Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
829,991
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 3 dan 4 diolah semula

Bab 3

Jawapan yang tidak diduga

Seminggu selepas kejadian di bangunan Mega Group, Hani hanya duduk di rumah sahaja sambil mengisi borang kerja kosong di syarikat lain. Malah Hani sudah mengisi borang untuk menjadi seprang anggota Polis. Hani merasakan pekerjaan ini sesuai untuknya yang perwatakan kasar. Keluarga pun tidak menghalang Hani menjadi seorang anggota Polis. Hani merasakan peluang untuk bekerja di Mega Group hancur kerana tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Dato Zaffran. Podah.. ingat aku kebulur ke hendak bekerja dengan Dato Z… sorilah,,, aku lebih rela menyapu sampah dari bekerja dengan Dato gatal.

Sedang aku leka melayan Facebook… adiknya yang bongsu Ikhwan meneriak memanggil di ruang tamu rumah.

“Kakak! Ooo kakak. Keluarlah ada surat ni” apalah lagi si Ikhwan ni nak. Hani keluar dari bilik..

“Kau ni kenapa Wan? Panggil akak macam hendak pecah rumah ni? Kau ingat aku ni pekak ker? Cubalah ketuk bilik aku. Beri salam ker? Ini macam orang meroyan” marah Hani kepada adiknya. Adiknya hanya tersengih sahaja.

“Tadi saya bagi salam akak bukannya dengar. Berangan yek? Ke sedang main SMS dengan pakwe?”

“Kau jangan hendak mengada-ngada. Aku mana ada pakwe. Asal kau memekak? Bini kau hendak beranak ker?”

“Ada surat saya ambil dari peti surat bawah” Ikhwan menghulurkan surat itu kepada Hani.

“Ha surat?” Hani mengambilnya. Ha? surat dari mega Group!! Ah sudah. Dato hendak menyaman aku atas kelakuan aku terhadap Dato Zaffran ker?

“Alamak. Apasal pulak ni?” Hani teragak-agak untuk membuka surat tersebut apabila melihat logo Mega Group di surat tersebut. Bermacam-macam perkara bermain di fikirannya.

“Lah, termenung jer. Bukaklah kak.”

“Sibuk jer” Hani membuka surat tersebut. Hatinya berdebar-debar. Apabila surat dibuka.. Hani membacanya. Tahniah anda bla.. bla.. bla… bla… habis sahaja Hani membacanya, dia melompat kegembiraan.

“Yahooo!!! Ya beda bedu” Ikhwan memandang Hani kehairanan.

“Gila ek? Menang loteri ker?” Hani menyerahkan surat tadi untuk dibaca oleh adiknya.. sambil adiknya membaca beliau menyanyikan lagu Ombak rindu. Hujan kau bawakan rindukku untuk dirinya yang jauh darinya

“Akak tolonglah jangan menyanyikan. Kalau suara sedap takpelah juga. Ini. Ya ampun. Hujan kotaraya Kuala Lumpur nanti” Hani meluku kepala adiknya.

“Sakitlah kak! Suka hati je luku kepala orang!!” Ikhwan mengosok kepalanya yang diluku oleh Hani.

“Buwek!! Padan muka” Hani menjelir lidah.

“Tahniahlah kak! Akhirnya selepas 6 bulan akak makan tidur di dalam rumah ini. Akhirnya akak kerja juga. Takdelah saya hendak mengadap muka akak hari-hari.”

“Siot kau” Hani mengejar adiknya yang telah membuka langkah seribu.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Hani mula bekerja atau melapor diri pada pertengahan bulan 4 tahun 2013 iaitu seperti yang tertulis di dalam surat tawaran bekerja. Maka selama seminggu itu Hani sibuk membuat persiapan untuk mula bekerja. Hani membeli peralatan mekap ( selama ini Hani memang tidak suka bermekap keluar dari rumah. Semasa dia pergi temuduga pun Hani meminjam alat solek Tasya yang merupakan kawan baiknya di perumahan awam ini. Mereka berkawan baik dari sekolah tadika kemas sehinggalah tamat tingkatan 5. Selepas habis tingkatan 5 Tasya berkahwin dengan pasangan pilihannya dan sudah mempunyai 2 orang anak pada usia 23 tahun ), membeli baju kerja, kasut, bag dan bermacam-macam lagilah. Memang Hani gembira hendak mula bekerja di Mega Group. Mana tidak gembiranya. Gaji yang ditawarkan 2,000 ringgit sebulan. kawan-kawannya yang baru bekerja paling tinggipun gajinya RM 1500 sebulan. Ini dia mendapat 2 ribu ringgit sebulan. Tinggal dengan keluarga lagi. Dapat dia menjimatkan wang. Tetapi di sebalik kegembiraan itu nanti akan terselit kedukaan, rintangan, fitnah dan juga pengkhianatan sepanjang bekerja dengan Mega Group!

Bab 4

Hani melaporkan diri

Pukul 7.30 pagi, Hani sudah siap untuk ke tempat kerja barunya. Setelah sarapan ala kadar mengalas perut, Hani meminta izin untuk keluar bekerja. Selepas bersalaman dengan ayah dan ibu, Hani turun ke bawah flatnya untuk mendapatkan motornya. Sampai di bawah lobi lif tingkat bawah Hani ditegur oleh kawan baiknya Tasya ;

“Yuhuuu... oi! Dah hendak pergi kerja ker?” Hani menoleh ke arah suara yang menegurnya. Kelihatan Tasya sedang mengendong anaknya yang bongsu berusia 1 tahun setengah dan yang sulong pula berumur 3 tahun dipegang tangannya.

“A ah. Aku sudah hendak pergi kerja dah ni. Kau buat apa pagi-pagi kat bawah ni” tanya Hani.

“Kau macam tak tahu pula. Aku ni kan isteri mithali. Tentulah aku hantar suami aku pergi kerja. Siap melambai-lambai kau” Hani menepuk dahi. Lupa.

“A ahla. Lupa pulak rutin kau setiap pagi. Mesti salam peluk cium laki kau kan sebelum dia pergi kerja” gurau Hani.

“Hahahahahaha. Tahu takpe. Isteri mithalilah katakan. Dengan anak-anak sekali aku angkut.”

“Eh! Aku lambat ni. Hendak pergi kerja. Bye2” Hani mencium anak bongsu Tasya yang montel di pipinya dan berlalu ke motornya. Dia menghidupkan motor dan melambai-lambai anak Tasya. Pejabat Dato Zaffran terletak di jalan Jelatek. Iaitu setengah jam perjalanan dengan menaiki motor. Tetapi kalau menaiki kereta.. mahu dekat sejam juga perjalanan... dengan jalan jemnya pagi-pagi ini. Sampai di satu persimpangan, lampu merah. Hani memberhentikan motornya. Hani melihat jam tanganya. Jarum jam menunjukkan menghampiri pukul 8 pagi. Hani menjangka akan tiba di pejabatnya dalam masa lima minit lagi. Lampu bertukar hijau... Hani mula menggerakkan motor. Tetapi dalam sekelip mata sebuah kereta BMW hitam dari simpang kanan melanggar lampu isyarat merah dan hampir melanggar motor Hani. Nasib baiklah Hani membawa motornya perlahan. Kalau tidak ,

“Oi! Kau ingat aku dah lama hidup ker?” Hani membunyikan hon motornya. Takde adab punya kereta.. tahulah kereta besar.... suka hati mak bapak langgar lampu merah.. ingat jalan ini bapa kau punya ke? Dahlah hari pertama aku kerja. Kalau apa-apa hal tak pasal-pasal aku masuk hospital. Bongok!!!Sumpah Hani dalam hati. Hani meneruskan perjalanan. Sampai di pejabatnya Hani memakirkan motornya di tempat disediakan. Setelah yakin di mengunci motor dengan selamat ( 2 mangga kunci Hani gunakan untuk mengunci motornya ) Hani bergegas ke pejabat. Semasa melalui ruang lobi kereta, Hani terperasaan sesuatu. Hani mengundur kembali langkahnya untuk melihat kereta BMW yang diletakkan di tempat letak kereta VVIP menara Mega.

“Rupanya tuan punya kereta bos besar dekat sini. Nantilah bila aku tahu juga siapa pemiliknya. Siaplah kau. Silap-silap bukan rupa BMW kereta engkau ini” gumam Hani di dalam hati. Beliau terus ke tingkat 2 yang menempatkan pejabat Mega Group. Destinasinya adalah bilik Cik Haryati kerana beliau perlu melapor diri dahulu ke pejabat sumber manusia dan latihan Mega Group. Setiausaha Cik Haryati menyuruh Hani menunggu di sofa berhadapan dengan bilik ketuanya. Hani melihat jam. Pukul 8.20 pagi... 10 minit awal. Oklah tu.. aku awal dari pengurus besar sumber manusia.

5 minit kemudian seseorang yang Hani kenal tiba.. beliau seolah-olah tidak nampak akan kehadiran Hani. Setelah berbual dengan setiausaha Cik Haryati, perempuan tersebut duduk di sofa berhadapan dengan Hani. Perempuan tersebut adalah si rambut karat yang bergaduh dengan Hani semasa sesi temuduga seminggu lebih yang lalu ;

“Dapat pula ustazah ni kerja kat sini ye” kata perempuan tersebut tanpa memberi salam. Hani memandang si rambut perang dari atas ke bawah. Memang vogue. Skirt paras lutut, baju Maxi mendedahkan dada. Ini hendak bekerja ke jadi model?

“Alhamdulillah. Rezeki Allah beri” perli Hani.

“Agaknya engkau ni kena tempat ceruk manalah yer. Takkanlah di hadapan pejabat Dato Z. Please. Bukan taste Dato oj” malas Hani hendak melayannya.

“We wait and see. Tapi aku rasalah. Dato Z takkan nak letakkan perempuan gedik macam kau ni. Jatuhlah status Dato. Asyik mengedit sahaja.”

“Kau” perbualan mereka berdua terhenti apabila Cik Haryati datang. Mereka berdua berdiri untuk memberi hormat kepada Cik Haryati.

“Assalaimualaikum Cik Haryati” sapa Hani. Cik Haryati memandang mereka berdua ;

“Morning Miss Haryati” sapa si rambut perang... muka plastik.

“Wassalam dan morning. Ha Cik Nurhani dan Cik Aisy. Awal datang yer... masuk ke bilik saya” oooo.. nama budak rambut perang ini Aisy. Kami membontoti Cik Haryati masuk ke dalam biliknya. Setelah beliau duduk dan mengemaskan barang.

“Selamat datang ke Mega Group. Tahniah kerana diterima bekerja di syarikat kami” dan bla-bla-blabla. Hani mendengar gomelan Cik Haryati mengenai syarikat. Hani sebenarnya sudah tiada mood kerana beberapa kejadian yang berlaku pagi ini. Pertama kes hampir dilanggar kereta tadi. Kedua pula disebabkan adanya si rambut perang ini. Dia pun dapat pula bekerja di sini. Setahu aku ada satu jawatan sahaja sebagai pembantu peribadi kepada pengarah. Adakah aku akan bergandingan dengan si rambut celup ini? Arghhh sudah!!! Macamana aku hendak bekerjasama dengan dia ini. hendak layan perangai tergedik-gedik dia ni. Tak sanggup aku. Alahai. Apa punya suweylah aku hari pertama aku bekerja di sini. Nasib-nasib.

“Baiklah. Saya rasa Dato Z sudah ada di pejabatnya. Come, kita pergi ke pejabatnya. Di sana kita boleh bincang mengenai tugas masing-masing” kami mengangguk dan menurut langkah Cik Haryati ke bilik Dato yang terdapat di tingkat 3 bangunan. Disinilah terletaknya jabatan pengerusi, pengarah dan kewangan serta akaun. Pejabat Dato Z terletak di hujung sekali, ada seorang setiausaha di pejabat Dato

“Dato Z ada?” tanya Cik Haryati kepada setiusaha Dato.

“Dato Z ada. Silakan Miss Haryati. Dato memang menunggu Miss” jawab setiausaha Dato sambil tersenyum.

“Ok. Terima kasih” Cik Haryati mengetuk pintu bilik Dato. Apabila kedengaran Dato mengatakan masuk, Cik Haryati membuka pintu :

“Morning Dato” Cik Haryati melangkah masuk sambil diikuti oleh Hani dan Aisy.

“Morning. Ha! our new staff. Masuk-masuk” Dato Z yang tadinya tekun meneliti skrin komputer bangun. Dato Z menghulurkan salamnya untuk bersalam dengan Aisy. Aisy dengan gediknya menyambut salam tersebut. Apabila salam dihulurkan kepada Hani, Hani tidak menyambutnya.

“Oh! Sorry” kata Dato meminta maaf. Tahupun! Aku ingat engkau tidak tahu hokum hakam.

“Jom duduk di sofa” Dato Z mempelawa kami bertiga duduk di sofa yang ada di dalam bilik tersebut. Aisy duduk di sofa bersebelahan Dato. Memang gedik!!!

“Ok. Pertama sekali, selamat datang ke Mega Group. Jadi tahniahlah kepada kamu berdua kerana akan menjadi sebahagian keluarga Mega Group. So you all akan bermula bekerja hari ini. Anyway juz call me Dato Z” kata Dato Z memulakan bicara.

“Ok. Seperti yang tertera dalam surat haritu. Miss Hani… akan jadi PA I. Manakala you Aisy, akan jadi kerani kewangan. Ok?” terang Dato Z. Lega aku tidak bekerjasama dengan Aisy

“What? I jadi kerani? Tapi tidak mention pun di dalam surat Dato yang saya akan menjadi kerani. I ingat I akan jadi PA you Dato” kata Aisy terperanjat. Hani tersenyum. Padan muka hang! hahahahahahaha kerani Dato jer.Tanpa sedar Hani tersenyum. Hatinya puas.

“Tapi untuk jawatan pembantu peribadi I, Hani ini yang lebih layak. You pulak layak jadi kerani kewangan kerana kelulusan you” terang Dato kenapa Hani dipilih menjadi keraninya.

“Tapi I ingatkan jadikan PA Dato. I nak sangat jadi PA Dato,” kata Aisy manja.

“Cik Hani lebih layak menjadi PA Dato. Selain kelulusan dalam diploma pengurusan pejabat, dia juga ada personalti yang menepati ciri-ciri seorang PA. Malah Cik Hani fasih berbahasa inggeris. Kamu pula hanya ada sijil SPM dan kebetulan kami kekurangan kerani kewangan. Jadi kami rasa kamu sesuai untuk mengisi jawatan tersebut” kata Cik Haryati. Wah! Boleh tahan mulut kak Haryati mengenakan Aisy.. aku rasa dia ini pun sakit mata melayan perangai tergedik Aisy. Aku menahan senyum... hahahahahaahah.... ada SPM je pun si celup ini.. ingatkan voguelah sangat.

“Tapi saya lihat Dato sudah ada setiausaha” tanya Aisy masih tidak berpuashati.

“Oh ! hari ini dia last kerja sini. Mulai besok Cik Hani yang akan bekerja di tempat Puan Qalisha. Beliau sudah dinaikkan pangkat sebagai PA kepada pengerusi” Hani mengangguk faham. Aisy hanya terdiam sahaja. Kemudian kami dibawa oleh Cik Haryati berkenalan dengan semua staf dan dibawa melawat kesemua jabatan yang ada di dalam Mega Group. Setelah habis pusing-pusing 3 tingkat pejabat, Hanis diserahkan kepada Puan Qalisha untuk dilatih dan diberi penerangan tugas-tugasnya sebagai pembantu peribadi Dato. Manakala Hani melihat muka Aisy kelat apabila beliau diberikan meja kerani ( satu tingkat dengan aku ).,, hahahahahahahaahahaha

{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 5.10 petang. Ah! penat seharian aku menghadam apa yang Puan Qalisha terangkan kepada aku mengenai tugas-tugas yang perlu aku lakukan sebagai menjadi pembantu kepada pengarah. Dari dialah aku tahu tentang apa yang Dato Z suka buat dan perkara yang beliau tidak suka. Pertama Dato Z datang awal ke pejabat. Tidak pernah lewat walaupun malamnya berparti sakan hingga pagi. Dato amat menghormati ayahnya yang merupakan pengerusi syarikat ini dan merupakan antara pemegang saham utama syarikat. Dato tidak suka kopi tetapi suka teh tarik. Dato menghadapi masalah untuk menulis laporan... jadi Hani yang kena menulis laporan atau surat dan bermacam-macam lagi feel Dato yang Hani kena bersabar. Lamunan Hani terhenti apabila pintu bilik Dato terbuka... terpancul Dato Z dari dalam biliknya. Dato Z hendak balik ke rumah agaknya;

“Dato” tegur Hani.

“Ha Hani. Macamana first day?” tanyanya ramah.

“Ok Dato. Semuanya Ok. Cuma agak kalut sedikit. Mungkin tak biasa lagi” jawab Hani jujur.

“Takpe. Lama-lama biasalah tu. Mana kak Qalisha?” tanyanya lagi.

“Dia kemas meja dia di pejabat pengerusi Dato.”

“Really? Ok” Dato mula hendak beredar.

“Dato. Maafkan saya. Saya ada benda yang hendak tanya kepada Dato” ada perkara yang bermain-main di fikiran Hani sejak pagi tadi dan dia perlu bertanya kepada Dato untuk kepastian.”

“Tanyalah” Dato berdiri di hadapan meja Hani.

“Saya sebenarnya hendak bertanya kepada Dato. Kenapa saya dipilih sebagai PA Dato? Bukan Aisya? Bukankah dulu Dato pernah berkata Dato mahukan seorang PA yang urban? Seksi? Tidak mahu yang bertudung?” itulah perkara yang menganggu fikirannya. Hani pelik kenapa Dato Z memilihnya.

“Hahahahahahhahahaha. Ya. Tentang itu. Memang saya suka perempuan yang seksi.. urban. But, PA adalah orang yang pertama orang-orang kerajaan atau investor hendak berjumpa dengan saya. Takkanlah saya mahu seorang PA yang hanya tergedik sahaja dan berkelulusan SPM untuk duduk di kaunter hadapan. Im not allowed that. Kamu layak. Kerana kamu boleh bercakap bahasa inggeris. Cara kamu berkomunikasi pun bagus” terangnya.

“Tapi saya marah dan meninggalkan sesi temuduga Dato. Malah saya kurang hajar dengan Dato.”

“Kamu pertahankan pendapat kamu. Kalau kamu mahu tahu, saya ini agak nakal sedikit. Saya memerlukan seorang yang tegas dengan pendapatnya. Yang boleh membantu saya membuat kerja. Saya ini bos yang hanya tahu Alright sahaja. Jadi bila kamu ada, sekurang-kurangnya kita boleh berdebat untuk meningkatkan prestasi syarikat” Hani mengangguk faham.

“Barulah saya faham.”

“Ok. Kalau tiada apa-apa lagi, saya balik dahulu. Malam ini ada Dating” Dato Z mengenyitkan matanya. Dasar buaya darat!

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 6 petang.. Hani sudah siap berkemas mejanya dan bersedia untuk pulang. Hani perlu melalui jabatan kewangan sebelum sampai di lif. Apabila Hani melalui jabatan kewangan, dia terlihat kelibat rambut perang. Hani bergerak ke arah meja Aisy ;

“Assalaimualaikum. Tekun nampak?” perli Hani apabila melihat Aisy kusyuk melihat fail-fail kewangan.

“Engkau apa sibuk? Kau pergi buat kerja engkaulah” jawab Aisy berang.

“Aku ingatkan, dengan rambut perang kau ni. Dengan baju skirt ala-ala korporat kau ni.. dapatlah jadi PA Dato ker? Bos ke? Setiausaha ke? Rupanya yang ado. Kerani. Hahahahahaha” Hani ketawa yang dibuat-buat.

“Oi. Aku ni bukan sebarang kerani. Kerani kewangan tahu tak. Gaji kau aku buat invois nanti tau” jawab Aisy berang.

“Iyela. Balik dulu no. Kerja rajin-rajin tau. Nanti Dato Z marah.”

“Balik jela.”

“Rambut perang tapi speaking english berterabur” sempat Hani mengenakan Aisy sekali lagi.

“Kau!!!!” Hani berlalu pergi dengan ketawa yang dibuat-buat. Sampai di lobi Hani singgah di kaunter keselamatan. Hani ingin bertanyakan sesuatu kepada pengawal ;

“Salam. Pakcik, tumpang tanya. Siapa empunya kereta BMW hitam dengan cermin gelap?” tanya Hani lembut.

“Wassalam nak. Oh.. kereta tu.. takkan anak tidak tahu... itulah kereta Dato Z” Huh! Kereta Dato Z rupanya.

“Terima kasih la pakcik” Hani berlalu pergi dengan perasaan yang penuh geram.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.