Saya Cup Hati Awak!
Gila! Tiba-tiba sahaja jejaka itu muncul di hadapan Juita
dan terus melamarnya? Namun, Juita lagi gila! Dia terus sahaja menjawab ‘ya’.
Ini semua gara-gara abahnya yang bertanya soal jodoh dan kahwin menerusi
telefon di hadapan lelaki itu.
Biar betul? Jeffrey mahu pengsan. Dia hanya menyahut
cabaran rakan-rakannya. Sangkanya gadis itu akan terus menolak dan menuduhnya
gila, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Dia sudah tidak keruan.
Berhari-hari Jeffrey berfikir. Akhirnya dia nekad untuk
bertemu Juita dan mengakui yang dia sudah jatuh cinta. Malangnya, Juita pula jual
mahal dan main tarik tali dengannya.
“Saya tak nak kahwin dengan awak! Tak
payahlah awak nak banyak cengcong,
awak balik tongsan ajelah. Menyemak aje kat sini!”
“Sampai hati awak halau
saya ke negera Puteri Hang Li Po tu. Papa dan mama saya orang Malaysia tau.”
Juita dalam dilema. Abang tongsan tidak berputus asa meraih jawapan
daripadanya. Aduh, pening kepalanya!
ANDAI CINTA SUDAH MENYAPA,
JIWA DAN RAGA SUDAH TIDAK
TERBENDUNG!