Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,732
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 17 B ; Aisy beri amaran

Aisy beri amaran

Isnin… Hani sangat ceria hari ini kerana gaji telah masuk.. sebelum masuk ke pejabat tadi beliau melihat baki di Bank… ada 2,500 gaji bersih untuk bulan ini… banyak kerana termasuk OT dan elaun kerja luar. Awal-awal tadi beliau sudah mengingatkan agar ayahnya pulang awal kerana hendak membelanjakan keluarga makan di restoran seafood di Kelana Jaya. Ayahnya tidak membantah. Sedang beliau asyik menghadap komputer membuat kerja ;

“Hi orang takde pakwe” Hani menoleh suara yang menegurnya tadi. Si rambut celup!

“Oi.. tak reti bagi salam ker?” perli Hani.

“Assalaimualaikum ustazah.”

“Waalaikumussalam.. apa kau nak? Aku banyak kerja ni” Hani malas hendak melayan Aisy.

“Aku hendak menyampaikan pesan Hasdi.. petang ini ada mesyuarat jawatankuasa tender. Ini suratnya.. Dato Z telah dimaklumkan” Aisy mencampak surat di atas meja… kurang hajar betul!

“Tak boleh ke bagi elok-elok?” Hani memandang Aisy dengan pandangan yang menyinga.

“Aku punya suka.. ok. Aku nak cakap sikit dengan kau,”

“Apa dia?”

“Engkau masuk kumpulan Hasdi jangan cuba hendak mengorat dia yer. Hasdi dah couple dengan aku.. kau jangan nak mengedik pulak” Aisy memberi amaran supaya Hani jangan terlalu rapat dengan Hasdi. Kau ingat aku hadap sangat ke Hasdi?

“Eh! Ingat aku hendak sangat ke pakwe wngkau tu. Sorry… not my taste ok,”

“Tak kisahlah… not my taste ke apa. Ingat.. jangan cuba hendak main mata pula dengan dia. Kalau aku tahu kau rapat sangat dengan Hasdi… siap kau” Aisy mengertak Hani.

“Dahlah.. aku banyak kerja hendak buat” Hani menatap kembali dokumen di tangannya.. malas hendak melayan Hani.

“Ok.. ingat apa pesan aku tu. bye” Aisy berlalu pergi… taknak aku laki gitu.. makan duit haram.. penyangak… sesuailah untuk kau Aisy.. seorang penyangak manakala seorang lagi gedik.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 2 petang… mesyuarat diadakan di bilik seminar dua… Hani masuk ke bilik mesyuarat dengan Dato. Kesemua pasukan tender sudah ada.. sebaik Dato duduk ;

“Ok… kita mulakan” Hasdi bangun sebaik sahaja Dato Z berkata begitu.

“Ok… Dato… ini pasukan saya untuk membida tender yang Dato bagi saya haritu. Bla.. bla… bala” Hani melihat pasukan tender.. ada 10 orang kesemuanya. Halim… jurunilai kanan syarikat, Hasmah… pegawai akaun syarikat…. Sham… kerani bekalan… Omar…kerani akaun kanan dan Zita… jurutera kanan dan pembantunya Zaim. Arkitek kanan syarikat Chong dan pembantunya Izham. Shaari,,, juruukur dan pembantu Satya dan akhir sekali Hani ;

“Saya perkenalkan Cik Hani… yang akan membantu kita dalam proses menender ini” Hani bangun dan mengangguk ;

“Dato mahu Cik Hani mendapat pengalaman dalam proses menender” jelas Hasdi.

“Saya harap kamu semua boleh menunjuk ajar” mereka mengangguk dan Hani duduk.

“So… kamu sudah buat keputusan 2 tender yang berpotensi Hasdi?” tanya Dato.

“Iya Dato. Ada 2 syarikat… ini syarikat yang berpotensi Dato” dia menghulurkan dokumen kepada Dato dan kesemua ahli mesyuarat.

“Seperti yang tertera.. ada 2 tender yang saya rasa berpotensi.. pertama… pembinaan apartment mewah di pandan bernilai 120 juta dan kedua pembinaan bangunan pejabat 20 tingkat di Wangsa Maju bernilai RM 200 juta”

“Swasta?” tanya Dato.

“Ya.. kenapa Dato” tanya Hasdi.

“Tender kerajaan?”

“Kita sudah banyak tender kerajaan Dato. Untung sedikit.. bayaran lambat. Jadi kita masuk tender swasta.. cepat bayarannya nanti” jelas Hasdi.

“Ok.. up to you.. pastikan kita dapat.. tapi.. untuk keselamatan.. masuk satu tender kerajaan. Bapa I boleh uruskan.”

“Ok… saya setuju… nanti saya buat kertas kerjanya juga.”

“Good.. saya setuju kita bida projek ini… kosnya… sebut sahaja. Saya terpaksa keluar… ada temujanji dengan Tan Sri Lim… you all sambunglah bincang,”

“Baiklah Dato… terimakasih kerana beri kelulusan” Dato bangun dan terus keluar dari bilik seminar… keluar sahaja Dato.. encik Hasdi duduk di kerusi pengerusi mesyuarat.

“Ok… Dato sudah beri kelulusan.. jadi.. kita mula kerja harini. Tarikh tamat ketiga-tiga tender… 3 bulan dari sekarang.. jadi… saya terangkan tugas masing-masing” setiap seorang diberikan tugas masing-masing… Hani berkuasa atas penyediaan dokumen tender dan juga membantu dalam pengurusan kewangan… itulah dia mahukan… ini bermakna dia ada akses terhadap bilik fail kewangan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.