Home Novel Komedi/Romantik Komedi Lasernya Mulut Dia
Lasernya Mulut Dia
Rabihah Nur Ridhuan
25/2/2015 17:56:01
85,099
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 9

Pintu bilik Tan Sri Hasan diketuk. Tan Sri Hasan yang sedang leka membaca surat jemputan daripada sebuah organisasi bukan kerajaan untuk menghadiri forum berkenaan undang-undang hudud mula memanggungkan kepalanya. Tumpuannya mula ditumpukan kepada muka pintu yang masih tertutup rapat.

“ Masuk,” kata Tan Sri Hasan.

Pintu terkuak. Kelihatan wajah Kudin masuk sambil meleparkan senyuman lebar kepada Tan Sri Hasan.

“ Kau dah dapat berita ke Kudin?” Tanya Tan Sri Hasan sambil menumpukan perhatian kepada pembantu peribadinya. Surat jemputan daripada organisasi bukan kerajaan itu diletakkan di atas meja.

“ Sudah, Tan Sri,” kata Kudin. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Tan Sri Hasan.

Dada Tan Sri Hasan berdebar hebat apabila mendengarkan pengakuan Kudin itu. Sungguh dia berasa takut dengan keluarga arwah Amin yang telah dianiayanya dahulu. Bolehkah mereka memaafkan dirinya?

“ Saya telah menjumpai anak arwah,” kata Kudin apabila melihatkan Tan Sri Hasan hanya menyepikan diri. Langsung tiada riak mahu bertanya kepadanya dengan lebih lanjut.

“ Arwah ada anak?” tanya Tan Sri Hasan dalam sebak.

Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Disebabkan kealpaannya dalam mengejar harta dunia, dia telah membuatkan anak itu kehilangan bapanya. Bagaimana anak arwah Amin meneruskan kehidupannya setelah kehilangan seorang ayah?

Kudin menganggukkan kepalanya. Dia berasa serba salah. Bagaimana mahu dia menceritakan keadaan sebenar tanpa menguris hati dan perasaan Tan Sri Hasan yang sememangnya sudah terdera akibat perbuatannya sendiri?

“ Begini, Tan Sri. Biar saya ceritakannya dengan lebih lanjut. Sebelum tu saya harap Tan Sri dapat bersabar dan menerimanya dengan reda,” kata Kudin.

Dada Tan Sri Hasan berdebar hebat. Dia dapat mengangak bicara Kudin itu bakal memberikan satu lagi episod tragis yang akan membuatkan dia terus menghukum dirinya.

“ Ceritalah. Saya sanggup terima semuanya,” kata Tan Sri Hasan. Dia cuba menenangkan dirinya. Namun gagal. Debaran di dada semakin berkocak laju.

“ Arwah meninggalkan seorang balu yang menghidap kanser payudara dan seorang anak lelaki berusia 16 tahun,” kata Kudin.

Dada Tan Sri Hasan berasa begitu sakit sekali apabila mendengarkan bicara Kudin itu. Bagaikan Kudin sedang menyiat dagingnya satu persatu. Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Bagaimana seorang wanita yang sedang bertarung dengan penyakit maut dapat menerima khabar kematian suaminya di penjara? Allah, aku berasa cukup bersalah dengan keluarga ini.

“ Ta..Tahap berapa?” Tanya Tan Sri Hasan terketar-ketar. Matanya sudah bertakung dengan linangan airmata. Hanya tunggu masa sahaja untuknya melurut laju.

“ Masih di tahap pertama. Tetapi disebabkan suaminya sudah masuk penjara jadi mereka tiada sumber pendapatan. Akhirnya balu arwah pulang ke kampung apabila arwah meninggal dan enam bulan selepas itu balunya turut meninggal kerana tidak mendapat rawatan kanser secukupnya. Manakala satu-satunya anak arwah dibela oleh datuknya. Tetapi kini datuknya juga sudah meninggal dunia,” cerita Kudin.

Melurut laju airmata yang disimpan sejak dari tadi. Perasaan malunya sudah tiada lagi. Dia menangis teresak-esak. Tangisan yang terus menghukum dirinya. Setelah kejahatan demi kejahatan yang telah dilakukannya, bolehkah dia dimaafkan lagi?

Allah, kenapa kau jadikan aku sekejam ini? Aku tidak layak hidup di bumi ini! Kejamnya aku! Menikmati kemewahan dan kekayaan akibat satu penganiayaan sedangkan orang yang dianiaya terus hidup merempat dan merana. Allah, aku tidak sanggup berjumpa denganMu dengan membawa dosaku sebesar dunia ini. Tolong ampuni dosaku. Rintih Tan Sri Hasan dalam tangisannya.

“ Di mana anak itu sekarang ni, Kudin?” Tanya Tan Sri Hasan dalam tangisan yang semakin menggila. Dadanya terasa begitu sakit sekali. Sakit dengan kesalahan yang telah dilakukannya sendiri. Maafkan aku. Maafkan aku!

“ Dia bekerja sebagai despatch dan belajar secara sambilan di Universiti Malaya,” terang Kudin.

Masyalah, begitu kuat sekali semangat anak ini. Walaupun jatuh tersungkur dia masih punya kekuataan untuk bangkit lagi. Di dalam diam, Tan Sri Hasan terus memuji anak itu.

“ Kudin, boleh kau lakukan sesuatu. Sesuatu yang dapat menebus kesalahan saya kepada anak itu. Tolong Kudin,” kata Tan Sri Hasan sambil mengurut dadanya. Sakitnya sehingga menyukarkannya untuk bernafas.

“ Tan Sri ok ke? Saya ambilkan ubat Tan Sri,” kata Kudin. Dia juga tahu Tan Sri Hasan menghidap penyakit jantung. Perkara begini pastinya menambahkan kesakitan yang sedang ditanggung oleh majikannya itu.

“ Tolong buat sesuatu, Kudin untuk menebus kesalahan saya,” rayu Tan Sri Hasan. Dia langsung tidak memperdulikan keadaan kesihatannya itu. Yang pasti dia mahu memperbaiki kesalahan yang telah dilakukannya. Bagaimana jika dia mati dalam keadaan tidak sempat untuk bertaubat dari segala dosa-dosa lampaunya? Adakah dia akan mati dengan tenang jika dosa-dosanya itu terus merantai dirinya? Dan bilakah waktunya malaikat Izrail datang untuk mencabut nyawanya? Ya Allah, sesungguhnya aku masih belum bersedia untuk bertemu denganMu. Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Bolehkah aku di ampunkan olehMu Ya Allah?

“ Baiklah Tan Sri. Nanti saya cuba fikirkan caranya,” kata Kudin.

HASAN mengambil surat khabar Sinar Harian. Surat khabar yang cukup popular dengan ketelusannya memberikan berita semasa membuatkan surat khabar ini menjadi pilihan ramai pembaca. Mata Hasan terpaku kepada tajuk akhbar utama.

TIMBALAN PENGARAH MATI DI PENJARA

Tajuk itu membuatkan dada Hasan berdebar hebat. Matanya tidak lepas dari pembacaannya dan dia ingin tahu cerita selanjutnya.

Kajang: seorang bekas timbalan pengarah sebuah syarikat ternama telah disahkan mati ketika berlakunya rusuhan di penjara malam semalam. Bekas Timbalan pengarah, Amin bin Mokhtar yang dituduh dengan tuduhan rasuah dan seks di luar tabie telah dipenjarakan di penjara ini dua bulan yang lalu.

Hasan terpana. Dadanya berdebar hebat. Dia tidak tahu untuk melakukan apa-apa. Yang nyata berita ini telah memberikan tamparan hebat kepadanya. Berita ini telah membawanya ke lembah penyesalan yang mendalam.

“ Ya Allah, apa yang telah aku lakukan ini?” luah Hasan penuh sesal.

Hasan terus merenungi gambar Amin yang terpampang di dada akhbar. Wajah yang akan diingatinya seumur hidupnya. Wajah yang bakal menghantaui hidupnya.

“ Aku telah membunuhnya. Ya Allah, kenapa aku begitu kejam sekali?” rintih Hasan pilu.

Airmata Hasan mengalir laju. Dia tidak dapat menahan sedihnya lagi. Betapa hatinya cukup tersiksa apabila mendengarkan berita tersebut.

“ Doa orang yang teraniaya amat mustajab tuan. Tetapi saya tidak sekejam itu untuk mendoakan keburukan ke atas tuan. Cuma saya doakan tuan insaf dan dihantui dengan penganiayaan yang tuan telah lakukan kepada saya seumur hidup tuan. Tuan tidak akan hidup dengan aman sebaliknya tuan dihantui dengan kesalahan yang telah tuan lakukan kepada saya.”

Bicara Amin setelah hakim menjatuhkan hukuman terhadapnya tiba-tiba tergiang-giang di telinga Hasan. Bicara itu bagaikan sedang membisik di telinganya berkali-kali. Hasan menangis dan meraung sekuat hati. Betapa kejadian ini telah mencampakkan dirinya ke lembah penyesalan yang paling dalam.

“ Kenapa singkat sangat fikiran aku? Disebabkan aku Amin yang tidak bersalah mati! Ya Allah, dapatkah dosa aku diampunkan?” rintih Hasan sambil melurut rambutnya yang semakin kusut. Sekusut fikirannya tatkala ini.

“ Amin, maafkan aku,” jerit Hasan bagaikan sedang dirasuk histeria.

Previous: bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.