Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,714
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 20 ; Hasdi ada perasaan dengan Hani?

Bab 20

Akhir bulan 6 tahun 2013 seminggu sebelum menyambut puasa…. Satu mesyuarat telah diadakan oleh Dato dengan kumpulan kami sebelum kertas kerja tender projek diserahkan kepada syarikat yang membuka tender. Setelah hampir 3 bulan berhempas pulas untuk menyiapkan dokumen tender barulah kini Hani boleh lega sediki.. rupanya bukan senang hendak menender projek…. Banyak kerja yang perlu dibuat.. banyak data dan dokumen yang perlu disediakan… ;

“Oklah…. Saya mengucapkan terima kasih kerana selama 3 bulan ini,,, kumpulan ini bertungkus lumus untuk menyiapkan 3 dokumen tender sekaligus… jadi saya ucapkan syabas kepada anda semua. Saya berpuas hati dengan dokumen yang kumpulan ini buat.. memang superb” tepukan kedengaran.

“Jadi.. sebagai ucapan terimakasih.. saya berbesar hati untuk memberi saguhati sebanyak seribu ringgit seorang ke semua ahli kumpulan ini” tepuk tangan lagi.

“Dan juga cuti selama 2 hari pada hari isnin dan selasa depan. Duit akan dimasukkan pada Jumaat ini ked alam akaun masing-masing… nanti masa cuti bolehlah guna” semua ahli kumpulan tepuk lebih kuat. Cuti? Bagus juga tu.. akupun sepanjang kerja di syarikat ini hampir 5 bulan… cuti sakit pun tidak pernah diambil… bolehlah aku berehat di PD ke.. itu je bajet yang ada…

“Dan janji saya.. jika salah satu tender ini kita dapat.. saya berjanji untuk memberi tambahan bonus sebulan gaji” kemudian Bla… bla.. bla… selepas mesyuarat bubar.

“Cik Hani.. masuk ke bilik sahaja sekejap” kata Hasdi.. alamak… dia sudah tahu ke yang aku sedang menyiasatnya.. kenapa pula dia tiba-tiba hendak berjumpa dengan aku ini… aduyai ! Hani melangkah ke biliknya dengan langkah yang berat.. jantung dup dap dup dap

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Duduk sahaja di bilik Encik Hasdi ;

“Hani.. besok awak ikut saya ke semua pejabat yang keluarkan tender. Teman saya hantar dokumen tender… bolehkan” puhhh! Lega chek.. ingatkan apalah tadi.

“Boleh Encik Hasdi” Hani bersetuju.

“Terima kasih kerana menolong kami Hani. Awak memang seorang pekerja yang berbakat dan cepat belajar…. Memang tidak salah kamu dipilih sebagai pembantu Dato Z.” manisnya mulut.

“Besok pukul berapa?” Hani menukar topik.. jelek mendengar pujian Hasdi.

“Pukul 8 pagi.. naik kereta saya.”

“Nanti cemburu pula Aisy,”

“Aisy? Kita pergi sebab kerjalah… bukan berjalan-jalan. Buat apa dia hendak cemburu?”

“Takpelah Encik Hasdi kata begitu.. jangan pula berlaku perang dunia disebabkan saya. saya sudah beritahu awal-awal.. tidak mahu Aisy marahkan saya pula nanti.”

“Hahahahahahaha.. ok.. ok” Hasdi memberi jaminan.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Besoknya Hani menunggu Hasdi di lobi.. tepat pukul 8.00 pagi kereta Lotus Hasdi diparkir di tempat letak kereta VVIP.. Hani segera duduk di hadapan. Kemudian kereta meluncur keluar dari bangunan mega Group;

“Dasat juga kereta Encik Hasdi… kalah kereta Dato” Hani memancing…

“Hahahahahahahahaha.. kamu jangan tidak tahu.. Dato ada 3 kereta mewah,,, tahun depan katanya hendak beli kereta seperti saya. Saya hanya ada satu sahaja kereta.. dia ada 2.. BM, Alphard dan juga Evo. Dia lagi kaya dari saya” jawab Hasdi.

“Tapi mahu setengah juta harga kereta ini” Hani memancing lagi.

“Selain gaji.. saya ada pendapatan dari pelaburan dan juga saham. Kalau awak hendak main saham dan hendak untung banyak. Saya boleh tolong” ceh! Macamlah aku tak tahu mana duit haram kau datang.

“Saya ini manalah mampu hendak beli saham Encik Hasdi…. Gaji pun habis dibelanja setiap bulan. Duduk Kuala Lumpur ini… kosnya mahal” kata Hani berbahasa basi.

“Mula dengan amaun yang sedikit.. bila untung.. tambah pelaburan” jelas Hasdi.

“Tengoklah nanti… kita hendak kemana?” tanya Hani kepada Hasdi destinasi yang hendak dituju.

“Kita pergi kementerian dahulu… lepas itu baru kita pergi ke pejabat swasta.”

“Ok” jawab Hani

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Mereka berdua balik ke pejabat lebih kurang pukul 3.00 petang… makan tengahari di sebuah Hotel Vistana dan Hasdi yang membayarnya. Mula-mula Hani tidak mahu makan disana, tetapi Hasdi terus mendesaknya dan hendak tak nak Hani menurutinya.. semasa menunggu makanan ;

“Saya hendak berterus terang dengan Hani” berterus terang?Hani memandang Hasdi.

“Ya.. pasal apa Encik Hasdi?” tanyanya kehairanan.

“Pasal kita berdua?” pasal kita berdua… ah sudah!

“Saya tak faham Encik Hasdi.”

“Baiklah.. saya seorang yang berterus terang. Saya minat dengan Hani” Ah.. sudah… dunia hendak kiamat ker?Hasdi minat dengan aku? Biar betik,

“Encik Hasdi berguraukan. Ada kamera ke di dalam kafe ini. Encik Hasdi berpakat dengan Aisy hendakkan kenakan saya yer” Hani menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari kamera yang tersembunyi.

“Saya tidak bergurau… saya serius. Saya tidak berpakat kenakan Hani… betullah. Saya memang sudah terpikat dengan awak” aduh! Berat ni….

“Tapi Aisy?” Tanya Hani.

“Aisy?” Hasdi mengerutkan dahinya/

“Ya … bukankah Aisy makwe Cik Hasdi sekarang ini? Bagaimana dengan Aisy?”

“Hahahahahahahahahaha” aik ketawa pula… sudah bosan dengan Aisy hendak aku pulak.. sori.

“Aisy cuma kawan saya sahaja,,, tidak lebih dari itu” kawan? Berkepit sana sini kawan?

“Kawan… Cik Hasdi… di KLCC saya lihat Cik Hasdi berpelukan dengan Aisy. Takkan kawan semesra begitu?” hendak sahaja Hani bercakap tentang gambar seksi Aisy dengannya di kelab malam…. Nanti kantoi pula;;

“Saya tidak menafikan memang saya mesra dengan Aisy… tapi masa itu saya berkawan dengannya.. dan saya rasa tidak serasi… tiada feel berkasih dengannya” perangai Hasdi sama seperti sepupunya.. menganggap perempuan seperti baju… suka bertukar ganti ;

“Tapi Aisy sudah menganggap Encik Hasdi sebagai teman lelakinya… di pejabatpun semua orang tahu Aisy berpacaran dengan Encik Hasdi. Encik Hasdi janganlah begini… kesian Aisy” alasanku…

“Cik Hani menolaknya?”

“Ini bukan menolak… tetapi saya terperanjat sedikit. Ialah mendadak begini” katanya.

“Hahahahahahaha.. sebenarnya saya tertarik dengan awak sejak pertama kali awak masuk kerja Hani. Awak menepati ciri-ciri yang saya hendak jadikan seorang isteri. Awak bijak, cepat belajar, indepent, sofiskated dan manis apabila awak tersenyum” wek! Hendak muntah aku mendengarnya… ingat aku ni mudah cair ke?

“Saya tidak tahu hendak kata apa.. memang saya benar-benar tergamam” kataku benar-benar terkejut.

“Hahahahahaha.. saya tidak memaksa” pelayan membawa makanan yang dipesan… selepas pelayan berlalu pergi.

“Saya tahu Cik Hani terkejut.. tapi seperti saya katakana tadi.. tiada paksaan… kita kenal dahulu antara satu sama lain,”

“Entahlah” kata Hani pendek… beliau memang betul-betul tidak percaya dengan apa yang dihadapinya sekarang…. Hmmmmmmm… pembaca… macamana ni?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.