Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
829,990
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 13 ; Menyoal Pak Mat

Bab 13

Menyiasat di Ipoh

Besoknya pagi-pagi lagi Hani bergerak ke Ipoh dengan Dato Z.. Hani masih lagi duduk di kerusi belakang. Malas hendak melayan kegatalan Dato Z. Sejak Hani melihat Dato Z dengan seorang perempuan seksi di Midvalley… beliau merasakan Dato Z ini memang seorang yang tidak dapat melihat seseorang yang berdahi licin… mesti Dato akan mengurat. Maklumlah… duit banyak.. hensem,,,, duda pula tu. Entahlah.

“Jauh termenung” tegur Dato Z.

“Saya lihat pemandangan di luar Dato.”

“Dari tadi senyap sahaja.. kamu fikirkan tentang sesuatu ker?” tanya Dato Z.. memang dari tadi Hani mendiamkan dirinya.

“Entahlah” Hani tidak boleh memberitahu apa yang sedang difikirkan sekarang.. tentang program penyiasatannya. Dan tentang dia terlihat Dato di Mid Valley…

“Kamu fikir pakwe ye” kesitu pulak.

“Dato ini asal saya termenung pakwe… asal termenung ingat pakwe. Saya bukan macam Dato yer suka mencari cinta yang seksi-seksi. Awek tergedik-gedik. Saya ada banyak hal hendak difikirkan lagi selain cinta” Hani melepaskan geramnya.

“Perempuan seksi? Siapa?”

“Ala Dato… janganlah buat-buat tak tahu.. saya Nampak Dato dengan seorang perempuan seksi di depan kedai jam Guess Mid Valley.. kemain lagi perempuan itu berpeluk-peluk.. bermanja dengan Dato.”

“Hahahahahahahahaha… Nampak pula kamu yer. Itu kawan sahajalah.. teman saya jalan-jalan.”

“Kawan konon… kalau kawan takkan hendak beli jam mahal.. takkanlah berpegangan tangan” sumpah aku tak percaya!

“Hahhahahahahaha” ketawa Dato yang menyakitkan hati. Malas aku hendak layan buaya darat macam Dato ini.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Selepas mesyuarat hampir dua jam di pejabat… Hani berjumpa dengan penyelia pembelian barangan disini…Pak Rahmat atau lebih suka dipanggil Pak Mat. Sudah hampir 8 tahun Pak Mat bekerja disini. Dahulu bekas askar pencen dengan pangkat terakhir korporal.. selepas Pak Mat pencen, dia terus bekerja di sini sebagai kerani… kemudian dinaikkan pangkat menjadi penyelia bekalan. Hani meminta berjumpa dengannya di luar.. lebih bebas untuk berbicara berbanding jika bercakap di pejabat… ramai mata-mata yang melihat. Lokasi pertemuan mereka adalah di sebuah Kopitiam.. Hani mengambil sudut yang agak tersorok ;

“Ada apa yang Cik Hani iya-iya berjumpa dengan saya ni? Ada masalah ker?” tanya Pak Mat.

“Memang ada masalah Pak Mat.. saya harap Pak Mat berterus terang dengan saya” Hani memulakan langkah,

“Eh! Macam besar sahaja bunyinya itu.. kenapa Cik Hani?” ada wajah kegugupan yang dipancarkan.

“Begini Pak Mat… saya sudah lihat semua sebutharga yang diberikan oleh pembekal kita.. tetapi nampaknya seperti ada yang tidak kena.. maksud saya harga yang ditawarkan 20 hingga 30 lebih mahal dari harga pasaran. Kenapa jadi macamni Pak Mat?” Pak Mat nampak cemas.. riak wajahnya berubah.

“Saya… saya” katanya gugup.

“Pak Mat berterus terang dengan saya. Saya rasa bukan Pak Mat yang buat semua ini.. rasanya ada pegawai yang lebih besar di Mega Group yang buat kerja inikan” kata Hani… Pak Mat terdiam.. seperti memikirkan sesuatu. Akhirnya Pak Mat mengeluh ;

“Saya terpaksa mengikut sahaja Cik Hani… saya ini pekerja biasa sahaja… tidak berani membantah… walaupun pada mulanya saya tidak bersetuju. Tapi saya takut saya pula yang dibuang kerja. Saya terpaksa membiarkan sahaja” Hani sudah agak… seseorang yang berjawatan besar di Mega Group yang menjadi dalangnya.

“Siapa?” tanya Hani teruja.

“Encik Hasdi” Pak Mat mengelengkan kepala.

“Apa? Pengurus Besar kewangan Encik Hasdi?” Hani terkejut.

“Ia” perkara ini semakin rumit… Encik Hasdi merupakan sepupu kepada Dato Z.

“Sejak bila.”

“Sejak lapan tahun yang dahulu” Pak Mat menceritakan kepada aku bagaimana semuanya bermula ;

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.