tempahan” kata jurujual tersebut. Hani mengangguk.

“Ok saya setuju” mereka kembali ke pejabat untuk proses tempahan.

“Cik ada bawa penyata gaji” Hani mengangguk dan mengeluarkan penyata gaji dari beg tangannya.

“Cik baru kerja tidak sampai setahun.. agak sukar untuk mendapatkan pinjaman” kata penyelia jurujual tersebut. Hani tersenyum ;

“Saya bayar separuh dari harga rumah, separuh lagi saya bayar secara pinjaman bank” penyelia itu kembali tersenyum.

“Kalau begitu.. semuanya boleh diuruskan” penyelia terus mengisi dokumen pinjaman. Hani merasa puas apabila cita-citanya membelikan rumah untuk keluarganya tercapai.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.