Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
271,182
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 28

BAB 28

Surya mencampakkan telefon bimbitnya ke atas katil.Geram sungguh dia kepada Azlan. Dalam ramai-ramai lelaki yang didekatinya, Azlan lah merupakan lelaki yang tega hatinya.

Tidak berperasaankah Azlan? Pelbagai cara sudah Surya lakukan untuk merapatkan dirinya dengan Azlan. Namun Azlan masih berlagak selamba. Masih melayannya seperti biasa. Seolah-olah, Azlan tidak faham langsung dengan segala ‘isyarat’ yang Surya tunjukkan.

“Tak boleh jadi ni…! Aku mesti lakukan sesuatu..” Kata Effa sambil mengepal-ngepal tangannya melepaskan geram.

Bukan sebulan dua Surya cuba mendekati Azlan. Sudah hampir memasuki tahun yang kedua, Azlan masih tidak berperasaan dengannya. Pelbagai cara telah dilakukannya. Namun Azlan memberi respon yang negative.

Masih lagi dia teringat perbualan yang memalukannya dengan Azlan sebentar tadi. Walaupun hanya di telefon, namun Surya merasakan maruahnya tercabar. Peluangnya untuk mendekati Azlan semakin tipis.

“Apa yang awak buat ni Surya? Awak tahu tak apa yang awak lakukan ini salah?” Tanya Azlan dalam nada yang perlahan namun ada ketegasannya.

“Apa yang Surya dah buat Abang Lan?” Tanya Surya dalam nada manja. Pura-pura tidak faham.

“Menelefon saya sampai lebih dari sepuluh kali sehari selama seminggu berturut-turut.. awak boleh pura-pura buat tak kisah? Tahu tak yang awak telah mengganggu urusan kerja saya..!” Tegas Azlan.

“Alaa.. Abang Lan ni.. Dah Abang Lan tak nak angkat..tu sebab Surya call banyak kali. Surya risaulah, kalau apa-apa terjadi pada Abang Lan.. Surya Cuma nak pastikan yang Abang Lan sehat dan sentiasa dalam keadaan yang baik.. Itu aje..! Takkan itu pun salah..?” Terang Surya. Suaranya dilembutkan sehabis boleh walau hatinya sudah mula naik radang.

“Memang salah! Please lah Surya..! Saya memang tak boleh nak tolak ansur dengan sesiapa yang tak boleh nak hormat kerja dan privacy saya..! Cara awak tu memang salah sebenarnya. Awak tak terfikir ke apa yang awak buat ni.. memalukan diri awak sendiri? Saya hargai persahabatan kita tapi tolonglah.. saya harap, awak hargai dan hormatkan juga persahabatan kita ni. .” Kata Azlan tegas dan kedengaran nada seperti orang melepaskan geram.

“Awak bukannya tidak berpelajaran Surya… Awak orang terpelajar, bijak.. boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk dan ada karier yang bagus. Mengapa awak cemarkan kelebihan itu seolah-olah seperti orang yang tidak berpelajaran?” Sambung Azlan lagi.

Kali ini kata-kata Azlan benar-benar menyentap tangkai hatinya. Surya dapat merasakan kata-kata Azlan itu benar-benar menampar pipinya dengan kuat dan terasa-rasa pedihnya.

“Tolonglah Surya.. kalau awak masih ingin lagi persahabatan kita diteruskan, tolong hargainya. Saya tidak teragak-agak untuk memutuskannya jika saya dapati awak masih berterusan dengan sikap sebegini. Assalammualaikum..!”

Azlan mematikan talian sebaik menghabiskan kata-katanya itu. Surya terkedu seketika. Pelbagai perasaan yang dirasakan di saat ini. Malu.. marah.. geram.. benci… Semuanya bersatu. Apatah lagi orang yang menegurnya itu adalah orang yang dipujanya selama ini.

Bertambah-tambah sebal lagi hatinya. Ternyata Azlan memang tegas pendiriannya dan penolakan Azlan itu walau dengan cara terhormat benar-benar mencabar dirinya.

Di saat itulah Surya seperti kerasukan. Menjerit-jerit sambil menekap telinganya dengan tangannya itu. Menghindar dari mendengar bisikan-bisikan halus yang sentiasa ‘menemani’nya di kala dia dalam keadaan tertekan.

Apa lagi yang kau tunggu Surya? Dah hampir setahun lebih kau masih begini..! Kau tak boleh mengalah Surya..!Kau harus fikirkan jalan agar Azlan berada dalam genggaman kau!”Bisikan-bisikan itu terus menerjah ke gegendang telinganya.

Bertindak segera Surya..! Bertindak sekarang.. sebelum Azlan terlepas ke tangan orang lain.. Sanggupkah kau melihat Azlan dimiliki orang lain? Sanggupkah kau Surya?” Bisikan itu terus mencabar hati Surya.

“Tidak..! Tidak..! Aku tak sanggup..Azlan dimiliki orang lain.. Tidak!!” Jerit Surya. Marah benar hatinya bila membayangkan Azlan terlepas dari dimilikinya.

Serta-merta Surya terbayangkan Effa berada di samping Azlan. Namun dia menarik nafas lega kerana dia sudah terlebih dahulu memberi amaran keras kepada Effa agar jangan mendekati Azlan. Jika dia dapati Effa memungkiri janjinya, Surya sudah ada perancangannya nanti untuk mengajar Effa!

“Jadi… lakukan sesuatu..! Azlan adalah milik kau seorang.. Tidak ada orang lain yang dapat merampasnya dari kau..! Musnahkan sesiapa yang menghalang kau dari memiliki Azlan.. Lakukan apa saja.. Janji.. Azlan adalah milik kau selamanya…!” Bisikan itu terus meracuni fikiran Surya.

Akhirnya bisikan itu semakin menghilang. Surya tersedar. Nafasnya tercungap-cungap seolah-olah baru sahaja berlari seratus meter. Dia terasa letih sambil terus membaringkan dirinya ke atas katil. Namun…Surya tiba-tiba ketawa. Semakin lama semakin kuat hingga kedengaran seperti Pontianak telah mengilai.

Surya benar-benar telah parah jiwanya!

***********************************

Azlan mencampakkan telefon bimbitnya itu ke atas katil. Dia mendengus geram. Marah benar dia pada Surya. Namun dia puas hati dapat meluahkan rasa geram dan marahnya pada Surya sebentar tadi.

“Padan muka! Gatal sangat nak mengganggu hidup aku..! Tak reti-reti lagi orang dah malas nak layan dia.. Apa sangatlah yang ada kat aku ni..? Sudahlah untuk diri sendiri pun tak ada masa.. inikan pula nak melayan perangai manja dan mengada-ngada dia tuh..! Hisshhh… tak kuasa aku!” Bebel Azlan sendirian.

Sudah banyak kali dia bersabar dengan perangai Surya yang tidak tahu malu itu. Manalah dia tidak sabar kalau dalam sehari, sebanyak tujuh lapan kali, Surya menelefonnya. Mulanya dia menganggap Surya menelefonnya kerana ada perkara penting tetapi Surya hanya sekadar bertanya “sudah makan ke belum”, “kerja banyak tak hari ini” dan segala pertanyaan yang remeh temeh.

Mana tidak Azlan naik angin dengan gangguan panggilan Surya itu! Tidak cukup dengan panggilan telefon, Surya menghantar berpuluh-puluh sms. Naik pening Azlan dibuatnya.

Nasib baik Azlan mempunyai dua telefon bimbit. Satu untuk segala urusan kerjanya dan satu khas untuk kawan-kawan, keluarga dan segala hal peribadinya. Kalau dia hanya mempunyai satu nombor sahaja, Azlan tidak dapat membayangkan bagaimana pening dan haru-biru hidupnya melayan segala macam ragam Surya yang memeningkan kepalanya itu.

“Minah ni.. dah gila agaknya! Kalau waras… dia takkanlah segila ini dok ganggu aku!” Fikir Azlan sendirian.

Pernah dia cuba-cuba menanyakan Effa tentang Surya kerana Azlan memang tahu Effa merupakan kawan sekolah Surya semasa di sekolah menengah dahulu. Namun, Effa pula mempersendakannya.

“Hai… kan Surya tu.. girl friend awak.. Takkan, awak tak kenal siapa dia kot…!” Sindir Effa dalam gelaknya.

Mendengar itu, Azlan naik angin. Marah betul dia Effa mengatakan Surya itu teman wanitanya.

“Siapa kata si Surya tu girl friend saya? Bila masa plak saya bercinta dengan dia? Awak jangan main tuduh-tuduh ye…!” Marah Azlan. Serius wajahnya.

Effa ketawa gelihati melihat wajah masam Azlan.

“Janganlah marah… Bukan ke.. yang saya Nampak dulu tu.. kat Glory Beach Resort tu.. Surya sedang memeluk awak dengan mesra sekali..? Dan awak pulak.. seperti mengiyakan bila Surya mengenalkan awak kepada saya?”

Kali ini Azlan terdiam. Wajahnya berubah. Azlan tahu Effa seperti memulangkan paku buah keras kepadanya. Habislah aku! Effa tersengih memandang wajah Azlan yang terkulat-kulat seperti ayam berak kapur! Lucunya wajah itu..!

“Apa yang awak Nampak bukan seperti apa yang sebenarnya berlaku..! Saya pun terkejut bila Surya bertindak begitu.. Saya… saya…”

Azlan tidak dapat meneruskan kata-katanya itu. Dia mengeluh sambil memandang Effa dengan pandangan simpati. Mengharapkan Effa faham keadaannya ketika itu.

Whatever it is.. saya tak mahu tahu semua itu, Azlan. Itu hak awak.. saya tak mahu masuk campur.. Bagaimana awak kenal Surya.. dan apa hubungan awak dengan dia.. “ Kata Effa.

Entah mengapa, kata-kata Effa itu membuatkan hati Azlan rasa marah dan terkilan. Dia tidak mahu Effa menganggap dirinya mempunyai apa-apa hubungan dengan Surya. Malah yang lebih menyedihkan, Effa langsung tidak menunjukkan reaksi yang seperti diharapkannya.

“Perempuan ni.. macam tak ada perasaan je!” Rungut Azlan di dalam hati.

“Well.. kalau awak Tanya saya tentang Surya.. hmmm… tak banyak yang saya tahu tentang dia sebab.. dia sendiripun tak berapa rapat dengan saya.. Dia suka menyendiri masa sekolah dulu..” Beritahu Effa.

“Surya memang tak ngam dengan awak ke?” Tanya Azlan ingin tahu.

“Kenapa awak berfikir begitu?” Tanya Effa pula.

Azlan terdiam. Perlukah dia memberitahu Effa tentang segala apa yang Surya ceritakan padanya mengenai Effa sewaktu di dalam keretanya dahulu? Tetapi, inilah masanya dia mencungkil rahsia mengapa Surya marah sangat jika Azlan banyak bertanya tentang Effa sewaktu ketika dahulu. Pasti ada cerita dan kaitan antara kedua-duanya. Fikir Azlan.

“Surya banyak ceritakan pasal saya pada awak ke?” Bagai tahu apa yang difikirkan oleh Azlan, tiba-tiba Effa bertanya.

“Pasti.. cerita yang negative kan?” Tanya Effa lagi.

Azlan terdiam. Memandang Effa yang sedang tersenyum.

“Saya tak menyalahkan Surya, Azlan. Memang benar.. siapa yang bersekolah sama dengan saya.. pasti semua akan kenal siapa Effa..! Saya ni.. nakal masa sekolah dulu.. Mungkin, saya tak menyedari.. dalam kenakalan saya itu.. saya mungkin menyakiti hati segelintir rakan-rakan sekolah saya dahulu… Saya akui kesilapan saya tu….” Kata Effa perlahan.

“Tapi.. itu kan cerita zaman persekolahan. Biasalah.. nakal di zaman remaja begitu.. Sekarang, masing-masing sudah dewasa..” Kata Azlan.

“Jadi benarlah Surya menceritakan cerita yang negative tentang saya ye? Hmm… tak mengapalah Azlan. Mungkin ada antara kenakalan saya yang lalu telah menyinggung hatinya atau membuatkan dirinya membenci diri saya..” Effa meneka.

“Tidaklah seteruk yang awak sangkakan. Tapi.. saya nak awak tahu.. saya tidak sedikitpun mempercayai cerita-ceritanya.. Bagi saya.. itu cerita kenakalan zaman rema

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.