Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
827,762
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 28 B ; Pak Mat pulangkan wang syarikat

Pukul 9.00 malam.. Hani sampai ke restoran Nasi Kandar Power.. Pak Mat melambainya.. Hani membalas dan duduk di meja Pak Mat. Hani hanya memesan air sahaja ;

“Kenapa Pak Mat hendak bercerita dengan saya?” tanya Hani ingin tahu.. mesti ada sesuatu perkara mustahak yang hendak dibincangkan.

“Pak Mat hendak berhenti dari Mega Group,”

“Kenapa Pak Mat?” tanya Hani kehairanan… adakah Pak Mat takut dengan Hasdi?

“Entahlah.. hati Pak Mat rasa tidak tenteram selagi saya bekerja di sini.”

“Lepas ini Pak Mat hendak buat apa?”

“Pak Mat dapat kerja penyelia keselamatan di syarikat sekuriti. Pak Mat akan mula selepas Raya,”

“Adakah pasal kes ini?”

“Iya… Pak Mat sudah tidak sanggup lagi bersengkongkol dengan Hasdi. ” Hani mengangguk.. air minuman Hani sampai.

“Jika itu keptusan Pak Mat.. saya tidak menghalang” Hani akur….

“Satu lagi.. Pak Mat hendak minta tolong kamu,”

“Minta tolong apa Pak Mat?”

“Pak Mat sebenarnya menerima komisen daripada Hasdi atas tindakan Pak Mat membantunya. Pak Mat tak hendak duit haram itu. Boleh kamu simpan sementara kes ini terbongkar.. bila kes ini terbongkar… Pak Mat hendak kamu pulangkan kepada syarikat” kata Pak Mat mengharap.

“Banyak ke Pak Mat” tanya Hani ingin tahu.

“Dalam 80,000 ribu termasuk faedahnya” Hani terkejut.

“Banyaknya Pak Mat,”

“Komisen untuk 8 tahun. Bolehkan?”

“Kenapa Pak Mat tidak serahkan sendiri?”

“Sebab Cik Hani yang tahu tentang perkara ini… Cik Hani yang akan dedahkan… saya tidak mahu terlibat lagi…”

“80,000 satu jumlah yang banyak Pak Mat.. takut saya hendak menyimpannya”

“Kamu jangan bimbang.. saya akan pindahkan secara online. Kamu simpan sahaja untuk seketika. Tolonglah Cik Hani” Hani terdiam sebentar… memikirkan apakah beliau perlu menerimanya.

“Baiklah. tapi saya simpan sahaja.. bila sampai masa… saya pulangkan kepada syarikat” Pak Mat mengangguk… kami terus berbual.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.