Hari ini Amir Rifqi
tidak mengikut Ayris Imani ke penjara sebaliknya menjalankan follow up untuk kes-kes yang di ambilnya
pada minggu sebelum itu. Tidak banyak yang dilakukan setakat menghubungi
keluarga tertuduh sekiranya diminta melakukannya.
Amir Rifqi kemudiannya
menyediakan senarai nama pesalah yang memerlukan khidmat bantuan guaman yang
akan diberikan kepada Ayris Imani untuk tindakan lanjut.
“ Rifqi, you sudah pergi ke immigration?”
Suara Ayris Imani
mengejutkan Amir Rifqi yang sedang tekun menyediakan senarai nama pesalah yang
memerlukan khidmat bantuan guaman.
“ Sudah. Minggu lepas
saya sudah pergi bersama Damia,” kata Amir Rifqi sambil tersengih lebar.
Seperti biasa Ayris Imani akan menunjukkan muka ketatnya.
“ Ada I tanya you pergi dengan siapa?” tanya Ayris
Imani sinis.
Kerek betul minah ketat
ni. Aku punyalah mahu beramah mesra dia boleh buat muka ketat? Sabar je lah!
Sudahnya Amir Rifqi tersengih macam kerang busuk. Biar Ayris Imani makin panas
dengan reaksinya itu.
“ You dah buat kertas temuduga?” tanya Ayris Imani sambil mendenggus
geram. Sakit matanya melihat kerang busuk itu! Kalau gigi putih tak pe lah
juga. Ni kuning berkeladak! Kalau dikikis kuningnya itu sampai boleh di buat
keju. Eee gelinya.
“ Sudah. Hari tu I ada interview beberapa orang bangla. You tahu tak best betul interview ni.
Boleh develop interview skill. Nak dapat cerita sebenar dari bangla pergh punyalah
susah. You tahulah bangla ni memang
kaki pusing. Kadang-kadang ada fakta yang diaorang cuba sembunyikan. Tapi
tengoklah siapa yang interview. Ni
Rifqilah! Pandai auta! I kasi soalan perangkap sikit barulah dapat fakta
sebenar! Tapi interview ni very challenging.
You nak tahu sebab apa? Sebab
diaorang ni bukannya faham bahasa melayu pun! Faham sikit-sikit je! Bahasa inggeris
lagilah hancur!” cerita Amir Rifqi panjang lebar. Dia pula ketawa
terbahak-bahak. Kononnya kelakar benarlah ceritanya itu. Tetapi peliknya Ayris Imani
hanya buat wajah selamba.
“ Dah habis?” tanya
Ayris Imani sambil berpeluk tubuh.
Amir Rifqi berdehem.
“ You ni tak de sense of humor
ke? Muka tu asyik ketat memanjang. Tak takut cepat tua ke?” tanya Amir Rifqi
masih mahu berjenaka.
“ Kerja sebagai lawyer bukannya kerja main-main. Kena
serius! Kalau tidak masalah tidak selesai. You
jangan lupa every action of yours will
effect someone life, someone property, someone family. Kerja ni bukan kerja
main-main,” tegur Ayris Imani.
“ Baik bos,” kata Amir
Rifqi mendatar. Huh meranalah siapa yang menjadi suaminya. Serius 24 jam.
“ Mana kertas
temuduga?” tanya Ayris Imani.
Tanpa menjawab Amir Rifqi
memberikan fail kepada minah ketat itu. Fail dibuka dan dia membeleknya dengan
kusyuk.
“ Bagaimana you buat fakta kes ini?” tanya Ayris Imani dengan kasar.
Seperti biasa apabila
Ayris Imani marah, Amir Rifqi hanya senyum macam kerang busuk. Apa lagi yang
dia boleh buat. Tak kan pula dia mahu melawan bosnya yang angin semacam itu.
“ I buat macam biasalah,’
jawab Amir Rifqi.
“ Siapa yang ajar you buat macam ni? Itu sebablah masa chambering dulu kena salin nota!” marah Ayris Imani. Suaranya kedengaran
tegas. Boleh buat Amir Rifqi kecut perut. Amir Rifqi menelan liur.
“ Macamana bos tahu I
tak salin nota? Bos stalker I ek?”
Amir Rifqi kalau bab menjawab memang nombor satu. Kalau tidak sia-sia sahajalah
dia menjadi peguam kalau bab-bab menjawab dia tidak jadi juara. Amir Rifqi
nampak Ayris Imani sudah panas berapi. Macam nak hangus satu badan! Tapi Amir
Rifqi hanya ketawa puas di dalam hatinya kerana dapat mengenakan kembali minah
ketat itu.
Ayris Imani mendenggus
geram. Kurang asam punya kuli. Boleh pula dia mengena aku time aku tengah angin macam ni! Iskh aku sumbat fail ni dalam mulut
kau baru tahu!
“ Itulah susahnya kerja
dengan budak baru! Sudah ambil chambering
pun masih bodoh! Ambil balik report you
ni!” Ayris Imani menjerit kuat sehingga pekerja lain yang sedang ralit membuat
kerja pun sudah mula menoleh.
Hish, teruk betul minah
ketat ni! Nak bercakap tak pernah berlembut. Asyik high volume je. Agaknya
kalau dia ada suami boleh tahan ke dengan perangai dia ni? Buat sakit telinga
je!
“ Kalau bodoh bos
tolonglah ajarkan. Sebab tu lah Tan Sri suruh bos training saya bukan?” Amir Rifqi tidak mahu mengalah. Eh dia
lelakilah! Tak kan lah dia mahu mengalah dengan perempuan? Oh tidak! Ini akan
menjatuhkan martamatnya sebagai seorang lelaki macho! Apatah lagi teman-teman
sekerjanya sedang memerhatikannya tatkala ini.
Ayris Imani mendenggus
geram. Matanya merenung tajam menikam mata Amir Rifqi. Bersinar seperti burung
helang yang sedang bersiap sedia untuk menyambar mangsanya.
“ Ohh you melawan ya. Ada hati nak mengajar I.
Ada I minta taklimat dari you? Tu lah
kerja tak pernah serius. Dari tadi asyik bercakap. Buat habis air liur je,” marah
Ayris Imani. Marah Ayris Imani sudah sampai ke kepala. Dia bukan peduli pun ada
mata yang sedang melihat dan ada telinga yang sedang menadah.
“ Kalau tak bercakap
takut mulut busuk pula! Macam mulut you!”
Tergamam! Tiba-tiba
Ayris Imani tergamam. Bagaikan terkena penahan petir. Mulut aku busuk ke? Oh
tidak! Terus sahaja Ayris Imani menutup mulutnya.
Semua pekerja memandang
antara satu sama lain. Mereka bagaikan terkejut dengan apa yang terkeluar dari
mulut Amir Rifqi. Apabila Ayris Imani berlari masuk ke dalam biliknya, apa lagi
terburai terus ketawa mereka. Berdekah-dekah. Masing-masing seronok apabila
Amir Rifqi berjaya mengenakan Ayris Imani yang garang macam singa itu.
“ KURANG asam! Dia kata
mulut aku busuk! Eee..rasa macam nak tampar-tampar je dia!” Jerit Ayris Imani
sambil menghentakkan kakinya.
“ Iskh busuk ke mulut
aku ni?” tanya Ayris Imani sambil terkocoh-kocoh cuba mencium bau mulutnya.
Iskh busuknya. Mana aku nak letak muka ni? Malunya… Luah Ayris Imani sendirian.