Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
271,142
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 3

 

BAB 3

Effa terbaring keletihan di atas katil di bilik hotelnya itu. Baru kini kakinya terasa sengal-sengal dan lenguh-lenguh.

“Huh..! Masa shopping tak ingat pun sakit kaki!” Keluh Effa sendirian sambil mengurut-urut kakinya.

Tersenyum sendiri memikirkan dirinya yang benar-benar melepas gian membeli-belah di bandaraya Bangkok itu. Entah mengapa hatinya meronta-ronta ingin pergi ke Bangkok. Sebelum ini sudah banyak tempat di merata Asia telah dijelajahinya. Begitu juga hampir separuh benua Eropah telah dilawatinya.

Semuanya ini kerana Effa melanjutkan pelajarannya di Universiti Harvard. Kalau tidak kerana itu mungkin hanya seluruh Malaysia dan satu dua tempat Asia sahaja yang dapat dilawatinya.

Suatu keberuntungan juga buat Effa yang masih belum berkahwin dan tidak mempunyai apa-apa komitment itu. Dia bebas ingin pergi ke mana sahaja yang disukainya. Dengan minatnya yang suka berjalan dan mempelajari sesuatu di tempat-tempat yang dilawatinya itu, membuatkan hidupnya yang keseorangan sentiasa dipenuhi dan dimeriahi dengan pengalaman-pengalaman yang dikutipnya.

“Siapa kata andartu seperti aku hidup dalam kesepian dan keseorangan! Hmm… yang penting.. aku tahu jaga diri dan bahagia dengan apa yang aku lakukan..” Kata Effa sendirian.

Effa memandang bungkusan-bungkusan plastic yang berlonggok di tepi katil. Kesemuanya itu harus dibuka dan disusun ke dalam beg besar. Esok sudah nak pulang.

“Macamana pulak aku nak susun ni? Hmmm…… harus aku kena extra luggage charged ni!” Keluh Effa.

“Hmmm… padan muka kau Effa.. sendiri mau ingat!” Kata Effa lagi.

Dia akhirnya ketawa. Terbayang bagaimana “gilanya” dia ketika di Pasar Pratunam siang tadi. Effa begitu teruja memilih baju-baju yang sememangnya murah namun tetap up-todate. Apa yang Effa gemari bila memilih pakaian di Bangkok ialah kebanyakan fesyen di situ adalah yang terkini dan mengikut trend.

Jika dibandingkan di Malaysia, fesyen di Malaysia biasanya agak sedikit ketinggalan. Jika orang Bangkok sudah puas memakai fesyen itu, di Malaysia fesyen itu baru sahaja memasuki pasaran.

Begitu juga ketika Effa membeli kasut dan beg tangan di MBK dan berjalan-jalan di kompleks membeli belah di Siam Paragon dan gedung membeli belah yang kedua terbesar di Asia Tenggara iaitu Central World. Kalau diikutkan hati, mahu semuanya diborong. Namun bila memikirkan risikonya ingin membawa pulang sebegitu banyak barang maka dilupakan sahaja.

Dengan hati yang berat dan perasaan yang malas, Effa bangun perlahan-lahan dari katilnya. Dia perlu mengemas malam itu juga kerana takut akan kelam-kabut esoknya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Effa segera menjawab panggilan.

“Waalaikumussalam.. Ayah! “ Jawab Effa dengan gembira.

“Adik kat mana ni?” Tanya Abdullah Said, ayah Effa di hujung talian.

“Kat hotellah Ayah. Baru balik dari shopping..!” Jawab Effa sambil gelak-gelak.

“Amboii.. anak dara ayah sorang ni… Shopping sakan yee…!Jadi tak balik esok ni?” Tanya Abdullah Said lagi.

“Jadilah Ayah… Adik dah rindu ni.. kat semua orang!” Jawab Effa.

“Okeylah… nanti call dulu dan bagitau bila adik sampai LCCT. Senang Abang Ngah standby kat sana..” Pesan Abdullah Said.

“Okey Ayah… Nanti Adik call…. Bye.. Assalammualaikum…!”

“Waalaikumussalam….” Jawab si Ayah.

Effa mematikan talian. Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas katil. Sebaik sahaja dia ingin memulakan kerja-kerja mengemasnya tiba-tiba Effa terjerit teringatkan sesuatu.

“Masyaallah…! Macamana aku boleh terlupa!” Jeritnya.

Segera Effa berlari ke arah meja solek lantas membuka computer ribanya. Dia membuka emailnya. Teringat akan pesanan Emelda supaya melihat mesej emailnya.

Ketika dia membuka kotak “inbox” tertera nama kawan sekolahnya Zaleha. Dalam masa yang sama, Effa cuba mengingati yang mana satukah Zaleha itu.

“Ohhh… Zaleha.. Ratu Trek sekolah!” Kata Effa riang bila masih mengingati siapakah Zaleha itu.

Ketika dia membuka email dari Zaleha, tertera satu e-card yang berupa undangan majlis:-

GET TOGETHER – REUNION

(for ex-students SM Dato’ Abdul Samad Said, Port Dickson (SDASA)

Dear Friends…,

Its hard to believe that it’s been more than 12 years we left our sweet memories in school.

Lets recall the good times… The moments that last..for a blast from the past…!

Joint us..

SATURDAY 13 MARCH 2010, 7.30pm – 12.00am at

GLORY BEACH RESORT, PORT DICKSON.

RSVP thru e-mail:

[email protected]

“ReUnion!” Jerit Effa sendirian di situ.

Effa teruja bila membaca undangan itu. Manakan tidak, sudah hampir tiga belas tahun tidak bertemu rakan-rakan sekolah dahulu. Hanya dua tiga orang sahaja yang Effa ketemui. Itupun hanya sekadar menyapa “hai” begitu.

Selepas tamat tingkatan lima, masing-masing membawa haluan sendiri. Yang masih berhubung dengan Effa adalah Emelda. Emelda merupakan salah seorang dari empat sahabat karibnya sewaktu di tingkatan lima dahulu.

Seperti mengetahui Effa sedang memikirkan teman-teman lamanya, telefon bimbit Effa kembali berbunyi. Segera Effa menjawab.

“Hello…!” Sapa Effa dahulu.

“Weii..! Aku ni!... Kau dah baca email tu tak?” Bagai petir Emelda bertanya dengan nada nyaringnya.

“Hooii.. ! Kot ye pun.. kau janganlah menjerit kat telinga aku ni!” Effa menjerit semula ke arah telefon bimbitnya.

Terdengar suara Emelda ketawa mengilai.

“Ya Allah.. Kau ni Mel.. tak berubah-ubah..! Ha… aku baru bukak email tadi..!” Kata Effa dalam nada yang rendah.

What? Kan aku suruh bukak semalam..! Hmmm… tu tak ada keje lainlah tuhh.. Bershopping sakanlah tu!” Rungut Emelda.

“Hahhaa.. tau tak per..!” Effa menjawab balik sambil ketawa.

Kali ini Emelda pula merengus.

“So… kau nak pergi tak?” Tanya Emelda.

“Hmmm… bulan depan kan? Nanti aku fikirkan… niat di hati nak jugak joint..! Weii… aku rindu nak jumpa kawan-kawan lama kitalah..! Mesti best kann..” Kata Effa.

“Hmm.. jangan lama sangat buat keputusan. Zaleha nak keputusan segera. Ya laa… dia nak plan program yang seterusnya pulak..!” Pesan Emelda.

“Hmm… ya lah! Ehh.. yang kau sibuk-sibuk nii.. kau tu.. committee member Re-Union tu ke? Hmmm… apa-apa hal, tunggu aku balik lah Mak Cik! Esok je kita jumpa..!” Kata Effa.

Tiba-tiba Emelda ketawa.

“Apasal kau gelak?” Tanya Effa.

“Betul ke kau dah nak balik tu? Hei.. masa kau shopping sakan kat sana.. tak jumpa ke your potential husband to be cik Effa oiii…?” Emelda menyakat.

“Tak ada kejelah aku nak cari husband to be kat sini lah Mak Cik! Tak sesuai langsung!” Bidas Effa.

“Kau jangan kata tak sesuai…! Manalah tahu.. kot-kot.. kat situlah tempat pertemuan kau dengan husband to be kau tu.. Mana kau tau??..” Emelda menyakat.

“Mak Cik oii… kalau ye pun.. kau nak doakan aku bertemu jodoh.. carilah tempat yang sesuai untuk aku jumpa potential husband to be aku tuhh…Macam kat Mekah ke.. kat padang pasir di Mesir tu ke… Teruklah kau ni!” Kata Effa.

Emelda tidak menjawab sebaliknya hanya ketawa gelihati dengan permintaan teman baiknya itu.

“Sayang oii…kau pernah dengar tak lagu ni…?” Tanya Emelda sebelum dia mula menyanyi..

“Ikan di laut.. asam di darat… di dalam kuali bertemu juga…!” Emelda menyanyi dalam versinya sendiri.

Sempat juga Effa menutup telinganya bila Emelda menyanyi.

“Eeeiii..! Pleaselah Mak Cik! Tolonglah kau jangan nyanyi kat telinga aku ni.. Berbulu tau telinga aku mendengarnya!” Jerit Effa pula.

Emelda hanya ketawa terkekeh-kekeh di hujung talian.

“Eh.. okaylah.. aku belum kemas barang-barang lagi ni.. Besok takut kelam kabut pulak..! Will see you later, okay!” Kata Effa.

Okay then.. ! By the way… siapa yang nak selamatkan kau kat pintu masuk kastam nanti? I’m sure.. you’ll be charged extra luggage and tax duty ni..!” Tanya Emelda.

“Heheheh.. siapa lagi.. Abang Ngah aku lah! Awal-awal lagi.. ayah aku dah bagitau yang Abang Ngah ada standby kat pintu masuk. Huhuhu….” Beritahu Effa sambil ketawa.

“Huhu… Kesian Abang Ngah kau… jadi mangsa keadaan…!” Kata Emelda sambil ketawa.

“Ni mesti Abang Ngah kau ada “cable” baikk punya dengan kastam ekkk.!!” Sambung Emelda.

“Alah… dengan sape lagi aku nak manja-manja, Mel… Lagipun.. aku dah lama tak jumpa “teman sparing” aku tuhh… Rindu sesangat dengan Abang Ngah aku tuhh…” Jawab Effa sambil terbayangkan wajah abangnya yang kedua itu.

Mereka berdua ketawa. Akhirnya masing-masing mematikan talian serentak.

Effa kembali termenung.Di waktu yang sama masih memikirkan tentang undangan reunion itu. Rindunya dia pada teman-teman lama. Pasti semuanya sudah berubah. Maklumlah.. sudah lebih tiga belas tahun! Tengok saja Emelda.. sudah lima anaknya!

Effa tersenyum sendiri.

“Entah-entah.. aku sorang je yang belum kahwin tak…?” Fikir Effa.

“Ahh… lantaklah..! Nanti aku fikirkan.. sekarang ni.. apa yang penting… packing time!!” Effa berteriak seorang diri di dalam bilik hotel itu.

Effa lantas memulakan ‘tugas’ menyusun semua barang-barang beliannya itu.


 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.