Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,714
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 44 ; Mimiland

Bab 44

Mimiland

Setelah hampir sejam perjalanan… Van berhenti di suatu tempat. Hani rasa mungkin tempat inilah dimana abangnya disorokkan.. pintu terbuka.. dua orang yang memakai topeng mengarahkan Hani keluar dan mengikutnya. Hani turun daripada Van… Hani memandang ke kiri dan kanan… ada sebuah tasik di hadapannya.. seperti sebuah resort… tapi di dalam keadaan terbiar. Semak samun melingkari bangunan resort. Hani mengikut arahan dua orang bertopeng itu… mereka memasuki semak dan hutan kecil.. keadaan semakin gelap.. mungkin hampir Maghrib… sampai di sebuah bangsal terbiar. Hani disuruh masuk oleh lelaki bertopeng.. pintu dibuka… kelihatan Hasdi dan beberapa kuncu-kuncunya yang juga bertopeng

“Masuk Hani… masuk.. Alan. Tutup pintu” Hani masuk dan pintu ditutup.

“Selamat datang ke Mimiland Hani” Mimiland? Hani tidak pernah mendengar hatta datang ke sini dengan keluarganya.

“Mana abang aku?” tanya Hani.

“Opsss… sebelum kamu jumpa abang kau Hani.. jangan lupa benda yang kau janjikan.”

“Aku tidak pernah berjanji dengan kau.. kau yang paksa aku. Kau tak nampak apa yang aku kendong ni?” kata Hani sambil menunjukkan 8 fail ditangannya.

“Hahahahahahaahhaha.. jangan marah-marah sayang.. kamu ini semakin marah semakin menarik di mata abang. Hahahahahahahahaha” kuncu-kuncu Hasdi turut ketawa.

“Dah puas ketawa? Aku takde masa hendak layan kau. Abang aku mana!!!” kata Hani berang dipermainkan oleh Hasdi dan kuncu-kuncunya.

“OKlah Hani.. kau letak sahaja semua fail tersebut di atas meja itu” arah Hasdi sambil menunjukkan meja yang dimaksudkan. Hani bergerak ke arah meja tersebut dan meletakkan fail tersebut di atas meja.

“Aku dah buat apa yang kau suruh buat. Apa lagi kau nak? Bang aku mana?” ulang Hani.

“Relaks.. abang kau selamat.. ada di dalam bilik itu.. pergilah” Hani membuka pintu bilik yang dimaksudkan.. tangan abangnya diikat manakala matanya ditutup. Keadaan abangnya sangat lemah… hidung dan matanya lebam… Hani tidak berpuas hati ;

“Abang.. bangun bang.. abang” Hani mengejutkan abangnya… abangnya menaikkan kepalanya..

“Hani ke tu?” kata abang lemah.

“Ya bang.. Hani bang.. abang ok? ” Hani duduk berhampiran abangnya.

“Kenapa Hani datang…. Bahaya!!!’ marah abangnya.

“Saya hendak selamatkan abang,”

“Apa!!! Kau nak selamatkan aku.. kita belum tentu dilepaskan.”

“Kasih sayang saya terhadap abang melebihi segala-galanya.”

“Walaupun aku ini tidak pedulikan keluarga? Walaupun aku ini kedekut.. walaupun aku ini selalu susahkan kau?” tanya abangnya.

“Abang tetap abang saya.. dunia dan akhirat” Hani memeluk abangnya erat.. abangnya mengalirkan air mata kerana terharu dengan kata-kata adiknya.

“Kenapa berdarah dan lebam bang.. abang kena pukul?” abang Hani mengangguk. Hani bangun dan kembali semula ke arah Hasdi ;

“Oi jendul!!! Apahal kau belasah abang aku ha? kau kata kau tak apa-apakan abang aku.. ini apahal lebam dan ada darah?”

“Hahahahaha.. abang kau ini buas sangat.. suka melawan.. kawan-kawan aku ini jenis yang kurang sabar. Jadi… aku tak boleh buat apa” kata Hasdi selamba.

“Kau!!!!”

“Ok.. relaks.. janji abang kau adakan. Selamat… bernafas lagi.”

“Bila kau hendak lepaskan kami.. aku sudah buat apa yang kau mahu.”

“Relaks… bagi aku tengok fail-fail itu ok” Hasdi bergerak ke meja dimana Hani meletakkan fail-failnya. Apabila beliau melihat satu fail.. beliau membuangnya dan melihat fail yang lain.

“Apa yang kau bagi aku ni?” tanya Hasdi kepada Hani.

“Fail yang kau hendak lah.. transaksi kewangan 8 tahun berturut-turut” jawab Hani.

“Ini bukan yang aku hendak.. ini fail sampah.. kau tak tengok ke tadi?”

“Aku mana ada masa hendak tengok.. kau bagi aku masa 15 minit untuk aku mencari kesemua fail” dalam masa 15 minit hendak mencari kesemua fail.. mana cukup.Hani hanya sempat membaca kulit luar fail sahaja.

“Kau tengok sendiri” Hani melihat fail yang dihulurkan oleh Hasdi… beliau terperanjat.. hanyalah salinan laporan lembaga pengarah.

“Mungkin Dato kesayangan kau itu tahu rancangan aku. Dia tukarkan fail tersebut dengan fail laporan ahli lembaga pengarah. Sial kau Zafrran!!!” Hasdi menumbuk dinding.

“Dia buat sial dengan aku! Dia belum tahu lagi aku siapa!!!! Kau !!! Kau adalah orang yang dicintainya… aku akan gunakan kau untuk suruh Zaffran membawa fail yang aku hendak. Hahahahahahaahahahahah.. kau ingat kau bijak.. aku lagi bijaklah Z” bentak Hasdi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.