Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
270,492
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 4

BAB 4

Seawal pukul 9.00 pagi lagi Effa sudah menunggu di lobi hotel bajet itu. Sebentar lagi teksi yang di’booking’ nya semalam akan tiba. Pagi-pagi lagi dia sudah bersarapan dengan memakan cereal yang dibelinya di kedai Seven-Eleven.

Salah satu tempat kegemarannya untuk membeli barang keperluan diri ialah di kedai Seven-Eleven. Sama seperti Seven-Eleven di Malaysia, di Bangkok itu juga menjual pelbagai barang-barang keperluan diri. Namun apa yang istimewanya adalah di Seven-Eleven Bangkok banyak menjual barang-barang keperluan diri seperti deodorant, pewangi semburan, shampoo, losyen dan bermacam-macam lagi yang berbentuk ‘minitature’.

Effa gemar membeli semua itu kerana dia banyak menggunakannya untuk tujuan ‘travelling’ ke mana-mana destinasi. Oleh kerana hanya di Bangkok sahaja Effa berjumpa barangan seumpama itu, tanpa segan silu, dia memborong barangan itu di situ juga. Sehinggakan pekerja-pekerja di Seven-Eleven itu merasa hairan melihat keterujaan Effa membeli barangan itu.

“Nasiblah.. kalau kau nak kata aku jakun sekalipun! Kat Malaysia tak ada benda-benda macam ni…” Kata Effa di dalam hati bila dia menyedari semua mata memandang ke arahnya dan barang-barang yang dibelinya.

Pasti di fikiran mereka tertanya-tanya dan merasa pelik, orang Malaysia ni tidak ada benda lain ke nak bershopping sampai barang-barang yang dijual di Seven-Eleven itu pun hendak diborongnya!

Akhirnya, tidak sampai lima minit menunggu, sebuah kereta Toyota Altis jenis baru yang berwarna merah tiba. Di Bangkok, kebanyakan teksi-teksi mereka semuanya terdiri daripada jenis kereta Toyota seperti Altis dan Camry.

Seorang lelaki tempatan datang menemui Effa yang sedang duduk di sofa di ruang lobi.

Morning madam…! Taxi.. ready.. now!” Kata lelaki itu satu-satu sambil membongkokkan badannya tanda hormat.

Effa tersenyum sambil tunduk hormat juga kepada lelaki itu. Tanpa disuruh, lelaki itu mula mengangkat beg-beg kepunyaan Effa untuk dibawa ke kereta. Namun tiba-tiba lelaki itu terpaku lantas memandang Effa dengan hairan.

Effa tertanya-tanya. Pelik dia melihat lelaki itu yang tiba-tiba tercengang-cengang di situ. Bagaimanapun, lelaki itu kemudiannya tersenyum-senyum sambil berkata:

Madam... shopping.. many-many!” Kata lelaki itu tersengih-sengih.

Effa terdiam namun sempat menjeling geram ke arah lelaki itu.

“Huh.. sempat peril aku tu!!” Rungut Effa di dalam hati.

Akhirnya kereta teksi yang membawa Effa dan barang-barangnya tiba di Suvarnabhumi International Airport, Bangkok. Ketika sampai, Effa melihat jam baru sahaja pukul 10.00 pagi.

Goodbye Bangkok… kalau ada rezeki.. umur yang panjang.. aku akan datang lagi!” Ucap Effa di dalam hati ketika dia menjejakkan kaki ke lapangan terbang itu.

“Hmm… lama lagi nihh… Flight kul 11.30 pagi.. Hantar beg dululah..!” Kata Effa.

Effa memasuki banguan lapangan terbang itu. Ianya lebih kurang sebesar KLIA juga. Ada 4 tingkat. Effa segera beredar untuk beratur bagi membuat urusan menimbang dan menyimpan beg.

Namun, ketika Effa leka melihat-lihat outlet yang menjual pelbagai barangan berjenama dari luar tanpa disedarinya dia telah melanggar seseorang dengan troli membawa barang-barangnya. Lelaki yang dilanggarnya itu terjatuh. Effa terkejut dan cemas. Lebih menakutkannya bila dilihat telefon bimbit lelaki itu tercampak jauh dari tangan lelaki itu.

“Ohh… sorry… sorry sir!” Effa gelabah. Segera dia berlari mendapatkan telefon bimbit yang tercampak itu.

“Ya Allah… macamana aku boleh terlanggar ni!!” Rungut Effa sendirian namun sempat didengar oleh lelaki yang dilanggarnya itu.

Lelaki itu menoleh memandang Effa.

“Huh.. orang Malaysia rupanya!” Getus hati lelaki itu.

Serentak itu juga, Effa memandang lelaki itu.

“Errr… you are Malaysian wright? Hmmm… Sorrylah..Encik.. saya.. tak perasan tadi..!” Kata Effa meminta maaf sambil menghulurkan telefon bimbit yang tercampak tadi kepada lelaki itu.

Lelaki itu mengambil telefon bimbitnya dengan kasar sambil merenung Effa atas bawah. Dia membelek telefon bimbit berjenama Blackberry kepunyaannya itu, takut-takut ianya rosak atau pecah.

Setelah memastikan ianya tidak rosak atau pecah, sekali lagi lelaki itu memandang ke arah troli di mana beg-beg yang memuatkan barang-barang Effa terletak di situ. Terdapat tiga buah beg besar dan dua beg kecil.

“Huh… minah ni.. nak meniaga ke?” Sempat lelaki itu tertanya-tanya di dalam hati.

Menyedari lelaki itu mungkin tertanya-tanya tentang banyaknya beg-beg yang dibawanya, Effa segera mengalihkan perhatian lelaki itu.

“Err.. Encik..Encik tak ada apa-apa kan? Minta maaf sekali lagi…” Kata Effa.

Effa sendiri tidak tahu apa yang patut dilakukan lagi. Dia sudah seperti patung tugu di hadapan lelaki yang masih merenungnya dengan tajam itu. Semuanya serba tidak kena. Dalam masa yang sama lelaki itu juga sebenarnya “terkaku” melihat gadis cute di hadapannya itu!

Termalu dengan sikapnya sendiri, lelaki itu bergegas pergi. Namun sempat dia berkata:

“Huh… perempuan!...Shoppeholic!” Keras suara lelaki itu sebelum berlalu.

“Ek elehh..! Macam bagus!” Kata Effa sambil merengus kuat memandang lelaki itu pergi. Yang pastinya, dia juga turut mendengar ejekan lelaki itu.

Effa menarik nafas panjang. Tidak pasti samada lega kerana lelaki yang dilanggarnya itu tidak apa-apa atau lega kerana lelaki yang sombong itu sudah pergi!

Tanpa berlengah lagi, Effa segera menarik troli menuju ke bahagian penyimpanan beg. Effa memilih penerbangan Air Asia untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Ketika Effa beratur di situ, kelihatan lelaki yang dilanggarnya itu juga turut beratur hanya selang tiga orang darinya. Perlahan-lahan Effa beratur di barisan yang sama dan berharap lelaki sombong itu tidak menoleh ke belakang. Entah kenapa Effa meluat memandang wajah lelaki itu!

Ketika diumumkan kepada semua penumpang untuk penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur agar bersiap sedia, Effa segera mempercepatkan langkah menuju ke bahagian terakhir ruang menunggu.

Sebagaimana lazimnya, semua tiket penerbangan Air Asia adalah terbuka. Maka, scenario penumpang-penumpang berlari-larian semata-mata berebutkan tempat duduk yang selesa bagi mereka di dalam pesawat adalah perkara biasa. Melainkan bagi sesiapa yang telah membayar caj tambahan untuk menempah tempat duduk, mereka tidak perlu berbuat begitu.

Oleh kerana Effa juga telah membayar caj tambahan menempah tempat duduk, dia hanya berjalan dengan tenang menuju ke pesawat Air Asia.

Biasanya tempat duduk yang telah ditempah dikhaskan di bahagian hadapan. Ketika Effa masuk pesawat, seorang pramugari telah menunjukkan kerusi-kerusi khas di bahagian hadapan di mana hanya dua baris sahaja disediakan.

Namun apa yang Effa lihat, daripada lapan kerusi yang dikhaskan, Cuma ada dua sahaja yang tinggal iaitu di sebelah kiri di barisan kedua. Oleh kerana pilihan terhad, Effa tidak ada pilihan selain duduk sahaja di kerusi itu.

Sempat dia berharap agar penumpang di sebelahnya nanti bukan seorang lelaki kerana Effa merasa agak tidak selesa duduk berdua di sepanjang perjalanan yang memakan masa 1 jam 45 minit nanti.

Namun, bagaimana yang diharap, rupanya menjadi lebih buruk lagi! Ketika Effa sedang mengenakan earphone MP3 di telinganya, dia ternampak lelaki yang dilanggarnya itu sedang mencari-cari tempat duduk.

Ketika mata mereka berdua berpandangan, Effa segera melarikan pandangannya. Manakala lelaki itu kelihatan seperti terkejut, mungkin tidak menyangka akan bertemu semula di situ.

“Ya Allah… janganlah mamat ni duduk kat sebelah aku!..” Effa berdoa di dalam hati.

Namun Effa terkejut apabila dengan selambanya lelaki itu duduk di sebelahnya. Lelaki itu menoleh ke arah Effa dengan pandangan yang serius. Effa pula pura-pura memandang ke luar tingkap.

“Aduhhh… boleh masak aku macam ni!” Rungut Effa pula di dalam hati.

Kalau tidak kerana merasa bersalah kerana melanggar lelaki itu, Effa memang tidak mahu memandang lelaki itu. Namun dikuatkan hatinya dengan memberi senyuman ketika lelaki itu memandangnya. Dengan wajah yang serius, lelaki itu hanya membalas dengan anggukan namun tanpa senyuman.

“Huh… memang tak ada hati dan perasaan mamat ni agaknya! Senyum pun bukan main mahal lagi!... “ Effa merungut di dalam hati.

“Memang malanglah siapa jadi girlfriend dia… Surebosan tahap maksimum hidup dengan orang yang seriusni!” Hati Effa berkat-kata lagi.

Tiba-tiba Effa teringat kata-kata Emelda:

“Manalah tahu.. kot-kot.. kat situlah tempat pertemuan kau dengan husband to be kau tu.. Mana kau tau??..”

“Huh.. selisih malaikat empat puluh empat.. Mel… Kalau mamat inilah yang jadi potential husband to be aku.. tak payah kahwin pun tak apa… Pegang gelaran andartu sampai matipun aku sanggup… Eiii… tak kuasa you..!!” Effa bermonolog sendiri.

Tanpa disedarinya ketawanya terbawa-bawa di luar kesedarannya. Dia menutup mulut menahan tawa dari pecah.

Segera Effa memandang lelaki di sebelahnya. Seperti yang diduga, lelaki itu memandangnya terpinga-pinga dengan dahi yang berkerut-kerut.

“Opps…Sorry!”

Ucap Effa malu-malu. Tanpa memandang lelaki itu lagi dan bersama-sama dengan sisa tawanya, Effa segera membesarkan ‘volume’ suara MP3 nya dan menutup matanya.

Tidak sanggup dia melihat reaksi lelaki di sebelahnya itu kerana malu jika lelaki itu tahu bahawa dia sedang mengutuk lelaki itu.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.