Home Novel Komedi/Romantik Komedi Lasernya Mulut Dia
Lasernya Mulut Dia
Rabihah Nur Ridhuan
25/2/2015 17:56:01
85,143
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
bab 15

Hari ini Amir Rifqi tidak mengikut Ayris Imani ke penjara sebaliknya menjalankan follow up untuk kes-kes yang di ambilnya pada minggu sebelum itu. Tidak banyak yang dilakukan setakat menghubungi keluarga tertuduh sekiranya diminta melakukannya.

Amir Rifqi kemudiannya menyediakan senarai nama pesalah yang memerlukan khidmat bantuan guaman yang akan diberikan kepada Ayris Imani untuk tindakan lanjut.

“ Rifqi, you sudah pergi ke immigration?”

Suara Ayris Imani mengejutkan Amir Rifqi yang sedang tekun menyediakan senarai nama pesalah yang memerlukan khidmat bantuan guaman.

“ Sudah. Minggu lepas saya sudah pergi bersama Damia,” kata Amir Rifqi sambil tersengih lebar. Seperti biasa Ayris Imani akan menunjukkan muka ketatnya.

“ Ada I tanya you pergi dengan siapa?” tanya Ayris Imani sinis.

Kerek betul minah ketat ni. Aku punyalah mahu beramah mesra dia boleh buat muka ketat? Sabar je lah! Sudahnya Amir Rifqi tersengih macam kerang busuk. Biar Ayris Imani makin panas dengan reaksinya itu.

You dah buat kertas temuduga?” tanya Ayris Imani sambil mendenggus geram. Sakit matanya melihat kerang busuk itu! Kalau gigi putih tak pe lah juga. Ni kuning berkeladak! Kalau dikikis kuningnya itu sampai boleh di buat keju. Eee gelinya.

“ Sudah. Hari tu I ada interview beberapa orang bangla. You tahu tak best betul interview ni. Boleh develop interview skill. Nak dapat cerita sebenar dari bangla pergh punyalah susah. You tahulah bangla ni memang kaki pusing. Kadang-kadang ada fakta yang diaorang cuba sembunyikan. Tapi tengoklah siapa yang interview. Ni Rifqilah! Pandai auta! I kasi soalan perangkap sikit barulah dapat fakta sebenar! Tapi interview ni very challenging. You nak tahu sebab apa? Sebab diaorang ni bukannya faham bahasa melayu pun! Faham sikit-sikit je! Bahasa inggeris lagilah hancur!” cerita Amir Rifqi panjang lebar. Dia pula ketawa terbahak-bahak. Kononnya kelakar benarlah ceritanya itu. Tetapi peliknya Ayris Imani hanya buat wajah selamba.

“ Dah habis?” tanya Ayris Imani sambil berpeluk tubuh.

Amir Rifqi berdehem.

You ni tak de sense of humor ke? Muka tu asyik ketat memanjang. Tak takut cepat tua ke?” tanya Amir Rifqi masih mahu berjenaka.

“ Kerja sebagai lawyer bukannya kerja main-main. Kena serius! Kalau tidak masalah tidak selesai. You jangan lupa every action of yours will effect someone life, someone property, someone family. Kerja ni bukan kerja main-main,” tegur Ayris Imani.

“ Baik bos,” kata Amir Rifqi mendatar. Huh meranalah siapa yang menjadi suaminya. Serius 24 jam.

“ Mana kertas temuduga?” tanya Ayris Imani.

Tanpa menjawab Amir Rifqi memberikan fail kepada minah ketat itu. Fail dibuka dan dia membeleknya dengan kusyuk.

“ Bagaimana you buat fakta kes ini?” tanya Ayris Imani dengan kasar.

Seperti biasa apabila Ayris Imani marah, Amir Rifqi hanya senyum macam kerang busuk. Apa lagi yang dia boleh buat. Tak kan pula dia mahu melawan bosnya yang angin semacam itu.

“ I buat macam biasalah,’ jawab Amir Rifqi.

“ Siapa yang ajar you buat macam ni? Itu sebablah masa chambering dulu kena salin nota!” marah Ayris Imani. Suaranya kedengaran tegas. Boleh buat Amir Rifqi kecut perut. Amir Rifqi menelan liur.

“ Macamana bos tahu I tak salin nota? Bos stalker I ek?” Amir Rifqi kalau bab menjawab memang nombor satu. Kalau tidak sia-sia sahajalah dia menjadi peguam kalau bab-bab menjawab dia tidak jadi juara. Amir Rifqi nampak Ayris Imani sudah panas berapi. Macam nak hangus satu badan! Tapi Amir Rifqi hanya ketawa puas di dalam hatinya kerana dapat mengenakan kembali minah ketat itu.

Ayris Imani mendenggus geram. Kurang asam punya kuli. Boleh pula dia mengena aku time aku tengah angin macam ni! Iskh aku sumbat fail ni dalam mulut kau baru tahu!

“ Itulah susahnya kerja dengan budak baru! Sudah ambil chambering pun masih bodoh! Ambil balik report you ni!” Ayris Imani menjerit kuat sehingga pekerja lain yang sedang ralit membuat kerja pun sudah mula menoleh.

Hish, teruk betul minah ketat ni! Nak bercakap tak pernah berlembut. Asyik high volume je. Agaknya kalau dia ada suami boleh tahan ke dengan perangai dia ni? Buat sakit telinga je!

“ Kalau bodoh bos tolonglah ajarkan. Sebab tu lah Tan Sri suruh bos training saya bukan?” Amir Rifqi tidak mahu mengalah. Eh dia lelakilah! Tak kan lah dia mahu mengalah dengan perempuan? Oh tidak! Ini akan menjatuhkan martamatnya sebagai seorang lelaki macho! Apatah lagi teman-teman sekerjanya sedang memerhatikannya tatkala ini.

Ayris Imani mendenggus geram. Matanya merenung tajam menikam mata Amir Rifqi. Bersinar seperti burung helang yang sedang bersiap sedia untuk menyambar mangsanya.

“ Ohh you melawan ya. Ada hati nak mengajar I. Ada I minta taklimat dari you? Tu lah kerja tak pernah serius. Dari tadi asyik bercakap. Buat habis air liur je,” marah Ayris Imani. Marah Ayris Imani sudah sampai ke kepala. Dia bukan peduli pun ada mata yang sedang melihat dan ada telinga yang sedang menadah.

“ Kalau tak bercakap takut mulut busuk pula! Macam mulut you!”

Tergamam! Tiba-tiba Ayris Imani tergamam. Bagaikan terkena penahan petir. Mulut aku busuk ke? Oh tidak! Terus sahaja Ayris Imani menutup mulutnya.

Semua pekerja memandang antara satu sama lain. Mereka bagaikan terkejut dengan apa yang terkeluar dari mulut Amir Rifqi. Apabila Ayris Imani berlari masuk ke dalam biliknya, apa lagi terburai terus ketawa mereka. Berdekah-dekah. Masing-masing seronok apabila Amir Rifqi berjaya mengenakan Ayris Imani yang garang macam singa itu.

“ KURANG asam! Dia kata mulut aku busuk! Eee..rasa macam nak tampar-tampar je dia!” Jerit Ayris Imani sambil menghentakkan kakinya.

“ Iskh busuk ke mulut aku ni?” tanya Ayris Imani sambil terkocoh-kocoh cuba mencium bau mulutnya. Iskh busuknya. Mana aku nak letak muka ni? Malunya… Luah Ayris Imani sendirian.

Previous: bab 14
Next: bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.